Kalau ada yang tanya, si mat tu nampak macam cerewet kan, complicated je aku nengok si mat tu..tapi hakikatnya tak sama sekali. Mat orangnya mudah dan ringkas. Bab sosial memang mat mengaku, aku ni susah sikit, lagi satu kalau tak iyea2 memang susah mat nak terpengaruh dengan kata2 sesorang, kecuali orang2 yang aku percaya.... huhu,. Anda semua tau kan ibu jari dan tapak tangan kiri mat sakit harini, jadi mat masak yang mudah2 sahaja. Alhamdulillah, lepas makan ubat ia semakin ok, cuma ada rasa sengal2 sedikit di tapak tangan. Untuk entri kali ni mat letak masakan yang ringan saja, tumis air petola dengan fucuk, sebab tak larat nak buat apa2, jadi makan yang ringan2 saja, sepatutnya hari ni mat nak buat mushroom and onion quiche, tapi tergendala sudah..huhu, lain kali lah yea, insya Allah...Bagi puan2 yang bakal menimang cahayamata mat pasti, mesti suka benda ini...pstt mat tengok pun geram, cute sangat....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
30 gram fucuk
1 cekak soo hoon
20 ekor udang saiz sederhana
4 biji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3/4 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
30 gram fucuk
1 cekak soo hoon
20 ekor udang saiz sederhana
4 biji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3/4 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Petola manis dikupas kulitnya, cuci dan hiris sederhana tebal. Fucuk dipotong kecil dan rendam hingga lembut. Soo hoon dikerat pendek dan rendam hingga lembut, udang dikupas kulit, cuci dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang bertukar warna. Tuang air secukupnya, anggaran 3 cawan.
- Tambah fucuk (toskan) dan masak hingga fucuk lembut. Masukkan petola manis, sebuk lda hitam dan soo hoon (toskan). Bila mendidih, tambah garam secukup rasa, tambah secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.













































