RESIPI ROTI KISMIS WALNUT

Assalammualaikum, salam semua. Rasa macam dah lama betul che mat tak meroti. Kali terakhir bikin roti....errrr, entah yea, tak ingat dah. Bukan apa, biasanya beli ajer, tu pun lambat nak habis. Cuma ada kala, tekak nak makan roti yang lain sikit. Jadi dengan izin Allah swt,hari ni dirajinkan hati nak meroti. Kesian juga tengok breadmaker (BM) yang terperok dalam bilik stor, dah macam tukun ikan, Kalau campak kat laut, silap hari bulan dah tumbuh batu karang. Bagi yang takde BM, boleh saja kalau nak buat, sama ada guna cake mixer atau uli guna tangan, tapi penatlah sikit, kena uli konsisten dalam 15 minit macam tu hingga dapat doh roti yang elastik.. 

Alaaa, kami tak makan kismis lah, boleh ke ganti dengan  benda lain tak? Kalau nak ganti, apa yang sesuai? Kalau tak makan atau tak suka kismis, boleh ganti dengan kurma, tak pun buah prune. Tak makan kacang walnut, boleh ganti dengan kacang pecan. Kalau semua tak makan, senang cerita, tak payah buat. Satu lagi roti ni boleh juga kalau nak jadikan bun comel2, tapi che mat malas, aku hempukkan ajer jadi seketul. senang habis cerita. Masa nak makan, hiris ajer macam roti biasa. Boleh juga dibakar dalam bread toaster, kendian sapu mentega atau jem. Nak cuba buat? Meh che mat kongsikan resipnya di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
320 gram tepung roti (high protein flour)
2 camca besar penuh susu tepung
120 ml air
1 biji telur gred A, dipecahkan dan kacau sedikit
1 camca teh esen vanilla
30 gram gula kastor
40 gram mentega
1 camca teh rata instat yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh garam
60 gram kismis hitam (kalau dapay beli kismis yang besar2)
60 gram kacang walnut, dikerat 2 setiap 1
Sedikit mentega untuk disapu  atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. KAEDAH MENGGUNAKAN BREADMAKER :- Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker kecuali mentega untuk disapu atas roti, kismis hitam dan kacang walnut. Hidupkan suis dan pilih setting untuk 'Dough' dan tekan 'ON'. Biarkan breadmaker mangadun. Bila semua bahan2 telah bersatu, masukkan kismis dan kacang walnut. Biar hingga siap, biasanya breadmaker akan mengadun bahan2 selama 5 minit, kemudian akan menguli selama 25 minit hingga menjadi doh. Dan seterusnya memerap hingga doh kembang selama 1 jam.
  2. KAEDAH MENGULI MENGGUNAKAN TANGAN :- Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar bersama2 gula halus, instant yeast, bread improver dan garam, gaul rata dan buat lubang ditengah2nya. Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata hingga sebati, tuang air sedikit demi sedikit dan terus mengadun hingga menjadi doh. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (pada permulaannya doh akan melekit sedikit, tapi lama2 doh akan jadi ok), uli kurang lebih 15 - 20 minit. Masukkan kismis dan kacang walnut, uli hingga rata. Bulat2kan doh, masukkan ke dalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit mentega, tutup permukaan mangkuk dengan plastik cling dan perap selama sejam.
  3. UNTUK ROTI KISMIS DAN WALNUT :- Keluarkan doh dari breadmaker atau mangkuk pengadun (jika uli guna tangan). Uli sekejap seminit dua untuk membuang udara. Kemudian boleh bentukkan ikut kesukaan masing2, sama ada nak jadikan bun atau ala2 roti paun. Letak dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega, tutup dan biarkan selama kurang lebih 45 minit hingga naik sekali ganda.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 20 - 25 minit (jika buat roti seketul macam che mat) dan 12 - 15 minit untuk roti jenis bun. Bila roti masak, sapu dengan mentega pada permukaan roti, pastikan sapu ketika roti masih panas. Sejukkan sepernuhnya atas jaringan sebelum dipotong. Boleh hidangkan...Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.