Malam semua, kali ni bukan entri masakan, tapi "gadget" yang mat kerap guna sekarang ni dapur, terutama jika memanggang ikan akan ayam. Mat bukan lah saja2 nak letak entri ini dan bukan nak promosi, serius mat tak dapat apa2, mat buat entri ni pun atas permintaan teman2 di FB dan juga rakan2 blogger. Benda berguna elok kita kongsi bersama. Non-stick pan dwi fungsi ini sebenarnya bonda mat yang beli, mat gebu pulak tukang test try tengok betul ke bess. Masa mula2 guna tu mat bakar ayam. Sungguh senang dan memudahkan. Satu lagi pada pendapat mat lah, kuali ni sesuai untuk ibu2 bersalin, yelah masa tu kan berpantang, dan mana boleh makan masakan berminyak. Jadi kalau ada kuali ni ia amat2 membantu, cuma panggang atas dapur dengan api kecil, satu lagi ia boleh digunakan pada ke dua2 bahagian. Encik suami pun boleh membuatnya, kalau dia kata taktau, itu cuma alasan sahaja.....tak boleh terima pakai dah zaman sekarang ni.
Kuali ini didatangkan dengan dua bahagian, satu bahagian yang dasarnya ada garisan2 macam gambar kiri tu, dan ia amat sesuai kalau anda nak bakar steak atau ayam. Nanti jadi lawa, ada garisan2, alaa macam yang biasa anda nampak kat restoran2 tu...takkan tatau. Bahagian lagi satu pula permukaannya berteksture kasar sedikit. Satu yang bess, bila anda letak bahan yang hendak dibakar, anda boleh tutup, dan dia akan menjadi macam gambar kat atas tu...dengan keadah ini, masakan akan lebih cepat masak dan mengekalkan kelembapan isinya. Yang utama anda guna api paling kecil. Bila guna api kecil...apa kelebihannya?....Haa apa?..Dah pasti gas anda lebih jimat...
Bersaiz 28cm, boleh dikatakan agak besar. Sekor ayam saiz sederhana boleh dimuatkan dalam kuali ini, atau anda belah dua ayam tu. Anda perasan entri gulai ikan tuna salai dengan belimbing.. Ikan tuna tu mat guna kuali ni lah untuk menyalainya. Ikan tu besar dalam 1 kg, mat kerat 4 bahagian, belah 2 setiap bahagian, cuci bersih, lumur sedikit kunyit dan garam, lepas tu bakar, cuma masa mula2 bakar tu mat tak tutup, kasi air dia kering dulu, lepas tu baru tututp. Bila lepas 10 minit, terbalikkan kuali tadi dan sambung bakar. Tang ni terpulang pada anda, samada nak ikan tu jadi perang atau kuning keemasan. Tapi kalau nak masak gulai elok kasi perang kecoklatan sikit, baru wangi.
Bersaiz 28cm, boleh dikatakan agak besar. Sekor ayam saiz sederhana boleh dimuatkan dalam kuali ini, atau anda belah dua ayam tu. Anda perasan entri gulai ikan tuna salai dengan belimbing.. Ikan tuna tu mat guna kuali ni lah untuk menyalainya. Ikan tu besar dalam 1 kg, mat kerat 4 bahagian, belah 2 setiap bahagian, cuci bersih, lumur sedikit kunyit dan garam, lepas tu bakar, cuma masa mula2 bakar tu mat tak tutup, kasi air dia kering dulu, lepas tu baru tututp. Bila lepas 10 minit, terbalikkan kuali tadi dan sambung bakar. Tang ni terpulang pada anda, samada nak ikan tu jadi perang atau kuning keemasan. Tapi kalau nak masak gulai elok kasi perang kecoklatan sikit, baru wangi.
Dan yang ni pulak handle dia, ada magnet jadi bila kita tutup dia lekat elok saja..apa ingat henbeg je kee ada magnet, sekarang ni kuali pun ada magnet...tak lama lagi orang pun ada magnet..erkk. Handle dia pun just nice, sedap dipegang, grip dia pun kuat, jadi tak mudah lah nak terjatuh atau terpelanting. Kuali ini agak berat juga dan ia boleh dikatakan tebal. Kalau tanya mat berbaloi ke beli, yesss....berbaloi sangat dan berguna. Harga kalau tak silap dalam RM 120+ macam tu. Ia diedarkan oleh Syarikat Jualan Langsung Menang Glassware. Anda yang dok di bandar2 besar macam KL dan lain2, pasti tau mana nak dapat, dan mungkin harga lebih murah. Untuk sekali lagi, ditegaskan, mat cuma share sahaja jadi apa2 kesulitan, atau ketidak sesuaian jika anda menggunakannya, itu adalah atas tanggungjawab anda sendiri...harap maklum.....
37 Comments
Ohhh kat menang glassware. yea yea tau sangat bang mat. thank you for sharing info ni. =)
ReplyDeletenak ucap terima kasih, sebab saya dah cuba semua resepi masakan kampung abg mat ni & semuanya menjadi.
ibu beli ni
ReplyDeleteadei penin dngn mak y ske sopping
bread maker ade
msin kukus letrik br beli
pasni beli ape lak aishh
Ni kira kitchen gadget lah kan...
ReplyDeleteMenarik...applicable utk dapur letrik tak En. Mat?
@ wanpetunjuk - yep insya Allah, sesuai juga utk dapur letrik..
ReplyDeletepemanggang ajaib ni dah ada kat umah... n sgt best.. cepat, mudah n yg pnting sedap.. heee.. sesuai jugak untuk dapur elektrik.. :)
ReplyDeletecuba PCM check dekat google.wan ada baca ttg non-stick nye pan.sebab ada yg hasilkan pan mcm tuh menggunakan bahan kimia yg x diluluskan.just beware ye.
ReplyDeletesebenarnya dh 3 bulan dok didapur..
ReplyDeleteayu belum ada kesempatan nak guna..
alahai... teruk betul menantu ROS nie.. hahahhaha
wallaaaa... senangnya sebab tak besar utk kelorga 4 molot ni..
ReplyDeleteohh..sy dah ada pemanggang ajaib ni, sejibik. suka bakar daging dlm tu... mudah. rugi sapa tak beli.
ReplyDeleterasanya cosway pun ada jual..kalau tak silap laaa
ReplyDeleteCMG sy pun ada...siap bole masak kek lagi pakai kuali nie...agak2 klau sy malas nak lenserkan bekas kek tu...sy curah jer dlm kuali nie...masaknya pun cepat....:)
ReplyDeleteMat, tq for sharing... agaknya kat sogo ada x? ingat nak g esok ni...
ReplyDeleteBilalah boleh memilikinya!!!!
ReplyDeleteJom singgah teratak saya ye
cantik pemanggang tu..nak usha2 jugak lah untuk membelinya area2 kl nih..
ReplyDeleteAs'salam Mat
ReplyDeletebila nak sambar satu ni erk, ada ternampak kat kedai jualan barang2 masakan di KL Festivel City tempat k.ct duduk ni. nanti nak jengah2 kot2 ada. mintak CM beli..hehehe
kang ada juga katanya sendiri nak sendiri keluar RM..hahaha
Cik Mat,
ReplyDeleteMak mertua saya ada beli ni. Dia kata beli kat jiran je. Senang banget. Memang tak melekat. Tapi segan la plak nak mintka mak tanya kat jiran kheeenn!
Ooo..from menang glassware eh. baik. Hujung minggu ni kita cari.
Harganye brapa? coz sy dah ada yg Ikea pnya tu... tp xde ttp... yg ni mmg hebat lg ler...
ReplyDeleteadusss..ni keinginan nak emmilikinya makin berkobar2 blk ni en.mat:)
ReplyDeleteYang ni pernah tgk dalam katalog Menang Glassware. Saya pun ada tapi beli yg jenama Cosway. Memang banyak membantu. Roti canai segera..saya masak kat atas ni je. Kembang elok je. Tapi kena hati-hati jgn 'cedera'kan permukaan dia sbb nanti cepat je hangus kalo dah cedera.
ReplyDeleteSalam Mat..Dah lama gak tgk benda alah ni kat katalog menang glassware..tapi masa tgk harga dia, rasa macam tak tau berbaloi ke tak dan iya ke seperti yang dikata...Tapi bila baca apa yang Mat dah tulis ni...Rasa macam amat berguna pula...Thanks untuk info dan sedikit cerita berkenaan pengalaman Mat menggunakan gadjet ni...
ReplyDeletePasni tak payahlah nak grill kat oven lagi..Jimat siket elec...
As salam Che Mat. Selamat petang.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi :))
baguslaa gadget ni
ReplyDeletebaguslaa gadget ni
ReplyDeleteGara2 entri ni..saya telah meleleh air liur ngidam pemanggang ajaib ni.Puas gugel akhirnya dah jumpa nak beli kat mana.
ReplyDeleteTak sabo nak beli ni!
habis la shopping complex kayrul terjah gara-gara nak cari gadget nie..kecewa la plak bila tak jumpa...minggu nie nak teruskan lagi misi mencari gadget nie..hehehe
ReplyDeletehabis la shopping complex kayrul terjah gara-gara nak cari gadget nie..kecewa la plak bila tak jumpa...minggu nie nak teruskan lagi misi mencari gadget nie..hehehe
ReplyDeletenak order macam mana abg mat?
ReplyDeletetq cik mat :)
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteBaru je beli beberapa hari lepas...baru 2 kali guna...
sy dah beli pemanggang ajaib ni dgn hrga yg paling murah.. rm120 FREE POS ;)
ReplyDeleteSalam ye, tumpang iklan..klu ada sesiapa yg berminat nak dptkan gadget ni bleh dptkan dr sya...harga istimewa..lawati
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/LittlleBedsheet atau emailkan ke humaira78@yahoo.com..terima kasih
Saya pun ada jual. Kalau berminat boleh tinggalkan private message kat ---> http://www.facebook.com/pages/Pemanggang-Ajaib/418545941516943 Thanks tuan rumah
ReplyDeletesalam..saya ada jual pemanggang ajaib ni.COD PUTRAJAYA .012 282 4447.tq tuan tanah ..
ReplyDeletesaya beli kat menang rm109 jer,,
ReplyDeleteSenang nk bakar ayam.ikan..dan kini senang giler bila nk buat kek dan kuih bakar@bingka...
Kat langkawi belambak...ada 3 size...
ReplyDeleteKecik RM 55,medium RM69,besar RM 79...
Jenama HIG...
Kat langkawi belambak...ada 3 size...
ReplyDeleteKecik RM 55,medium RM69,besar RM 79...
Jenama HIG...
Saya dah beli Happy call Jumbo Grill melalui qoo10.my free shipping dari Korea RM150.00 termasuk seal + free gift. Last week order lg happy call silicon tool/spoon/spatula/brush/ dengan harga RM 12.40 free shipping from Korea. Happy call Ceramic pot, free shipping tengah offer from RM 221.20. Berbaloi jugak beli melalui online
ReplyDelete