KALAU GATAL....MAKAN UBAT YEA....

P1290426
Salam petang semua, masakan ringkas ada kala sungguh menyelarakan, dah lah masaknya cepat dan mudah, hasilnya insya Allah menjadi kegemaran keluarga. Belanja pun jimat, kalau mahal sikit pun cuma modal udang tu saja, yang lain murah2 belaka. Mat kan kalau terboring dan mood down, mat akan masak yang ringkas2. Macam tumis air sawi putih ni, ada ikan goreng dan sambal belacan...sudah cukup sangat. Kalau anda balik kerja pun masih boleh masak, sebab cepat, secara jujur mat tak boleh lah nak kata ianya menepati selera anda..apa2 pun mat share kat sini adalah dari air tangan mat sendiri, samada resipi derhaka mau pun paling ringkas, satu nak pesan, sebab ada udang, kalau gatal lepas makan, jangan lupa makan ubat yea...Ok masa untuk kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 pokok sawi putih @ sawi bok choy
12 ekor udang bersaiz besar
1 kiub ikan bilis "maggi"
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 keping tauhu keras, didadu
800 ml air atau secukupnya
Garam dan secubit gula (@ serbuk perasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi diasingkan daun dan tangkainya, potong berasingan, cuci dan toskan. Udang digunting hujung muncungnya, gunting juga kaki2nya, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan kacau hingga udang berubah warna. Tuang air dan masukkan kiun ikan bilis. Biar mendidih.
  3. Tambah hirisan batang sawi dan bila mendidih, masukkan daunnya pula. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi, ikan masin@ikan goreng dan sambal belacan...waaaa...

Post a Comment

13 Comments

  1. erm..sedap cik mat..kalau asyik makan makanan yang bercili aje tak boleh jugak kan..cik mat buat masak sup gini pun sedap dan terliur gamaknya saya di pejabat ni..huish!!

    ReplyDelete
  2. sedap2 , sbb udang tuh lah xleyh makan sngt..

    tpi apa kira , jnji ubat ada ~

    ReplyDelete
  3. kalau masukkan ketiau pun sedap kan che mat...

    ReplyDelete
  4. udang udang udang...

    gatal gatal gatal...

    ubat ubat ubat...

    erkkkk

    ReplyDelete
  5. woooo, udang bersaiz diva gituk. pasti kegatalannye juga mendiva. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. makan udang rasa gatal makan ubat.
    makan ubat tak gatal boleh makan udang hahaha

    ReplyDelete
  7. mkn dgn ikan masin dan sambal belacan sedap ooooo. tp .. tmbh2 la gatalnya nnt. hihihi.

    ReplyDelete
  8. http://rocktoadamlambert.blogspot.com/


    perghhhh..boleh ganti chef wan punya.....ada x resepi nk buat roti jala yang lazat???nk sambut menantu ni...

    ReplyDelete
  9. naseb le diri ini takder alergic pada apa2 makanan pon..

    ReplyDelete
  10. cik mat gebu buat i lapar la... tak nak makan i ngah diet wah kelazzz

    ReplyDelete
  11. mkn mesti ngan nasi panas...sedapnyer cik mat..

    ReplyDelete
  12. wahhhhh leh try nanti.....wife aku minat sangat2 ngan blog Mat Gebu......dia kirim salam...dan pun aku mula meminati resipi kat sini.....salam perkenalan....

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.