Salam Isnin semua, hari ni mat nak share satu resipi mudah. Resipi ayam burma yang mat dah simpan lama, mat dapat dari risalah produk keluaran Maggi sekitar awal tahun 90-an dulu. Mat pernah masak resipi ni, tapi masa tu belum ada blog lagi. Hari ni mat masak sekali lagi. Rasa dia ala2 kari sikit, macam rendang pun ada, tapi tak gunakan santan. Sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi minyak mau pun pulut kuning. Walaupun ada penggunaan daun pudina, namun rasanya tidak lah terlalu kuat. Satu lagi masakan ini cepat, jadi untuk ibu2 bekerja juga sesuai. Ayam Burma ni pun tak pedas, budak2 pun boleh menikmatinya. Resipi serba ringkas seperti dibawah...Jomm kita semak sama2...Tapi sebelum tu, lihat dulu blog pilihan DTS kali ini ---> di sini... Terima kasih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula
BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
- Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..
25 Comments
ayam burma....ringkas dan nampak sedap...boleh cuba lepas nie..tp daun pudina xde la kat sini..huhu
ReplyDelete@ adish - tak payah letak pun ok...
ReplyDeleteni cepat dimasak sedap dimakan ni, semua ada, kena cari daun pudina dulu..
ReplyDeletetgk bahan2nya pun da tau sedap cik mat
ReplyDeleteaduuhhhh lapa terussss :(
ReplyDeleteemm nampak menawan ... ringkas camni amat sesuai utk saya yang tak berapa ke dapur ni. tq
ReplyDeletewaaa...papa.kemain lagi resepi.oroginal burma mari..menangis ni hah jiji nengoknya..
ReplyDeleteMaaaaaaaaaaatttt, ayam Burma pulak, Nyonya punya ayam x best keeee...hehe, xpa laaa, aiii makan ayam Siam jerk....ekekkeke
ReplyDeleteamboi,ayam burma dah ada.resepi ayam 1 msia x de ke.hehe
ReplyDeleteCM..gambar sangat teranggg mengujakan..nak cuba tapi tak de daun pudina, pastu nanti leh namanya ayam burma jugak ke eh?..
ReplyDeleteCM mesti sedap lauk nie nanti kita pun terasa nak mencuba juga dengan resepi Cm nie. Tak sabar nak buat menu nie
ReplyDeletekalau x der daun pudina mcm mana...nak pakai daun apa di gantikan.. mcm best jer.
ReplyDeletekalo takde pati ayam gak, takpe ke? daun pudina, pati ayam, bawang besar, sume takde..hohhhh??? tak burma la ayam tu nanti..ahahaha :p
ReplyDeleteni ayam sembelih ke ayam gelek motokar..? hehehe gurau2 lawak p.ramlee..
ReplyDeletesedap lah nampak ayam burma nih.. pheeeww
fuhhhhh ringkas dan sedap.. nak cubalah nanti..
ReplyDeletenampak ringkas..tq cik mat
ReplyDeleteCik mat, klu tukar daun pudina ke daun kari boleh tak
ReplyDeleteNadh nk nadh nak. Hihihi
ReplyDeleteSedap giler walaupun takde daun pudina... hehehe
ReplyDeleteLain kali nak buat lagik...
Terima kasin Mat
memg sedap..da wat dua kali mkn dgn nasi serai..husband pun suka..rasa dia pun ala rendang,so tahun ni wat ni je la utk raya..hehehe~
ReplyDeleteLaa x sangka namanya masakan ayam burma.. saya mmg guna bahan2 tu utk msk ayam cuma masakan saya xde nama dan saya main bubuh je bahan ikut sesedap rasa.
ReplyDeletex sangka masakan ni ada nama .. hehe..
Dah msk..sdap n snang
ReplyDeleteDa cube. Yeay. Siap buh kat insta jer hihi.
ReplyDeletedah masak pun hari ni ,memang sedap .
ReplyDeleteMenarik sangat. Nak cuba buat2 lah nanti lah :)
ReplyDeleteNanti ada masa jemput2 singgah blog saya ye. http://www.mamafisya.com/