RESIPI SAMBAL AYAM SERAI

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan resipi ringkas dan sedap...eh, terpuju pulak, tapikan memang sedap lah sambal ayam serai ni, dah jadi seakan2 masak merah pulak. Sambal ayam serai, che mat gunakan 1/2 ekor ayam kampung, ayam belen dari masak gulai dengan nangka muda tu hari. Berat kurang lebih dalam 700+ gram, yelah ayam kampung bukan besar sangat, yea dah. Memang ngam sangat kalau makan dengan nasi putih, apa tah lagi kalau dengan nasi lemak, serius memang terangkat waakkk, silap2 tergolek terus sebab sedap sangat....hahaha. Ayam tu mesti digoreng embal2 atau goreng tak sampai garing. Lepas tu kena masak lama sikit dalam sambal yang berkuah hingga sambal pekat. Dengan cara ni segala bumbu dan rencahnya terserap dalam isi ayam. Kalau nak cuba ganti ayam dengan daging pun boleh, tak cuba tak tau yea dak, kalau siapa2 yang ganti dengan daging tu, nanti jangan lupa kongsi kat media sosial masing2 ok...Meh che mat kongsikan resipi sambal ayam serai di bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kurang lebih 800 gram, potong kecil, cuci bersih dan toskan*
1/2 camca besar serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perai sekejap)
3/4 cawan cili kisar
1/4 cawan sos tomato
2 batang serai, diketul
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang holland, hiris kasar
1 camca besar gula melaka
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam secukup rasa
1 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Dalan kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan. Tumis serai dan daun pandan hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga harum. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan pes asam jawa dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Tambah ayam gaul dan tuang air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak hingga sambal pekat. Perasakan dengan garam secukupnya, masukkan bawang holland hiris, kacau dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.