Resipi asal dari "Florence Tan", chef nyonya yang femes tu, kuih ni sedap, tak manis, lemak2 dan harum dengan bau pandan dan ros.....Jom cuba!!!!
Bahan-Bahannya :-)
250 g biji sago, rendam 1 jam dan toskan
140 g gula halus
200 g kelapa parut, pilih kelapa yang kulit basah
1/4 camca teh garam halus
3 helai daun pandan, setiap satu disimpul
1/4 camca teh esen ros
1 camca teh pandan paste
Beberapa titik pewarna merah
Cara membuatnya :-)
- Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit, sapu sedikit minyak pada permukaan aluminium foil. Ketepikan. Panaskan juga kukus, balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas permukaan kuih nanti.
- Gaul sago bersama, gula, kelapa parut dan garam hingga rata. Kemudian bagi kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dibiarkan putih, 1 bahagian dicampur dengan pandan paste, gaul rata dan 1 bahagian lagi dicampur esen rose dan pewarna merah, gaul rata.
- Panaskan tin tadi dalam kukus selama 2 minit, masukkan sago bewarna hijau, ratakan, letak 1 simpulan daun pandan dan kukus 10 minit atas api sederhana.
- Kemudian keluarkan simpulan pandan tadi, masukkan sago bewarna merah, ratakan dan letak 1 lagi simpulan pandan yang baru, kukus 1o minit.
- Buat kaedah yang sama untuk lapisan terakhir (tanpa warna) dan kukus 10 minit lagi. Biarkan kuih betul2 sejuk baru dipotong, sapu pisau dengan sedikit minyak makan untuk mengelakkan kuih melekat semasa memotong....Selamat mencuba!!!
8 Comments
Mat, cantiknya sagu lapis tu..akak pulak mmg peminat kuih2 berasaskan sagu ni..ish xleh tahan tgk..mst sedap ni kan!! (*haa, kembang la tu org puji...) tp mmg nmpak sedap lah mat! Nanti leh try ek...senang pun senang..hehe..Mat cantik sanggul pandan atas kuih tu..hehe
ReplyDeletesalam mat.. amboi jelita ayunya kuih.. siap bersanggul lintang lg u.. cayalah.. ko buat aku jelesla mat.. kang aku terbang blk msia mlm kang.. (tp dlm mimpi jela)
ReplyDeletekak ummi...
ReplyDeletecuba jgn tak....jgn lupa jampi2 dulu ek, tapi awas jgn air liur tercampak sama dalam sago tu...ahaks
Jes...
hahaha, dlm mimpi pun jadi laa, jgn tak...hehehe
Mat
ReplyDeletesaya suka tgk gambar2 mat
cantik,...sharp .boleh tau mat guna kamera apa?model apa
email saya yerrr
ruszia@streamyx.com
Diri saya...
ReplyDeletegambar tu mat ambik guna digicam biasa saja, jenama "LUMIX".dari Panasonic...
Resipi kuih-muih style nyonya ni suka yg kalerful kann..kalau tengok kuih lapis dia..fullamak!! segala biru semua masuk...!! Tak sanggup kita nak makan...Rinn ni ada macam rasa "semacaaaaam" jer bila guna biru utk makanan..
ReplyDeleterin..
ReplyDeletehahaha....perasan mcm "nila' yang kita boh kat dalam air bilasan kain tu ek?....
SAYA KONGSI RESEPI YE......TERIMA KASIH
ReplyDelete