RESIPI KARI KAMBING PEDAS

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak kari kambing, tujuan utama ni masak kari kambing ni sebenarnya nak makan sama roti. Semalam ke JB, singgah kedai roti Jalan Dhobby, alang2 dah singgah kan, beli lah roti paun 2 biji. Satu che mat suka roti paun kedai roti Salahuddin, ni sebab teksture dia kasar dan kalau kita goreng sama telur ala2 'french toast', punya lah sedap. Kalau cicah kuah kari pun sedap mintak ampon wakk! Che mat guna belen kambing yang masak bamia tu hari, ada lah dalam 600 gram kurang lebih macam tu. Cara memasak ni ada dua, satu boleh masak terus, satu lagi kalau nak cepat boleh rebus dulu kambing sampai lembut, baru kita masak kari. Ada yang tanya che mat kenapa rebus dulu sekejap kambing tu. Kata orang, air rebusan pertama kambing tu kita buang untuk kurangkan lemak2 dia, bukan rebus lama sangat, rebus dalam 20 minit macam tu, toskan dan rebus sekali lagi atau boleh dimasak terus...Ehh, terbanyak cerita pulak, jomm lah kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600+ gram daging kambing. gaul dengan tepung dan jus limau nipis, perap 20 minit, cuci dan toskan
1 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih, diketuk*
3 biji kentang, kupas, belah 4 setiap 1 dan rendam
1 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap 1
1 pokok daun ketumbar, cuci, toskan dan kerat kasar
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kari daging baba's
2 camca besar cili kisar
1 cawan pati santan (atau boleh guna santan kotak - 200ml)
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai, hiris
1 inci kunyit hidup
20 biji cili padi

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci daging kambing yang telah diperap tadi, kemudian rebus selama 20 minit. Toskan dan rebus kembali bersama halia hiris dan bawang putih yang diketuk tadi hingga daging kambing empuk. Tambah air panas jika perlu. Asingkan daging dan air rebusannya. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari dan kacau hingga menjadi pes, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 1/2 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga layu dan wangi. Masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan daging kambing yang direbus tadi bersama2 kentang (toskan dulu air rendamannya), gaul rata dan tuang air rebusan tadi. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan lobak merah, dan asam gelugor. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk. Tambah sedikit air panas jika perlu
  4. Tuang santan, masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau sentiasa agar santan tidak berkepala. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan tomato, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan roti, lempeng atau nasi panas. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.