BEN ASHAARI

Monday, March 23, 2009

HOME MADE SARDINE

Home Made Sardine

Pernah cuba buat "sardine" sendiri?....Mat pun dah lama sangat nak mencuba, baru hari nie digerakkan Allah.....Tapi cuma satu lah, sesiapa nak mencuba,"MESTI" ada periuk tekanan @ pressure cooker di rumah masing2 yeaa. Mat guna ikan tuna, nak guna ikan kembong pun ok juga, kalau tamban sardine yg besar2 lagi lah sedap. Yang pasti hasil sardine ni tak jauh beza dari yang dijual dalam tin, tulang2 ikan tu pun semua lembut dan boleh dimakan. Resipi asal dari sorang sahabat pada abang mat....Terima kasih diucapkan pada "Cikgu Aman", Batu Pahat...Johor.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

16 comments:

Senotip Synte said...

Cik Mat

Sardin memang pebret saya dari kecik sampai dah tua bangka ... macih kongsi cara nak buat sardin sendiri

anatahir48 said...

mcm biasa, aku suka koleksi pinggan mangkuk mu itew

Ummi said...

Wah Mat..dah jadi toke kilang sardin eh..senyap2 je..akak satu family mmg suka sardin, tp bila macam2 citer pasal pembuatan sardin ni timbul, dah jarang sgt beli sardin, sesekali je kalau anak2 sebut sangat..Lepas ni ko tinkan dan hantar sini 10 tin Mat..ko letak brand Blue Tiffin eh...caiyoo, caiyoo n cayaa..lah Mat!!
*psst - Ko saja je nak pedihkan mata akak dgn mangkuk biru ko tu eh..huhuuu

dila~noor said...

sardin home made ni boleh tahan lame tak?

CT Delima said...

Sardin ni memang kesukaan ank dara ct tu mat..buat banyak mana pun tetap habis :) tapi jarang ler masak sardin kat umah ni.bila ada recuest baru ler masak :)

ain said...

salam cik mat..saya klu mkn sardin mau tambah 2 3 pinggan nasi.hehe

ZaiY said...

baguslah resepi sardin ni mat, t.kasih krn berkongsi. dh lama tak mkn sardin sbb ada terbaca citer tak elok ttg sardin dlm tin tu. kena p rembat pressure cooker le nmpknya..

SiS-lin said...

sedappp nye mat...sardine sgguh org kate masakan org malas,tp klu masak kari cecah dgn lempeng...fuhhhh tumbuh janggut klu mkn ko....power root wa ckp lu!!!!hahahaha

VG said...

Rajinnya Mat buat sardine sendiri. Mesti lagi sedap dari yang dalam tin.

Let's dine out said...

This is very good idea. I can try this later...

maisya said...

maisya dah cuba resepi ni...memang sama je macam yg dlm tin tu. Tak sangka tak susah nak buat sendiri rupanya. Tq so much!

Noraini Saad said...

ikan keli ikan siakap
maasak dgn minyak sapi
cakap bukan sebarang cakap
tq so much 4 the resepi

aisyahumairah said...

salam, cik mat kalo x de pressure cooker x de cara lain ke nak wat sardin tu??

~idaman~ said...

salam..rajinnya buat sardin sndiri, kali sardin dh xlaku n kilang sardin tutup..he he he

yat said...

alamak nampaknya x merasa la nak buat sardin homemade cik mat ni...mana nak cr pressure cooker plak..

Mila@Rimbun said...

baru nak try resepi ni tp nak guna slow cooker