TELUR CENCALOK BERSERAI.

rsz_dsc_1994
Salam semua, petang tadi pergi belanja barang dapur..Hmm, barang semua mahal dah sekarang ni, kalau bawak rm 100, dan kalau tak betul2 plan..sahh tak cukupnya, lagi2 kalau mat gebu belanja..tu pasal kena sediakan kad debit, hahaha, kot2 keputusan bekalan RM, boleh gak tenyeh kan, tu pun kena gak berjaga2, kalau sikit2 tenyeh..sikit2 tenyeh, tau2 itu dalam acc bank kita, duit semua kering sudah, tapi benda ni ada bagusnya, pada mat, kalau kita nak beli sesuatu barang yang harga agak tinggi, kalau kita bawak duit, rasa macam tak selamat, yelah, orang memerhatikan kita, bukan kita tau. Kalau debit kad ni, memudahkan, cuma satu jelah, pastikan acc bank anda sekurang2nya ada 1.5 juta ringgit okehh...hahaha keji tak?..Gurau jelahh, ok mat pun lepas ni nak kemas2 barang belanja tadi, apa kata kita lihat resipi senang nih. Sat nak pantun sikit...lepas tu kan minta jasa baik anda klik "LIKE" untuk teman mat ni yeaa, di sini ....Terima kasih...

KASUT INDAH BERSULAM MANIK,
BERCORAK BUNGA SERTA IKAN,
TELUR CENCALOK RASANYA UNIK,
MAKANAN CIPTAAN CINA PRANAKAN.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur
1 1/2 camca besar cencalok, toskan airnya
1 biji bawang besar dadu kecil
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus
1 biji cili hijau, buang biji, cincang halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, cincang halus
2 tangkai daun sup, hiris halus
1 camca teh baking powder
Secubit gula
Belahan limau kasturi, untuk hiasan
Cili padi merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali belahan limau kasturi dan cili padi merah, kacau hingga rata. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci (yang ni terpulang pada anda), letakkan sedikit minyak, ratakan.
  2. Kemudian senduk kan 1/4 bahagian bancuhan tadi dan biar masak dengan api sederhana hingga permukaan kental, berhati terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, alih dalam pinggan. Buat kaedah sama hingga habis
  3. Hidangkan bersama cili padi dan belahan limau kasturi jika suka. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain....Selamat mencuba.

Post a Comment

5 Comments

  1. waaaaa
    x penah lagi ase ni pakcik mat
    nak try la

    cencalok yuuuu

    ReplyDelete
  2. kan best . kalao. kalaolah. dpt mknnn sekaliii jeee matgebuu masak. wuuuu!!!! tgk smuanyaa nmpk sedap.maggie pun menggiurkan tekak! matgebu xnk buat open mouth ke raye xsmpt.zulkaedah kezulhijjah pun bolehhh!!hiee ;)

    ReplyDelete
  3. lawa gila telur ko mat...


    belum tengok telur bungkus lagi ye tak..?

    ReplyDelete
  4. salam mat. telur ni buat gaya apa pun mesti laku.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.