rsz_dsc_7496
Selamat pagi..salam Khamis semua. Dah sarapan...Pagi ni mat letak satu entri ringkas dan sebenarnya mat buat semalam. Nak letak semalam, tapi sibuk, jadi letak lah pagi ini, takpekan, tak marah kan. Tempe antara salah satu sumber protein, sebab diperbuat dari kacang soya. Masyarakat Jawa mengibaratkan tempe adalah benda wajib dalam masakan tradisi mereka seperti lodeh, sambal goreng dan sebagainya. Kalau dulu tempe dibungkus dalam daun pisang atau menggunakan daun tempe, tapi kini tempe telah dimodernkan, dibungkus dalam plastik, pada mat tempe asli punyai rasa yang lebih sedap. Jangan lupa hidangkan bersama sambal kicap, baru lah terangkat dan pastikan anda makan selagi hangat untuk menikmati kerangupannya...Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini... Masa resipi pula yeaa...jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping tempe (mat guna yang berbungkus daun)
1 putih telur
3 camca besar tepung beras
1 batang serai, ambil bahagian putih dan cincang halus
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/4 camca teh gula halus
1 1/2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
2 ulas bawang puith*(*ditumbuk lumat)

BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20 biji cili padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/3 cawan kicap lemak (mat guna jenama Jalen)
2 - 3 camca besar gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris layang atau hiris nipis. Masukkan kedalam bekas dan gaulkan bahan tumbuk halus, serbuk kunyit, garam secukup rasa dan gula halus, gaul rata. Masukkan putih telur, gaul dan taburkan tepung beras dalam tempe tadi, gaul lagi hingga tepung rata dan bahan2 melekat pada tempe. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga tempe kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan.
  2. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk halus cili padi tadi, tambah bawang putih dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan gula, tumbuk hingga gula hancur. Tuang kicap dan gaul rata. Boleh hidangkan bersama tempe goreng..