YANG NI PUN SEDAP, ANAK-ANAK SUKA.

P1290266
Cer kira dah berapa kali menu ni diulang tayang kat DTS..Sah ingat punya, sebab terlalu kerap. kan mat dah kata, apa yang mat masak, tu yang aku letak..kata nak yang segar dari ladang (pinjam ayat "jiran" sekejap). Kalau nak yang bermusim, seminggu sekali leer baru update blog. Hari2 makan lauk yang aneh2 mana boleh jadi, kami kat kampung ni makan bahan2 yang selalunya dibawa balik dari farmville. Kali ni tumis air kentang, cendawan, telur dan soo hoon menjadi hidangan. Mat suka yang macam ni, ringan dan boleh hirup2 kuah dia. Nice kann... Lagi satu kalau sapa2 yang suka telur tu merah dia jangan kasi masak keras2, biar dia ada sedikit air..hmm lagi sedap. Tabur sediki lagi serbuk lada hitam sebelum dihidangkan...aduhh, lagi sedap, kena pulak cuaca mendung...2 mangkuk pun licin macam nih... Mat tulis resipi mudah ini yea, anda boleh masak nanti..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap satu, rendam
5 biji telur ayam gred B, cuci dan lap kering
7 kuntum cendawan black fungus atau cendawan telinga kera
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam
Tauhu kering @ fucuk secukupnya, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1 kiub pati ayam "Maggi"
Air secukupnya
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kentang dan masak sekejap. Tuang air secukupnya. Masukkan kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Tambah fucuk (toskan) dan bila mendidih, perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah, pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras dan kacau perlahan.
  3. Masukkan cendawan telinga kera dan soo hoon, jika kurang kuah boleh tambah sedikit lagi air. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan masin@ ikan goreng serta ulam-ulaman..

Post a Comment

16 Comments

  1. BETULLLL!!!

    anak2 sangat suka masak gini. tapi kak es tak pernah lagi letak black fungus tu...
    paling best tu mestilah soo hoon tu kan ssllrrrppp

    ReplyDelete
  2. wahh klu ada soon anak LM akan mkn bertambah2.mkn ngan ikan kering mmg syok ni CMG

    ReplyDelete
  3. ini memang lauk fav setiap isi rumah kan CMG. I aso like!

    ReplyDelete
  4. dulu mak rajin masak menu nie ... sedap!! makan nasi bertambah2

    ReplyDelete
  5. Jangan kata anak2..aku pun sukaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  6. Nyum..nyum.. memang sedap.. tak sangka ada juga resepi ni.

    Sebelum ini, saya juga sangat suka memasak menu yang kurang minyak, berkuah, dan enak jika di makan.

    Selalunya masakan macam ini Chinese stail.

    Memang sedap.. ^^ Terima kasih DTS

    ReplyDelete
  7. tak kira la berapa kali mat ulang, kita tetap rasa kagum bila mat tayang lauk ni. sbbnye kita masak lauk ni selalu tak jadi.

    ReplyDelete
  8. suka menu ni.. tambah sambal belacan sikit..aduh!! teliur dah.. :p

    ReplyDelete
  9. wah.. tima kasih share resepi nih.. bleh dijadikan menu tambahan selepas bubur..

    ReplyDelete
  10. betul!! mak cahaya pun selalu masakkan ni, tapi x letak cendawan coz sume xmakan... ^^,

    ReplyDelete
  11. sedapnya... kalau masak mcm tu, sy suka makan dgn ikan bilis grg berlada. Bset!

    ReplyDelete
  12. huk3...terus rindu kat mak...
    mak slalu wat camni time sahur.bulat sket biji mata time tuh,br lah mkn btol2...kalaux,sahur mcm nak xnak jeww..nak msk,mlsnyerr...
    mak dtgla rmh kite,dok dgn kite..=[

    ReplyDelete
  13. assalam cik mat...datang sini cari idea nak masak apa...tengah loya2 ni rasa teringin nak masak sup sohoon lah...tq cik mat

    ReplyDelete
  14. assalammuailaikum wbt...

    betapa simple nye menu ni..baru terjumpa blog ni..ini akan jadi list dlm buku resepi sya..al maklum lh sya ni keje jauh keluar pagi balik malam nk masak yg heavy x larat..dh ada resepi menarik ..mempercepat kan lagi tugas sya d dapur..hehehe..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.