BEN ASHAARI

Wednesday, February 29, 2012

GEMPAR!!..PERTAMA KALI MUNCUL DI BLOG DTS!

roti tooot
Erkk...maaf kalau agak 18 sx...Walaupun ia agak "basi" dah, namun begitu ia tak pernah muncul di blog DTS, kecuali di FB dan Ben pernah sekali buat entri di blog beliau sekitar tahun 2010 dulu, di sini.. Sebab mat hari ni tak masak, jadi saja lah selitkan satu entri kenangan yang begitu mencuit hati. Ini bukan disengajakan ok. Kejadian secara semulajadi. Asalnya mat buat resipi roti siput di sini.... Tapi tah mengapa, salah satu menjadi rupa macam kat atas tu. Gempar satu rumah masa tu, bonda pun gelak, sebab aneh sangat...erkk. Nak makan pun teragak2. Tapi itu lah lumrah kami sebagai baker's. Ada masa benda2 yang menjadi diluar jangkaan. Jangan fikir ia disengajakan semata2 untuk menarik perhatian....ohh tidak sama sekali, kami blogger2 masakan bukan blogger murahan yang mencari publisiti dengan cara "kotor"...

Selain itu banyak juga lah benda2 yang mat hasilkan agak kurang memuaskan. Dalam membuat R n D, kita terpaksa mengorbankan tenaga, wang dan bahan2 mentah. Jika hasilnya elok, sedap dan boleh diterima, maka bolehlah dianggap menjadi. Kalau berlaku sebaliknya maka jadilah rezeki ayam...tu pun kalau ayam sudi nak makan. Satu lagi mat nak selitkan kat sini, bahan2 mentah adalah penting untuk menghasilkan satu2 masakan atau kek yang sedap dan berkualiti. Tanyalah mana2 tukang masak sekali pun, waima mereka yang berpengalaman berpuluh2 tahun, betul tak bahan2 mentah memainkan peranan yang utama?...Hmmm, tu jelah nak tulis untuk malam ni, insya Allah, kalau dipanjangkan usia dan diberi kesihatan, esok ada entri makan2 pulak yea.. Ok, salam sayang untuk semua.... ^__* selamat menyambut 1hb Mac 2012, esok!!!....

KUEH MELAYU SEDAP DI KLUANG, JOHOR..

Tadi pergi Kluang, dengan abang dan abah mat. Adalah hal sikit, balik tu, abang mat singgah tempat biasa dia beli kueh2 melayu. Dari dulu dia memang suka beli di satu gerai menjual kueh2 melayu di Kampung Gajah Kluang. Boleh dikatakan mereka berniaga dalam kawasan penempatan orang2 cina (tapi orang melayu kita pun ramai gak). Bukan nak kata apa lah, kueh2 dia sedap, kalau bagi kat orang2 tua, sah mereka pun kata sama, faham2 jelah orang dulu ni kan cerewet u!!....Nama akak yang menjual kueh, Kak Timah...suami dia Abg Bahar. Mereka ni berniaga mula dari jam 11.30 pagi hingga kueh habis (hari Khamis dan Ahad merka cuti), biasanya laris, lambat sampai dapat leer yang lebih2 orang dah pilih. Apek, nyonya, orang2 kita semua singgah beli, kalau tak sedap, takkan lah mereka beli betul tak? Seperti biasa, harga kueh 3 biji RM 1, tapi dah leer sedap, saiz pulak boleh dikatakan agak besar....Ok kita lihat antara kueh2 tradisonal yang mereka jual., antaranya ialah..


Kueh seri muka dan satu lagi kueh talam ubi, tapi selalu talam ubi atas dia puteh, yang ni hijau dan rasa dia...hmmm perfect, cukup semua. Yang sebelah tu Malaysian all time favourite, dah semestinya karipap berinti keledek. Rangup dan sedap, inti dia pun penuh and just nice....


Seterusnya, ada pulak kueh pau...woww, gebu sama macam pipi si mat, ada dua jenis pau, ada tanda hijau tu inti kelapa, yang takde tanda pau kacang merah..lembutttt je..comey. Dann, haa yang ni sepesel. Mi hoon, nampak macam biasa2 tapi kalau rasa, hmm, it soo ori, kalau nak nanti kak timah senduk masuk dalam plastik lepas tu letak sambal tumis...sebiji macam style kantin sekolah tahun 80-an dulu...Nostalgia sungguh. Sambal dia pun sedap. Satu bungkus plastik tu tak mahal, RM 1 kalau tak silap.


Dann lagi.... ada pulak popiah goreng inti sayur. Sebelah popiah tu kueh feberet bonda, dan juga ramai orang2 dulu kala termasuk kaum2 peranakan baba nyonya. Dan semestinya kueh koci, lembut, dan inti dia banyak, saiz pun bukan lah setoet, pendek kata makan sebiji berasa lah. Sebut pulut panggang sapa tatau, pulut yang berintikan serunding, kemudian dibalut dengan daun pisang, dan dipanggang hingga harum...sungguh mengasyikkan. Abah mat suka pulut panggang ni, selain tu ada kueh2 lain yang mat tak sempat nak ambik, orang dah mula ramai masa tu, segan pulak, tapi antara yang mat nampak, ada lepat ubi, lepat pisang, donat, kueh gulung (@teruna malang) dan pau sambal atau burger malaysia, mi goreng dan nasi lemak juga ada...Jadi kalau anda singgah, sudi2kan lah merasa....insya Allah pasti tak mengecewakan.....ok jumpa di lain masa, salam sayang dari DTS-MAT GEBU...

HARI RABU YANG "BISU"........

JIKA KITA DIPANDANG RENDAH, TAK MENGAPA....MUNGKIN ALLAH swt TIDAK MEMANDANG KITA BEGITU....INSYA ALLAH.......

Tuesday, February 28, 2012

KARI SARDINE YANG VERSATILE.

sardine curry
Kari Sardine jee keee...Ha ahh, tu jee yang mat gebu masak. Sesungguhnya aku macam dah takde idea nak memasak. Buat kek tu takde masalah, sapa nak makan tu masalahnya. Mat memang plan nak masak kari sardine ni sejak 2-3 hari lepas. Kari sardine ni satu masakan versatile, nak makan dengan nasi putih boleh, cicah roti prata boleh, colek dengan lempeng pekak pun sedap, dengan roti benggali pun sesuai. Kalau dengan roti jala...lagi lahh ngamm. Dah lah tu buat dia pun senang, ciken dodol bak kata Abby Fana. Mat guna 1 tin sardine saiz besar. Kalau ada sardine buatan sendiri pun ok, erkk boleh buat ke sardine sendiri?.. Bolehh, tapi dengan satu syarat, anda kena lah ada pressure cooker atau periuk tekanan, kalau nak buat, resipi ada kat sini.. Satu lagi, kari sardine ni jelah satu2nya kari ikan yang sesuai diletak ubi kentang....tu pada pandangan mat lah. Cuma mat selalu letak ikan sardine tu bila kentang dah 3/4 empuk. Kalau letak awal, takut sardine tu hancur nanti. Nak ke resipi?....kari sardine saja ni, bukan ayam atau kambeng... betul nak?....Ok jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (sebarang jenama), ambik isinya dan 3 camca besar sos
2 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap satu, rendam
1 biji tomato, belah 6 (mat guna 10 biji tomato ceri)
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
Air secukupnya
2 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah Baba's)
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1 camca teh halba campur
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah kari + bahan kisar halus tadi. Terus menumis hingga rempah garing, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan kentang (toskan), gaul rata dan tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih hingga kentang 3/4 empuk. Masukkan ikan sardine dan sosnya, asam gelugor dan kacau perlahan2. Biar mendidih sekejap.
  3. Tuang santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Bila mendidih, tambah cili merah/hijau belah dan tomato. Masak hingga kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti tau lempeng...

GULAI PUCUK UBI DENGAN KERANG..

pucuk ubi masak lemak
Salam siang. Dah siap masak?.. Hari ni mat masak gulai pucuk ubi dengan kerang, hmmm, sebab ada yang nak, mat masak saja lah. Pucuk ubi tu ambik kat belakang rumah. Satu kelebihan duduk dikampung ni, boleh dikatakan mudah nak dapat bahan2 mentah. Kelapa boleh ambik di kebun, pucuk ubi petik dibelakang rumah, kunyit, serai boleh ambik disekitar rumah. Tapi dengan syarat kenalah bercucuk tanam. Kebetulan ada kerang, jadi pagi tadi mat ambik isi dia, dan gunakan untuk dimasak bersama pucuk ubi. Sudah menjadi kebiasaan orang Johor kalau memasak gulai pucuk ubi, akan dicampur isi kerang atau isi kupang. Mungkin negeri lain pun ada, sekarang ni bukan boleh kita nak sebut sebarangan, nanti ada orang marah. Cuma mat nak terangkan di sini satu saja. Kami di Johor ikut kebiasaan apa orang2 di negeri kami masak, sebab dulu masa mat mula2 berblog dan masak macam ni, ada yang tanya..."eh ada ke orang masak pucuk ubi letak kupang?.. letak kerang?..habis tu aku nak jawab apa, sah2 lah kata kami di Johor biasa masak macam ni..Secara tak langsung ia menggambarkan masakan orang2 Johor...tu saja. Resipi seperti di bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkai, cuci dan tos
1 cawan penuh isi kupang
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 batang cili merah
10 biji cili padi
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi direbus hingga lembut. Tos dan cuci dengan air paip. Perah dan hiris kasar2. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, kerang dan bahan kisar halus, gaul rata. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor dan juga bunga kantan. Tambah pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan dengan api sederhana. Masak hingga pucuk ubi lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Selamat mencuba!!.

Monday, February 27, 2012

PUFF PIE AYAM......UNTUK MINUM PETANG.

puff 1
Petang tadi kat kampung mat hujan, tapi tak lebat hanya sekali lalu. Bila hujan macam, tu maka keadaan cuaca agak kurang selesa, rasa rimas. Tapi nasib baik dapur mat ni kira berangin juga, mau tak nya segala kipas aku bukak, kalau tak mau tergolek dog si mat kat dapur, siap dengan tangan pengang sudip lagi. Kadang2 perasaan malas ni dia datang tiba2. Awalnya rajin tak sangka, dan lepas tu jadi malas tak beragak, mat tak suka rasa macam tu sebenarnya. Bukan apa ia akan membuatkan kita rasa bersalah...kerja tertangguh dan bila berkeadaan macam tu, penghasilan produk akhir ada tu kurang memuaskan, sebab...sebabnya kita buat bukan dengan atas kerelaan dan keikhlasan agak kurang.....atau dalam ertikata lain, buat secara terpaksa, nak tak nak..hmmm... Berblog masakan ini ada kala meletihkan, serius, kalau anda tak percaya boleh tanya pada semua blogger masakan.

puff2
Petang tadi mat rasa bosan.....chat sekejap dengan Kak Ummi Kuantan. Lepas tu saja lah kata kat kak ummi, dalam freezer ada daging ayam, mix vege dan puff pastry, kalau buat pai ayam pun sedap juga kan. Jadi tanpa berlengah mat pi masak inti dia dulu, lepas Asar terus isi inti tadi dalam puff pastry, bentukkan dan bakar, lepas 25 minit, taaaaa daaaaa....siap sudah..hehe. Macam magik kann. Mat buat inti dia paling simple. Puff pastry tu ibarat benda wajib dalam freezer rumah mat gebu, koman2 pun ada 2 paket dan paling tak koman ada 5 paket!..Bukan apa, ini benda yang paling cepat anda buat untuk jamu tetamu...yang penting daya kreativiti anda, sama ada mau inti manis atau savory...Ok, sebelum lihat resipi, kita jengah dulu blog pilihan DTS kali ini ---> di sini, terima kasih...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 keping dada ayam, didadu
1 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1/2 cawan susu segar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung gandum
2 helai bay leaf
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit garam dan gula

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Puff pastry jenama KAWAN secukupnya (bersaiz 4 inci x 4 inci)
Telur, dipukul sedikit, untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali (guna minyak masak biasa pun ok). Tumis bawang holland, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu. Masukkan serbuk lada hitam, daging ayam dan mix vege. Kacau rata dan masak hingga daging ayam berubah warna. Tambah tepung gandum dan kacau rata. Tuang susu, kacau dan masak hingga pekat. Gunakan api kecil. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata. Bila kering, matikan api dan sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PIE AYAM :- Ambil sekeping puff pastry, buat satu garisan antara 2 bucu agar membentuk 3 segi. Kelarkan satu bagaian tadi atau buat lah apa2 corak yang anda suka, pada satu bahagian lagi sudukan 1 camca besar penuh inti. Kemaskan dan berhati2 tutup dengan bahagian bercorak, rapatkan dan tekan dengan garfu agar melekat. Alih ke dalam dulang pembakar.
  3. Buat hingga siap, sapu telur dan tabur dengan lada hitam kisar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven anda ada fungsi kipas, ON kan. Bila masak, sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi..

AYAM BURMA....RINGKAS TAPI SEDAP..

ayam burma
Salam Isnin semua, hari ni mat nak share satu resipi mudah. Resipi ayam burma yang mat dah simpan lama, mat dapat dari risalah produk keluaran Maggi sekitar awal tahun 90-an dulu. Mat pernah masak resipi ni, tapi masa tu belum ada blog lagi. Hari ni mat masak sekali lagi. Rasa dia ala2 kari sikit, macam rendang pun ada, tapi tak gunakan santan. Sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak mau pun pulut kuning. Walaupun ada penggunaan daun pudina, namun rasanya tidak lah terlalu kuat. Satu lagi masakan ini cepat, jadi untuk ibu2 bekerja juga sesuai. Ayam Burma ni pun tak pedas, budak2 pun boleh menikmatinya. Resipi serba ringkas seperti dibawah...Jomm kita semak sama2...Tapi sebelum tu, lihat dulu blog pilihan DTS kali ini ---> di sini... Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

Sunday, February 26, 2012

PASTA FETTUCCINE GORENG TOMYAM.

rsz_dsc_8111
Malam semua, dah makan?.. Petang tadi mat gorang pasta fettuccine. Sebab tekak nak yang masam2, rencah paling sesuai, sah leer tomyam, sebab rasa masam, pedas semua ada. Mat tambah juga cili padi bagi tambah rasa menyengat. Ini sebenarnya resipi fusion...apa itu fusion?.. Fusion ialah bila satu2 resipi tu kita gabungkan, contohnya masakan barat kita suntik dengan nuansa oriental, masakan melayu kita gabungkan dengan bahan2 masakan orang cina, kurang lebih macam tu lah. Maaf jika mat salah bagi keterangan, maklumlah kita ni memasak pun bukan jenis bertauliah. Oleh yang demikian, mereka2 yang pakar, kalau baca ni dan ada kesilapan, silalah terangkan maksud "fusion" dengan lebih jelas....boleh?...terima kasih sebagai pendahuluan. Resipi kali ini ringkas dan cepat dibuat. Anda boleh guna apa jenis pasta, samada spaghetti, angel hair atau yang lain2. Mat tulis resipi dia, dan entri pilihan DTS kali ini ---> di sini, terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram pasta Fettuccine
1 camca besar pes tomyam
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1 keping dada ayam, didadu
4 biji cili padi, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 batang serai, ambik bahagian putih sahaja dan hiris halus2
6 biji tomato ceri, belah 2 setiap satu
2 helai daun limau purut
1/2 cawan air
Sos ikan jika perlu
Hirisan cili padi merah/hijau untuk hiasan
Hirisan daun kucai, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta dalam air mendidih yang diletak sedikit garam, hingga pasta lembut atau anda boleh ikut cara merebus pada paket pasta. Mat rebus lama sikit kasi lembut. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, masukkan bawang besar, bawang putih, serai. tomato dan cili padi. Tumis hingga harum. Tambah pes tomyam, sos cili thai dan sos tiram, kacau rata dan masukkan ayam, gaul dan tuang air. Biar mendidih dan ayam masak.
  3. Masukkan pasta dan gaul rata, guna api sederhana, kemudian rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan. Masak sekejap dan boleh diangkat. Tabur dengan hirisan cili padi hijau/merah, daun kucai dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

GULAI TERUNG PIPIT DENGAN IKAN KEMBONG REBUS.

rsz_dsc_8076
Dah makan tengah hari?.. Mat baru siap masak. Masak lauk atas permintaan sahaja, mat makan lauk asam pedas semalam. Hari ni masak gulai terung pipit dengan ikan kembong rebus. Letak serai dan daun kunyit. Abah mat suka masak macam ni, semalam dia dah sebut2. Jadi hari ni atas perintah pihak atasan, mat gebu pun memasak. Terung pipit tu ada tumbuh melata kat kebun, jadi abah mat petik saja. Satu lagi kalau nak petik, jangan cari yang tua, liat wooo, kang macam makan getah, yang tu buat peluru lastik boleh laaa, ni pilih yang muda, muda tu bukan lah kecik toet, pilih yang warna dia hijau muda sedikit. Ikan kembong rebus tu kalau tak nak, boleh ganti dengan ikan bilis, ikan bilis tamban atau tulang ikan masin kurau....tuu dia, memang pengsan lahh, darah tinggi naik lepas tu!!!....Ok sebelum kita lihat resipi, mat link satu entri di sini, yang banyak berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedari....hmmm, terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit
2 ekor ikan kembong rebus saiz besar
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, dititik
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam da gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung pipit dibersihkan, kemudian rebus hingga lembut. Toskan. Ikan kembong rebus dibersihkan dan dikerat dua setiap seekor, ketepikan.
  2. Masukkan terung tadi dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai dan juga santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah asam gelugor dan ikan kembong rebus tadi. Tuang pati santan, kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah daun kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil dan dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan serta lauk2 lain...

Saturday, February 25, 2012

ASAM PEDAS IKAN CAMPUR-CAMPUR...

rsz_dsc_8057
Assalammualaikum.....entri ulang tayang boleh?...Sebab mat tak masak yang menarik sangat, cuma masak asam pedas ikan campur saja siang tadi. Ikan campur tu apa?..Adakah sejenis ikan?. Erkk tak lah ikan campur ni maksudnya pelbagai jenis ikan. Abah mat suka beli ikan campur, dan ikan campur ni segar. Dalam tu ada pelbagai jenis ikan, saiz dia pun boleh tahan, besar2 juga. Macam asam pedas hari ni ada ikan gelama, ikan kerisi, ikan selar dan ikan kembong. Sebenarnya dalam gambar tu ikan kembong dok bawah, tu pasal tak nampak. Mat letak bendi dan tomato. Mula2 plan nak letak sawi jeruk, sekali takdak stok pulak..hmm guna apa yang ada saja lah macam tu. Satu lagi, ikan campur ni, kalau dibuat singgah pun sedap, nak2 ikan segar. Mat letak daun kesom sebagai bahan pewangi....Oklah, walaupun ulang tayang, mat tulis juga resipi mudah ni. Tang ikan tu anda boleh guna apa2 jenis ikan yang anda gemari...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan campur (mat guna ikan kembong, selar, gelama, kerisi dan kerapu)
8 batang bendi muda
2 biji tomato
1 genggam daun kesom
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 1/2 senduk nasi cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci, tos dan kerat sedikit pangkalnya, tomato dicuci dan belah tiga setiap biji. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, tambah cili kisar dan terus memasak hingga cili garing dan terbit minyak.
  3. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan bendi, daun kesom dan ikan. Masak sekejap, tuang jus asam jawa, tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk lada hitam. Kacau perlahan, akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

SUP AYAM LENGKUAS @ ทอมไข่ไก่

rsz_dsc_8047
Salam petang semua, dah makan?.. Mat hari ni tak makan nasi, tapi melantak sup ayam lengkuas. Kalau nampak macam tomyan je kurang lebih, ada letak santan dan lengkuas pun agak lebih penggunaanya. Sup ni sedap, rasa dia mat suka, ada masam2 dan hangat serta pedas. Mat guna santan dalam 1 cawan macam tu, cuma sambal dia agak kurang sikit, kalau lebih, kuah dia lagi kemerahan. Tapi dah macam kari pulak nanti kalau merah. Paling sedap dihirup masa sup masih hangat, bau aroma serai, daun limau purut, ketumbar dan juga rasa lemak2 manisnya dan sedikit masam buat anda ketagih. Anda boleh letak sayuran ikut kesukaan, tapi jangan lah banyak sangat. Kalau anda nak makan dengan nasi pun takde masalah. Untuk kali ini, mat guna cendawan lain, kalau kebiasaan kita guna cendawan butang. Cendawan ni nak guna jenis dalam tin atau segar, terpulang pada anda. Kalau suka boleh juga taburkan sedikit serbuk lada hitam sebelum dihidangkan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

BAHAN SAMBAL "KHAS" :-)
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  3. Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
  4. Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
  5. Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee...Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja....
  6. UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas tadi..

Friday, February 24, 2012

TAK BERAPA RAJIN...MAKAN MI GORENG JEE.

rsz_dsc_7943
Malam semua, hari ni tak berapa rajin. Biasalah nama pun manusia, ada masa rajin, ada masa kurang rajin, ada masa terlebih rajin. Tapi bila kita ada rasa tanggungjawab, rajin atau tidak itu pekara ke dua, apa yang utama kita perlu laksanakan dulu. Jadi sebagai memenuhi permintaan, mat ketepikan dulu sifat tak berapa nak rajin tu. Kalau nampak mi goreng, tak payah kata lah, semua orang pernah makan, pernah buat dan ada tu telah menjadi pakar dalam menggoreng mi. Satu je, mat nak kata, jangan terikat dengan resipi dan rasa stress, kita masak dan jika kita makan rasa ok, insya Allah orang lain juga akan rasa ok. Bila anda perhatikan, suasana tempat makan kita juga mempengaruhi selera kita. Keamanan itu penting, masa makan elakkan bertanya atau bercerita pekara2 serius yang boleh menghilangkan selera kita makan...

rsz_dsc_7953
Ni kira mi dobo-dobo je, cuma adalah mat letak hirisan daging ayam, ayam pun beli semalam kat Mydin yang dah siap panggang tu. Kira mi goreng berayam lah kan. Tak kesah lah apa pun janji ia boleh dimakan. Nak nampak lagi ke ayam an, mat golekkan seketul peha ayam atas dia, letak pulak hirisan timun dan tomato sebagai ulam merangkap hiasan juga. Mat goreng dalam 1 kati macam tu, erkk 1 kati tu berapa gram pulak?.. Hmm kurang lebih 600 gram. Satu lagi mat guna sambal tumis yang memang mat dah siapkan awal2. Jadi senang, kita campak2 dalam kuali je bila nak guna. Rasa mat banyak kali juga dah mat letak resipi sambal tumis serba guna tu. Takpe mat tulis sekali lagi, tapi seperti biasalah, mat gebu kalau tulis, resipi dia akan berubah2 mengikut masa membuatnya. Ok sebelum kita semak resipi, jomm lihat entri pilihan DTS hari ini ---> di sini. Terima kasih..

BAHAN-BAHANYA :-)
1 kati mi kuning (600 gram), cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
2 keping tauhu, didadu, goreng dan toskan
1 cawan isi ayam, didadu
1 cekak kuchai, hiris pendek
2 biji telur, dikacau sedikit
2 camca besar sambal tumis (resipi dibawah)
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
Kicap cair, jika perlu
1 cawan air
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Hirisan timun dan tomato, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Kepingan ayam yang telah digoreng atau dipanggang, untuk hiasan
Sos cili untuk dimakan bersama mi

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
3 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga pekat, matikan api, biar sambal sejuk dan simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Pastikan permukaan sambal dilitupi dengan minyak tumisan.
  2. UNTUK MI GORENG :- Panaskan sedikit minyak, tumis cincangan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan kacau rata. Tambah daging ayam dan tahu goreng, kacau dan tolak ke tepi kuali. Sederhanakan api. Masukkan telur dan biar sedikit mengeras, kemudian hancurkan, gaul rata. Tambah sos tiram dan kicap manis. Masak sekejap dan masukkan air. Biar mendidih.
  3. Masukkan mi kuning tadi dan gaul pantas hingga rata. Masukkan taugeh, gaul lagi dan diakhiri dengan kuchai, kacau hingga semua rata. Masak sekejap, rasa dan jika kurang masin boleh renjiskan sedikit kicap cair. Bila semua dah ok, boleh matikan api.
  4. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang goreng, hirisan tomato/timun dan juga kepingan ayam yang telah dipanggang atau digoreng. Hidangkan bersama sos cili...

STRAWBERRY AND COCONUT SLICE CAKE.

rsz_dsc_7971(1)
Salam sore semua, petang baru dapat bersiaran secara tenang. Pagi tadi sibuk sikit, tapi masih ada ruang2 masa untuk melegakan diri. Maklumlah kaki baru ok, jadi kenalah berhati2 dalam melakukan kerja2, kalau ganas sangat nanti, takut menyeman balik. Entri hari ni mat mulakan dengan sejenis kek dari Australia, mat dapat dari buku lama yang mat beli sekitar tahun 90-an dulu. Kalau ikut resipi asal, dia guna raspberry, tapi memandangkan takde, mat ganti dengan strawberry dan ia tetap sedap. Masa mat buat tadi, mat perhatikan mungkin berlaku kesilapan resipi dalam buku tersebut terutama pasal topping kelapa tu. Kalau ikut resipi asal (dia ada bagi sukatan cawan dan gram) punya lah banyak, tu yang dalam gambar tu pun mat dah kurangkan (dan mat rasa perlu dikurangkan lagi). Sedangkan dalam gambar dibuku tu mat tengok topping dia takdelah tebal sangat, dan mat guna ukuran loyang yang sama....Hmmm jadi kena pandai agak2 juga lah kan...

rsz_dsc_7995
Kek ni rasa dia just nice tak manis sangat, tu pun setelah mat gantikan gula kastor dengan soft brown sugar, dan jem stoberi tu pulak guna jem stoberi tanpa gula. Kalau anda tanya, sedap ke CM, dah aku buat takkan nak kata tak sedap. Tapi tadi anak buah mat makan 4 keping okehh...nak kata budak tu lapar sangat, walhal baru makan nasi, jadi kesimpulannya, sedap lah kot. Cuma mat tak puas hati cutting dia serius tak berapa lawa, kena kurangkan kelapa lagi, lain kali. Satu lagi, kalau ganti dengan blueberry pun sedap rasanya...tapi pastikan jem pun guna blueberry juga yea...Ok bagi sapa2 yang teringin nak mencuba, mat tulis resipi seperti dibawah..

BAHAN LAPIS BAWAH :-)
90 gram mentega
110 gram gula kastor (mat guna 100 gram gula perang @ soft brown sugar)
1 biji telur gred A
35 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
110 gram tepung gandum*
1 camca besar penuh tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan jem starwberry (mat guna jenis tanpa gula)
150 gram buah strawberry segar, didadu kasar (sebiji potong 8)

BAHAN TOPPING :-)
3 putih telur
55 gram gula kastor (mat guna 50 gram gula perang @ soft brown sugar)
1 1/2 cawan kelapa kering (resipi asal guna 2 cawan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang berukuran 20 cm x 30 cm x 2 cm dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi, dan biar kertas berlebih pada kiri dan kanan loyang, bertujuan untuk kek mudah dikeluarkan.
  2. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Putar mentega, telur dan gula perang hingga hancur dan sebati dan berubah kewarna pucat. Masukkan esen vanilla, putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga rata. Alih bancuhan ke dalam loyang, ratakan dan bakar 15 minit atau hingga perang keemasan. Keluar dan sejukkan 10 minit.
  3. Kemudian, sapu permukaannya dengan jem strawberry tadi hingga rata, gunakan berus pastry. Tabur rata2 buah strawberry segar yang didadu tadi. Ketepikan sebentar.
  4. UNTUK TOPPING :- Pukul telur dengan gula perang hingga larut, gunakan whisk, kemudian masukkan kelapa kering dan gaul dengan spatula hingga rata. Tuang atas no. 3 tadi, ratakan dan tekan2 sedikit hingga padat. Sambung bakar pada suhu 180C selama 25 minit. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong. Selamat mencuba...

Thursday, February 23, 2012

MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI DAPUR.

Malam semua, kali ni bukan entri masakan, tapi "gadget" yang mat kerap guna sekarang ni dapur, terutama jika memanggang ikan akan ayam. Mat bukan lah saja2 nak letak entri ini dan bukan nak promosi, serius mat tak dapat apa2, mat buat entri ni pun atas permintaan teman2 di FB dan juga rakan2 blogger. Benda berguna elok kita kongsi bersama. Non-stick pan dwi fungsi ini sebenarnya bonda mat yang beli, mat gebu pulak tukang test try tengok betul ke bess. Masa mula2 guna tu mat bakar ayam. Sungguh senang dan memudahkan. Satu lagi pada pendapat mat lah, kuali ni sesuai untuk ibu2 bersalin, yelah masa tu kan berpantang, dan mana boleh makan masakan berminyak. Jadi kalau ada kuali ni ia amat2 membantu, cuma panggang atas dapur dengan api kecil, satu lagi ia boleh digunakan pada ke dua2 bahagian. Encik suami pun boleh membuatnya, kalau dia kata taktau, itu cuma alasan sahaja.....tak boleh terima pakai dah zaman sekarang ni.


Kuali ini didatangkan dengan dua bahagian, satu bahagian yang dasarnya ada garisan2 macam gambar kiri tu, dan ia amat sesuai kalau anda nak bakar steak atau ayam. Nanti jadi lawa, ada garisan2, alaa macam yang biasa anda nampak kat restoran2 tu...takkan tatau. Bahagian lagi satu pula permukaannya berteksture kasar sedikit. Satu yang bess, bila anda letak bahan yang hendak dibakar, anda boleh tutup, dan dia akan menjadi macam gambar kat atas tu...dengan keadah ini, masakan akan lebih cepat masak dan mengekalkan kelembapan isinya. Yang utama anda guna api paling kecil. Bila guna api kecil...apa kelebihannya?....Haa apa?..Dah pasti gas anda lebih jimat...

Bersaiz 28cm, boleh dikatakan agak besar. Sekor ayam saiz sederhana boleh dimuatkan dalam kuali ini, atau anda belah dua ayam tu. Anda perasan entri gulai ikan tuna salai dengan belimbing.. Ikan tuna tu mat guna kuali ni lah untuk menyalainya. Ikan tu besar dalam 1 kg, mat kerat 4 bahagian, belah 2 setiap bahagian, cuci bersih, lumur sedikit kunyit dan garam, lepas tu bakar, cuma masa mula2 bakar tu mat tak tutup, kasi air dia kering dulu, lepas tu baru tututp. Bila lepas 10 minit, terbalikkan kuali tadi dan sambung bakar. Tang ni terpulang pada anda, samada nak ikan tu jadi perang atau kuning keemasan. Tapi kalau nak masak gulai elok kasi perang kecoklatan sikit, baru wangi.


Dan yang ni pulak handle dia, ada magnet jadi bila kita tutup dia lekat elok saja..apa ingat henbeg je kee ada magnet, sekarang ni kuali pun ada magnet...tak lama lagi orang pun ada magnet..erkk. Handle dia pun just nice, sedap dipegang, grip dia pun kuat, jadi tak mudah lah nak terjatuh atau terpelanting. Kuali ini agak berat juga dan ia boleh dikatakan tebal. Kalau tanya mat berbaloi ke beli, yesss....berbaloi sangat dan berguna. Harga kalau tak silap dalam RM 120+ macam tu. Ia diedarkan oleh Syarikat Jualan Langsung Menang Glassware. Anda yang dok di bandar2 besar macam KL dan lain2, pasti tau mana nak dapat, dan mungkin harga lebih murah. Untuk sekali lagi, ditegaskan, mat cuma share sahaja jadi apa2 kesulitan, atau ketidak sesuaian jika anda menggunakannya, itu adalah atas tanggungjawab anda sendiri...harap maklum.....

GULAI IKAN TUNA SALAI DENGAN BELIMBING

rsz_dsc_7850
Assalammualaikum, salam siang semua. Dah siap masak?. Hari ni mat masak gulai ikan tuna atau ikan tongkol yang disalai. Tambah pulak dengan belimbing buluh...mengancam kan. Sebenarnya ikan ni besar, jadi mat kerat pada 4 bahagian, kemudian belah dua setiap bahagian tadi. Lumur sedikit garam dan serbuk kunyit, dan mat panggang hingga masak. Biar sejuk dan simpan dalam bekas bertutup, letak dalam peti sejuk. Bila nak guna senang. Ikan tuna daging dia akan sedikit mengeras bila kita panggang, tapi bila dah dijadikan gulai, hmmm, sedap sangat. Kalau rajin boleh panggang guna api arang, yang tu lagi lah sedap. Ini mat cuma guna non-stick pan yang agak istimewa, bonda beli, mat guna...nanti mat letak entri kuali tu yea (tapi kat FB mat dah pernah up pasal kuali ni dulu). Kali ni mat guna cili padi kampung, anggaran dalam segenggam macam tu. Letak serai dalam 4 batang dan kurang lebiih 20 biji belimbing buluh, daun kunyit kalau ada pun boleh campur sekali. Ok kita lihat resipi yea...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tuna @ tongkol saiz besat (kurang lebih 1 kg)
20 biji belimbing buluh, cuci bersih dan belah tapi tak putus setiap satu
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
500 ml pati santan
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat (mat tak letak, sebab takde)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung
3/4 inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat pada 3 atau 4 bahagian, cuci bersih dan kemudian belah dua setiap keratan (nak mudah biar ikan sedikit keras, maksudnya simpan dulu dalam freezer, ini akan mengelakkan daging ikan pecah masa kita membelah dua nanti. Satu lagi pastikan pisau anda tajam). Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul rata dan panggang hingga masak pada semua bahagian. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan ikan dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai titik, kacau rata dan tuang santan cair. Didihkan dan masak sekejap. Masukkan asam gelugor dan juga pati santan, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil dan dikacau sekali sekali.
  3. Masukkan belimbing buluh dan daun kunyit (jika guna). Masak sekejap hingga belimbing nampak pucat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.....

Wednesday, February 22, 2012

LEMPENG UBI PENUH KENANGAN...

rsz_dsc_7766
Malam semua, hujan petang tadi di Sedenak, jadi mula lah menjengah2 ke dapur yang senantiasa tanpa sempadan. Check dalam peti sejuk, ternampak baki ubi parut yang mat buat kueh bengka tempoh hari di sini. Kelapa parut muda pun masih ada, tapi dalam freezer, hmm itu takpe, kasi masuk dalam mikrowave sekejap, jadi lembut lah dia. Lempeng ubi penuh kenangan, dari kesah keluarga hingga kesah di blog. Kalau dikampung zaman dulu yang kebanyakkan penduduk masih menoreh getah, lempeng ubi adalah antara menu sarapan utama, selain ubi rebus, ubi keledek rebus dan lain2 lagi, semuanya jenis mudah dan tak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Kesah lempeng ubi juga lah mat menerima carutan lucah di blog DTS, dari sorang manusia yang kurang peka dengan sejarah... Pada mat kita ni seteruk mana sekali pun sebelum memberi kata2 kesat, sila kaji sedikit kesahihannya, jangan lah berlagak pandai sebenarnya anda tidak lah sepandai mana. Takpe lah manusia mana ada yang sempurna, tapi cuba lah menjadi manusia yang sesempurna mungkin kalau boleh, walaupun tak sampai sebaik orang lain...janji kita telah berusaha menjadi yang terbaik....

rsz_dsc_7816
Entri lempeng ubi ini tidak lah satu yang hebat, cuma ia satu makanan tradisi orang2 kita, tok nenek kita zaman dulu kala, era2 penjajah yang mana bahan makanan sukar diperolehi. Walaupun ia nampak satu makanan biasa2, tapi dari segi rasa, sungguh memikat, baunya harum dengan aroma ubi dan kelapa, lempeng berkulit garing dan lembut di dalam. Cicah pula dengan sambal tumis ikan bilis. Satu hidangan ringkas tapi mengenyangkan. Dalam resipi ini mat guna kurang lebih 2 cawan parutan ubi dan 3/4 cawan parutan kelapa parut muda. Tambah sedikit garam dan gula. Mat tambah air, biar mudah untuk di lempengkan. Seperti biasa mat guna non-stick pan saiz 4 inci, dan diletak sedikit minyak. Anda boleh juga guna kuali biasa untuk membuatnya.. Ok resipi mudah ini seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan parutan ubi kayu
3/4 cawan kelapa parut putih
Air secukupnya (mat guna 3/4 cawan)
Garam secukup rasa
Sedikit gula (anggaran 3/4 camca teh)
Sambal tumis sebagai pencicah atau sos kegemaran masing2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan ubi partu, kelapa, garam secukup rasa dan gula. Kacau rata dan tuang air, kacau lagi hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan atau kuali biasa, tuang sedikit minyak, rata dan bila minyak panas, sendukkan bancuhan no 1 tadi ke dalam pan atau kuali, ratakan dan biar masak hingga lempeng kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan dan garing sedikit. Angkat dan buat kaedah sama pada baki adunan tadi hingga siap. Boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos kegemaran anda. Sesuai untuk sarapan atau minum petang...

NASI LEMAK SARAPAN AKU DAN ADY BUDIKA.

rsz_dsc_7704
Salam semua, erkk entri nasi lemak pulokk..biasalah, si mat tu kan jenis ikut suka hati perut dia saja, takde law punya olang, main harung je kalau nak boh entri...boh tu singkatan dari perkataan bu"boh"...bukan '"boh"sia okeh...grrrr. Sebenarnya memang nak buat nasi lemak hari ni, dan kebetulan ady nak singgah, biasalah datang melawat mat gebu, terharu atas ingatan tu..terima kasih Ady......Dia kata tak payah masak apa2, tapi dah memang mat nak masak, jadi ajaklah santap sekali. Kali ini nasi lemak mat amat mudah, cuma ada ulam timun, sambal tumis, telur rebus dan ayam goreng berempah. Kalau nak meriah, sila tambah kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng juga yea...

rsz_dsc_7722
Mat masak nasi lemak ni seawal jam 7 pagi dan dalam jam 8+ am, tiba2 sms masuk dari Ady, tengok dia ada dah...Abah mat kata, tu ada tetamu dia bawak kucing...hooo, sahh leer Mr Ady Budika..haha, mat pun masa tu dah settle kerja, tinggal susun je. Bonda pulak ada projek dia sendiri, siang ikan, erkk, bukan paksa, tapi bonda secara jujur kata, "aku memang suka lah siang ikan"...tuu dia, tatau lah ayat double meaning kaa, atau se meaning, apa2 pun terima kasih. Tapi ady sempat gak skodeng mak yah siang ikan, erkk, nasib baik dia tak sempat korek rahsia gua,,phewww selamat beb!...Ok lah resipi nasi lemak ni sama je macam dulu dan sebab mat guna beras basmathi, jadi nak menyukat cecair dia agak senang, selalu mat guna ratio 1 bahagian beras basmathi : 1 1/2 bahagian santan atau cecair. Ok kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (mat guna beras Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
1 1/2 inci halia, kerat 3 dan dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis secukupnya
Ikan bilis yang digoreng garing
Hirisan timun
Telur rebus, atau telur dadar
Kacang tanah goreng
Ayam goreng/Ikan goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras dan masukkan ke dalam rice cooker, tuang santan dan masukkan serai, daun pandan, bawang putih, bawang besar dan halia. Tambah garam (anggaran 1 camca teh), kacau hingga rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masak, gemburkan guna chopstick, tapi pastikan jangan terlalu menggaul, nasi nasi patah2 dah tak lawa. Cukup sekadap 3 - 4 kali dikarehkan. Hidangkan bersama sambal tumis, telur, hirisan timun, ikan bilis goreng dan kacang tanah. Selamat menjamu selera..

AYAM GORENG BEREMPAH GAYA MAT GEBU..

rsz_dsc_7663
Assalammualaikum, entri kali ni mat share satu resipi ayam goreng berempah gaya mat gebu, bukan lah kata resipi ni mat yang cipta, ia hanya olahan dan berlaku sedikit kederhakaan, tapi bukan lah satu benda yang memudaratkan bila kita menderhaka pada resipi. Sebaliknya kita akan dapat satu rasa yang baru dan secara tak langsung akan memberi dua sebab, pertama ia menjadi lebih enak, dan kedua menjadi sebaliknya...erkk. Sebenarnya mat buat ayam goreng berempah ini untuk digandingkan bersama nasi lemak, yang tu kita cerita dalam entri nasi lemak nanti. mat guna kurang lebih 1 ekor yang telah dipotong pada saiz sederhana. Bahan2 perlu diperap bersama ayam sekurang2nya semalaman untuk mendapat rasa yang lebih "ummphh", dan ayam perlu dicucuk2 dengan garfu. Satu lagi mat tabur tepung beras pada ayam yang telah diperap tadi sebelum digoreng. Tujuan untuk melekatkan rempah2 yang kita guna untuk memerap ayam. Sedap dihidangkan panas, kira ngam lah dengan nasi lemak atau dengan nasi biasa pun bolehhh...layann jee lah... Ok, resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana
3/4 cawan tepung beras
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai, hiris halus
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 genggam bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, bersihkan dan cucuk2 dengan garfu pada semua bahagian berdaging. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan2 kisar halus, tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Letak dalam bekas bertutup dan perap semalam dalam peti sejuk (atau sekurang2nya 5 jam).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil beberapa bahagian ayam tadi bersama bahan2 pemerap, tabur 3 - 4 camca besar tepung beras dan gaul rata2 (jika kurang tambah sedikit lagi tepung). Kemudian goreng hingga keemasan dan ayam masa, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki ayam tadi.
  3. Boleh hidangkan bersama nasi lemak, atau nasi biasa atau boleh dimakan bersama sos kegemaran anda... ehem ehem..

Tuesday, February 21, 2012

SUP AYAM KAMPUNG....MESTI YANG "BETINA"

rsz_dsc_7610
Sup ayam kampung, tapi yang betina lebih menyerlah rasa dia. Kalau ayam jaguh lebih sedap dibuat kari, kurma atau rendang. Setuju?..Tu lah yang bonda sering kata dan mat sendiri dah terikut. Kalau ayam betina buat sup sedap, nak2 ayam DARA. Kalau ikutkan sama je sup ayam mat buat dengan resipi2 terdahulu. Sup ayam kalau kira makan masa demam, cukup nikmat, letak lada hitam lebih sikit dan ini akan menghangatkan badan dan membuang angin. Lagi pun dalam sup itu sendiri mengandungai rempah ratus dan bahan2 berunsur perubatan. Sup ayam juga satu masakan versatile, boleh dimakan begitu sahaja, dengan nasi impit, mi laksa, mi hoon, mi kuning atau dengan roti. Satu lagi, kalau anda nak tambah lobak merah dalam sup ni pun ok. Baik lah kita lihat resipi, tapi sebelum tu jomm lihat entri pilihan DTS hari ini ---> di sini.. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (kalau dapat ayam betina)
6 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 pokok daun sup, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 camca besar lada hitam
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga

BAHAN LAIN :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng, hiris
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya, kacau rata. Masukkan daun sup, dan bawang goreng serta kiub ayam (jika guna), biar mendidih dan biar pada api sederhana. Bila ayam 3/4 empuk, masukkan kentang dan bila kentang empuk tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan sup dan tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan bahan lain. Nikmati sup ayam bersama mi atau dimakan begitu sahaja..

LEMAK PUCUK UBI DENGAN KUPANG...

rsz_dsc_7498
Salam, ok menu kali ni dah kerap juga letak, tapi takpe, kasi share lagi dan lagi dan lagi. Pucuk ubi masak lemak dengan kupang satu masakan kampung yang kerap mat masak. Abah mat nak makan sebenarnya dan ini mat masak semalam. Kebetulan abang mat balik, jadi kira ini menu untuk mereka juga. Pucuk ubi petik kat belakang rumah saja. Mengikut petua orang2 tua, kalau petik pucuk ubi, cuma petik 3 tangaki teratas dan ada juga yang buang bahagian pucuk paling atas yang kecik tu, kata mereka untuk mengelakkan pening kepala, wallahualam. Kalau tanya mat, pucuk yang kecik tu semua aku sapu. Bila masak menu ni, terkenang mat dulu, ada satu peristiwa pahit...hmm, kalau ingat2kan geram juga, tapi takpelah...benda lepas jangan dikenang, cuma peristiwa tu beri pengajaran pada mat,supaya lebih berhati2 dan waspada waima dengan saudara sendiri..Ok lah kita semak resipi ulang tayang ni.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 1/2 cawan isi kupang (banyak lagi sedap ^__*)
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
3 biji cili merah
10 biji cili padi
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Kemudian rebus hingga lembut, tos, cuci dan perah. Hiris kasar dan masukkan ke dalam periuk, bersama2 serai titik dan bahan kisar halus, kacau rata.
  2. Tuang santan cair dan tambah isi kupang. Masak hingga mendidih. Jika nak lebih kuah, tambah sedikit air. Masukkan asam gelugor. Kacau dan tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil.
  3. Tambah garam, secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng.

Monday, February 20, 2012

SAMBAL HITAM PAHANG...BUKAN DARI AFRICA.

rsz_dsc_7448
Hitam-hitam si tampok manggis, sungguh pun hitam ku pandang manis, macam tu lah bolah diibaratkan dengan sambal hitam pahang ni. Mat sebenarnya teruja nak buat lama dah, cuma tak berapa nak rajin, lagi2 bila bayangkan nak merebus belimbing buluh hingga bertukar jadi hitam. Rasa dia sedap dan seakan2 serunding, pada mat lagi pedas lagi bess. Mat rebus dalam 4 jam lebih, guna api kecil. Berdasarkan dari blog Madiha, belimbing perlu direbus TANPA AIR, maksudnya, biar belimbing tu keluar jusnya sendiri. Masa mula2 letak belimbing tu, mat tutup periuk sekejap bagi dia berwap dan cepat berair. Kemudian baru mat bukak dan masak dengan api terkecil dan kacau sekali sekala. Cuma bila belimbing mula menghitam dan jusnya mula berkurangan, kita perlu kacau kerap, 1 - 2 minit sekali, kalau tak nanti hangus. Bila siap, ia kelihatan seakan2 asam jawa. Gelap kecoklatan. Buat lebih dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian. Resipi mat ambik dari blog Kak Ayu Singapore dan beliau pulak ambik dari blog Madiha, dan Madiha pulak dari bonda mertua beliau..betul2 resipi warisan ni....Syukur alhamdulillah atas kesudian berkongsi resipi dengan kami2 semua...moga perkongsian ini akan dibalas dengan pahala berlipat ganda, insya Allah....ameeennn....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan belimbing buluh rebus
1/2 cawan cili padi (mat guna dekat2 nak1 cawan...penggsann >__<)
2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam 10 minit, tos dan perah
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
5 camca besar kicap manis (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kicap pekat (mat tambah)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BELIMBING REBUS :- Cuci belimbing buluh dalam 30 biji (atau lebih, ikut banyak mana yang anda suka). Masukkan ke dalam periuk, kalau dapat guna periuk yang buruk (mat guna periuk nasi lama), JANGAN letak air. Masak dengan api perlahan hingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu, tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair. Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum, masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering. Makan masa kurang lebih 4 jam, hingga belimbing kecut. Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali hingga ia bertukar menjadi gelap seakan2 asam jawa. Matikan api, alih dan sejukkan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK BAHAN SAMBAL :- Tumbuk cilipadi hingga lumat, tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat, tapi jangan halus sangat. Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi, sama juga tumbuk bagi dia hancur2 saja. Ketepikan.
  3. UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga harum, masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus (cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus), kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing, masak dengan api sederhana. Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering sedikit (seakan2 serunding). Tolak ketepi kuali dan biar minyaknya kering. Angkat dan sejukkan, jika buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh simpan dalam botol. Selamat mencuba!!..

KUEH BENGKA UBI ALA NYONYA....

rsz_dsc_7404
Petang Isinin semua...Semalam tak tiada apa2 entri di blog DTS....sebab mat tak masak. Hari ni mat letak satu entri dulu, yang lain2 tu kalau sempat mat letak. Kenapa mat tak update semalam?...Hmm, pagi tu memang mat plan nak masak dan masukkan dalam DTS, tapi sebab barang dapur banyak yang dah habis, maka kenalah pi belanja, tempat biasa2 saja, Econsave dan Tesco, seriously Mydin not my choice, tatau pesal, ntah macam tak bess je, tapi ada barang yang takde jual di Econsave atau Tesco, ada di Mydin, maka terrr paksa lah sekali2 pi juga. Jadi bila balik tu, kaki ku sudah rasa amat2 lenguh..jadi cuti lah masak. Bercerita pasal entri hari ini, gara2 mat mengidam sangat nak makan kueh bengka/bingka, malam tadi mat buat juga, itu pun sebab ubi parut dah ada. Kali ni mat buat gaya peranakan, tak guna gula melaka. Resipi mat dapat dari satu buku masakan orang2 peranakan...erkk, apa eks nama buku tu, adeh tak ingat dah, sebab mat salin dalam kertas saja...

rsz_dsc_7432
Hmmm, sedaplah kueh bengka ni (ejaan dari buku tu ikut gaya peranakan). Lagi sedap bila permukaan kueh dibakar hingga sedikit berkerak....masya Allah, punya lah wangi, satu rumah mau dia semerbak. Buat dia mudah, tapi bahan2 kena ada lah. Yang ni mat guna santan kotak, kalau santan segar, lagi sedap. Buat pun dah malam, malas nak pi kupas kelapa dan parut. Kueh ni mat bakar dalam oven guna api atas dan bawah, dan bila kueh masak (bila cucuk dengan lidi sate, dia keluar bersih), mat tukar pada api grill dan biar hingga permukaan kueh berkerak sedikit, tapi bukan hangus, cuma nampak garing dan coklat keemasan. Biar kueh sejuk betul baru potong.... Ok sebelum lihat resipi mudah ni, kita lihat entri pilihan DTS di sini, pada mat ia amat berguna sebagai panduan pada semua blogger...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram parutan ubi kayu
70 gram parutan putih kelapa (pilih yang kulit basah)
225 gram gula halus
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh pewarna kuning
250 ml pati santan
2 biji telur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil. Biar berlebih sedikit pada kiri dan kanan tin, agar senang untuk mengangkat kueh keluar nanti. Lenser aluminium tadi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan ubi parut, garam bersama kelapa parut. Gaul rata dan masukkan ke dalam mangkuk besar, ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan gula, telur dan santan, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur. Tuang ke mangkuk berisi ubi dan kelapa parut tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan esen vanilla, mentega cair dan pewarna kuning, gaul hingga sebati. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 50 minit hingga 1 jam atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan kueh yang perang, tukar api oven pada fungsi grill bila kueh telah masak dan bakar 5 - 7 minit atau hingga mendapat tahap kegaringan yang anda gemari. Sejukkan kueh sebelum dipotong. Boleh hidangkan...

Saturday, February 18, 2012

SAMBAL LODEH.... BUKAN SEKADAR BIASA.

rsz_dsc_7361
Assalammualaikum, salam Sabtu semua yang ada. Dah siap masak?. Mat hari ni masak yang biasa2. Tapi mat buat satu benda ni, yang pasti menyelerakan. Cuma bagi yang tidak makan tempoyak, mungkin ini bukan untuk anda, tapi apa salah mencuba, betul tak. Resipi ini walaupun nampak biasa, tapi ia amat "sesuatu". Terima kasih pada Azila Mohd Zain sebab berkongsi resipi dengan mat...Siapa dia tu?...pandai2 lah anda cari sendiri. Mat letak resipi ini bawah label "resipi warisan" sebab ia boleh dikatakan makanan tradisonal. Buatnya amat mudah. Yang penting kesesuian rasa tu kenalah ikut citarasa anda, tapi part masin dan manis tu biarlah sederhana. Satu lagi, pedas itu harus yea untuk sambal lodeh nih. Baiklah resipi senang, cerita pun kena pendek2 saja..Jommm masak pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan rendam 10 minit, tos dan perah
4 biji bawang merah,
30 biji cili padi kampung
1 1/2 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk bawang merah dan cili padi hingga hancur, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi, tapi jangan halus sangat. Tumbuk kasar2, part ni agak2 lah yea, kasar pun jangan lah kasar sangat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan no. 1 dan tambah tempoyak. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa kalau perlu tambah garam dan gula secukup rasa. Kemudian boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2.....serius boleh pengsan....silap2 boleh tambah nasi 5 kali!!!!...... pengsannn >___<

Friday, February 17, 2012

SEMINGGU AKU MENGIDAM DAN AKHIRNYA....

rsz_dsc_7207
Salam malam semua, uikk mi hoon, itu je ke entri..ha ah, tu jee yang mat masak. Tapi masak untuk sarapan pagi tadi. Ada cerita dia ok, anda tau kan kaki mat salah urat dah seminggu. Masa mula2 kena tu, plan nak goreng mi hoon, tapi sebab dah sakit kaki, diri pun tak bley, maka mat tunda lah sampai masa dan keadaan mengizinkan. Dari sehari ke sehari masih tak ok juga, sampai ada bahan2 dia yang terpaksa diguna pakai takut rosak. Bila on9, nampak blog teman2 yang ada entri mi hoon, lagi lah buat aku ni mengidam tak hengat, walhal mi hoon saja bukan lah pizza ke atau ayam golek mak limah. Jadi hari ni kaki mat dah makin ok, cuma nak duduk tu ada masalah sikit lah, terutama bila nak lipat kebelakang, masih rasa tegang. Apa2 pun kena lah banyak2 bersabar.....

rsz_dsc_7227
Sangat2 simple, tanpa taugeh semua, mat letak sawi dan baki kucai ada sedikit dalam 1/2 cekak, pun mat gunakan, jadi lah buat "ada2" kata orang tua dulu kala. Mi hoon ni mat rendam hingga lembut kurang lebih 30 minit. Tapi kalau nak cepat anda boleh juga rebus mi hoon tadi. Apa yang perlu, mi hoon anda letak dalam periuk dan tuang air hingga tenggelam mi hoon. Masak hiingga air suam dan biar sekejap mi hoon berendam. Kemudian uji sedikit, ambik mi hoon tadi dan anda rasa, jika sudah lembut, boleh toskan. Satu lagi, elakkan memasukkan mi hoon ke dalam air mendidih, ini akan menyebabkan mi hoon jadi lembik dan melekat2. Bila goreng pun nampak kurang molek, patah2 jeee....Jomm resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam dalam air sejuk 30 minit dan toskan
2 1/2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
Garam secukup rasa
1/2 cawan isi udang
2 keping tauhu, dadu dan goreng, toskan
6 pokok sawi bok choy, cuci, asingkan daun dan tangkai, siang berasingan
1/2 cekak kuchai, kerat pendek
2 biji telur dibuat telur hancur
1/2 cawan air
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
Sedikit ikan bilis, bersihkan, rendam dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan tumis hingga garing. Masukkn udang, tauhu dan batang sawi, kacau rata dan tuang air. Masukkan garam secukup rasa.
  2. Tambah telur hancur dan mi hoon, gaul rata hingga mi lembut dan kering sedikit. Tambah daun sawi dan kuchai, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan.. Selamat mencuba..

ORANG SAKIT YANG MASAK...BOLEH LAAAHH..

rsz_dsc_7102
Salam semua, dah makan tengah hari?....Hari ni mat masak mudah, dan entri yang ini sebenarnya semalam punya. Tapi keadaan semalam memang tidak mengizinkan mat letak entri ini. Cuma sempat letak entri kek arora tu saja. Tajuk atas tu nampak macam sakit parah beno gayanya. Tapi memang sakit okeh, cuma dah beransur pulih. Malam semalam pi lagi urut dengan makcik power ranger's, dan kurang sikit dah sakit masa kena urut, cuma bila mat kata sakit, dia gedik2kan jari dia kat situ, hadoii...sakit gak, sakit2 sedap..boleh?...hahaha. Bercerita pasal entri ini, mat masak benda2 mudah saja semalam, kira cepat masak punya. Nak soping barang dapur belum boleh lagi, dah giann nihh...gian, kalau lalu kat Tesco, atau pasar basah, macam memanggil2 nama mat gebu jee..suruh singgah..grrr pakkal kaki sakit, kalau tak, siappp!!...Takpe sabarrrrr......


Ok semalam mat masak asam pedas ikan Barracuda.. Hoo apo bonda pulak Barracuda tu?. Ikan tu ada orang panggil ikan kacang. Arwah abang mat dulu selalu memancing laut, jadi dapat ikan ni saiz dia besar2 dan pada mat masak asam pedas atau kari memang sedap, lagi2 ikan segar. Yang sebelah dia mat goreng kacang panjang dengan udang, campur cendawan black fungus dan soo hoon. Kacang panjang tu petik kat belakang rumah, bukan mat tanam, tapi bonda yang tanam. Kacang ni bess, sebab jenis panjangggg...kalau pokok gemuk, setangkai kacang panjang boleh capai ukuran lebih dari 2 kaki...2 kaki tu berapa?. 1 kaki=12 inci, 2 kaki berapa?...pandai punn..24 inci...yang lebih tu pepandai lah tambah dalam 1 - 2 inci lagi....


Lepas tu seperti biasalahh beb...sambal belacan mesti ada, tak sah orang melayu tak de sambal belacan....ehh orang pranakan pun sama wajib ada sambal belacan juga...sori yea nyonya2 semua. Lepas tu kan, saja lah tekak ni, ternampak cencalok..Hoo cencalok, ehem ehem, mat...ooooo....mat, cencalok tu masinn, darah awak tu udah leerr tak stabil....hehe, ok lahhh faham, tapi mat cuci dulu cencalok tu bawah air paip, kemudian perah dan masukkan dalam bancuhan telur dadar. Oh yea, tu hari ada sorang di FB kata, dia buat telur dadar cencalok tapi rasa tak sedap. Ok let me put this way....perghhh henggeris lagi...haha, macam ni, anda jangan salah faham, cencalok juga memberi peranan penting dalam apa jua masakan yang kita gunakan cencalok. Selalunya mat beli cencalok yang rupa paras dia masih cerah dan bukan nampak lebam, pucat atau terlalu kemerahan. Satu lagi bila dan buka, simpan cencalok dalam peti sejuk. Untuk entri ini mat tak payah lah kan letak resipi, sebab dah biasa sangat...apa2 pun terima kasih atas masa anda..Dann, blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..

Thursday, February 16, 2012

KEK BATIK ARORA....SERIUS AKU TERGODA.

rsz_dsc_7135
Assalammualaikum, selamat petang. Apa khabar, sehat ke?. Mat boleh lahh, tapi masih ada sengal2 lagi. Petang ni nak letak entri kek...erkk si mat tak masak tengah hari ke?.. Masak tapi tak sempat dah nak letak resipi, nantilah kalau sempat malam, tak pun esok. Kek batik aurora ni ni makin popular dikalangan blogger2 masakan. Mat mula2 malas lah nak buat, tapi Kak Ummi Kuantan kata, mat patut buat, kek ni sedap, hmmm lepas tu nampak Puan Azlita pulak buat, Kak Yatie pun buat juga dan beberapa blogger masakan lain. Mana boleh tahan beb, dia orang memasing kata sedap, jadi tadi tengah hari, mat gebu merajinkan diri membuatnya. Serius ia satu resipi yang mudah tapi hasilnya, masya Allah, boleh dibanggakan dari segi rasa pulak, memang sedap, tak manis sangat just nice...kira molek lahh.. Pada mat kek ni kalau kita buat untuk majlis rasmi, amat2 menarik, sebab nampak ceria, budak2 pasti suka...

rsz_dsc_7152
Satu lagi yang menarik, setiap warna berbeza perisa, cuma mat sarankan, gunalah perisa yang boleh ngam antara satu sama lain. Tapi itu terpulang pada masing2 yea, ini cuma pendapat mat saja. Anda nampak ada 5 warna kan, yang hijau tu mat guna pandan paste, coklat tu dah tentu lah chocolate emulco, oren pulak perisa orange, merah tu stoberi dan violet pulak blueberry. Sebenarnya mat kehabisan warna biru. Tapi takpe, kan kita buat dia, jadi gunakan apa yang ada. Perihal penyusunan warna pulak terpulang ikut kreativiti anda. Untuk resipi ini mat guna acuan berlubang tengah dan mat isi setiap bancuhan dalam plastik bersih. Kemudian gunting hujungnya dan mat paip lingkaran dalam acuan bulat tadi. Kemudian lapiskan dengan warna dan perisa lain, ulang sehingga habis. Mesti faham dah kan...Ok entri DTS kali ini memang mat harap sangat anda baca, amat2 sesuai untuk semua peringkat umur di sini... Resipi mat ambik dari blog Kak Yatie..terima kasih....

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram mentega
100 gram gula kastor
3/4 cawan susu pekat manis
250 gram tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda (pilihan mat gebu seperti di bawah)
Pewarna oren = perisa oren
Pewarna merah = perisa stoberi
Pewarna violet/ungu = perisa blueberry
Pewarna coklat = perisa coklat emulco
Pewarna hijau = perisa pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
  4. Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
  5. Ambil satu bahagian gunting bucu plastik tadi, dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak. Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap.
  6. Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan...

CATATAN MAT GEBU :- Sebab mat guna tin warna hitam, suhu mat guna 150C. Jika anda guna tin aluminium, guna suhu yang disarankan atau mengikut oven masing2. Teknik yang mat tulis tu jika anda menggunakan tin berlubang tengah. Kalau tin bulat biasa, anda boleh sudukan adunan secara berselang seli, bermula dari bahagian tengah tin...Selamat mencuba!!


Wednesday, February 15, 2012

SEKALI-SEKALI ALLAH BAGI PERINGATAN JUGA.

(Gambar Ehsan Google)

Assalammualaikum semua kalau tanya keadaan mat sekarang ni, serius bosan teramat sangat, macam nak ting tong pun ada..grrrr.. Hari ni masuk hari ke-5 mat mengalami sakit kaki, salah urat. Namun begitu syukur alhamdulillah, dah semakin beransur pulih, dah boleh berdiri lama sikit dan pergerakkan pun ada sedikit perubahan walaupun jalan tencot2. Bila kita ditimpa musibah kecil, kita akan lebih menghargai kesihatan kita, takpelah dugaan kecil Allah bagi, betul tak. Masa mat mula2 sakit kaki, mat rasa sedeh sebenarnya...Lagi2 bila melihat bonda memasak...huhu, bonda mat sendiri bukan lah sihat walafiat, walaupun dia ok, tapi dia tak boleh berdiri lama2 atau berjalan segagah orang biasa. Tapi dia tetap memasak dan melakukan kerja2 yang mat biasa buat. Masa tu mat rasa bersalah sangat dan rasa diri tak berguna pun ada juga...hmmmmm....rasa kesian kat bonda.................................terima kasih bonda....

Sebenarnya entri ini saja mat tulis sebagai pengisi blog. Yelahkan buat masa ni mat tak boleh lah nak masak ganas2 kan, kecuali jika diizinkan Allah swt mat ok, dan boleh berdiri seperti biasa dan masa tu baru lah DTS berjalan seperti selalunya. Insya Allah. Rasa mat, minggu depan dah ok kot. Terima kasih mat pada bonda sedara, Ku Chik, sebab sudi mengurut kaki ku ini, maaf sebab panggil Ku chik power ranger's tu hari, serius power dia urut, macam nak terkucil okehh. Pada teman2 FB juga dan tak lupa jiran ku Ben Ashaari...terima kasih semua.... Salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

MASAK CAMPAK2.....dan....TAHNIAH UJANG!!!...

rsz_dsc_7062
Salam satu Malaysia dan assalammualaikum semua. Hari ni tukar sikit, selalu asyik yang sama saja, bosan lah si mat tu. Dah makan?.. Apa menu ni hari?.. Hari ni mat masak awal, tapi bukan masak yang hardcore, cuma masak sempoi2. Masak cempak2 jee bak kata orang Muo. Pagi tadi kaki mat dah ok sikit, walaupun masih berbebat. Mat masak singgang ikan lepas tu masak satu jenis masakan ni, tatau lah apa nama aku nak bagi, sebab takde tema, main ikut apa2 bahan yang ada, lepas tu lebur dalam kuali, tuang itu ini, rasa ok je, siap. Memasak ni kadang, ikut lah rese anda, kalau rasa ia boleh dimakan dan kena dengan selera. ok jalann...macam 2-3 hari lepas, mat selera makan sardine saja. Sebenarnya nak juga buat benda2 lain, tapi tak nak lah paksa diri, kang bertambah sakit, dahh susah, terus cuti lama dah DTS....betul tak. Sebelum mat tulis resipi, kita lihat dulu entri pilihan DTS hari ini ---> di sini... Terima kasih...

(Gambar baby girl Ujang, ambik dari blog dia)

Opsss..DTS ada satu ucapan khas untuk blogger Ujang dan isteri beliau Yana.. Dua2 ni blogger, kerana dikurniakan cahaya mata seorang puteri semalam (betul kan semalam?).. Tahniah Ujang dan Yana. DTS-MAT GEBU doakan agar puteri anda diberi kebijaksanaan, kesihatan, kemakmuran hidup, dimurahkan rezeki, panjang usia dan menjadi anak yang solehah...ameen dan pada Yana, jaga kesihatan yea, nak apa2 perintah je Ujang, dia sedia berkhidmat. Lepas ni kita tunggu kelahiran anak "buah" terbaru CM pulak...haha, siapa kah itu..kena lah tunggu kan...Ok jomm resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram daging batang pinang yang dihiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk halus*
2 ulas bawang putih*(*disatukan dan perap sekejap)
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, dihiris berangkai
1/4 biji traffic light capsicum, didadu
10 tangkai sweet pea
10 keping cendawan black fungus segar, kerat dan rendam
10 kuntum cendawan butang, kerat 2 setiap kuntum
6 biji cili padi, belah dua setiap satu
2 helai daun limau purut
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar pes tomyam
1 cawan air
1 kiub daging Knoor (optional)
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, cili padi dan bawang putih hingga harum. Masukkan pes tomyam dan sos cili thai, kacau rata dan masukkan daging, masak hingga kecut dan tambah air. Masukkan juga kiub daging (jika guna) kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan cendawan black fungus (toskan) dan cendawan butang, kacau rata dan masak sekejap. Kemudian masukkan trafficlight capsicum, sweet pea dan daun limau purut. Kacau rata dan masak hingga daging lembut.
  3. Rasa dan jika perlu tambah sedikit sos ikan. Jika suka berkuah boleh tambah sedikit lagi air. Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.