Selamat pagi..salam Khamis semua. Dah sarapan...Pagi ni mat letak satu entri ringkas dan sebenarnya mat buat semalam. Nak letak semalam, tapi sibuk, jadi letak lah pagi ini, takpekan, tak marah kan. Tempe antara salah satu sumber protein, sebab diperbuat dari kacang soya. Masyarakat Jawa mengibaratkan tempe adalah benda wajib dalam masakan tradisi mereka seperti lodeh, sambal goreng dan sebagainya. Kalau dulu tempe dibungkus dalam daun pisang atau menggunakan daun tempe, tapi kini tempe telah dimodernkan, dibungkus dalam plastik, pada mat tempe asli punyai rasa yang lebih sedap. Jangan lupa hidangkan bersama sambal kicap, baru lah terangkat dan pastikan anda makan selagi hangat untuk menikmati kerangupannya...Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini... Masa resipi pula yeaa...jommm..
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping tempe (mat guna yang berbungkus daun)
1 putih telur
3 camca besar tepung beras
1 batang serai, ambil bahagian putih dan cincang halus
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/4 camca teh gula halus
1 1/2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
2 ulas bawang puith*(*ditumbuk lumat)
BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20 biji cili padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/3 cawan kicap lemak (mat guna jenama Jalen)
2 - 3 camca besar gula
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping tempe (mat guna yang berbungkus daun)
1 putih telur
3 camca besar tepung beras
1 batang serai, ambil bahagian putih dan cincang halus
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/4 camca teh gula halus
1 1/2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
2 ulas bawang puith*(*ditumbuk lumat)
BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20 biji cili padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/3 cawan kicap lemak (mat guna jenama Jalen)
2 - 3 camca besar gula
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tempe dihiris layang atau hiris nipis. Masukkan kedalam bekas dan gaulkan bahan tumbuk halus, serbuk kunyit, garam secukup rasa dan gula halus, gaul rata. Masukkan putih telur, gaul dan taburkan tepung beras dalam tempe tadi, gaul lagi hingga tepung rata dan bahan2 melekat pada tempe. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga tempe kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan.
- UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk halus cili padi tadi, tambah bawang putih dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan gula, tumbuk hingga gula hancur. Tuang kicap dan gaul rata. Boleh hidangkan bersama tempe goreng..
18 Comments
yuyu kompom meleleh..
ReplyDeleteUishhhh ... feveret KC ni cik mat.
ReplyDeleteMat... sy nak keluar topik skit dari entri kali ni. Dulu saya ada nmpk satu resepi ni. Tp tak ingat apa nama. Gamba dia mcm kacang phool tu. Siap ada telur atas dia. Rasanya mcm nampak kat blog Mat. Makanan tu sedap makan dengan roti perancis kalu tak silap tulis kat situ. Dah puas saya search, tp tak jumpa. Tingin nk masak ni. Tlg ek cik mat kasik link resepi tu. TQ.
ReplyDeletenyum nyum, saya mmg suka tempe, tapi selalu goreng kunyit je
ReplyDelete@ mama iman - salam puan..oo yang ini ke --> http://www.tiffinbiru.com/2011/07/kacang-phoolbukankacang-phool.html
ReplyDeleteas-salam mat
ReplyDeletemenyelerakan tgk tempe berempah tu..sedap ratah2 macam tu aje..
wah! boleh try resepi baru ni..biasa goreng kunyit jer..nampak pun rangup .
ReplyDeletenyum-nyum...tempe best!
ReplyDeletesedapnya tempe goreng.
ReplyDeletepergghh..lama tak makan cicah ngan sambal kicap..n betul tuh, rasa tempe yg dibungkus daun pisang lebih sedap pada saya
ReplyDeletehmm tak payah susah-susah kan, goreng pun sodap
ReplyDeletekalau lg nipisss
ReplyDeletewaaaa nkkkk
nyum2 tempe sukeeeeeeeeeeee
ReplyDeleteEmm, suka tempe... fav seisi rumah... br jer smlm mkn tempe goreng tp goreng ngan tepung goreng yg ready made... hehe sedap juga klau cicah ngan sambal cili kicap tu yer.... ingat nak buat lg ptg ni... ;)
ReplyDeleteemmm sedapnya tempe goreng berempah ni. dah lama hanim tak buat mcm ni. selalu letak kunyit ngan garam jer. nak cepat punya pasal + penyakit "M". cicah pulak dengan sambal kicap ........... x boleh jadik ni. balik ni kena buat .....
ReplyDeleteemmm kena buat ni.....
ReplyDeletearghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! T_T kegemarann saya!!!!!! dah la kat hostel nii!!!!
ReplyDeleteSedap tempe goreng mkn jadikan snek.
ReplyDeleteCara nak buat tempe layari blog
blogkulepak.blogspot.com
Www.gajimasyuk.com/user/aisah