BEN ASHAARI

Friday, September 30, 2011

LEMPENG BAWANG ILHAM MAMAFAMI..

rsz_dsc_2211
Salam senja semua. Kali ni mat nak share lempeng bawang yang mat suka sangat, sedap dan sesuai untuk sarapan atau minum petang. Tau tak, tiba2kan hari ni mat macam rasa tak selesa, rasa macam bersalah. Hmm mat kadang2 susah lah nak cakap, secara jujur hidup mat ni kan agak konservetif, tu pasal bila bersahabat mat seakan2 terlampau ambik berat, sampai mat rasa aku terover the limit pulak. Hmm, tu lah mat sendiri tak reti nak berlakon, sebab apa yang anda baca mat tulis, secara luaran aku orang yang sama, cuma mungkin segelintir akan melihatnya agak aneh..ntah lah.Terukkan mat nih...hmmmm itu lah kekurangan aku yang amat2 ketara....sedeyy..

rsz_dsc_2217
Berbalik pada entri hari ni, terima kasih mat pada Mama Fami, seorang blogger masak yang mat hormati...sebenarnya mama ni kan very understanding, i really salute her as a senior cooking blogger and a great mom also a very supportive wife. Terima kasih yea mama, sorry if my english worst and tunggang langgang...hahaha, biasalah kita sekolah tak pandai kan, sapa nak gelak silakan, tak de masalah. Lempeng ni mat cicah dengan kuah lemak cili padi telur yang mat masak semalam. Ok lah mat tulis resipi ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 1/2 cawan air (ikut pekat)
2 camca besar minyak masak
5 pokok kuchai, hiris halus
Garam secukup rasa
1 biji telur
1/2 camca teh baking powder
Sambal tumis untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis dan air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.

LEMAK CILI PADI TELUR ITIK.

rsz_dsc_2199
Salam....buat apa tu, sehat?.. Mat perhatikan sekarang ni macam musim orang kena demam. Sahabat2 maya mat pun ramai yang kurang sihat, mat sendiri pun 2 hari lepas demam, tapi nasib baik tak parah, cuma demam2 manja..demam mengada2..haha, ada ke demam macam tu. Tapi kan kalau nak jadi sebab, demam sikit pun kita boleh "kiok" tau...huhu, jika itu sudah tertulis, apa nak buat, tak boleh elak dahh...hmm. Ok lah entri kali ni mat letak satu masakan tradisi orang2 Negeri Sembilan. Tapi yang ni versi mat gebu. Gulai telur itik biasanya dicampur dengan belimbing buluh, tapi sayang, mat cuma ada rebung jeruk, dan belimbing pulak tak musim, jadi manfaat kan apa yang ada. Kita yang buat dia. Satu yang mat tau, gulai telur itik macam ni menjadi masakan tradisi orang Negeri Sembilan dan turut dihidangkan di Istana jika ada hari kebesaran...kalau ada kerabat2 terdekat negeri adat pepatih, sila komen yea, mat pun dapat info dalam satu majalah tahun 90-an dulu..lama dah...Ok, tanpa berlengah lagi, dengan penuh kerajinan dan semangat..mat tulis resipi dia....jeng..jeng..jeng...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5-6 biji telur itik, cuci bersih dan lap kering
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
1500 ml santan cair
2 - 3 keping asam gelugor
2 cawan rebung jeruk, cuci dan toskan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung, warna hijau
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus, serai titik dan santan cair ke dalam periuk, kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahan kan api, pecahkan telur itik tadi satu persatu dalam kuah, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain, masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  2. Masukkan asam keping (yang ni terpulang, tapi mat suka ada rasa sedikit masam). dan juga rebung jeruk tadi. Kacau perlahan. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil.
  3. Akhir sekali masukkan daun kunyit, biar masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain....

Thursday, September 29, 2011

BANTULAH SEKADAR MAMPU.....INI MASA MEREKA......

Salam malam semua, malam Jumaat yang barakah ini mat nak selitkan satu entri. Tadi di FB mat dapat msj dari Kak Jee atau Puan Fauziah Abdul Samad, mengenai seorang teman lama beliau yang mengidapi kanser payu dara tahap 4.....hmmmmm. Sudah jatuh ditimpa tangga, dalam keadaan macam tu, anak beliau juga sakit mengalamai masalah kesihatan dan telah dibedah.... Mat bukan apa, sebagai blogger rasanya ini tanggungjawab kita juga kan untuk membantu tak sedikit banyak pada mereka yang memerlukan. Anda pun sedia maklum, dunia internet bergerak pantas. Jika ada belas ehsan anda untuk menderma seikhlas hati, boleh lah bank in kan ke acc berikut.

NAMA : NOR FARIZAH BT MD NOR
CIMB : 0122 0015 7455 24

Untuk cerita dan gambar yang lebih lengkap, anda boleh lah melungsuri lelaman sesawang ini.. Jika sudi, anda boleh juga war2kan di blog masing2. Moga Allah swt membalas segala kebaikkan yang anda lakukan...Insya Allah....


TUMIS PEDAS PERIA KAMBAS..TAHNIAH PUAN ADZA!!

rsz_dsc_2018
Assalammualaikum, salam semua. Hmmm pala pening lagi nih, tadi makan ubat, ingat nak lena kejap, tapi tak boleh. Mat kan jenis tak boleh tidur siang, lepas tu ikut abang mat pi Tesco sekejap, sempat lah beli sedikit barang2..Masa nak membayar tu punya lah lambat, kaunter bayaran dekat 30, yang bukak 3 je, orang ramai, lepas tu yang soping pulak kus smangat barang macam nak buat keje kawen..mereka berniaga agaknyakan. Kali ni mat share resipi mudah dan ringkas saja. Tapi mat campur kupang dalam dia..waaa, sedapp kan. Mat masak 1 biji peria kambas saiz sederhana. Oh yea sebelum mat teruskan menulis resipi nak juga ucap tahniah pada sorang blogger ni Puan Adza Irdawati atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Dara dari blog Bicara Mak Dara...eh eh kalau blog mat satu lagi Bicara Dari Dapur..wahh boleh jadi geng gosip nihh... Ucapan tahniah sempena tayangan sulung filem LIBAS yang mula ditayangkan hari ini. Skripnya ditulis oleh suami Mak Dara iaitu Encik Martias Ali....DTS doakan moga filem ini mencapai kutipan Box - Office dan setaraf dengan filem2 yang berjaya di Malaysia...Insya Allah.. Ok semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas
1 genggam isi kupang
2 camca besar jus asam jawa
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus*
4 - 5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
Secubit belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria kambas, dibelah dua. Korek isinya, kemudian hiris serong peria tadi. Rendam dalam air bergaram. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan kupang, goreng sekejap. Tambah air dan bila mendidih, masukkan peria kambas tadi (toskan). Kacau rata dan biar hingga lembut sedikit.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masa sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas...

TUMIS AIR PETOLA FUCUK.

rsz_dsc_1975
Selamat tengah hari semua, dah makan?..Yang suri rumah dah siap masak?.. Pernah tak anda yang kerap memasal untuk keluarga menghadapi dilema, nak masak apa lahh agaknya kan. Bila masak benda yang sama kata tak de idea. Tu sebab mat selalu kata, memasak ikut permintaan. Satu lagi masalah perihal makanan ni ialah anak2 kita. Ada tu senang, ada tu pulak makk aii cerewet bebeno, kalau sayur, memang takmo lah, kalau McD...hari2 pun takpe. Pada mat air tangan ibu sungguh penting, bagi anak2 makan, mereka akan bertambah kasih dan sayang pada kita. Air tangan ayah pun ok gak...haha, kang kena boikot pulak DTS ni, asyik sebut pompuan manjang. Ok hari ni satu hidangan ringkas, sesuai untuk tekak yang demam. Tapi sapa2 tak makan petola, sori eks... ^__^ ....Coretan perasaan ku di sini....Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
100 gram fucuk @ tauhu kering, potong dan rendam hingga lembut
1/3 cawan isi udang
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Lada hitam, ditumbuk halus
1 kiub ikan bilis "maggi" (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola dibuang kulit, cuci dan hiris serong sederhana tebal. Fucuk atau tauhu kering, dipotong dan rendam hingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan isi udang dan masak hingga berubah warna, tuang air secukupnya dan masukkan kiub ikan bilis, jika guna. biar mendidih.
  3. Masukkan fucuk (toskan) dan masak sekejap. Tambah petola dan soo hoon (toskan), kacau rata dan bila mendidih, perasakan dengan garam secukupnya. Tambah lada hitam dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

JOMM SARAPAN OLIO TUNA PEDAS

rsz_dsc_2108
Pagi Khamis semua, apa khabar..sehat?.. Mat macam kurang sikit lah. Sekarang ni musim orang demam kan, bak dan abang sulung mat pun tak sehat, mereka demam. Bila kita nak menulis sesuatu entri, terutama perihal makan2, banyak yang perlu kita fikiran. Mat mengaku, sejak bertahun2 berblog ni, ada resipi yang dah diulang tayang berpuluh kali, hmmm, kadang2 rasa segan juga, cuma tu lah, apa2 sekali pun yang kita nak masak, atau derhaka resipi kena pastikan ianya boleh dimakan oleh semua orang, kalau kita reka dan derhaka resipi yang kurang mendapat sambutan, rasa membazir. Orang kita, ada tu selera mereka terikat dengan makanan yang selalu dihidangkan sejak dahulu, kalau buat sedikit perubatan, secar automitik tekak mereka menolak. Ini ada kala menyukarkan juga. Tapi rumah mat, alhamdulillah, sedikit demi sedikit mereka telah menerima perubahan...

rsz_dsc_2169
Kalau orang tanya, CM, u ni suka kan masak spaghetti olio, yep, memang mat mengaku, selain sedap (pada tekak ku), ianya boleh dikategorikan sebagai makanan berkhasiat. Penggunaan minyak zaitun lah yang membuatkan spaghetti olio mempunyai satu rasa yang sedap. Bercerita pada minyak zaitun ni, ia banyak khasiat selain untuk jantung, dan ianya ada anti oksida untuk memerangi kolestrol jahat. Selain itu, penggunaan minyak zaitun dalam kuantiti yang banyak dalam menurunan risiko menghidap kanser payudara sebanyak 50%. Minyak zaitun yang kita sedia maklum datang dalam 3 jenis, Extra Virgin Olive Oil (EVOO) - bewarna kehijau2an dan kira perahan pertama, kadar keasidan 0.5-1 %. Sesuai untuk salad dressing. Virgin Olive Oil (VOO) - bewarna hijau kekuningan dan kadar ke asidan sekitar 4%, diguna pakai untuk menumis dan juga drizzle atas masakan. Dan Olive Oil (OV) - yang ni biasa diguna pakai untuk menggoreng dalam resipi2 Itali, bewarna kekuningan dan kadar asid melebih 4%. Itu lah sedikit sebanyak perihal minyak zaitun. Maaf jika panjang lebar blog masak2 pun perlu bekongsi info bergunakan...Sambil2 tu jika anda sudi untuk membuat kebajikan, apa kata tengok sini...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti (mat guna angel hair)
1 tin tuna, ditoskan
1/3 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu
1 biji bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi, cincang halus
2 helai bay leaf
4 kuntum cendawan butang segar, hiris
12 biji buah zaitun hitam, belah 2 setipa satu
1 camca teh Mix Italian Herbs (boleh beli kat pasaraya)
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Garam dan sedikit gula
Herba Basil segar sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih bergaram, toskan dan gaul dengan minyak zaitun, ketepikan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, bay leaf dan juga cili padi cincang tadi hingga harum, tambah italian herbs dan cendawan, masak sekejap.
  2. Masukkan tuna dan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula. Kacau dan masuk spaghetti, sederhanakan api dan gaul rata2. Masuk buah zaitun tadi dan gaul lagi. Akhir sekali tambah serbuk lada hitam, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan herba basil segar sebelum dihidangkan segera...

Wednesday, September 28, 2011

TELUR CENCALOK BERSERAI.

rsz_dsc_1994
Salam semua, petang tadi pergi belanja barang dapur..Hmm, barang semua mahal dah sekarang ni, kalau bawak rm 100, dan kalau tak betul2 plan..sahh tak cukupnya, lagi2 kalau mat gebu belanja..tu pasal kena sediakan kad debit, hahaha, kot2 keputusan bekalan RM, boleh gak tenyeh kan, tu pun kena gak berjaga2, kalau sikit2 tenyeh..sikit2 tenyeh, tau2 itu dalam acc bank kita, duit semua kering sudah, tapi benda ni ada bagusnya, pada mat, kalau kita nak beli sesuatu barang yang harga agak tinggi, kalau kita bawak duit, rasa macam tak selamat, yelah, orang memerhatikan kita, bukan kita tau. Kalau debit kad ni, memudahkan, cuma satu jelah, pastikan acc bank anda sekurang2nya ada 1.5 juta ringgit okehh...hahaha keji tak?..Gurau jelahh, ok mat pun lepas ni nak kemas2 barang belanja tadi, apa kata kita lihat resipi senang nih. Sat nak pantun sikit...lepas tu kan minta jasa baik anda klik "LIKE" untuk teman mat ni yeaa, di sini ....Terima kasih...

KASUT INDAH BERSULAM MANIK,
BERCORAK BUNGA SERTA IKAN,
TELUR CENCALOK RASANYA UNIK,
MAKANAN CIPTAAN CINA PRANAKAN.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur
1 1/2 camca besar cencalok, toskan airnya
1 biji bawang besar dadu kecil
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus
1 biji cili hijau, buang biji, cincang halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, cincang halus
2 tangkai daun sup, hiris halus
1 camca teh baking powder
Secubit gula
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Cili padi merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali belahan limau kasturi dan cili padi merah, kacau hingga rata. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci (yang ni terpulang pada anda), letakkan sedikit minyak, ratakan.
  2. Kemudian senduk kan 1/4 bahagian bancuhan tadi dan biar masak dengan api sederhana hingga permukaan kental, berhati terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, alih dalam pinggan. Buat kaedah sama hingga habis
  3. Hidangkan bersama cili padi dan belahan limau kasturi jika suka. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain....Selamat mencuba.

PENCETUS SELERA DI KALA DUKA...

rsz_dsc_2060
Asslammualaikum, selamat bertemu kembali, terima kasih semua, walaupun mat tak bersiaran dengan entri masak2 selama 2 hari, anda tetap memberi sokongan..saya amat hargai nya..huhu, kita mulakan dengan entri yang biasa2 yea. Entri kali ni lebih pada makanan kampung, dan simple tapi sungguh menyelerakan. Cuma seperti mat kata, bila kita kata menyelerakan, tak boleh nak jamin orang lain juga akan rasa sama, citarasa masing2 berbeza. Blog masakan selain sebagai "perpustakaan" atau arkib untuk kami tuan punya blog itu sendiri, ianya juga bertindak sebagai bahan rujukan bagi mereka2 yang memerlukannya, bukan nak kata blog kita terbaik, tidak..cuma kita berkongsi serba sedikit ilmu yang Allah bagi. Macam kami blogger2 masakan juga, bertukar2 idea, teknik memasak dan pendapat.

rsz_dsc_2085
Menu kali ni amat ringkas, cuma ada ikan goreng masala, dan ulam pucuk bebuas yang dicelur dan makan bersama bahan pencicih yang pada mat begitu istimewa, air asam "budu"..waaaa pengsan ke dengar "budu"...huhu, bagi mereka yang tak makan, boleh omit lah kan, dan kena pandai2 oter itu air asam kasi selera sama tekak masing2. Tapi bagi yang makan, hmmm sahh menyelerakan, terutama penduduk2 belah pantai timur. Lagi2lah Kelantan mari, kalau tak makan budu..aduhh kena buang Negeri okehh. Gambar atas tu ikan goreng masala, bukan masalah tapi ikan tu mat perap dengan rempah masala, boleh beli dikedai2 india menjual rempah ratus atau di pasaraya2 besar macam Tesco, C4 atau Giant....

rsz_dsc_2048
Dannn..ha yang ni feberet mat, ulam pucuk bebuas yang dicelur sekejap, cicah sama itu air asam budu.aduhh melelehhh. Pucuk bebuas ni sejenis ulaman yang rasa dia lemak2 kelat dan ada sedikittttt rasa manis. Kalau kami di Johor, pucuk bebuas adalah antara bahan utama dalam pembikinan botok-botok.. Hoo apa pulak tu, bunyi aneh jee.. Botok2 ialah sejenis makanan yang berkhasiat, selalunya guna ikan tenggiri atau kembong, digaul bersama rempah ratus khas yang telah dimasak terlebih dahulu, kemudian ikan bersama rempah tadi akan diletak atas lapisan beberapa jenis ulam2man dan dibungkus dengan daun pisang, ikat kemas dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama nasi...sedapppp, terutama ulam2 dia... nanti bila senang2 mat buat yeaa itu botok-botok...Ok sekarang ni mat tulis serba sedikit resipi yea...

IKAN GORENG MASALA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 ekor ikan kembong, disiang dan cuci bersih
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh penuh rempah garam masala
Garam secukup rasa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi, digaul rata dengan semua bahan2 diatas, kemudian perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali atau mat guna non-stick pan jenis mungkun, goreng ikan tadi dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan hidangkang panas2 bersama air asam budu, jika suka.
  2. Pastikan anda menggoreng 3-4 ekor bergantung pada saiz kuali atau pan yang anda guna.

AIR ASAM BUDU...

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 biji cili padi merah siam*
2 biji cili merah*
1 inci belacan*
1 camca besar gula*
2 biji bawang merah hiris
1/2 cawan jus asam jawa
1/4 cawan budu
5 - 6 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus dengan sedikit air. Kemudian masukkan bawang hiris dan kisar sekejap lagi tapi jangan halus sangat, kisar sekejap saja. Alih dalam bekas dan masukkan jus asam jawa (ramas gunakan air suam), budu dan tambah jus limau kasturi secukup rasa. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi gula atau jus limau kasturi. Kacau rata dan hidangkan bersama ikan dan pucuk bebuas celur tadi.

Tuesday, September 27, 2011

SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN "MTAQA"

Assalammualaikum, selamat bertemu kembali, entri selingan ini mat rasa wajib kita sebagai umat Islam mewar-warkannya. Walaupun mat dalam mood bercuti blog, tapi ini janji mat dulu pada Ostad Jiji atau nama sedapnya anakanda Mohammad Azizi Azahazuhari..ok mat kalau tulis nanti sah orang ingat aku nak beli set pinggan mangkuk lama kan..oleh itu mat copypaste dari blog berkenaan....minta izin yea Ostad Jiji....pekaranya seperti dibawah ini.....

MTAQA telah pun melewati enam tahun penubuhannya. Potensinya sudah mula membuahkan hasil. Namun, komitmen untuk menjalankan aktiviti masyarakat dan sekolah agak terbatas kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh dan kenderaan bagi tujuan tersebut. Sehubungan itu rayuan sumbangan ini dilancarkan untuk meningkatkan potensi MTAQA supaya lebih terkehadapan dan cemerlang.

Jadi, Tabung Persatuan Ibu bapa dan Guru Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha (PIBG MTAQA) untuk pembelian Kenderaan Rasmi MTAQA (Van) telah dilancarkan untuk mengembangkan potensi tersebut.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03027010037358 atau cek atas nama “Tabung Pembangunan MTAQA (PIBG)”.

Sumbangan yang bakal anda salurkan didahului dengan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak MTAQA, tel : 09-7922560 atau melalui email : maahadmtaqa@yik.edu.my

Klik--> MTAQA. untuk ke laman web rasmi. Kalau sudi anda war-war kan juga diblog masing2 yea... Sekian, salam sayang dari DTS-MAT GEBU.


Sunday, September 25, 2011

BERSARA DARI BLOG?.....HMMMMM..

(Gambar Ehsan Google)

Hmmm..rasa penat...tiba2 terdetik dalam hati..nak bersara lah dari dunia blog nih.. tapi bila kenangkan sahabat2 dan teman2 yang mat kenal sejak berblog ni, rasa sayang sangat, dan ini lah keistimewaannya berblog, ia akan merubah sikap kita tak sikit banyak. Jika sebelum ni kita rasa tidak dihargai, tapi berblog akan membuat kita lebih rasa dihargai bila mana isi kandungan blog kita memberi sedikit sebanyak manfaat pada mereka2 yang memerlukannnya. Dan mereka akan memberi respon yang begitu positif yang amat membina pada kita..

Mat bukan apa, sejak2 raya ni masa agak ketat dan rasa tak larat nak update blog sekerap macam dulu, mood tu pun agak bercelaru, rasa tatau nak buat yang mana satu. Geng2 blog mat pun semua sibuk dah dengan haluan masing2, jiran mat pun sama juga..hmmm tak pe mat faham. Ntah lah, biar masa yang menentukankan. Pada semua pohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika mat ada melakukan kekasaran bahasa yea...salam semua...Assalammualaikum...hingga berjumpa kembali nanti...

Saturday, September 24, 2011

CEKODOK UDANG DI KALA HARI HUJAN...

rsz_dsc_1894
Salam semua, hujan sini, sejuk tapi bukan lah hujan lebat, cuma renyai2 manja. Pagi tadi kan mat masak nasi lemak..licin dah, syukur alhamdulillah. Petang tadi untuk minum petang, terbuat pulak cekodok udang..gatal?..Tak de masalah, ubat gatal kan adaaa, sila lah makan selepas itu. Kalau ikut2 kan malas juga nak buat cekodok ni, tapi bonda bersusah payah kupas kulit udang semalam, udang pulak jenis yang halus tu..aduh, jenuh, nasib baik sikit. Petang tadi operasi membuat pun berjalan dengan lancar....

rsz_dsc_1941
Bila siap boleh lah makan dengan sos pilihan anda atau sambal tumis kerang yang macam mat buat sebelum ni. Mat buat dalam 2 1/2 cawan tepung gandum, kira banyak juga tu, anda kalau nak buat, pandai2 lah oter yea. Selalunya bancuhan cekodok ni, kita agak2 saya, tapi untuk yang ini mat letak satu biji telur dan 1/2 camca besar baking powder. Satu lagi, perihal baking powder, mat guna jenama "ROYAL". sebab ini keluarga kami sudah menggunakannya sejak sekian lama, zaman bonda mat anak dara dulu dia dah guna BP jenama ni....Ok jomm buat cekodok pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 cawan isi udang
1 pokok daun sup, hiris
1 biji bawang besar, dadu
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
Garam secukup rasa
1 biji telur
1 3/4 cawan air atau secukupnya
Sos pilihan sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah dan air. Gaul rata dan tuang air dan adun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair. Biar sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan 1 camca besar adunan tadi dan biar hingga masak. Mat buat dalam kuali dan buat dalam 10 - 12 biji sekali goreng. Bergantung pada besar kuali.
  3. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda atau sambal tumis. Selamat mencuba..

SAMBAL TUMIS KERANG...JUTAWAN "BEN"..

rsz_dsc_1884
Petang semua, dah makan, ke ada undangan rumah terbuka?..Konsep rumah terbuka ni pada mat selalunya untuk2 mereka di bandar, kalau dikampung rasanya lah jarang konsep rumah terbuka ni. Teringat mak usu mat di kampung, Pontian. Selagi lampu rumah tak padam, sah ada yang datang beraya..haha, baru yeaa..burung hantu pun takut, apa lagi Kak Limah, terkucil menunggu nak beraya sebab orang tak sudah2 singgah. Apa2 pun sekali konsep, samada rumah terbuka ke, tak ke, dah nama hari raya kan, tu kueh2 yang kita beli atau buat, kan untuk jamu pada tetamu, bukan nak hadap sendiri kan. Entri kali ni mat letak resipi sambal tumis kerang yang mudah. Yang dimakan bersama nasi lemak dalam entri yang lepas tadi. Oh yea nak juga ucap tahniah pada Ben Ashaari., kat sini..sebab jadi Jutawaaaannnn...waaaa....Tahniah Ben, Jom ben buat sambal kerang, kata nak belajar masak kan..hehe.. Semak resipi sekarang yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 senduk nasi cili kisar
1 1/2 cawan isi kerang
3/4 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa (mat letak secubit serbuk perasa)
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga naik bau. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula atau serbuk perasa. Kacau rata.
  2. Masukkan isi kerang dan bawang besar. Masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak atau sebagai pencicah... Selamat mencuba!! ^_^

NASI LEMAK GAYA MAT GEBU...

rsz_dsc_1877
Assalammualaikum, selamat pagi Sabtu semua. Ni hari mat rasa tak masak tengah hari lah, sebab pagi tadi dah masak nasi lemak. Ada yang ngeri eks, huhu, betul kan lagi bila nama dia "lemak". Seperti biasa, mat selalu masak nasi lemak guna beras basmathi. Ada pelbagai jenama beras basmathi dipasaran, ada yang harga sederhana hingga yang mahal. Terpulang ikut kemampuan anda. Pada mat beras basmathi ni memasak dia mudah, sebab sukatan dia yang selalu mat guna 1 : 1.5 iaitu 1 bahagian beras dan 1 1/2 bahagian air. Beras direndam sekurang2nya 20 minit. Nasi akan jadi panjang dan berbutir2. Tapi pastikan anda tak kareh nasi tadi banyak kali, nanti nasi akan patah2, dah jadi tak lawa. Mat cuma hidangkan dengan bahan2 yang sedia ada saja, ada sambal tumis kerang, ulam timun, tauhu goreng dan juga telur rebus. Kalau anda nak tambah kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng pun ok, nak tambah lagi ayam goreng rempah pun boleh..nak letak rendang pun tak jadi masalah..kalau nak lagi, boleh juga letak ikan goreng. Lama2 nak makan nasi pun tatau mana nak cari dah, semua benda2 tadi dah cover the coconut rice...haha..jom lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
6 cawan santan kelapa yang segar
2 batang serai, dititik
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
1 inci halia, kerat 3 dan dititik
2 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis
Hirisan timun
Hirisan tauhu goreng (optional)
Telur rebus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia dan daun pandan. Masukkan garam secukup rasa (jangan masin2, cuma bagi rasa lemak saja). Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masa, gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan bahan2 sampingan tadi..

Friday, September 23, 2011

AGAR-AGAR OREN...DALAM BUAH OREN..

rsz_dsc_1858
Salam petang semua, petang ni tak de apa lah nak masukkan dalam entri, cuma mat buat agar oren yng dibekukan dalam buah oren juga. Resipi ni dulu kalau tak silap mat, geng di Myresipi yang buat, terima kasih Yani. Oren ni berbaki dalam 4 biji saiz sederhana, dari kecut baik mat buat agara2, sedap gak kan. Mat guna agar2 serbuk dalam 5 gram macam tu. Untuk menambah perisa dia, mat letak 1 1/2 camca besar bes minuman sunquick. Satu lagi, masa nak keluarkan isi oren tu, kena berhati2 untuk mengelakkan kulit oren tadi pecah atau terkoyak. Pada mat kan, idea ni menarik, sekali imbas memang orang tak sangka ini agar2 sebab saling tak tumpah macam oren sebenar...Ok semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula (atau secukup rasa)
4 biji oren sunkist
Air secukupnya
1 1/2 camca besar bes minuman oren sunquick

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci oren tadi, lap kering dan belah 2 setiap biji, kemudian berhati,2 korek keluar isi oren menggunakan sudu, tapi kena xtra care jangan sampai kulit oren koyak. Kemudian isi2 oren tadi diperah untuk mendapatkan jusnya.
  2. Jus tadi dicampur dengan bes minuman sunquick, kacau rata dan tambah air secukupnya hingga mendapat sukatan 500 ml. Ketepikan.
  3. Satukan serbuk agar2, gula dan no.2, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kemudian biar hingga suam. Berhati2 tuang dalam kulit oren tadi, pastikan kulit oren diletakkan dalam bekas untuk mengelakkan ia bergolek, mat letak atas sarung telur yang kertas tu. Tuang hingga penuh, dan biarkan hingga hilang wap panas.
  4. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin, potong guna pisau tajam mengikut bentuk potongan oren. Boleh hidangkan..

TERUNG TELUNJUK MASAK TEMPOYAK

rsz_dsc_1768
Salam Jumaat semua, nak letak entri sarapan tapi cuma makan biskut krim kraker, mana bess kan. Jadi mat letak lah satu entri biasa2. Yang mudah2, cuma tak semua orang makan. Terung telunjuk ni mat goreng dengan tempoyak, ini atas permintaan bonda. Letak cili padi lebih sikit, baru ngam. Mat letak udang sebagai perencahnya. Kalau tak de lah terung telunjuk, anda boleh ganti dengan terung biasa, pun ok. Eh, serius lah ni hari kan nak tulis intro punya lah blurr, apa nak jadi nih..huhu bahaya ni, sebut2 apa nak jadi, kang ada pulak yang nyanyi lagu tan sri s.m salim - "apa nak jadi"...hoho, takmo lah terasa ai nanti...mana yang rasa malas, ngantuk dan memboring jee, apa kata kita lihat entri ini dulu, kira sesuai lah dengan hari Jumaat nih... Ok semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji terung telunjuk, hiris serong dan rendam
15 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat2
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh tempoyak
3/4 cawan air
15 biji cili padi*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat, tumis hingga harum, masuk tempoyak dan udang, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, masukkan terung telunjuk tadi (toskan) dan asam gelugor.
  2. Perasakan dengan garam secukup dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut dan masukkan daun kunyit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

Thursday, September 22, 2011

PAPRIK AYAM.....TERHARU DENGAN ENTRI "KAK JEE"

rsz_dsc_1741
Salam malam semua, ok kali ni nak share resipi mudah, sedap dan ringkas, orang2 bujang boleh masak, yang baru kawen boleh masak kasi suami makan, yang dah lama kawen pun boleh gak masak untuk anak2 dan suami. Masak untuk jamu kawan2 pun boleh. Selain ayam, udang pun sesuai, daging pun ok..sotong pun boleh juga, erkk sotong..waaa, lama dah mat tak makan sotong, bukan apa takut lah kan gatal telinga macam dulu tu, serik woo, sekarang ni bukan makan je, kalau pi pasar, lalu tepi orang jual sotong pun segan dah...tapi bessnya kan sambal tumis sotong, aduhh melelehh ok. Resipi ni asal mat dapat dari blog Kak Ina KL, dan guna udang, jadi seperti biasa mat gebu menderhakakan sedikit, tukar pada ayam. Sedap dimakan bersama nasi panas, lauk ni saja cukup dah. Dalam kesempatan ini mat nak ucapkan terima kasih pada Kak Jee atau Puan Fauziah Abdul Samad, sebab..huhu..sebab..waaaa, sendiri baca lah kat sini..terharu sangat..sampai nak pengsan dah >_< huhu. Mat tulis resipi pulak yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, dadu besar2
1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau, kuning), didadu
150 gram bunga kobis, dipotong sekuntum2
8 biji cili padi, dititik
2 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar, belah 6 dan lerai kan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, belah 6
1 pokok kecil daun ketumbar, kerat kasar
Sos ikan secukup rasa

BAHAN SOS :-)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
2 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging ayam cuci dan toskan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul rata dan goreng embal2, jangan garing. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili padi, daun limau purut dan bunga kobis, gaul rata dan masukkan ayam tadi. Kacau dan masak sekejap. Kalau perlu tambah sedikit air.
  3. Tambah bahan sos tadi, masukkan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan tomato dan masak hingga sayur lembut. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

MUSHROOM SOUP DI HARI HUJAN...HMMM..

rsz_1dsc_1801
Salam petang semua, sejuk kat sini, hujan tadi. Sedenak ni kedudukan dia sedikit tinggi, kira macam kawasan atas bukit. Sebab mat ada stok cendawan butang jenis segar dalam peti sejuk, mat buat lah sup cendawan atau mushroom soup. Kalau orang kita bila sebut sup cendawan mereka mesti ingat sup ala2 tumis air, tapi ni soup omputeh yang makan dengan garlic bread tu. Hujan2 ni kan sedap hirup sup panas2 dengan roti bawang putih dan ada teh panas yang mat perah jus limau kasturi. Cendawan ada dalam 150 gram saja, jadi buat lah banyak mana yang ada. Selalunya orang guna roti perancis kan sebagai garlic bread, tapi mat guna adik pada roti perancis atau baton, cute je saiz dia, mat beli kat Tesco, 90 sen sebatang, ada 2 jenis, satu yang whole wheat dan satu lagi jenis biasa. Ok, kita semak resipi mudah ni...jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram cendawan butang jenis segar
250 ml susu sejat IDEAL
550 ml air
1 biji bawang Holland, dadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ayam "Maggi"
Garam jika perlu
Serbuk lada hitam secukupnya
1 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega
Hirisan daun parsley utk hiasan
Garlic bread sebagai pelengkap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dicuci, toskan dan asingkan 2-3 biji (bergantung pada saiz, kalau besar 2 biji dah cukup), hiris dan ketepikan. Manakala yang diasingkan didadu kecil. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam periuk, masukkan bawang holland dan bawang putih, tumis hingga layu, masukkan cendawan dan goreng hingga cendawan lembut. Tambah tepung gandum, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan susu, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ayam dan masak lagi hingga cendawan lembut. Matikan api dan biar suam. Kemudian masukkan ke dalam blender dan kisar halus, tuang kembali dalam periuk tadi dan masak dengan api kecil hingga pekat.
  4. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masukkan lada hitam, kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun parsley jika suka, sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih atau garlic bread.
  5. GARLIC BREAD :- Hiris serong roti perancis atau baton tadi, sapu dengan mentega yang telah digaul bersama 1 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat. Panggang atas non-stick pan hingga perang keemasan, boleh dimakan bersama sup cendawan tadi.

SPAGHETTI OLIO.....SHHH!!! "SENYAP"....

olio
Salam pagi Khamis semua, dah bersarapan ke...Pagi ni nak letak entri pasta yang mudah dan sedap..tapi kan, sedap pada kita, mungkin tak sedap pada mereka2. Jadi nak tau kena cuba sendiri lah yeaa. Mat guna spaghetti angel hair, kalau anda nak guna spaghetti biasa pun ok. Pasta jenis ni kan pada mat ada kelebihan, sebab ia seakan2 mi hoon, kalau goreng macam biasa pun, orang yang tak biasa makan spaghetti pun tak perasan, depa sapu siaa, jalannn. Selalunya spaghetti olio ni simple dan ringkas, pada mat guna minyak zaitun akan menambah rasa aslinya masakan ini. Oh yeaa, kalau anda perasan beberapa hari lepas, jiran mat Ben ada menulis entri pasal SENYAP...apa SENYAP tu, masuk masjid ke?..atau peperiksaan sedang berjalan...bukann..SENYAP ialah satu persatuan untuk blogger2, macam ni lah mat nak tulis kang takut salah, ada jadi resipi asam pedas pulak nanti..Bagi anda yang ingin tau lebih lanjut, boleh baca di sini....yelah bukan mat nak sibuk2, cuma ini melibatkan dunia blog dan rasanya sesuai untuk blogger2 macam kita ambik tau tak sikit banyak. Anda boleh juga join group SENYAP di facebook, klik sini..sekian terima kasih.... Resipi time!!!..

BAHAN-BAHANNYA:-)
300 gram angel hair spaghetti
1 kiub ayam "Maggi"
2 biji tomato merah, cincang halus
1/4 biji traffic light capsicum (merah, kuning, hijau), didadu
1 biji bawang Holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 helai bay leaf
1 camca teh chili flakes (optional)
10 biji buah zaitun
Lada hitam secukupnya, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Herba Basil segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Celur spaghetti dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan dan gaul dengan minyak zaitun dan tomato dicincang halus, ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato dan chili flakes (jika guna) dan masak hingga tomato hancur.
  3. Tambah buah zaitun, kiub ayam, garam dan sedikit gula. Masak sekejap dan tambah traffic light capsicum, kacau dan masuk spaghetti, gaul rata2. Rasa dan jika ok matikan api. Hias dengan herba Basil segar dan tabur lada hitam sebelum dihidangkan segera.

Wednesday, September 21, 2011

SAMBAL BELACAN TOMATO......RM 10 SEORANG SAJA...

rsz_1dsc_1681
Assalammualaikum, huhu, lemau nyaa diri ku ini, masak pun tah hapa2, serius, mat masak yang mudah2 saja. Mood berblog memang down sungguh....tak boleh nak elak2 dah, sungguh rasa tak rajin sangat...tolonggg bagi aku semangat yeaa!!!. Petang tadi ada hal lain jadi tak sempat nak masak dan buat apa2. Jadi mat letak sajalah entri sambal belacan tomato. Ala semua tau buat kan, sebab bukan susah sangat. Sambal belacan ni sedap atau tidak bergantung pada belacan yang kita gunakan. Belacan pun perlu dibakar hingga harum, kalau zaman dulu kala, memasak gunakan dapur kayu, jadi sambil masak tu kita tepekkan belacan sebelah tungku sambil dibalik2kan sekali sekala hingga belacan berbau harum. Selalunya kita akan mencampurkan sedikit garam kasar masa menumbuk, ini bertujuan cili tadi mudah hancur dan hasil nya lebih halus....Sebelum tu, sila lihat gambar dibawah ni....

Kempem RM10 ringgit seorang ini bertujuan membantu Encik Amir, anda boleh baca seperti gambar diatas, klik gambar untuk lebih jelass...terima kasih mat pada Ben juga.. Ok mat tulis resipi sikit kat bawah ni yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 biji cili padi merah
1 biji cili merah
1 biji bawang merah
1 inci belacan, bakar hingga harum
Secubit gula dan garam secukup rasa
8 biji tomato ceri, belah 2 setiap biji
1 - 2 biji limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Tumbuk halus cili padi, cili merah, belacan bakar, sedikit garam dan bawang merah. Masukan tomato dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Gaul rata. Sebelum dihidangkan tabur dengan hirisan daun sup sebagai penyeri....

Tuesday, September 20, 2011

DAGING TOMYAM KERING..

rsz_dsc_1677
Salam semua, hari ni Sedenak hujan, tapi tak lebat sangat. Cuaca agak dingin, mula2 tadi macam malas nak masak, tapi kalau tak masak bukan mat gebu namanya, waima masak air sekali pun, ianya tetap memasak juga namanya. Mat masak biasa2 saja, ada fucuk atau tauhu kering masak lemak, yang tu mat tak boh dalam entri sebab dah kerap sangat letak, lepas tu ada menu yang ini dan juga sambal belacan tomato, goreng ikan basah dan ikan masin..tu saja. Ringkas dan simple2 saja. Menu tertangguh ni sepatutnya mat masak 2 hari lepas. Nasib baik asparagus masih elok, cuma hujung2 dia saja kecut sedikit. Masakan ni sedap dimakan panas bersama nasi hangat. Kalau anda tak makan daging, boleh guna daging ayam sebagai ganti...Jomm semak resipi....ehh..kejap..kejap..kalau anda sudi klik "LIKE" yea kat sini..Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1/4 biji traffic light capsicum (hujau, kuning, merah) didadu
1 cekek asparagus, ambil bahagian lembut sahaja, kerat pendek
4 biji cendawan butang segar, hiris
1 biji bawang besar, belah 8 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 genggam daun selasih
5 biji cili padi siam hijau, diketuk
5 biji cili padi siam merah, diketuk
1/3 cawan air
1/2 camca teh gula
2 camca besar pes tomyam
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili padi merah/hijau dan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, tambah air dan biar daging lembut.
  2. Masukkan cendawan, traffic light capsicum dan kacau rata. Tambah gula dan perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Tambah asparagus, gaul rata dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan daun selasih, gaul rata dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat.

BILA MASAK SECARA "PAKSA"..INI LAH JADINYA.

DSC_1636_picnik
Petang semua...pernah rasa terpaksa kena memasak tak? Mat ada kala rasa macam tu..keji kan aku, tapi takpe pengakuan jujur dari sorang manusia yang banyak dosa. Sebab terpaksa mat masak ikut rese, ikut apa yang ada dalam peti sejuk, baki2 sayur semua aku belasah pakai, ada kobis kecut, pun mat guna, ada taugeh kasar sikit, guna juga..ada udang aku masukkan..tu nasib baik tak de sayur lain, kalau tak mau berwarna-warni sayur. Tapi kalau nak campur sekali pun anda kena lah bijak...at least biarlah boleh diterima akal, jangan main harung je...kecuali masak bening, yang tu serius, apa je boleh, ada jagung tongkol tu pun kalau tak habis, boleh masukkan sekali, tapi kerat2 lah, jangan letak setongkol dalam tu, tercekik kang, ada suara tukau, "Balik meniaga bang Midd"....haha, al-fatihah untuk arwah Yusni Jaffar...... Ok kita semak resipi terpaksa ni yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam taugeh kasar @ taugeh soya, buang ekornya, cuci dan toskan
1/4 biji kobis bulat, hiris kasar, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga layu, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah udang dan sedikit air. Masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan taugeh kasar dan masak sekejap hingga lembut. Tambah kobis, gaul lagi. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap hingga lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain.

AYAM KICAP PEDAS.....TERSENTUH DENGAN ENTRI INI.

DSC_1633_picnik
Selamat tengah hari, plan lunch apa ni hari?. Mat masak biasa2 sajalah. Lepas2 raya ni tak larat dah nak makan yang aneh2. Tapi kan, ada plan nak masak gulai lemak cili padi telur itik dengan belimbing, tu pun kena tengok dulu ada ke tak belimbing buluh. Kali ni saja nak share resipi sempoi2, selain makan dengan nasi, ia juga makan dengan bubur pun sedap. Budak2 pun suka cuma kalau untuk mereka tak boleh lah pedas2 kan.. Orang tua pun ada yang tak tahan pedas, apa tah lagi anak2. Tapi kan mat pernah juga tengok budak kecik selamba kodok makan sambal tumis..perghh...tahan giler itu budak. Masak kicap agak sinonim dengan orang2 kita kan, terutama masyarakat Jawa, wajib ni ada masak kicap sebagai pelengkap hidangan nasi ambeng..huihh teragak pulak nak buat nasi ambeng..insya Allah satu hari nanti mat buat dan letak dalam blog, cuma kerja dia rumit sikit, sebab perlu lauk pauk yang agak banyak..hehe, panjang lebar pulak cerita... Mat nak pelawa anda baca satu entri yang buat perasaan bakal ayah2 muda tersentuh, tapi tu kalau anda ada perasaan lah.. kat sini. Lepas tu kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, kerat 16 - 18 bahagian, ikut saiz
2 biji bawang besar, hiris bulat
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji cili merah, hiris serong
5 biji bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
2 camca besar cili kisar
Kicap manis secukupnya (mat guna kicap Jalen)
2 camca besar kicap pekat (mat guna kicap Cap Pisau)
1/4 cawan air
1 camca teh cuka makan (mat guna jenama Jalen)
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan cucuk dengan garfu, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, perap 20 minit dan goreng tapi jangan garing2, cuma embal2 saja. Guna api sederhana, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis rempah tumis hingga harum. Masukkan bawang putih dan halia, tumis lagi dan tambah cili kisar, tumis hingga cili garing. Masukkan air dan cuka makan. Kacau rata.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang kicap manis secukup dan gaul rata. tambah kicap pekat, gaul dan masak sekejap lagi. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan bawang besar, masak hingga bawang lembut, rasa dan boleh angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

EMPAT BUDAYA SATU CITARASA...

DSC_1641_picnik
Pagi semua, hmm nak letak entri sarapan, mat makan biskut je, biskut pun beli, kalau biskut buat sendiri lain lah kan. Hmm, hari ni ok lah sikit, mood tu macam baru nak mekar setelah beberapa hari kuncup. Kalau tengok tajuk tu ala2 sejarah pun ada, tapi sebenarnya ini pengkesahan cencalok. Makan tak cencalok?..Memang sedap kan, bagi mereka yang makan, cuma tu lah yang ada darah tinggi dan keadaan tekanan darah yang tak stabil macam mat ni, tak boleh makan sangat, rasa2 sikit ok lah kot, kalau main lantak je kang ada pulak jadi lain cerita. Cencalok terkenal di Melaka dan sekarang semua orang dari setiap negeri pandai menikmatinya. Kalau di Melaka, kebarangkalian kaum2 yang menetap disana semua pandai menikmatinya, orang melayu, pranakan cina, pranakan chetti, kaum serani @ portugis, semua pandai menikmati cencalok ni...

Proses membuat cencalok nampak mudah tapi jika tak kena gaya, akan menghasilkan rasa yang agak aneh dan tak menjadi. Selalunya cencalok menggunakan udang geragau, sejenis udang kecil untuk membuat belacan, dan ianya ikut musim. Udang geragau segar yang tanpa direndam dengan air akan digaul bersama garam dan sedikit nasi, mengikut sukatan yang telah ditentukan. Gaul rata dan kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas seperti tempayan atau guri. Tutup permukaannya dengan kain bersih dan diperam selama tiga hari. Ada juga yang menambah sedikit air didihan nasi untuk menambah kesedapannya. Selain dimakan sebagai pembuka selera, cencalok juga boleh dipelbagaikan kegunaanya seperti resipi telur dadar cencalok di sini, nasi goreng cencalok di sini dan ayam masak cecalok di sini . Tujuan mat tulis ni bukan apa, untuk generasi muda, agar mereka lebih tau perihal makanan tradisi orang2 kita... Ok mat tulis macam mana cencalok disediakan untuk dimakan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Cencalok secukupnya, anggaran 1 1/2 camca besar, toskan sedikit airnya
Hirisan bawang merah, anggaran 2-3 biji, hiris halus
Hirisan cili padi, 3 - 4 bijim ikut pedas
4 - 5 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Satukan semua bahan2 diatas kecuali jus limau kasturi, kacau rata dan tambah jus limau kasturi secukupnya, yang ni selalu kena lebih sikit nak bagi balance rasa masin cencalok tadi. Biar sekejap dan hidangkan bersama nasi panas....boleh pengsannn >_<

Monday, September 19, 2011

TERIMA KASIH KU PADA MEREKA2 INI.....

Salam malam, sebelum anjakan waktu bertukar ke hari baru, mat nak coretkan satu entri istimewa, seingat mat sejak berblog, mat tak pernah kan letak wajah2 mereka yang datang ke pondok mat gebu di Sedenak yang penuh misteri, waima masa Ben datang pun mat tak letak, bukan apa ini sebagai menjaga privasi mereka. Tapi kali ini, mat letak, sebagai penghargaan mereka yang bersusah payah datang dari jauh. Sebenarnya mat rasa terharu, rasa dihargai bila mereka sudi berkunjung....Terima kasih dari kami sekeluarga...

Pada hari yang sama kami menerima 2 sesi tetamu, pagi tu kenalan sekampung keluarga mat, tengah hari, hadir pula sedara kami dari Negeri Sembilan. Dalam masa sama, Sunah dan Kak Azila serta sorang lagi blogger Khairul Azri (Sarjen Keroro), hadir dulu....sementara menanti kehadiran mereka yang selebihnya, kami berborak sakan lah didapur a.k.a makmal mat gebu...erkk, sepah gila dapur, macam pusat mangsa banjir....berlonggok barang2..huhu. Bila saudara mat dari Negeri Sembilan beransur balik, tak lama kemudian hadirlah blogger yang dinantikan....waaa.. Gambar atas tu kiri Cik Azila, lepas tu yang comey cute tu Blogger Amalina, yang sebelah Amalina, yang duduk sopan lagi ayu Blogger Aima dan yang ala2 mak datin tu sapa lagi kalau bukan Blogger Adish Shida.....pstt...Sunah mana plak..yang tu cuma interprem jejari's sahaja yeaa...nampak?..ha yang tu lah Sunah Sakura....Ok lepas lihat bebunga's..kita skodeng pulak blogger kekumbang's.....

Tuu dia..mereka ni semua pertama kali datang kecuali Cikgu Areef. Tak sangka, kuatnya Along Usop, angkat pakcik mat (tiffinbiru)...hahaha., meh lah kita kasi kenal nama2 mereka ni. Yang kanan sekali tu Blogger Nadh, seterusnya..mamat pantun ni sapa tak kenal..pemes kat FB...kan Puteri Katek...erkk kononn tak kenal...ini lah dia Blogger Along Usop, sebelah dia Cikgu Areef..pstt tulisan dia berilmiah okeh... Dan yang kiri sekali..nama dia sama macam nama anak buah pakcik mat Khairul Azri atau Blogger Sarjan Keroro...aduh budak2 muda semua, kira aku saja yang paling kertu...erkk..

Pada mereka semua, mat gebu menyusun 10 jari memohon ampon dan maaf jika ada terkasar bahasa, terkurang layan atau terlebih dalam bergurau senda, mat gebu berasa terharu dengan kunjungan anda semua...Terima kasih sekali lagi....

CANTIK SUNGGUH BURUNG MERPATI,
TURUN KE PAYA BERMANDI-MANDI,
AMPON DAN MAAF SETULUS HATI,
JIKA TERKASAR BAHASA DAN BUDI..

SAMPAN BERUKIR JEJARI LIPAN,
UKIRAN HALUS BUATAN PAK SUGI,
JIKA BERUSIA TAHUN HADAPAN,
INSYA ALLAH KITA BERTEMU LAGI..

ROJAK TAK CUKUP BAHAN...PUN SEDAP JUGA.

DSC_1648_picnik
Assalammualaikum, salam Isnin..Sejak2 ni mat rasa blog makin hambar, ntah lah daya tarikan makin kurang, mat sendiri rasa begitu, jiran mat sendiri pun dah semakin sibuk..yelah masing2 ada komitmen kan. Mat masih macam dulu2 juga, kalau orang tanya mengenai blog mat, macam mana anda lihat sekarang ni macam tu lah, apa2 pun blog ini lah yang banyak merubah sikap seorang manusia bernama mat gebu, dari berfikiran agak naif, complicated kepada yang lebih berfikiran terbuka. Secara jujur mat kata kat sini, pembaca2 blog ini lah yang banyak memberi semangat pada mat untuk berblog. Bila kita lihat mereka berjaya memasak sesuatu masakan yang menjadi kegemaran suami dan anak2, secara tak langsung, mat sendiri rasa bangga dan terharu. Syukur alhamdulillah tak sedikit banyak blog mat dapat membantu mereka. Mat sendiri bukan lah profesinal dalam bidang ini, tiada pendidikan formal pun dalam dunia masakan, tapi sebab ianya satu benda yang kita kerap lakukan, maka kita dapat memantapkan skill memasak itu sendiri. Pada mereka yang berpendidikan khusus dalam bidang kulineri, mantapkan skill anda, satu lagi, teori hanyalah panduan, pengalaman adalah "teori" hidup yang lebih bermakna dan jitu...Ok kita lihat resipi rojak tak cukup bahan ini....

BAHAN KUAH KACANG :-)
200 gram kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar sederhana halus
2 camca besar penuh cili kisar
1 cawan jus asam jawa
2 camca besar penuh petis @ otak udang
2 - 3 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
Garam secukup rasa
Air masak secukupnya
6 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN LAIN :-)
Kangkung secukupnya, siang, cuci bersih, toskan dan celur sekejap toskan
Sengkuang, kupas, hiris halus memanjang
4 keping tauhu, goreng dan didadu besar2
Hirisan cili padi, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Satukan kacang tanah kisar dengan cili kisar, bahan kisar halus, jus asam jawa, gula, petis dan kacau rata. Tuang air masak secukupnya sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Ketepikan.
  2. UNTUK ROJAK :- Susun tauhu, sengkuang dan kangkung celur dalam kuantiti yang anda ingin kan. Letak dalam bekas sesuai, tuang kuah kacang, gaul rata dan jika suka tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan segera.

ASAM PEDAS AYAM....

DSC_1610
Assalammualaikum....sat, kasi pakcik mat nko orang ni tarik nafass dulu............haaa, lega sudah. Pagi ni nak letak entri asam pedas ayam..jemu ke..tu lah kan memang jemu lah, si mat tu tah hapa2, resipi pun ala kadar je, tapi kan asam pedas ayam ni kalau kita orang2 Johor dah biasa masak, bak kata Cikgu Areef, kalau kat Melaka pulak ada asam pedas daging. Ini mat masak masa blogger2 muda datang beraya di rumah mat semalam. Masak biasa2 saja. Nak buat entri pasal mereka tu pun mat tak sempat lagi, nanti lah esok lusa mat cuba buat, tu pun kalau sempat. Sejak2 raya ni blog macam terabai pulakkan.. Sibuk sikit lah, hampir setiap hari (bukan lah hari2) ada tetamu walaupun tak ramai, bila hujung minggu baru kehadiran mereka bertambah, meriah ok...jari 25 juta pakcik mat pun dah nampak tak berapa nak jutawan dah...hahaha, berparut kena selar dek oven, kuali dan macam2 lagi lah..wahhh..nak claim insuran lah macam nih..kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 16 - 18 bahagian bergantung pada saiz ayam
2 batang serai, dititik
1 cawan jus asam jawa
1 inci lengkuas, dititik
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)
3 senduk nasi cili kisar
15 biji tomato ceri @ 2 biji tomato biasa, belah 4 setiap satu

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca besar lada hitam (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan halia kisar. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan lengkuas, tambah bahan kisar dan tumis hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar, tumis hingga cili garing, gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya. Bila mendidih, kecil kan api dan masak hingga ayam empuk. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Sunday, September 18, 2011

STRAWBERRY CHEESECAKE UNTUK SEKIAN KALINYA..

DSC_1538_picnik
Salam pagi Ahad semua, aduhh, ngantuk gilerr semalam, jam 11 lebih mat dah tidur. Semalam mat menerima kunjungan Sunah dan teman2, Cikgu Areef serta beberapa orang blogger anak-nak muda, yang tu nanti kita cerita dalam entri akan datang yea. Tapi kali ni untuk sekian kalinya mat nak share kek keju stroberi atau dalam bahasa henggerisnya kita panggil "strawberry cheesecake". Seronok juga buat cheesecake ni, tapi sebab mat tak boleh makan benda ni sangat, jadi buat bila ada majlis2 sahaja. Kalau makan tu jamah2 ok lah kot, kalau hadap 1-2 keping kang, mau kolestrol aku semua naik mendadak. erkkk..hehehe. Plan asal mat nak buat blueberry cheesecake, blueberry untuk hiasan atas tu takde dah, habis, kat kedai baking berdekatan pun takde, apa2 pun sedap lah kek keju ni....tak caya taknya mereka yang datang dan makan semalam...haa kan ada yang angguk pala... ^_*

DSC_1591
Untuk resipi ni mat guna 500 gram cream cheese..wahh kaya raya kan, tapi ada juga resipi kek keju yang guna 700 gram keju krim..pengsannnn >_< , guna tin springform 9 inci. Selalunya mat biarkan sejuk dalam tin, kemudian simpan dalam peti sejuk 3 - 4 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Bab mendeco tu kan ikut kreativiti masing2, jangan terikat dengan idea yang terhad. Sebiji kek ibarat sebuah rumah kosong, terpulang pada anda nak menghiasnya, cuma kalau nak deco tu kita pandai2 lah agak, jangan over doing it, kang kek jadi kereta berhias pulak. Jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cream cheese
50 gram gula halus@gula kastor
250 ml whipping cream
5 bijitelur, gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 1/2 camca teh strawberry emulco
100 gram gula halus@gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar (boleh ganti dengan jus lemon)

BAHAN HIASAN ATAS KEK :-)
350 gram strawberry segar
Gula ikut tahap kemanisan (mat guna dalam 2 camca besar)
1/2 cawan air
1 camca teh jus lemon (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser acuan spring-form berukuran 9 inci dengan mentega. Balut luar tin dengan aluminum foil. Asingkan 5-6 biji strawberry untuk hiasan dan 4-5 biji lagi didadu. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese hingga lembut, tambah 50 gram gula halus dan putar lagi hingga sebati, masuk whipping cream dan putar rata. Tambah kuning telur satu persatu, pada kelajuan sederhana, masukkan tepung dan masukkan strawberry emulco, putar sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar atau lemon jus, putar hingga kental.
  4. Gaulkan putih telur tadi dalam no. 2 secara kaedah kaup balik, hingga rata dan masukkan strawberry yang didadu, gaul rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan. Bakar dalam oven menggunakan kaedah "water-bath", iaini dengan meletak tin kek tadi ke dalam loyang dan tuang air panas kurang lebih 3/4 cawan. Bakar selama 1 jam 15 minit, atau hingga masak.
  5. Kek akan mengecut sedikit bila masak. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam (mat sejukkan semalaman), keluarkan dari tin dan hias mengikut krativiti anda...
  6. UNTUK HIASAN ATAS KEK KEJU :- Masak semua bahan2 untuk hiasan dengan api sederhana hingga larut. Sejukkan dan boleh sapu atas kek tadi sebelum dihias seperti dalam gambar...

Saturday, September 17, 2011

MURTABAK LIPAT LAGI....TAK KESAHKAN?

Salam bertemu kembali dan selamat hari Sabtu, erkk ada ke ucapan macam tu eks? Hmmm.... Ok, secara jujur, entri ni mat tulis malam tadi, kalau nak buat pagi ni, sah2 tak sempat. Malam tadi sebelum tidur seboleh2 mat tulis juga dan auto post untuk pagi ni. Hari ni mat sibuk jadi tak dann lah nak menyinggah mana2 blog, mana taknya, blog sendiri pun jeling2 saja. Resipi biasa ni mat buat semalam, pernah dah masukkan kat blog dulu. Mat guna daging burger ayam jenama Ramly, kalau anda yang tak makan daging ayam atau lembu, boleh juga nak ganti dengan tuna dalam tin, atau pun sardine, terpulang lah pada citarasa masing2. Ok kita semak resipi dulu yeaa.....

BAHAN INTI :-)
1 keping daging burger ayam jenama Ramly, hancurkan
1 genggam mix vege (karot, jagung dan kacang pis)
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang
3/4 camca besar rempah kari daging
Sedikit air
Hirisan daun bawang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam, jika suka

BAHAN LAIN :-)
2 biji telur
2 keping instant prata jenama "KAWAN"
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan tumis hingga rempah masak, tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging burger ayam tadi bersama mix vege, kacau rata. Tambah garam secukup rasa, serbuk lada hitam (jika guna) dan secubit gula. Masak hingga daging masak dan kering. Rasa dan jika ok matikan api. Masukkan hirisan daun bawang, kacau dan biarkan sejuk..
  2. UNTUK MURTABAK LIPAT :- Panaskan non-stick pan, letak sedikit minyak dan masak roit prata tadi tapi jangan sampai garing, ketepikan. Dalam pan yang sama, letak sedikit minyak. Inti tadi bahagi pada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian dan pecahkan telur, kacau rata dan tuang ke dalam pan tadi. Ratalan. Bila kelihatan sedikit mengeras, letakkan roti prata atasnya dan tekat2 sedikit. Biar sekejap dan terbalikkan. Masak dengan api kecil hingga bancuhan inti masak. Keluar kan dari pan dan lipat dua seperti apam balik. Buat kaedah sama untuk baki bahan2. Kerat murtabak lipat tadi dan boleh hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Friday, September 16, 2011

MINTA MAAF.......

MINTA MAAF SEMUA, BLOG AKAN DIUPDATE DALAM MASA TERDEKAT...BUAT MASA SEKARANG MASA TIDAK MENGIZINKAN..TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG SUDI SINGGAH.....SALAM SAYANG DARI DTS-MAT GEBU ^-^

Thursday, September 15, 2011

JOM MASAK...LEPAS TU "LIKE" INI 2 ORANG...BOLEH?.

DSC_1484_picnik
Salam ketemu kembali..ini hari mat dah ok..dah ada semangat..yang lepas biar lah berlalu. Entri sempoi giler kali ni mat letak masakan yang dah biasa lah sangat. Lauk2 orang tak de mood, atau bz bekerja, macam mat gebu lah bz manjang, sampai tak tau dah apa yang aku bz kan. Ok kalau tak tulis apa nama masakan pun semua dah boleh agak, terutama mereka2 yang pakar memasak, yang separa pakar pun bijak dah sekarang ni. Sepatutnya mat masak semalam, tapi sebab semalam ada jiran hantar pulut kuning jadi hasrat nak goreng kacang buncis terpaksa ditunda. Sebelum mat tulis resipi....erkk yang macam ni pun mau tulis juga kaa tamby...huhu kena lah tulis kan, kot2 ada anak2 dara yang baru nak kenal dunia kedapuran...betul tak?..tak dosakan mat tulis resipi simple2?.. Pstt ni mat nak minta jasa baik anda, luangkan sedikit masa boleh...klik "LIKE" kat kedua-dua orengg ini....Ady Budika --> sini dan Gaven Elhem ---> sini ....Terima kasih semuaaa... Ok resipi timee...zasssss!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
25 tangkai kacang buncis, hiris serong, cuci dan toskan
1 genggam isi udang, cuci bersih dan toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
Garam secukup rasa dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga harum, tambah udang dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan kacang buncis, kacau rata.
  2. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula (atau serbuk perasa). Masukkan soo hoon (toskan), gaul rata dan masak hingga sedikit kering dan kacang lembut tapi masak rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..

KUEH BULAN DARI COSWAY.....CONTEST DARI "EYRIQAZZ"..

DSC_1477_picnik
Salam petang semua..hari ni tak sibuk, tapi masak lewat...ntah lah mood takde. Ok ni nak share kueh bulan yang mat dapat dari teman abang mat...Thank you Mr and Mrs Teo. Kueh bulan ni halal, dari Cosway. Orang2 cina meraikan mid autum festival atau festival kueh bulan ini dan mereka memasang tanglung. Zaman sekarang ni banyak dah kueh2 bulan yang halal untuk dimakan. Mat pernah buat sekali sahaja dulu di sini, saja nak cuba2 bukan untuk tujuan berniaga atau sebagainya. Tapi tu pun ada juga yang nak membeli, bukan mat tak nak buat, cuma leceh dan masa tak mengizinkan. Jadi mat mohon sangat lah pada mereka yang berkenaan tak payah lah YM lagi mat dan tanya pasal kueh bulan, anda sila lah dapatkan kueh bulan yang halal, banyak terdapat di pasaran sekarang ni...harap faham yea....ini mat merayu nihh...dan jangan lah kata mata gebu ni menipu, cuBa anda fikirlah, setakat sorang nak kueh bulan, modal tu bukan lah hal besar, cuma masa tu. Mat sendiri bukan lah bersenang lenang duduk goyang kaki sambil mengahadap tenet 24 jam..... *_*


Kueh bulan Cosway ni datang dalam kotak yang cantik dan dalamnya terdapat 4 biji kueh bulan atau mooncake pelbagai perisa. Ada berintikan lotus dan merah telur asin, teh hijau atau green tea, inti lotus sahaja dan inti yang dicampur dengan kekacang. Kueh bulan tahan lama, kulit nya akan menjadi lembut dan lembap. Pada asasnya ia tidak lah mengandungi bahan2 yang diragukan, insya Allah...tapi bergantung pada pengilang...harap maklum..


Jika anda perhatikan permukaan nya bewarna agak gelap, ini kerana gliss telur untuk kueh bulan ada tu dicampur dengan sedikit kicap bagi menaikkan warnanya. Lagi pun rasa kicap tadi yang lemak2 masin akan menambah perisa kueh bulan tersebut. Mat sayang nak makan lah, sebab lawa sangat...bagi orang2 kita melayu, mereka masih rasa ragu2 dan satu tanggapan bahawa kueh bulan orang cina sahaja yang boleh menikmatinya..hmm itu terpulang, macam mat sendiri, kami memang ada darah campuran melayu + peranakan, tapi ada juga ahli keluarga mat yang tak makan benda2 macam....mat gebu?...selagi benda tu halal, dan tidak memudaratkan, aku makan tanpa was-was....Oh yea sebelum mat akhiri entri ni, nak war-warkan..blogger Enriqazz...mengada kan satu contest menarik di blog beliau di sini....sudi2 kan lah..terutama blogger2 muda yang kreatif dan punya banyak idea....jangan segan2 okeh...hadiah not bad..... Ok tu saja untuk kali ni, salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

Wednesday, September 14, 2011

SARAPAN SEGERA.....GUNA OTAK BILA NAK TANYA..

DSC_1424_picnik
Salam pagi Rabu, mendung, dingin dan mood aku tika menulis ni pun sama seperti keadaan cuaca di Sedenak. Pagi ni mat sarapan megi tom yam, simple jekan, malas nak bersusah payah. Mat on YM pagi tadi, saja lah...hidupkan YM, kot2 lah ada yang nak tanya soalan2 pasal masakan, bukan tujuan nak menonjolkan diri dan meraih simpati mana2 pihak supaya menegur mat gebu...aku tau sapa aku ni, hanya blogger cikai... tapi tiba2 ada YM yang tah dari mana muncul terus kata aku menumpang populariti blogger femes....Whatttt!!....peless lah aku letak DTS pada keadaan sekarang ni atas usaha aku sendiri...ingat aku parasit yang menupang pokok2 besar ke...aku malas lah kan nak marah2 sebab masih dalam bulan syawal..bulan bermaaf-maafan, tapi sekurang2nya tanya lah benda yang sedap di dengar.

Tau lah blog aku ni, blog masak2...tak pandai main SEO...tak hebat, letak gambar pun cuma mangkuk tingkat biru, aku sedar lah diri....huhu. Aku kecewa sungguh hari ni.... rasa nak cuti berblog 3-4 hari. Tapi buat apa nak buat tindakkan bodoh macam orang yang bertanya tu (eh pesal aku lupa nak Print Screen....huhu). Aku mungkin letak satu entri saja hari ni...minta maaf jika terkasar bahasa..... v_v

CATATAN MAT GEBU :- Resipi mat tak tulis lah, sebab ianya hanya sekadar mi maggi biasa, anda pun pasti dah pandai memasaknya....insya Allah jika ada kelapangan waktu, mat akan masukkan entri masak2 nanti....itu pun jika masa mengizin kan..


Tuesday, September 13, 2011

BILA KENANGAN ITU MENERPA.....

(Gambar Ehsan Google)

Petang tadi Sedenak hujan lebat, dengan angin tapi tak de petir. Mat duduk di dapur, berhampiran tingkap dengan secawan kopi Hang Tuah...Hmmm, sambil menghirup kopi panas, dan melihat percikan hujan bertempias di tingkap kaca, tiba2 kenangan yang lepas mula menerjah, teringat kesah2 lama, terkenang sahabat dan kenalan, terimbau kenangan bersama orang2 yang telah pergi menghadap Ilahi.....hati rasa sayu, rasa sebak....al-fatihah untuk mereka2 semua..Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Bila mat lihat dedaun kering dihanyutkan air deras..terdetik dalam hati, jika sampai masa ku, adakah kenangan ku juga akan hanyut ibarat dedaun kering tadi...hmmmm, tak pasti lah kan, moga ada orang yang masih ingat dan tidak lupa mat gebu....huhu...sedey tiba2 bila ingat macam tu.... v_v

Dalam entri2 diblog pun ada satu yang begitu bermakna pada mat...kalau mat baca balik, rasa tersentuh, sudah pasti kesah entri berangkai untuk mat dari blogger Ady Budika - Sunah - Amalina - Puteri Katek - Along Usop - Adish Shida..kalau nak tulis panjang, anda boleh baca entri tu di sini.. Kadang2 tersenyum sendiri, rasa berterima kasih sangat2. Bila kita rasa runsing atau fikiran agak bercelaru, dan kita baca balik, tak sikit banyak ia boleh menghiburkan....

Hmmm...hidup ibarat roda..bila kita berada diatas, ramai yang suka, ramai yang nak ambik tau pasal diri kita, bila kitaran masa meletakkan kita di bawah...kita akan mula dilupakan, sebab tidak memberi manfaat pada mereka lagi...itu kenyataan, takpelah...bersabar...apa yang berlaku pasti ada hikmah yang telah dijanji kan untuk kita....Syukur alhamduliah diberi nafas dan keupayaan untuk menempuh sehari lagi kehidupan sebagai hambanya di dunia ini... Salam sayang semua dari DTS-MAT GEBU...... jaga diri elok2 yea semua....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.