Kari Sardine jee keee...Ha ahh, tu jee yang mat gebu masak. Sesungguhnya aku macam dah takde idea nak memasak. Buat kek tu takde masalah, sapa nak makan tu masalahnya. Mat memang plan nak masak kari sardine ni sejak 2-3 hari lepas. Kari sardine ni satu masakan versatile, nak makan dengan nasi putih boleh, cicah roti prata boleh, colek dengan lempeng pekak pun sedap, dengan roti benggali pun sesuai. Kalau dengan roti jala...lagi lahh ngamm. Dah lah tu buat dia pun senang, ciken dodol bak kata Abby Fana. Mat guna 1 tin sardine saiz besar. Kalau ada sardine buatan sendiri pun ok, erkk boleh buat ke sardine sendiri?.. Bolehh, tapi dengan satu syarat, anda kena lah ada pressure cooker atau periuk tekanan, kalau nak buat, resipi ada kat sini.. Satu lagi, kari sardine ni jelah satu2nya kari ikan yang sesuai diletak ubi kentang....tu pada pandangan mat lah. Cuma mat selalu letak ikan sardine tu bila kentang dah 3/4 empuk. Kalau letak awal, takut sardine tu hancur nanti. Nak ke resipi?....kari sardine saja ni, bukan ayam atau kambeng... betul nak?....Ok jommm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine (sebarang jenama), ambik isinya dan 3 camca besar sos
2 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap satu, rendam
1 biji tomato, belah 6 (mat guna 10 biji tomato ceri)
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
Air secukupnya
2 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah Baba's)
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1 camca teh halba campur
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah rempah kari + bahan kisar halus tadi. Terus menumis hingga rempah garing, gunakan api sederhana.
- Masukkan kentang (toskan), gaul rata dan tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih hingga kentang 3/4 empuk. Masukkan ikan sardine dan sosnya, asam gelugor dan kacau perlahan2. Biar mendidih sekejap.
- Tuang santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Bila mendidih, tambah cili merah/hijau belah dan tomato. Masak hingga kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti tau lempeng...
21 Comments
first time dengar..boleh try ni mat..hehe
ReplyDeletesaya pun 1st tahu resepi kari sardin. blh cuba ni..
ReplyDeleteP/S : saya kalau masak sardin pun letak kentang tp selalunya sy rebus dulu. kalau nk tggu masak bersama sardin macam cik mat ckp la.. hancuss lebur lak sardin tu
ya allah sedaaaaaaap nie..mak selalu jugak buat kari sardin tapi simple punya la..xde la letak byk bahan mcm tu.....tak kisah la janji ada kentang tu membuatkan cheq suka....ikan bg kat org lain pun xpe...kentang cheq chup awal2 yer
ReplyDeletekalau wan, masak sardin sesimple mungkin.tapi naik jemu jugak sardin sama je kan
ReplyDeleteMenyelerakan...cepat mudah dan ringkas tpi hasilnya berbaloi.
ReplyDeleteInilah masakan ringkas yg akak masak
ReplyDeletekalau tak de benda dlm peti ais..
terutama tengah2 bulan lah
faham-fahamlahkan!
meleleh.. air luir den...
ReplyDeleteaahhhh.. senang je rupanya!! (tapi masih makan kedai..hehehe)
ReplyDeletewah kari sardin! sy suka kari tp tak pernah plak makan dgn ikan sardin. hehe
ReplyDeleteboleh salin resepi nie...
ReplyDeletemana tau.. ayu teringin nak makan ngan lempeng kan..
thanks cmg
Ni antara lauk faveret saya yg arwah mak selalu masakkan dulu. dah lama tak makan lauk ni, sampai terlupa dah. mekasih CMG kerana mengingatkn kembali lauk yg sedap ni!!!
ReplyDeleteAs salam Che Mat. Selamat pagi.
ReplyDeleteBhg lempeng pekak tu yg best ;-)
Masak cili padi letak kentang pun sodap...tak pun asam pedas...!!pas tu cecah cekodok bilis....best...;0
ReplyDeleteCik Mat! Saya smlm bongkar page Cik mat cari resepi ni. Teringin sgt nak makan Kari Sardin ni, nak buat cicah roti canai pagi ni. Punyalah semangat nak masak...tapi bila bukak almari makanan tu, satu tin sardin pun dah takde. Tinggal sotong dalam tin. Last-last saya masak Kari Remis. Jadilahh....
ReplyDeletecik mat, cuba buat masak lemak cili api org N9 guna sardin ni..lagi layan cik mat..nangis mknnya..sudah daku mengidam masak lemak cili api sardin..dah lama nak mkn tapi xbuat2..jadi malas masak ngandung2 nie..anak lelaki kot..haru la..
ReplyDeletesy pun buat kari sardin arini, tp version mls, kari guna paste brahims, sardin guna adabi, campur dua2 tuh skali, siap!!!bila tgk bahan2 yg abg mat masukkan rs mcm sy ni mls tahap ape pun xtau la, heh
ReplyDeletesalam cek mat, hari ni mak teh jenjalan kat rumah cek mat, cari ilham utk masak tghari ni..tertarik ngan kari sardin ni..first time ni nak wat.thank u cek mat
ReplyDeleteDah cuba buat..mmg terbaekkk la resepi ni. Tq atas sharing resepi ni
ReplyDeleteDah cuba buat..mmg terbaekkk la resepi ni. Tq atas sharing resepi ni
ReplyDeletebest ni... nak suruh org rumah try mlm ni.
ReplyDeletetq admin,saya pinjam resipi nak wat berbuka ngn member2 hari ni.bau macam sedap je lepas masak tadi walau pun bahan2 yg ada cuma sardin,cili giling dalam peket tu,rempah kari,bawang n air.yang lain sume takda.hahaha.semua muka teruja nak try resipi baru.tggu berbuka.
ReplyDelete