Salam tengah hari semua, apa khabar..Mat kurang sihat sikit, sejak malam tadi sakit gigi...grr, geramm okeh. Nasib baik ada ubat, jadi masa mat tulis ni kesakitan dah kurang 70%...legaa, kalau tak muka semua ketat, masa sakit tadi, mat memang tak boleh nak fokus, pipi semua rasa tembam je, kepala pulak berdenyut2 seiring dengan denyutan kat gigi tu...huhu. Mat walaupun tak sehat macam mana, kena juga masak, hmmm, tak pelah, jangan aku tak larat nak bangun sudah lah kan. Ni hari mat masak satu resipi peranakan baba nyonya, dulu pernah kot masak, ntah lupa sudah. Resipi dari Chef Florence Tan, dia ni antara tukang masak yang mat minati, kerja berhalus, cakap pun pandey sekali, dengan lenggok bahasa melayu-baba dia..
Mat masak dalam 12 ekor udang bersaiz sederhana, tak payah buang kulit, cukup kita kerat hujung kepala dia, buang kaki2 dan janggut, cuci bersih dan ketpikan. Untuk sambal belacan tu anda boleh buat awal dan pastikan simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan bersama nasi dan bubur, kalau nak meratah macam tu saja pun sedap...manis. Sebelum semak resipi nak pantun sama luu orang dulu ek...
DARA MUDA BERKEBAYA NYONYA,
DUDUK SOPAN MAKAN LAKSA,
MASAKAN PRANAKAN TIADA DUANYA,
NAK TAU SEDAP KENALAH RASA...
DUDUK SOPAN MAKAN LAKSA,
MASAKAN PRANAKAN TIADA DUANYA,
NAK TAU SEDAP KENALAH RASA...
BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar
3 camca besar sambal belacan *(*resipi dibawah)
2 helai daun limau purut
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi"
2 -3 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit gula
*BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
100 gram cili merah (atau nak campur cili padi pun boleh)
50 gram belacan, dibakar
Perahan jus limau kasturi secukupnya
Secubit garam dan gula
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tunbuk hancur semua bahan2 untuk sambal belacan, kecuali jus limau, kemudian tambah jus limau kasturi secukupnya, kacau rata dan alih ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
- Udang, dikerat sedikit hujungnya, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng 30 saat dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan.
- Tumis sambal belacan hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, daun limau purut, gula dan kacau rata. Masukkan udang, gaul hingga rata dan mesra. Masukkan jus limau kasturi, yang ni ikut rasa yang anda inginkan. Matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat..
15 Comments
sedapnya..abg mat..nak satu boley?
ReplyDelete@ prince - bolehhh..sila2..
ReplyDeletefuh! terliur dah nie...cam mana nie
ReplyDeletemcm sedap
ReplyDeleteunik resepi ni
kene cube
wah boleh try ni. selalu sambal belacan kalau tak habis, buang jer. tq for recipe CMG.
ReplyDeletesenangnya cik mat. wahhh .. boleh la cuba.
ReplyDeleteduduk sopan makan laksa
ReplyDeletelaksa che mat peh sedap giler
nak tau sedap kenalah rasa
rasa sekali nak tapau semua
lapar lapar lapar.
ReplyDeletecik mat ni.. kalo msk..tk pnh nmpk tk sdp!!ehehe
ReplyDeletemat, kang hilang sakit gg, menggaru lak pas ni ya... jgn lupa makan ubat dulu ek!
ReplyDeletepcm.....
ReplyDeletekenapa mangkuk kat belakang tu nak terbalik?
abg mat .... makan ubat tau....... letak bonjela kat gigi pon okay jugak, hehe...
ReplyDeleteaduhhhh dahla bekas cantik..makanan tu memang membuat perut sakit je rasenye..kalaula ada peti ais kat umah ni..memang dah buat dah =P
ReplyDeletecantik gak pinggan tu..mane ko dapat mat? urmm..nak macam pinggan tu gak la
ReplyDeleteaha la amt..baru aku pasan..magkuk kat belakang tu terletak lain mcam jer..urmmm
ReplyDelete