RESIPI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI SAMA REBUNG

Assalammualaikum, dah siap masak tengah hari ke tu? Che mat hari ni masak lemak cili padi daging salai sama rebung. Rebung tu, rebung jeruk yea, tapi bukanlah rebung jeruk yang bau 'kuat' tu, yang ni cuma bau2 manja ajer, kalau cium jadi stim sikit2...haha. Tapi tak suka rebung jeruk, boleh guna rebung segar, tu pun kalau ada lah. Daging pulak che mat guna daging yang telah siap disalai. Kalau rajin boleh juga salai sendiri, guna daging batang pinang, lumur kunyit dan salai, tapi teknik menyalai pun kena lah betul, baru sedap jadinya. Salai guna api bara, dan kalau ada sabut kelapa lagi bagus, asap dari sabut tu yang jadikan daging salai wangi. Salai tak perlu lama sangat, janji ada bau dan bahagian luar daging kering dan cukup. Orang Negeri Sembilan kalau masak lemak cili api, yang paling penting santan dia, kena pekat dan rasa kena pedas berapi. Tapi awas, sekali2 ok lah, jangan selalu sangat, kolestrol tu yang kita takutkan, yea dak. Lepas makan lauk2 macam ni, pandai2 leer minum air limau nipis atau lemon untuk membilas serba sedikit kolestrol yang masuk dalam badan kita. Resipi che mat kongsikan kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Rebung jeruk secukupnya, anggaran 3 cawan
Daging salai secukupnya, anggaran 1 1/2 bahagian tapak tangan orang dewasa
4 batang serai, diketuk
500 ml pati santan
1 liter santan cair
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung, che mat guna cili padi merah
2 inci kunyit hidup
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Hiris daging salai nipis2, pastikan hiris lawan urat, cuci dan masukkan ke dalam periuk bersama2 serai dan bahan2 kisar halus, kacau rata, tuang santan cair dan masak hingga daging lembut. Sementara itu, cuci rebung jeruk, dan celur 10 minit, toskan (che mat celur sekejap sebab rebung tu tebal dan keras).
  2. Bila daging salai empuk, masukkan rebung jeruk dan kacau rata. Masak hingga rebung lembut sedikit. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan daun kunyit, kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau perlahan. Masak untuk 5 - 6 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.