RESIPI PECAL JAWA

Assalammualaikum, salam semua. Diam tak diam, in sha Allah tinggal 32 hari saja lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan. Pasti dah ada yang mula sibuk kumpul2 resipi dan merancang menu berbuka dan berpuasa, nak2 bagi yang ada anak2 baru nak belajar berpuasa. Psst, orang tua pun apa kurangnya, yea dak, tu jam lah tekak kau nak macam2, tapi tak boleh sangat ikut kan nafsu, nanti dah makan sikit terus kenyang, tak selera dah dengan makanan yang banyak2 tadi. Hari ni che mart nak kongsikan satu resipi yang boleh dikatakan femes juga di bulan2 puasa nanti, iaitu pecal atau pecel. Ini kira sepupu dekat, gado-gado, rojak petis dan janganan. Pecal salah satu hidangan tradisi orang2 Jawa yang terkenal di Malaysia, terutama di negeri2 yang masyarakat jawanya ramai, seperti di Johor, Selangor dan Perak. Ada macam2 variasi, terutama penggunaan sayur2annya, ada yang guna pucuk ubi, ditambah telur rebus dan sebagainya. Tapi che mat guna bahan2 seadanya sahaja.

Teringat arwah Bak che mat pernah cerita, di kampung arwah di Pontian, masa dulu kalau ada majlis2 perkahwinan, nanti akan ada yang berjualan pecal macam ni, dan mereka gunakan taugeh kacang hijau yang dibuat sendiri, taugeh dia pendek dan halus, rasanya lemak dan lebih sedap dari taugeh biasa. Tauhu dan tempe paling wajib dalam penyediaan pecal. Kuah kacangnya harus ada ubi cekur atau di Indonesia mereka panggil kencur. Rasa cekur  ini lah yang memberi identiti pecal. Kuah pecal boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk atau untuk lebih lama, kita bekukan dalam freezer. Kalau nak mencuba, meh che mat kongsikan resipi pecal di bawah ini..Jommm kita semak resipi

BAHAN-BAHAN KUAH PECAL :-)
1 1/2 cawan kacang tanah
12 tangkai cili kering, buang biji, cuci dan lap kering
10 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
25 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
1 inci belacan
3 inci ubi cekur
1/2 cawan jus asam jawa atau secukup rasa
2 camca besar hirisan gula melaka
Garam dan gula secukup rasa
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN PECAL :-)
1 cekak kangkung, disiang, cuci dan toskan
1 biji kecil sengkuang,dikupas
1 biji timun (nak sedap guna timun jepun)
2 keping tauhu
4 keping tempe, che mat guna yang tempe yang berbungkus daun
4 - 5 tangkai kacang panjang, potong kecil
Taugeh secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH PECAL :- Kacang tanah dicuci, kemudian goreng tanpa minyak hingga keperangan. Buang kulitnya dan tumbuk hancur, boleh juga dikisar guna food processor tapi jangan kisar sampai halus sangat. Ketepikan. Cili kering, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan digoreng secara berasingan hingga layu dan wangi, angkat dan ketepikan.
  2. Kisar ubi cekur berama bahan2 yang digoreng tadi dengan sedikit air hingga halus. Masukkan ke dalam bekas, tambah kacang kisar, gula melaka dan jus asam jawa (masukkan sedikit dulu), kacau rata, tuang air panas secukupnya hingga mendapat bancuhan yang tak berapa pekat, Tambah garam secukup rasa dan kacau rata. Sesuaikan rasa, jika kurang asam, tambah lagi jus asam jawa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula pasir. Ketepikan.
  3. UNTUK BAHAN2 PECAL :- Tauhu digoreng, kemudian potong kecil, tempe digoreng dan potong kiub. Taugeh, kangkung dan kacang panjang dicelur dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam, celur hingga lembut, toskan. Timun dan sengkuang, dihiris kecil. Ketepikan.
  4. UNTUK PECAL :- Ambil serba sedikit bahan2 pecal dan masukkan ke dalam pinggan sesuai. Tuang kuah pecal secukupnya dan gaul rata, hidangkan segera. Jika suka pedas boleh juga ditambah hirisan cili padi... Selamat mencuba!

Post a Comment

2 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.