Petang semua, nak mengaku secara jujur ni...nak tau tak?...Haa tak nak, ok takpe lah macam tu..erkk dah ada yang nak tau pulak. Sebenarnya kan...kan...kan, masakan ni mat masak untuk sarpan tadi, tapi sebab dah letak tempe goreng berempah tu, yang ni mat letak petang..kira ok lah kan tak menyalahi undeng-undeng. Bonda berpuasa hari ni, jadi mat masak lewat. Yang tu kemudian nanti lah cerita, tapi bukan lah masak yang bess sangat, cuma masakan biasa2 saja. Sejak2 ni mat suka guna pasta angel hari, selain seakan2 mi hoon kasar, rasa dia pun sedap, bila rebus pun sekejap saja dah lembut. Cara memasak terpulang pada anda, masak seringkas boleh pun rasanya tetap sedap. Contoh paling mudah kita buat olio, cuma perlu bahan2 minima sahaja..
Yang ni mat guna dalam 200 gram pasta angel hair yang belum direbus. Boleh letak udang, ayam atau apa saja yang anda suka. Tang sayur tu pun sama, macam mat guna apa yang ada, trafficlight capsicum ada, sweet pea ada jadi semua mat lebur saja lah. Mat agak lah kan, pasta ni kalau kita buat mi kari pun sedap, waaa nanti kita cuba eks, tunggu lah masa dan keadaan mengizinkan. Blog pilihan DTS hari ni ---> di sini...
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram angel hair pasta yang belum direbus
1/4 trafficlight capsicum (merah, hijau, kuning) didadu kecil
15 ekor udang saiz sederhana kupas kulit, cuci dan toskan
10 tangkai sweet pea, kerat 3 setiap satu
1 camca besar sos tiram
1 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis
Sedikit air
BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram angel hair pasta yang belum direbus
1/4 trafficlight capsicum (merah, hijau, kuning) didadu kecil
15 ekor udang saiz sederhana kupas kulit, cuci dan toskan
10 tangkai sweet pea, kerat 3 setiap satu
1 camca besar sos tiram
1 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis
Sedikit air
BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus pasta angel hair dalam air mendidih bergaram hingga pasta lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap.
- Masukkan udang, sweet pea dan juga trafficlight capsicum, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan pasta tadi dan gaul rata hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!.
9 Comments
erk bole lak masak gini eh
ReplyDeletepcm... typo... "suka guna pasta angel hari"
ReplyDeletemcm sodapppp . . boleh try
ReplyDeleteSaya sangatttt suka angel hair. Tapi ramai kekwn kat ofis tak suka. Tak rasa katanya. Tapi hader haku kesyah? Angel Hair gorem ni nanti nak try.
ReplyDeleteNampak sempoi dan sedap tp mls nk masak. hehe.
ReplyDeleteRambut angle mane ko rembat cik mat??? Harus sudah botak itu angle kahkahkahhhh ok tu...nampak mcm bihun ek...
ReplyDelete*gelang BERRRRLIAAAAANNNNN afrika??? - tentang dhia :DDDD
ari tu pelangi ada masak..ahaha..pelik je..
ReplyDeleteudang itu menggoda
ReplyDeletekak es masak pasta ala mee bandung...sedap sebab cepat je dia mesra dgn kuah..
ReplyDeletesepeket tu tak cukup