Nasi Lemak Nyonya, tak lari jauh dari nasi2 lemak biasa, cuma ada sedikitttt sahaja perbezaan dalam teknik memasak, kalau nak kukus pun boleh, tapi mat tak punya banyak waktu masa memasak ni, jadi kita masak macam biasa saja laaa...
Boleh dihidangkan bersama "sambal tumis nyonya" dan "Inche Kabin", sepatutnya ada ikan goreng dan juga udang goreng assam, tapi tak sempat nak membuatnyaa....
Bahan-Bahannya :-)
4 cawan beras "Basmathi", cuci dan rendam 3 - 4 jam
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, dititik
4 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam
Bahan Sampingan :-)
Telur rebus, belah dua
Timun, kupas dan hiris
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Sambal tumis
Ikan goreng (tak letak sebab tak de)
Udang goreng assam (tak letak sebab tak de)
Cara membuatnya :-)
- Dalam rice cooker, masukkan santan cair, garam, daun pandan, bawang putih, halia dan beras tadi. Gaul rata dan masak hingga nasi kering.
- Tuang pati santan dalam nasi tadi, gaul rata dan masak lagi selama 20 - 25 minit. Hingga nasi betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chopstick. Hidangkan bersama bahan2 sampingan.....
4 Comments
Mak oii!!... nasi lemak mat Gebu buat saya lapar la..
ReplyDeletemak oiiiiiii!!
ReplyDeletejadi lapar jugakkkkk!!!!
Ai Mat....
ReplyDeleteAsik nyonyaaaa je ni... ape ke hey nyer yob! Hint hint ke apa ni? Ahaks...gurau je Mat, jangan mare!
hani...
ReplyDeleteHehehe, boleh cuba kalau ada masa terluang yeaa...
nora sakura...
Uikk...lapar pulak dahh, hehehe, hancur diet kan mcm nihh..
MamaFami...
Mama, i no comment laa, tak de apa2, saja je, kita kan half blood chinese and the other half "jawa"....hehehehe