DAGING TOMYAM KERING..

rsz_dsc_1677
Salam semua, hari ni Sedenak hujan, tapi tak lebat sangat. Cuaca agak dingin, mula2 tadi macam malas nak masak, tapi kalau tak masak bukan mat gebu namanya, waima masak air sekali pun, ianya tetap memasak juga namanya. Mat masak biasa2 saja, ada fucuk atau tauhu kering masak lemak, yang tu mat tak boh dalam entri sebab dah kerap sangat letak, lepas tu ada menu yang ini dan juga sambal belacan tomato, goreng ikan basah dan ikan masin..tu saja. Ringkas dan simple2 saja. Menu tertangguh ni sepatutnya mat masak 2 hari lepas. Nasib baik asparagus masih elok, cuma hujung2 dia saja kecut sedikit. Masakan ni sedap dimakan panas bersama nasi hangat. Kalau anda tak makan daging, boleh guna daging ayam sebagai ganti...Jomm semak resipi....ehh..kejap..kejap..kalau anda sudi klik "LIKE" yea kat sini..Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1/4 biji traffic light capsicum (hujau, kuning, merah) didadu
1 cekek asparagus, ambil bahagian lembut sahaja, kerat pendek
4 biji cendawan butang segar, hiris
1 biji bawang besar, belah 8 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 genggam daun selasih
5 biji cili padi siam hijau, diketuk
5 biji cili padi siam merah, diketuk
1/3 cawan air
1/2 camca teh gula
2 camca besar pes tomyam
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan cili padi merah/hijau dan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, tambah air dan biar daging lembut.
  2. Masukkan cendawan, traffic light capsicum dan kacau rata. Tambah gula dan perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Tambah asparagus, gaul rata dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan daun selasih, gaul rata dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat.

Post a Comment

12 Comments

  1. kalo takdak traffic light cendawan, yang kat jalan tu saya cabut...

    ReplyDelete
  2. @ sunah - hahah ni lagi sorang perangai sama macam ben ashaari...

    ReplyDelete
  3. Salam che mat.Pasti sedap rasa tomyam masam-masam tu kan.

    ReplyDelete
  4. che mat mmg rajin memasak pandai cipta resipi sendiri pl tu,mmg tabik dgn che mat

    ReplyDelete
  5. mesti sedap rase tomyam..kering2 sedap tue...

    ReplyDelete
  6. huk aloh..papa..meleleh air liur ku

    ReplyDelete
  7. makan tengahari di sini ye mat....

    ReplyDelete
  8. sayur campur-campur camni dengan daging lagi.. best!

    ReplyDelete
  9. terima kasih CMG..
    http://leyzajamil.blogspot.com/2011/09/blog-masakan-ini-memang-femes-de-amour.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.