BEN ASHAARI

Monday, June 30, 2008

IKAN MASIN GORENG ASAM

Ikan Masin Goreng Asam

Yang ni mudah disediakan...makan dengan bubur...Haiyooo!!!!, manyakkk sedappp waa cakap sama luu beb!!!! (tapi itu waa punya tekak ada kata sedap laaa!!!), makan dengan nasi hangat pun sedap...Resipi asal dari "Florence Tan"....itu chef nyonya dari Melaka!!!

Bahan-Bahannya :-)
140 g daging ikan kurau, hiris nipis dan rendam sekejap, toskan
2 tangkai cili kering, cuci bersih, dan potong serong
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 cm halia, hiris halus
300 ml jus asam jawa
1 1/2 camca besar gula
1/2 camca teh lada sulah (mat guna lada hitam)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), goreng ikan masin tadi hingga garing, angkat dan toskan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Cedok keluar minyak dan tinggalkan 3 camca besar. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air asam dan biar mendidih.
  3. Tambah gula dan serbuk lada sulah dan renih hingga kuah pekat. Angkat dan tuang atas ikan masin tadi. Hidangkan segera dengan nasi hangat atau bubur nasi...(dalam gambar tu mat termasak lama, tu pasal nampak kering kontangg!!!)...

LEMAK KANGKUNG & KELEDEK

Lemak Kangkung & Keledek

Ishh!!!...Lemak Kangkung & Keledek, lupakan yea kolestrol sekejap..memang seram kan, tapi makan lah isi dia, kuah bagi kat sesapa..ahakss...Resipi mat tak sertakan sebab sama style memasaknya dgn "Lemak Pegaga Keledek".....Cuma yang ni perlu gantikan pegaga dengan kangkung dan tambah hirisan cili merah (1 biji cili merah)..itu jeee...

Sunday, June 29, 2008

SUP TELUR & SAYUR

Sup Telur & Sayur

Cuasa panas, eloklah kalau kita makan jenis2 "sup", macam hari ni mat masak simple dan cepat. Ini sama macam sup kentang yang biasa orang2 M'sia masak. Mat suka sup ni sambil2 tu boleh hirup kuah diaaa....nyamannn sungguhhh!!!!!


Bahan-Bahannya :-)
5 biji kentang sederhana besar
6 - 7 kuntum black fungus, rendam sampai kembang
4 - 5 keping fucuk, rendam hingga lembut
30 - 35 tangkai "kincam"
1 cekak soo hoon, potong dan rendam
4 - 5 biji telur
4 ulas bawang putih, diketuk
6 biji bawang merah, dihiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub pati ikan bilis "MAGGI"
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan :-)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. Kentang dikupas, potong 4 setiap biji, cuci dan rendam, cendawan dibuang pangkalnya dan potong2, fucuk dikerat2 kecil dan kincam disimpul setiap satu, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan air (anggaran 1 liter), kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.
  3. Kecilakn api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi. Masak hingga telur masak dan tidak pecah. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.
  4. Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...
"Sayur Kincam"

Saturday, June 28, 2008

BUBUR PULUT HITAM

Bubur Pulut Hitam

Tengok2 dalam freezer ada stok pulut hitam lagi, projek seterusnya "Bubur Pulut Hitam". Kalau ada "pressure cooker" kan lagi mudah u, tak sampai 20 minit merebus, pulut hitam dah kembang...

Bahan-Bahannya :-)
1 1/2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam 4 - 5 jam
1 1/3 cawan gula (nak manis tambah lagi)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, diparut

Cara membuatnya :-)
  1. Toskan pulut hitam kemudian rebus hingga pulut kembang. Tuang 1/2 cawan air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam pulut yang telah kembang tadi, masukkan daun pandan, gula pasir dan santan cair, masak atas api sederhana hingga mendidih dan gula hancur. Kacau rata dan rasa, jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Biar mendidih sekejap dan boleh matikan api.
  3. Campur 1/4 camca teh garam ke dalam santan pekat tadi, kacau rata. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, sudukan 1 camca besar santan pekat. Gaul rata sebelum dimakan. Simpan santan pekat dalam peti sejuk jika tidak habis...

SAYUR CAMPUR SIAM

Sayur Campur Siam

Resipi mudah dan senang, sedap dimakan bersama nasi hangat atau pun bubur nasi.....

Bahan-Bahannya :-)
250 g udang sederhana besar, kupas kulit dan buang uratnya
1/4 bahagian bunga kobis, dipotong kecil
1/4 bahagian kobis, dipotong kasar
20 tangaki "snow peas", dibuang pangkal dan hujung
4 biji putik jagung, kerat dua dan belah
1 biji tomato, dibelah 8
1 biji lobak merah, kupas, potong serong
1 batang saleri, potong serong
10 biji cili padi, diketuk
4 ulas bawang putih, diketul
1 biji bawang besar, dihiris kasar
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1/2 camca teh garam
1 camca besar sos tiram
2 - 3 camca besar sos ikan (nampla)
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut dan cili padi hingga harum. Masukkan sos tiram, gula dan air, kacau rata.
  2. Bila mendidih, masukkan lobak merah, bunga kobis, saleri dan putik jagung. Masak hingga sayur sedikit lembut. Tambah snow peas dan kobis, gaul rata.
  3. Masukkan sos ikan, gaul dan masak sekejap. Sesuaikan rasa dan jika ok boleh dimatikan api dan alih ke dalam bekas sesuai. Jika suka berkuan boleh tambah sedikit lagi air. Hidangkan segera....

Thursday, June 26, 2008

KARI IKAN GAYA GOA

Kari Ikan Gaya Goa

Resipi dapat dari buku "Sedapnyaaa 2" oleh Chef Wan....Tertarik dengan bahan2nya yang mudah. Rasa sedap, agak "mild" dan tidak keras sangat, lagi sedap kalau dicicah roti canai atau roti paun...Resipi mat copypaste dari dalam buku tu jee lahh...

Bahan-Bahannya :-)
600 g kepingan ikan tenggiri (mat guna ikan merah)
3 biji tomato, dipotong baji*
3 biji cili hijau, dihiris*
3 camca besar ketumbar serbuk*
3 camca besar jintan putih serbuk*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
2 camca besar biji sawi (mat guna 1/2 camca besar je)
4 camca besar cili kisar (kalau tak nak pedas, boleh kurangkan)
500 ml pati santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 4
1 tangaki daun kari
Garam dan sedikit gula


Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkab bahan2 kisar, cili kisar dan pati santan. Masak hingga mendidih.
  2. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan ikan dan juga jus asam jawa. Kacau perlahan dan renihkan selama 15 minit menggunakan api perlahan.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Matikan api dan hidangkan bersama nasi, roti canai atau roti paun....

Wednesday, June 25, 2008

KUIH SAGO LAPIS

Kuih Sago Lapis

Resipi asal dari "Florence Tan", chef nyonya yang femes tu, kuih ni sedap, tak manis, lemak2 dan harum dengan bau pandan dan ros.....Jom cuba!!!!

Bahan-Bahannya :-)
250 g biji sago, rendam 1 jam dan toskan
140 g gula halus
200 g kelapa parut, pilih kelapa yang kulit basah
1/4 camca teh garam halus
3 helai daun pandan, setiap satu disimpul
1/4 camca teh esen ros
1 camca teh pandan paste
Beberapa titik pewarna merah

Cara membuatnya :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit, sapu sedikit minyak pada permukaan aluminium foil. Ketepikan. Panaskan juga kukus, balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas permukaan kuih nanti.
  2. Gaul sago bersama, gula, kelapa parut dan garam hingga rata. Kemudian bagi kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dibiarkan putih, 1 bahagian dicampur dengan pandan paste, gaul rata dan 1 bahagian lagi dicampur esen rose dan pewarna merah, gaul rata.
  3. Panaskan tin tadi dalam kukus selama 2 minit, masukkan sago bewarna hijau, ratakan, letak 1 simpulan daun pandan dan kukus 10 minit atas api sederhana.
  4. Kemudian keluarkan simpulan pandan tadi, masukkan sago bewarna merah, ratakan dan letak 1 lagi simpulan pandan yang baru, kukus 1o minit.
  5. Buat kaedah yang sama untuk lapisan terakhir (tanpa warna) dan kukus 10 minit lagi. Biarkan kuih betul2 sejuk baru dipotong, sapu pisau dengan sedikit minyak makan untuk mengelakkan kuih melekat semasa memotong....Selamat mencuba!!!

BANGKIT PANDAN

Bangkit Pandan

Petang tadi, mat ada projek bangkit dengan anak2 buah...Kesian pulak sebab bangkit yang buat dulu tu tak cukup u...Paling kesian yg kecik sekali...

Bangkit Pandan

Bila dah budak2 ikut sama buat, dah pastilah dapur kecah2, siap gaduh2 lagi tu depa 2 beradik...pening woo pala guaaa....Dahlah tu kalau boleh semua pattern cookie cutter depa nak try....Aduhh!!! peningggg lagiiiiiii!!!!!..Resipi mat tak sertakan kerana sama dengan resipi "bangkit keladi" cuma perlu ganti perisa keladi tu dengan 1 1/2 camca teh pandan paste...Boleh rujuk sini untuk resipi bangkit keladi...

SAAT YANG MEMBUATKAN DAPUR KECAH DAN KECOHHH!!!!!!


Tengok tu punya xcited gila nak membangkit, dengan baju sekolah tak tukar terus menggelek doh...Kecah tah yah kata laa, dah kecah satu hal, gaduh pulak sebab berebut cookie cutter...ishh heran sungguh tengok budak2 ni...Tapi yang paling "rock kapak karat", anak buah mat yg kecil sekali tu, yang lelaki, dia ni tak de hal, bangkit siap dia bedal.....Ko gaduh ko punya pasal!!!

LEMAK PEGAGA KELEDEK

Lemak Pegaga Keledek

Selain dibuat urap, pegaga pun sedap dimasak lemak dengan keledek, lepas tu makan dengan nasi hangat, nak ngam lagi ada sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng...Hmmm bergetar uu, jiwa kalau makan!!!!....

Bahan-Bahannya :-)
Pegaga secukupnya, dibersihkan, buang akar dan kerat dua
1 biji kelapa parut
1 biji keledek sederhana besar
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan sedikit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas keledek, potong sederhana besar dan rendam. Tuabg 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 2 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Toskan keledek, masukkan dalam periuk bersama hirisan bawang, bawang putih, udang kering dan juga santan cair. Masak atas api sederhana hingga keledek lembut sedikit.
  3. Masukkan pegaga dan tambah garam dan sedikit gula. Tuang pati santan dan biar mendidih atas api kecil, kacau dan rasa kuahnya. Jika ok boleh matikan api.

SAMBAL IKAN NENAS

Sambal Ikan Nenas

Ini resipi sendiri selepas menggabungkan beberapa bahan yang ada. Senang dan mudah.....

Bahan-Bahannya :-)
4 - 5 ekor ikan kembong
1 tin kecil nenas berkaleng, asingkan jusnya
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1 genggam daun selasih
1 biji limau nipis, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
6 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk lumut)

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, kelar2, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan bawang besar dan jus nenas. Bila mendidih, tambah sedikit gula dan nenas, gaul rata.
  3. Masak hingga sedikit pekat, tambah daun selasih dan jus limau nipis, kacau. Rasa dan jika kurang masin, tambah garam. Akhir sekali masukkan ikan goreng dan gaul rata. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi hangat..

Tuesday, June 24, 2008

STRAWBERRY BANANA CAKE

Strawberry Banana Cake

Bukan saja mudah untuk dibuat, lembut, lembap dan sedap. Mat kerap buat resipi kek ni jika ada pisang masak. Strawberry boleh diabaikan atau diganti dengan cincangan walnut, tapi kalau dah letak kekacang, tukarlah nama dia ok....Pssstt!!!, sorry ek, strawberry atas kek tu frozen punya tu pasal nampak "uzur"....hehehehe

Bahan-Bahannya :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata dandiayak)
225 g minyak jagung/minyak sayur
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
10 bii strawberry
225 g pisang masak
15 g ovallate
Strawberry segar untuk hiasan (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin 9 x 9 x 3 dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Campurkan strawberry dan pisang, lecek hingga hancur. Ketepikan.
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan pisang + strawberry lecek tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan minyak jagung. Buat hingga siap, gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan sebelum dipotong. Ayak sedikit gula aising dan hias dengan strawberry jika suka.
  4. CATATAN MAT GEBU :- Jika menggunakan acuan bulat berlubang tengah, waktu membakar lebih singkat dari menggunakan tin 4 pesegi. Dan jika menggunakan acuan non-stick bewarna hitam, turun kan suhu 15C dari suhu yang disyorkan.....

Monday, June 23, 2008

TOM YAM MEE

Tom Yam Mee

Ini resipi datang dari dapur "suhana" juga.....untuk bonda mat berbuka puasa tadi....resipi tomyam biasa cuma dimakan bersama mee kuning.....sedapp dan mudah, terima kasih yeaa Suhana!!! Untuk resipi dan maklumat lanjut sila klik sini yeaa....

JAPANESE BEANCURD

Japanese Beancurd

Resipi asal dari "Suhana" tapi mat cilok dari dapur "kak jun"...sedap dan senang, makan dengan nasi hangat lagi sedap....Mat ada tambah sedikit sayur untuk memeriahkan lagi hidang tersebut.

Bahan-Bahannya :-)
2 tiub tofu jepun, potong bulat dan goreng hingga kuning keemasan
1 biji bawang besar, potong baji
2 ulas bawang putih, cincang halus
8 - 10 kuntum cendawam butang, hiris kasar
1 biji capsicum merah, didadu
15 tangkai "snow peas", buang hujung dan pangkal
2 pokok daun bawang, hiris kasar

Bahan Sos :-)
4 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar minyak bijan
1 camca besar sos lada hitam
1 camca teh lada sulah
1 camca teh gula
1/2 cawan air
Sedikit bancuhan tepung jagung

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cendawan, capsicum dan snow peas. Kacau rata.
  2. Masukkan bahan sos dan gaul hingga rata. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Kepekatan bergantung pada kehendal masing2.
  3. Susun tofu jepun yang telah digoreng tadi atas "hot plate" atau pinggan, tuang kuah bersama sayur2ran tadi atas tofu, ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan panas...

Sunday, June 22, 2008

BUN KARI

Bun Kari

Bun kari....resipi doh masih guna "basic sweet dough" dari mama fami yang anggun itteww!!!


Bun Kari

Mat buat dapat 16 biji bun yang agak besar, kalau rajin boleh buat kecik2 yeaa....Bun ni laris u, sedara mara mat makan tadi, dan tu lah tinggal sebiji yang mat simpan untuk ditangkap gambarnyaa!!!......

Bahan Inti :-)
2 cawan kentang yang telah didadu, rebus hingga empuk
1 tin tuna dalam tin, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cm halia, cincang halus
1 1/2 camca besar serbuk kari ikan
1/2 camca teh serbuk lada hitam (optional)
1 tangaki daun kari
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Lain :-)
1 bahagian "basic sweet dough" boleh rujuk sini utk resipi...

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam (jika guna) bersama air. Masak hingga terbit minyak. Masukkan ikan tuna dan kentang, gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK BUN KARI :- Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan. Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....

TAG DARI DAFFODIL....

~: DAFFODIL :~

Tadi mat dapat TAG dari "Daffodil"......Jom tengokk!!!!

7 tentang diri ku :-)
  1. Manusia biasa tiada kelebihan dan tidak menyesal apa yang telah ditakdirkan.
  2. Minat banyak benda tapi lama2 jadi tak minat sebab tak dapat.
  3. Tatau bila boleh memasak, mungkin mula2 sebab "terpaksa".
  4. Malas nak fikir benda2 remeh.
  5. Bersifat konservetif, ortodox dan sedikit ketinggalan zaman.
  6. Rimas dengan manusia yang ala2 "mami jarum".
  7. Tak kesah apa orang nak kata, janji kita dan "Allah" tau kebenarannya.
7 yang menakutkan aku :-)
  1. Kehilangan ahli keluarga atau sedara mara terdekat (walaupun itu hakikat yg harus diterima sebagai umat Islam).
  2. Cerita hantu..ahaks, yang ni mesti ada senyum2 kambing bila baca...
  3. Tiba2 dengar cerita "busuk" tentang diri kita, dari mulut2 yang "busuk" juga.
  4. Masa semakin singkat, 1 hari tu rasa sekejap saja, tau2 dah malam..
  5. Benda2 yang tidak diingini sewaktu dalam perjalanan.
  6. Tiba2 kawan kita rupanya "pesakit jiwa tegar!!!"..Choyyy!!! (ketuk dinding 3 x).
  7. Takut jugak bila tersilap cakap dan orang lain tiba2 kecil hati..
7 lagu yang aku suka :-)
  1. Keroncong Untuk Anna - M. Nasir
  2. Ghazal Untuk Rabiah - J.Abdillah & M. Nasir
  3. She Will Be Loved - Maroon5
  4. Tiada Kata Berpisah - Rio Febrian
  5. Winter Sonata - Ryu
  6. Seribu Tahun - Imrah Ajmain
  7. Regresa Mi - Il Divo
7 pekara yang aku suka buat :-
  1. Mestilah memasak dan baking di carta teratas.....tapi kan ada masa bosann gilaaa!!!!
  2. Beli peralatan dapur, tak kesah dpt 1 btg sudu pun tak pe janji beli..
  3. Suka pi tengok2 pokok kat neseri...tak beli pun tak pe.
  4. Beli buku masak.
  5. Berkongsi resipi dengan sesapa saja.
  6. Kumpul benda antik yang berkaitan dengan sejarah dan akar umbi keturunan kita.
  7. Suka simpan benda2 yang pada pandangan org lain tak de nilainya...
7 pekara yang amat bernilai :-)
  1. Apa2 yang kita perolehi hasil dari titik peluh sendiri dan datang dari sumber yang halal.
  2. Keluarga....
  3. Benda2 yang ada "cerita" tentang sejarah hidup kita.
  4. Kehidupan yang Allah kurniakan.
  5. Perasaan orang lain.
  6. Harga diri.
  7. Silaturahim sesama insan.
7 pekara yang aku suka sebut :-)
  1. Makannnnnnnnn!!!!!!!!!!!!! (time ni kira dah habis iktiar lah ajak org makan).
  2. Uikk!!!
  3. Terkejut guaaa!
  4. Basuh tangan sebelum sentuh apa2 makanan (dengan nada kerasnya)....
  5. Nak minum kopi? (itu ayat khas untuk my mom)
  6. Ok..hari ni nak makan apa? (kena plan u, sebab rumah i tekak dia org lain2 pesenn)
  7. Sapa pulak yang datang tu....
7 pekara yang berlaku dalam hidup :-)
  1. 5 tahun lepas, dapat lah berjumpa dengan nenek "cina" mat...sebelum ni tatau pun u i ada nenek cina.....patut laah guaa suka "oriental" punya barang!!.
  2. Masa umur 9 tahun, guaa kena sunat u....ahaks!!, tak sakit punnn...tapi aku nangis kooo!!!
  3. 1986, datuk i meninggal dunia pada usia 84...haiyoo masa tu terus rasa diri ni jadi kerdil...al-fatihah utk arwah..
  4. Dah beberapa tahun ada internet, baru laa tau mcm mana nak buat blog...
  5. Menerima kehadiran org2 baru...(anak2 saudara)
  6. Syukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang ok banget!!
  7. Apa2 yang berlaku di masa akan datang, akan ku terima dengan tabah dan redha..
Ok..harap daffodil berpuas hati yeaa dgn tag tu....


Saturday, June 21, 2008

BANGKIT KELADI

Bangkit Keladi

Salam untuk semua, hari ni mat sengaja buat "kuih bangkit", tapi bangkit bukan sebarang bangkit u, kita modifey letak perisa keladi....Tak kurang hebat, sedap dan semua sedia maklum keladi kan memang ngam digabungkan dengan santan....

Bangkit Keladi

Bila dah mula membakar, aroma dia ada "aura2" nak sambut hari raya pulak!!!....Asalnya resipi "Bangkit Nyonya" dari "Diana"....mat dah buat dulu masa raya lepas, dan kali ni nak tukar citarasa sikit....Selamat mencuba untuk semua yeaa....

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung sagu (bukan tepung ubi)
4 helai daun pandan
20 g mentega
1 biji kuning telur gred A
130 g pati santan (boleh guna santan kotak)
150 g gula aising, diayak
1/4 camca teh baking powder
3/4 camca teh perisa keladi
1/2 camca teh pewarba ungu

Cara membuatnya :-)
  1. Kerat2 daun pandan, campur dengan tepung sagu dan goreng tanpa minyak dalam kuali dengan api kecil selama 10 minit, sambil dikacau selalu, angkat dan biarkan sejuk. Timbang 350 g tepung tadi dan asingkan selebihnya untuk kegunaan kemudian. Ayak tepung sagu (350 g) bersama baking powder ke dalam satu bekas.
  2. Dalam bekas lain, satukan kuning telur, gula aising, mentega dan pati santan, kacau dengan whisk hingga semua rata, sebati dan berkrim. Masukkan perisa keladi dan pewarna unggu. Kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis sambil digaul dengan spatula hingga menjadi doh, jika doh terlalu lembik tambah sedikit tepung dari bahagian yang diasingkan tadi sehingga mendapat doh yang lembut (tetapi tidah keras). Tutup permukaan dengan kitchen towel lembap dan rehatkan 15 minit.
  4. Canai doh 3/4 cm tebal, terap dengan acuan pilihan dan alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit minyak makan. Buat hingga siap, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 minit, atau mengikut oven masing2. Alihkan bangkit yang telah masak atas jaringan dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.....

Thursday, June 19, 2008

CHOC-CHEESE MUFFIN

Choc-Cheese Muffin

Muffin yang mudah cepat dan senang, tapi hasil dia...hmm hingga menjilat jari uu!!! Tak payah guna mixer atau peralatan canggih (tapi oven mesti ada laaa!!!)....semua guna peralatan ringkas yang ada kat dapur....Resipi asal dari "Kak Hani Ringgo" yang nun duduk jauh di Jepun....terima kasih kak hani!!!!

Bahan-Bahannya :-)
140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
  3. Masukkna gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....

LONTONG

Lontong

Jemput makan "Lontong" semua!!!, ini makanan2 biasa lah yang tekak2 orang Malaysia dan Singapura makan. Jadi mat tak payah lah letak resipi dan rasa mat dan banyak kali juga buat lontong dan letak dalam blog nie....cuma kali ni mat buat sekadar apa yang ada dalam peti sejuk, macam tak cukup sayurannyaa......tak pelah, kita yang buat dia!!! Jemputlah jamu mata yeaa.....

Tuesday, June 17, 2008

ROTI AGAIN!!!!

P1070426

Ini lah penangan "roti mama fami" permintaan nya ganasss u, anak buah mat pun suka, jadi mat pun buat lahh, tapi roti yang atas tu untk pakcik2 dia orang.....

Roti Again!!!!

Dan yang ini baru budak2 punya (tapi pakcik dia balun sama..ahakss!!)...apa2 pun terima kasih berjuta2 lemon + limau manis untuk mama fami.....Lain kali ada resipi yang vouge, kongsi lagi yeaa mama...untuk resipi boleh rujuk sini.....

Monday, June 16, 2008

LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak

Jeng..jeng..jeng, tiba2kan dengan rajinnya ter"magic"...muncul "Laksa Sarawak"...ahakss, ini kes teruja tengok laksa kat rumah "kak cik" nun jauh di Dubai....Pes laksa pulak pemberian "Dayang"....sedap, harum dan lemak. Resipi asal laksa sarawak dari "Kak Pah Sherry".... Pada mat, pes laksa sarawak ni seakan2 rasa rempah untuk "botok2". Apa2 pun terima kasih banyak2 yea dayang dan sesapa nak buat boleh berkunjung ke blog dayang untuk mendapatkan pes Laksa Sarawak....boleh beli on line uuu!!!!

Bahan-Bahannya :-)
1 bungkus mee hoon, celur hingga lembut, toskan
200 g pes laksa sarawak
250 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
2 keping dada ayam
300 ml pati santan
1 kiub ayam "MAGGI"
1 1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan :-)
3 - 4 biji telur, dibuat dadar nipis, gulung dan hiris halus
250 g taugeh, buang ekor, celur sekejap (mat tak celur)
Belahan limau kasturi
Hirisan daun ketumbar @
Daun pudina
Sambal belacan

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ayam, kelar2 dan rebus hingga ayam masak (mat campur 1 inci halia, dititik dan juga 4 biji bawang putih, dititik). Angkat ayam, tos dan sejukkan, keluarkan halia dan bawang putih tadi. Siat daging ayam tadi dan ketepikan. Dalam stok ayam yang sama, celur udang 30 saat, angkat dan toskan.
  2. Kemudian dalam stok tadi, masukkan pes laksa sarawak dan santan. Biar mendidih atas api sederhana. Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biar mendidih. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. PENYEDIAAN LAKSA :- Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk, tuang kuah, tabur taugeh, hirisan telur dadar, udang, ayam, hirisan daun ketumbar/pudina, limau kasturi dan sambal belacan.
  4. UNTUK SAMBAL BELACAN :- Tumbuk lumat 15 biji cili padi bersama belacan, campur secubit gula dan garam. Perah sedikit jus limau kasturi, gaul rata..

DALCA & ROTI CANAI

Dalca & Roti Canai

Petang ni cuaca mendung, hujan pulak tu, memandang kan ada stok roti canai "segera", tinggal buat dalca saja lah, untuk santapan bonda mat berbuka puasa......Gambar agak kurang memuaskan laaa, sebab cuaca agak mendung....Resipi dalca tu mat tak beri lah sebab itu masakan ulang tayang, roti canai pulak segera punya, tapi roti canai instant yang orang ni buat, sedap uuu!!!!!

Sunday, June 15, 2008

ROTI MAMA FAMI

Roti Mama Fami

Kertas yang salin resipi roti "Mama Fami" ni dah naik lebam, kena kunyit lain, terpercik cili kisar lain, tapi tak buat2 jugak, walhal tak delah payah mana, bagi mat buat roti menjadi mudah dengan ada nya Bread Maker, semua lambak dalam tu, pilih setting untuk doh dan tekan "ON"....tau2 doh dah siap untuk kita model kan...

Roti Mama Fami

Oleh kerana doh ni cuma "basic sweet dough", kita boleh buat apa2 bentuk dan pattern yang kita gemari, bukan nak pujilah, tapi hasilnya memang lembut, gebu dan ayuuu, macam mama fami gitu uuu..ahakss!!!!....

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....

Saturday, June 14, 2008

CHOC-CHIP ALMOND MUFFIN

Choc-Chip Almond Muffin

Salam sejahtera untuk semua....Hari ni untuk minum petang, kita buat "choc-chip almond muffin" kelas kan nama dia, lembut, lemak, manis (pada mat manissss sgt), harum dan rangup2 badam masih terasa2 dalam mulut.....

Choc-Chip Almond Muffin

Resipi mat dapat dari fotopages terkenal, tak lain tak bukan "RinnChan"...Haiyooo!! Kelass wooo dapur dia, mengaumm semua resipi2 yang ada, kalau sesiapa pergikan terus jadi rajin nak masak......Oh yee, lupa nak kabo, mat buat 1/2 dari resipi dibawah ini...harap maklum semua..

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul dan diayak)
2/3 cawan mentega (lebih kurang 170 g)
1 1/3 cawan gula halus ( mat guna brown sugar)
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan coklat chip*
1/2 cawan kismis*
1/2 cawan kepingan badam*(*digaul rata)
Sedikit kepingan badan dan coklat cip utk hiasan

Cara membuatnya :-)
  1. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed, tuang susu dan esen vanila, pukul hingga rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar sekadar semua sebati sahaja.
  3. Masukan kepingan badan, kismis dan coklat chip yang telah digaul dengan tepung tadi, gaul dengan menggunakan spatula sehingga rata.
  4. Isi dalam acuan muffin pilihan sebanyan 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan kepingan badan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selamat 25 - 30 minit, bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing2....

Friday, June 13, 2008

APPLE BREAD PUDDING

Apple Bread Pudding

Apple bread pudding yang sedap, harum, manis2 manja dan paling penting mudah dibuat, kombinasi telur, vanilla, susu, mentega dan serbuk kulit kayu manis memang kena.....

Apple Bread Pudding

Dan pergaulan rasa itu seakan2 memberi satu impak dalam tekak kita....amat menyenangkan dan lazat....dan tak lupa ucapan terima kasih kepada "Suhana" kerana sudi berkongsi resipi...Blog dia kalau luu masuk, meletoppp beb, waa cakap sama luuuu!!!!

Bahan-Bahannya :-)
9 - 10 keping roti putih, didadu kecil
2 cawan susu penuh krim (mat guna susu sejat)
1 biji epal hijau, didadu
1 biji lemon, parut kulitnya (mat guna orange)

Dikacau Rata :-)
90 g mentega, cair dan sejukkan
135 g gula halus
4 biji telur gred A
2 camca teh esen vanilla

Digaul Dan Diayak :-)
50 g tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan roti dan susu sejat, gaul rata dan biar terendam 5 minit. Masukkan bahan yang dikacau rata dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan bahan yang diayak dan gaul hingga sebati, akhir sekali masukkan epal dan kulit lemon/orange. Kacau hingga semua mesra.
  3. Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit (mat guna acuan "mini bund pan"), bergantung pada saiz acuan dan juga oven masing2...

Thursday, June 12, 2008

MEE UDANG TOMATO

Mee Udang Tomato

Kadang2kan kepala naik pening, mata sampai juling nak memikirkan masakan yang mudah tapi sedap...yelah sedap pada tekak kita tak semestinya sedap pada tekak orang lain, kesimpulannya
disini, dalam dunia tak de seorang pun tukang masak yang "hebat" kecuali ibu kita sendiri...betul tak?.....Hari ni mat masak Mee Udang Tomato, senang dan mudah....

Bahan-Bahannya :-)
Mee kuning secukupnya, cuci dan celur 30 saat, toskan
300 g udang sederhana besar
3 biji kentang (250 g), rebus dan lecek
3/4 cawan sos tomato
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar gula perang
2 ketul kiub ayam "Maggi" atau
1 liter stok ayam
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
5 biji telur
2 pokok sawi putih, cuci dan kerat2
2 biji bawang besar*
3 camca besar udang geragau, rendam 10 minit dan toskan*
3 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis halia*(*dikisar halus)

Bahan Lain :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu, digoreng dan hiris
Taugeh, dicelur (mat tak celur)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (atau kuali), tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, gaul rata. Masak sekejap.
  2. Tuang air dan masukkan kuib ayam (kalau guna stok ayam, tak payah guna kiub), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kentang lecek, tomato, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Perlahankan api, pecahkan telur satu perlahan dan masak atas api kecil hingga telur masak dan timbul. Tambah udang dan sawi, masak untuk 2 - 3 minit lagi, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Jika suka kuah cair, boleh tambah air.
  4. PENYEDIAAN MEE UDANG TOMATO :- Isi mee secukupnya dalam mangkuk, tambah taugeh, tuang kuah bersama isi2nya dan juga sebiji telur. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas2...
  5. CATATAN MAT GEBU :- Kalau rasa sukar, boleh cedok kuah ke dalam "non-stick pan" sebanyak 3/4 penuh jerang atas api kecil dan pecahkan telur sebiji, bila telur masak, alih ke dalam periuk yang berisi kuah tadi, buat hingga siap..

Wednesday, June 11, 2008

KARI IKAN PARANG

Kari Ikan Parang

Kari yang mudah dan cepat, dah lah tu tak pedas, sesuai untuk budak, tapi kena lah tukar jenis ikan yang tidak banyak tulang kalau nak disajikan pada budak2. Ikan parang ni khas untuk orang2 "besar" je, kari ni tak pedas sebab "abah" den ni tak bley makan pedas...hehehe....

Bahan-Bahannya :-)
5 keping ikan parang
1 biji terung panjang (terung bulat lagi sedap)
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
2 biji cili merah, belah 2
2 camca besar rempah kari ikan, bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan pati santan
3 cawan santan cair
Garam dan gula perang

Bahan Tumis :-)
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 tangkai daun kari
1 camca teh halba campur
1 inci halia, dititik

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan parang dicuci bersih, gaul dengan sedikit kunyit dan garam, goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Kupas sedikit kulit terung, potong dan belah, rendam dalam air garam 10 minit. Toskan dan goreng dalam minyak panas 30 saat, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Masukkan santan cair dan jus asam jawa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan parang, tamba garam dan sedikit gula (atau secukup rasa), tambah pati santan. Biar mendidih perlahan.
  4. Masukkan tomato, cili belah dan terung, biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2 bersama nasi.....

FUCUK MASAK LEMAK

Fucuk Masak Lemak

Bila ada sambal belacan kan....jeng...jeng...jeng, terus muncul masak lemak fucuk....Ngam kan?...Wokey resipi tak bagi sebab lauk "rewind", tapi kalau nak juga, boleh lah rujuk disini....

SAMBAL KUININ (KUINI)

Sambal Kuinin

Sambal buah kuinin (atau buah "kuini"?) yang begitu "power" sangat. Pedas, manis, harum, lemak, masin dan keenakan gabungan bahan2 tadi bila dimakan bersama nasi hangat.....hmmmm hanya sendiri je lah yang tau nikmatnyaa....Lagi sedap kalau ada masak lemak, ikan goreng atau ikan masin...ishhh!!!, tak bley cakap lagi laaahh!!!.....Resipi boleh rujuk disini...

Tuesday, June 10, 2008

BENING BETIK

Bening Betik

Ini lauk memang kampung mari...mat memang suka lauk macam ni, bukan saja sihat dan mudah, tapi sedap (untuk yang biasa makan lahh!!!)....

Bahan-Bahannya :-)
1 biji betik sederhana besar yang mengkal (sedikit merah tapi masih keras)
1/4 cawan ikan bilis, rendam 1o minit dan toskan
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 camca besar lada hitam biji, ditumbuk kasar
2 helai daun kunyit, disiat2
1 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

Cara membuatnya :-)
  1. Betik dicuci dan dikupas. Belah dan buang biji dan potong serong. Dalam periuk, masukkan air (anggaran 3 cawan, bergantung byk mana betik), bawang besar, bawang putih, lada hitam dan kiub ikan bilis (jika guna). Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan betik dan tambah garam secukup rasa dan juga secubit gula. Bila mendidih,masukkan daun kunyit dan masak hingga betik lembut sedikit.
  3. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan juga ulam2 yang digemari.

Monday, June 9, 2008

LAKSA MEE HOON

Laksa Mee Hoon

Ini macam laksa biasa cuma mee laksa ditukar dengan mee hoon (kes kehabisan stok mee laksa!!), mudah dan senang disediakan walau pun bahan2 dia nampak "mewah"....

Bahan Utama :-)
Mee hoon, direndam, celur hingga lembut dan toskan
500 g ikan kembong
1 biji kelapa, diparut
3 keping asam gelugor
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
Garam dan gula perang secukupnya

Bahan Kisar Halus :-)
12 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 1/2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan manis
1 camca teh lada hitam biji*(*digoreng tanpa minyak hingga harum)

Bahan Sampingan ( ikut suka) :-)
Isi kerang yang direbus
Udang yang dikukus
Hirisan daun salad
Sambal belacan
Hirisan bawang besar
Telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi, dibelah dua
Timun, hiris halus
Taugeh
Hirisan kacang buncis
Hirisan daun kesom

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan kembong dikukus hingga masak, asingkan isi dari tulang, tumbuk isi ikan hingga lumat. Ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 4 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Tuang santan cair, masukkan garam dan asam gelugor dan masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan isi ikan yang ditumbuk, bunga kantan, daun kesum dan juga santan pekat. Masukkan gula perang (1 camca besar) dan masak menggunakan api sederhana hingga mendidih dan kuah sedikit pekat. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN LAKSA MEE HOON :- Masukkan secukupnya mee hoon ke dalam mangkuk, tuang kuah dan letakkan semua bahan2 sampingan dan juga sambal belacan. Hidangkan panas...
  5. UNTUK SAMBAL BELACAN :- Tumbuk 4 biji cili merah, 1 inci belacan bakar, secubit garam dan secubit gula hingga lumat. Hidangkan bersama laksa...

Sunday, June 8, 2008

BERRY CHEESE MUFFIN

Berry Chese Muffin

Muffin yang sedap, lembut dan rasa yang begitu menawan. Resipi asal dari "Biduri", tapi mat ubahsuai sedikit berdasarkan apa2 bahan yang ada dalam stok....

Bahan-Bahannya :-)
150 g cream cheese
150 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
110 g gula halus (mat letak 100 g saja)
3 biji telur gred A
50 g kismis
30 g kacang pecan, cincang kasar (boleh guna apa2 kacang yg digemari)
160 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit strawberry filling

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup sesuai atau pun gunakan muffin cup (jenis keras). Ketepikan.
  2. Putar mentega dan keju hingga bersatu, masukkan gula, terus memutar hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan kismis dan cincangan kekacang, kacau hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh. Letak sedikit strawberry filling diatas adunan muffin. Buat hingga siap. Bakar 25 - 30 minit, atau hingga masak, bergantung pada keadaan oven masing2.....

Thursday, June 5, 2008

BUAH TANGAN DARI "DAYANG".....

Kek Lapis Dayang

Kek Lapis yang sedap, harum dan lazat pemberian "Dayang"...Terima kasih juga pada Sweet Lily kerana sudi mengeposkan jauh dari "Pasir Gudang"....(Pada hal, aku dok Johor juga..hehehe)....

Buah Tangan

Dan....jeng jeng jenggg...bukan kek lapis aje yang ada, TAPI ikan terubuk masin Sarawak dan juga Pes Laksa Sarawak.....ribuan terima kasih pada Dayang yeaa....Jadi pada sesapa yang ingin menikmati kek lapis dari air tangan orang Sarawak, boleh lah melawat blog Dayang.....dijamin tak mengecewakan......

TAG DARI "ROZZAN"....


"TAG" ni sebenarnya mat dah buat dulu, tapi tak pelah, tak dosa kan kalau kita buat lagi sekali, terima kasih pada Rozzan kerana sudi "TAG" mat yeaa.....dan terima kasih juga kerana berkongsi ilmu2 memasak.....

Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.

2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.

3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu

1. Register di laman www.cookingbookmark.com. Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.

2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.

3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini.

Jadi Ah Mat Gebu akan meneruskan misi yang berguna pada :-)

Sesapa yang sudi dan berminat untuk meletakkan blog2 mereka di situ, mat izinkan memandang TAG ni sekarang berada di pihak mat...silakan laah yeaa....

Tuesday, June 3, 2008

KUIH LAPIS PELANGI

Kuih Lapis Pelangi

Ini kuih lapis resipi rozzan yang mat saja letak warna2 pelangi...saja nak test kaler, anak2 buah pun suka sebab bewarna-warni dan nampak meriah bangett!!! Jadi mat tak letak lah resipi sebab sama (boleh rujuk disini....), cuma letak warna berlainan sahaja...Selamat mencuba untuk semua!!!

NASI LEMAK NYONYA

Nasi Lemak Nyonya

Nasi Lemak Nyonya, tak lari jauh dari nasi2 lemak biasa, cuma ada sedikitttt sahaja perbezaan dalam teknik memasak, kalau nak kukus pun boleh, tapi mat tak punya banyak waktu masa memasak ni, jadi kita masak macam biasa saja laaa...

Nasi Lemak Nyonya

Boleh dihidangkan bersama "sambal tumis nyonya" dan "Inche Kabin", sepatutnya ada ikan goreng dan juga udang goreng assam, tapi tak sempat nak membuatnyaa....

Bahan-Bahannya :-)
4 cawan beras "Basmathi", cuci dan rendam 3 - 4 jam
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, dititik
4 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam

Bahan Sampingan :-)
Telur rebus, belah dua
Timun, kupas dan hiris
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Sambal tumis
Ikan goreng (tak letak sebab tak de)
Udang goreng assam (tak letak sebab tak de)

Cara membuatnya :-)
  1. Dalam rice cooker, masukkan santan cair, garam, daun pandan, bawang putih, halia dan beras tadi. Gaul rata dan masak hingga nasi kering.
  2. Tuang pati santan dalam nasi tadi, gaul rata dan masak lagi selama 20 - 25 minit. Hingga nasi betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chopstick. Hidangkan bersama bahan2 sampingan.....

INCHE KABIN (AYAM GORENG KARI)

Inche Kabin

Inche Kabin atau "Ayam Goreng Kari", resipi khas nyonya peranakan Pulau Pinang, berbeza dengan Nyonya Melaka, nyonya peranakan Pulau Pinang lebih terpengaruh dengan gaya masakan Siam, Burma dan negera2 sebelah utara semenanjung.....

Bahan-Bahannya :-)
4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
1/3 cawan rempah kari
200 ml pati santan
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
1 camca besar serbuk cili
2 biji limau nipis, perah jusnya
3/4 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
  3. Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
  5. Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!)

SAMBAL TUMIS NYONYA

Sambal Tumis Nyonya

Salam untuk semua, ini resipi sambal tumis nyonya yang agak berbeza sedikit penggunaan bahan2 dalamnya, rasa yang unik dan harum, sesuai sangat dimakan bersama nasi lemak nyonya (resipi di atas....).

Bahan-Bahannya :-)
500 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan cili kisar

Bahan Tumbuk Halus :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan, dibakar

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula (lebih sedikit), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi, gaul rata dan masak hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Sesuaikan rasa dan jika kurang masin, tambah garam. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak nyonya....