RESIPI SAMBAL AYAM BERKACANG

Assalammualaikum, salam semua. Diam tak diam kita sudah melangkah ke suku ke dua tahun 2019 dan lebih kurang 34 hari lagi umat Islam akan berpuasa. Jadi, seelok2nya kita dah mula merancang menu2 ringkas dan mudah dibuat untuk disajikan sebagai hidangan berbuka dan bersahur. Hari ni che mat masak satu menu ringkas yang boleh disedikan pada bulan ramadan nanti atau pun dihidangkan pada hari raya. Masakan ini seakan2 masak merah, tapi ditambah bahan2 lain dan penggunaan cili kisar menjadikan rasanya seperti sambal. Che mat gunakan 1/2 ekor ayam bersaiz sederhana. Ayam dipotong kecil, dan digoreng embel2 atau goreng hingga ayam masak sahaja, tak perlu sampai garing. Sedap dimakan dengan nasi putih, nasik minyak, ketupat, lemang, pulut kuning atau roti. Jika ingin mencuba, meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kurang lebih 600+ gram, potong kecil, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
1/4 cawan tomato puree
1/2 cawan cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
1 camca besar gula atau secukup rasa
1 pokok kecil, daun ketumbar, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 camca besar penuh kacang tanah tumbuk
Garam secukup rasa
1 cawan air
Kacang pis secukupnya, untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan (optional)

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Goreng ayam hingga masak, tak perlu sambal garing. Angkat dan ketepikan, Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 1/2 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga wangi. Tambah bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak hingga garing, tambah sedikit lagi minyak masak jika perlu.
  2. Masukkan cili kisar dan tomato puree, kacau dan masak dengan api kecil hingga garing dan naik minyak, kacau sekali sekala. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan masukkan ayam, kecilkan api dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan kacang tanah tumbuk, gula, bawang goreng dan perasakan dengan garam secukup rasa, biarkan masak untuk 5 - 6 minit lagi. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan kacang pis dan daun ketumbar sebelum dihidangkan, selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.