TELUR DADAR CRABSTICK DAN SAMBAL TUMIS PETAI..

rsz_dsc_7815
Salam malam semua, ok sebelum tidur mat letak entri terakhir Sabtu ini. Dan dalam masa yang sama ini juga entri terbaru dalam tahun Hijrah 1433. Sebenarnya ini bukan lah masakan panas dari dapur, ini mat masak semalam antara juadah hidangan untuk cikgu isza. Mat cuma masak ala kadar sahaja. Yang atas tu telur dadar biasa tapi ada lah mat letak crabstick atau jejari ketam..sebut betul2 jejari ketam yea bukan jejari runcing. Mat dadar dalam non-stick pan kecik saiz 4 inci dapat dalam 3 keping. Kalau dulu kami guna telur ayam kampung dan warna dia amat berbeza, kuning keemasan. Tapi sekarang guna telur ayam pekan saja lah, satu lagi telur ayam kampung ni khasiat dia tinggi terutama untuk kaum lelaki, ada yang mat perhatikan mereka amalkan memakan telur ayam kampung dicampur madu asli dan lada sulah, selain untuk tenaga dalaman, ia juga dapat menghangatkan badan. Ehem ehem, amboihh yang lelaki tu..tegak pala dengar yeaaa....

rsz_dsc_7826
Yang ni kalau mat tak bagi tau pun, sah dah tau, nampak gambar je dah tau..kalau tak tau juga, kena buang negeri2 di Malaysia....sah lah tu sambal tumis udang dengan petai, nampak berminyak ke...hmmm seperti mat pernah terangkan dulu, jika kita menumis sambal, cili perlu betul2 garing dan masak, ini untuk mengelakkan rasa mentah dan sakit perut. Perihal minyak lebih tu bukan masalah besar, anda cedok keluar itu minyak, habis cerita..Eh tercerita panjang menjela pulak...ada yang sampai terlena yea membaca..alahh siannya....Blog pilihan DTS ---> di sini... Walaupun ni masakan biasa, secara tradisinya mat letak juga resipi dia...jommmmm..

TELUR DADAR CRABSTICK :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
3 batang jejari ketam @ crabstick, hiris
1 biji cili merah, hiris halus
4 pokok kuchai, hiris halus
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca besar mayonnaise
2 camca besar susu sejat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satu kan semua bahan2 diatas, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci (atau ikut suka), tuang 1/2 camca teh minyak masak (mat guna minyak zaitun), ratakan dan tuang 1/2 bancuhan telur, masak dengan api kecil, tutup permukaan pan dengan tudung periuk kecil hingga permukaannya kental. Berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, angkat dan ulang proses yang sama untuk baki adunan..Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

SAMBAL TUMIS UDANG BERPETAI :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang bersaiz sederhana
3 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (lebih sedikit). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan jus asam jawa, petai dan sedikit garam. Kacau dan masak hingga pekat.
  2. Masukkan udang dan hirisan bawang besar, tambah gula secukup rasa. Gaul dan masak sekejap hingga udang masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti atau apa2 saja yang anda fikir sesuai....(antaranya lempeng yang mat buat pagi tadi).

Post a Comment

8 Comments

  1. aik pcm lain macm je ayat ats tu hahaha

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum..

    erk..maafla nk tnya..apa tujuan tutup pan dgn tudung periuk tu ye?


    * sy bdk baru belajar *

    ReplyDelete
  3. @ nur islah - tujuan nya biar wap panas terkumpul dan proses memasak lebih cepat terutama bila kita memerlukan permukaan nya lebih kental dan mudah dibalikkan nanti..

    ReplyDelete
  4. saya masih belum pandai buat telur dadar yg gebu begitu.baru tau kena tutup pan tu..tq CMG

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.