Assalammualaikum, salam semua. Hmmm pala pening lagi nih, tadi makan ubat, ingat nak lena kejap, tapi tak boleh. Mat kan jenis tak boleh tidur siang, lepas tu ikut abang mat pi Tesco sekejap, sempat lah beli sedikit barang2..Masa nak membayar tu punya lah lambat, kaunter bayaran dekat 30, yang bukak 3 je, orang ramai, lepas tu yang soping pulak kus smangat barang macam nak buat keje kawen..mereka berniaga agaknyakan. Kali ni mat share resipi mudah dan ringkas saja. Tapi mat campur kupang dalam dia..waaa, sedapp kan. Mat masak 1 biji peria kambas saiz sederhana. Oh yea sebelum mat teruskan menulis resipi nak juga ucap tahniah pada sorang blogger ni Puan Adza Irdawati atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Dara dari blog Bicara Mak Dara...eh eh kalau blog mat satu lagi Bicara Dari Dapur..wahh boleh jadi geng gosip nihh... Ucapan tahniah sempena tayangan sulung filem LIBAS yang mula ditayangkan hari ini. Skripnya ditulis oleh suami Mak Dara iaitu Encik Martias Ali....DTS doakan moga filem ini mencapai kutipan Box - Office dan setaraf dengan filem2 yang berjaya di Malaysia...Insya Allah.. Ok semak resipi pulak..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas
1 genggam isi kupang
2 camca besar jus asam jawa
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus*
4 - 5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
Secubit belacan*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas
1 genggam isi kupang
2 camca besar jus asam jawa
1 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus*
4 - 5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
Secubit belacan*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Peria kambas, dibelah dua. Korek isinya, kemudian hiris serong peria tadi. Rendam dalam air bergaram. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan kupang, goreng sekejap. Tambah air dan bila mendidih, masukkan peria kambas tadi (toskan). Kacau rata dan biar hingga lembut sedikit.
- Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masa sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas...
2 Comments
pedas tak
ReplyDeleteOMG... Im speechless... Terima kasih Abg Mat Gebu.. Im so honoured... Terima kasih atas ucapan tu.. tambah tambah lagi when it come from you.. really appreciate it.. Geng gossip? mak sukaaaa hehehehehe.. Mudah mudahan Libas mendapat tempat di hati pencinta filem kita..
ReplyDelete