KARI IKAN GAYA INDIA.

rsz_dsc_8064
Salam petang semua, dah makan?...Orang kita ni memang dah biasa kan, kalau tanya "dah makan"...mereka kata belum lagi..sebab secara amnya kalau sebut "makan" mesti dah makan nasi, kalau makan benda2 lain tu dianggap belum makan yang "real" punya. Macam2 kan, hari ni mat sakit tapak tangan kiri dari ibu jari sampai ke tapak tangan, dah susuh nak menggenggam, hmm, susah nak buat kerja, aduh rasa rimas..Ubat dah makan, insya Allah nanti dia ok, kalau tak juga kenalah mat cuti berblog....sedey.. Kali ni mat share masakan kari ala India, yang tanpa santan. Mat guna ikan tuna, kalau anda nak guna ikan merah atau ikan tenggiri pun boleh. Mat letak bendi dan tomato ceri. Masakan ni mudah dan apa yang utama rempah kari perlu ditumis hingga betul2 garing untuk mengelakkan rasa mentah. Hmm sebenarnya sejak2 ni mood mat pun tak berapa ok sama macam ini...huhu....kenapa eks?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tuna saiz sederhana (mat guna tongkol putih)
10 - 12 batang bendi
10 biji tomato ceri
1/2 cawan jus asam jawa
1 camca besar penuh cili kisar
1 biji cili merah belah 2
1 biji cili hijau belah 2
2 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah Baba's)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 camca teh halba campur (jintan kasar, biji sawi, halba)
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna, disiang, kerat pada saiz yang anda suka (mat kerat 4 untuk setiap seekor ikan), cuci bersih dan toskan. Bendi direndam, tosk dan kerat sedikit pangkalnya. Rempah kari ikan dibancuh dengn 1/2 cawan air, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan tumis hingga rempah garing (guna api kecil dan dikacau selalu). Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, bendi dan jus asam jawa. Kacau perlahan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato. Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ulam2 dan lauk2 lain.

Post a Comment

11 Comments

  1. kari kalau cicah roti canai best ni

    ReplyDelete
  2. tangan sakit kena apa?
    walaupun sakit tak nampak luka,
    rajinnya diaaaa
    buat kari ala India :)

    ReplyDelete
  3. Ade lempeng mau 3-4-5-6 kepinggg!!






    Take care CMat..

    ReplyDelete
  4. Salam Cik Mat,
    Peminat kari dah mai dari Penang.....

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Mat,
    Peminat kari dah mai dari Penang.....

    ReplyDelete
  6. jgn abihkan tau kuah dia, esok saya nk tumpang cicah lempeng...perghss.. cikmat, kalau sakit nk menggenggam tu, cuba cikmat beli kt farmasi or tanya doktor squeeze ball, tiap2pagi cikmat squeeze sebarapa byk yg boleh..mlm2 nak tidopun sama.. selamat mencuba!

    ReplyDelete
  7. @ chah - oo ok, terima kasihh yeaa..

    ReplyDelete
  8. terima kasih kongsi resepi, memang nak kena buat sebab sedap dan melekat bau dia. heheheh.....


    jemput ke blog saya juga.
    http://mamaleensihat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.