SAMBAL LODEH.... BUKAN SEKADAR BIASA.

rsz_dsc_7361
Assalammualaikum, salam Sabtu semua yang ada. Dah siap masak?. Mat hari ni masak yang biasa2. Tapi mat buat satu benda ni, yang pasti menyelerakan. Cuma bagi yang tidak makan tempoyak, mungkin ini bukan untuk anda, tapi apa salah mencuba, betul tak. Resipi ini walaupun nampak biasa, tapi ia amat "sesuatu". Terima kasih pada Azila Mohd Zain sebab berkongsi resipi dengan mat...Siapa dia tu?...pandai2 lah anda cari sendiri. Mat letak resipi ini bawah label "resipi warisan" sebab ia boleh dikatakan makanan tradisonal. Buatnya amat mudah. Yang penting kesesuian rasa tu kenalah ikut citarasa anda, tapi part masin dan manis tu biarlah sederhana. Satu lagi, pedas itu harus yea untuk sambal lodeh nih. Baiklah resipi senang, cerita pun kena pendek2 saja..Jommm masak pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan rendam 10 minit, tos dan perah
4 biji bawang merah,
30 biji cili padi kampung
1 1/2 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk bawang merah dan cili padi hingga hancur, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi, tapi jangan halus sangat. Tumbuk kasar2, part ni agak2 lah yea, kasar pun jangan lah kasar sangat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan no. 1 dan tambah tempoyak. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa kalau perlu tambah garam dan gula secukup rasa. Kemudian boleh angkat dan hidangkan bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2.....serius boleh pengsan....silap2 boleh tambah nasi 5 kali!!!!...... pengsannn >___<

Post a Comment

12 Comments

  1. sambal lodeh kalau betul2 pedas memang sedap makan ngan nasi putih

    ReplyDelete
  2. Salam ...nampak sedap teringin pulak nak mencuba rasa nanti kena cari tempoyak dulu.

    ReplyDelete
  3. waaaah...mkn ngan nasi panas mmg sedap en.mat.awat lesung tu cam cantik sgt?hehhehe...

    ReplyDelete
  4. betul! betul! betul!(versi upin ipin) sedapppp shangatt baru mggu lepas buat sambal nie. tp una panggil sambal tempoyak ikan bilis

    ReplyDelete
  5. salam..waa memang sedap nie..tapi klu kat pahang nie~ kt tempat saya la panggil sambal camnie sambal masak tempoyak...memang sedap cuma kami tambah kunyit utk bagi sambal tu kuning2 sket bhn lain memang sama...rasa memang best...

    ReplyDelete
  6. http://amirah-hassan.blogspot.com/2012/02/because-we-are-petaiholic.html

    ReplyDelete
  7. Tak pernah mkn ni, lg pun mna nk cekau tempoyak tu.......tp nmpk sdp la, kena belajar mkn tempoyak la pulak.

    ReplyDelete
  8. Salam,sy nk ambil n mcuba semua resipi2 dlm blog ni boleh?InsyaAllah n tq.

    ReplyDelete
  9. Salam,sy nk mencuba n ambil semua resipi cik mat ni boleh?InsyaAllah n tq

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.