BEN ASHAARI

Saturday, December 31, 2011

PAI EPAL DEDAUN RINDU....ENTRI TERAKHIR 2011

rsz_dsc_1890
Assalammualaikum, hari ni hari terakhir tahun 2011, dan mat petang tadi walaupun rasa agak tak berapa nak rajin memasak, telah membuat sesuatu sebagai tanda penutup untuk tahun 2011. Terfikir juga nak buat apa, dan memandangkan ada baki epal hijau dalam 3 biji, maka mat ambik keputusan buat pai epal dedaun rindu..wahh nama bukan main, macam ter jiwang gitu. Sebab doh untuk permukaan pai tu mat guna acuan dedaun, jadi sesuai lah kan guna nama tu. Dia ibarat kita meninggalkan segala kenangan manis pada tahun 2011 dan pasti akan merinduinya. Hmm pasti ada yang menggamit perasaan anda sepanjang tahun 2011, pada mat tahun 2011, amat2 bermakna terutama dari segi perhubungan sahabat antara blogger...Syukur alhamdulillah...

rsz_dsc_1990
Nampak rumit kan membuatnya, tapi takdelah susah sangat, perihal hiasan permukaan pai epal tu, boleh buat ikut kreativiti anda, nak buat silang2 macam tikar pun boleh, atai tutup sahaja denga sekeping doh dan buat corak atasnya. Selalunya untuk pai epal, kita akan gunakan epal hijau, sebab ianya keras dan ada rasa sedikit masam. Penggunaan serbuk kayu manis sebagai pemangkin rasa. Jangan risau, rasanya sedikit pun tidak merubah rasa epal, malah memberi satu rasa istimewa dan tidak terlalu keras. Mat letak juga kismis bagi mengimbang rasa masam epal tadi. Epal digoreng dengan mentega berkualiti tinggi bagi mendapat rasa yang lebih sedap dan harum. Ok kita semak resipi mudah ini..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau, kupas buang empulur, didadu sederhana
1/2 cawan kismis
3/4 camca teh serbuk kayu manis
4 camca besar gula perang @ soft brown sugar
1/4 camca teh garam
2 camca besar penuh mentega
1 1/2 camca besar teping jagung

BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
115 gram mentega sejuk, didadu kecil
60 gram lemak sayur @ shortening, didadu
1/2 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
3 - 4 camca besar air dari peti sejuk

BAHAN LAIN :-)
1 kuning telur*
1/4 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu segar*(*disatukan, kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega, goreng epal dan kismis hingga lembut. Tambah gula perang, serbuk kayu manis dan garam. Kacau rata dan masak hingga sebati dan pekat. Tambah tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat dan sedikit kering. Gunakan api kecil dan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok, boleh sejukkan.
  2. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega dan shortening, gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan air ais sedikit dahulu, gaul dan masuk sedikit lagi hingga bancuhan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan dan tak payah letak air lagi. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik bersih dan dinginkan 20 minit.
  3. UNTUK PAI EPAL DEDAUN RINDU :- Ambil 1/2 bahagian doh, canai antara 2 lapisan plastik sehingga mendapat saiz lebih besar dari acuan (seperti dalam gambar, mat guna acuan bersaiz 6 inci). Kemudian buka plastik dan terbalikkan doh tadi ke atas acuan, kemaskan. Cucuk2 permukaannya dengan garfu. Isi dengan inti, ratakan. Lebihan baki dicanai dan terap dengan acuan bentuk dedaun secukupnya. Susun atas inti pai epal tadi, mulakan susunan dari tengah dahulu kemudian baru dibahagian luar hingga menutupi inti pai. Kemaskan (yang ini boleh ikut kreativiti anda).
  4. Sapu dengan bancuhan kuning telur, berhati2 agar ia tidak meleleh dicelah acuan, ini akan menyukarkan ianya tanggal bila masak nanti, dan kemungkinan pastri akan pecah. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong....Selamat mencuba dan Selamat Tahun Baru 2012...

KUE TEOW TOM YAM BERSANTAN..

rsz_dsc_1859
Assalammualaikum, salam Sabtu. Hmm, mat cuti masak hari ni (erkk, tapi masak juga), orang2 kat rumah semua takde, mereka ke Shah Alam menghadiri majlis perkahwinan. Jadi mat tak masak lah yang berat2. Lauk semalam pun masih berbaki. Tapi kan tiba2 satu keinginan membara datang, ala2 bernapsu serakah macam tu lah senang cerita..haha, adehh macam mengerikan jee bunyi. Releks., sebenarnya mat nak makan tom yam tu saja..bukan lah nak buat keje2 tak senonoh...amboihh molot nak kena cabai nampak. Bukak peti sejuk keluarkan lah apa yang patut. Taraaaaa...selonggok khazah2 dia, jadi mat gebu dengan rajin tak hengat meng Tom Yam lah seperti biasa. Lepas tu nampak pulak baki santan (santan kotak) dalam 2 camca besar, terus kasi masuk, tambah lemak rasa dan lemak body sama..haha. Lepas dah siap masak, pi korek lagi dalam freeer, ada pulak kue teow dalam 500 gram, mat lembutkan dalam mikrowave dan makan bersama tomyam tadi, tambah hirisan daun ketumbar dan belahan limau kasturi...Maka mat gebu pun santap lah tanpa menoleh kanan atau kiri.....eeerrrrrrkkkk...syukur alhamdulillah kenyang sudahhh....hehe.. Lepas makan cuci mata kat sini pulak...Sabar jee aku!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor udang bersaiz besar, gunting muncung dan kakinya
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
6 tangkai sweet pea, kerat dua setiap satu
5 biji cili padi merah, dititik
5 biji cili padi hijau, dititik
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 batang serai, dititik
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
1 kiub pati ayam
2 biji limau kasturi
Sedikit gula
Sos ikan secukup rasa
2 camca besar pes tom yam (mat guna jenama LIFE)
2 camca besar pati santan (guna santan kotak)

BAHAN LAIN :-)
Kue teow secukupnya
Hirisan daun kuchai
Hirisan daun ketumbar
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panas sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih serai, halia dan lengkuas hingga harum. Tmbah pes tomyam dan masak sekejap. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan cili padi hijau/merah, daun limau purut, kiub pati ayam dan daun ketumbar. Kacau rata dan biar sekejap.
  2. Masukkan trafficlight capsicum, sweet pea dan udang, masak hingga udang bertukar warna. Tambah pati santan, perasakan dengan sedikit gula, jus limau kasturi dan sos ikan (jika perlu). Masak dengan api kecil, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan secukupnya kue teow dalam bekas sesuai, tuang kuah tomyam bersama isinya, hias dengan hirisan daun kuchai, daun ketumbar dan belahan limau kasturi. Hidangkan panas..

2011 YANG PENUH BERMAKNA BAGI AKU..

Assalammualaikum...salam semua...hari ini 31 hb December 2011...Hari terakhir dalam tahun ini, dan Ahad keesokkannya muncul lah 1 Januari 2012, tahun yang dikatakan amat misteri dengan pelbagai andian dan ramalam..wallahhualam, hanya Allah yang lebih mengetahui rahsa alam ini. Tahun 2011 amat bermakna pada mat. Walaupun tahun 2010 tahun dukacita ku, namun dengan izin yang maha Esa, 2011 telah banyak merubah diri dan perasaan turut terdidik, rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada, bukan harta benda yang dapat menenangkan jiwa, tapi keikhlasan diri dalam melakukan apa jua pekerjaan halal, itu lebih bermakna...Syukur alhamdulillahh..atas limpah kurnia nikmat mu...

Tahun ini juga mat menambah kenalan dikalangan blogger...Ady Budika, Sunah Mohammad antara yang menjadi menjadi rapat...ini semua disebabkan perjumpaan blogger yang dirancang oleh Ben pada bulan March 2011 di sini.. Berblog jika betul caranya akan mengeratkan tali silaturahim. Dan syukur alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi. Selain tu, tahun 2011 juga mat menerima kunjungan blogger2 dari aliran lain, seperti blogger PML (Pinggang Mangkuk Lama), Kak Azah dan Mak Jah, blogger masakan Mamafami, Mama Zieza, Azian Iskandar dan juga blogger personal (yang ni ramai, mat tak ingat, tapi boleh cari dalam blog DTS ni).. Terima kasih atas ingatan anda semua.. Doa mat moga tahun 2012, lebih bermakna dan mematang kita dari segi berfikir, diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki, Insya Allah. Moga kita semua diberkati Allah swt....amennn.... Selamat tinggal 2011....yang penuh kenangan...hmmm..

Friday, December 30, 2011

NASI GORENG RENDANG DAGING..

rsz_dsc_1665
Salam malam semua, hooo..nasi goreng memalam hari?...habis lah diet macam ni, alooo brader, tu yang kalau makan kat restoren memalam, ada yang order nasi goreng gak kan?...Pesal boleh?. Tuu dia ayat kejam. alah biasalah si mat, pada dia takde pun kejam mana, dia orang biasa2 saja, kalau tak caya tanya mereka2 yang pernah jumpa...mat gebu tu ok kan...dalam dan luar blog sama je kan...no limit nya cakap, so kira orait lah tak hipokrit. Malam ni nak share satu resipi manyakk sinang mau buat maaa. Secara jujur, mat habis kan stok rendang yang mat bekukan. Buat masa Ady Budika datang Ahad lepas, ceritanya di sini. Berbaki tak banyak dalam 3 camca besar, jadi mat dingin bekukan. Maka hari ni aku guna lah untuk masak nasi goreng. Sedap dimakan bersama acar timun, atau acar buah. Buat dia pun senang, ringkas jee...Cuma satu lah mat tak boleh nak jamin ianya menepati selera anda..ingat ini cuma idea...jadi pandai2 lah nak oter mana yang patut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dileraikan
3 camca besar rendang daging (resipi di sini)
3 tangkai kacang panjang, hiris kecil
1/4 trafficlight capsicum, didadu
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar sos tiram
2 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Acar untuk dimakan bersama nasi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rendang dan juga sos tiram, kacau rata. Tambah kacang panjang dan traffic light capsicum dan juga garam secukup rasa. Kacau rata.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras sedikit. Kacau rata dan tambah nasi, gaul rata dan biar nasi masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama acar.

JOM NGETEH....TAPI STYLE KAMPUNG LAH.

rsz_dsc_1722
Salam petang, jomm ngeteh, tapi tak yah lah pi warung, bukan apa, bila dah duduk di warung, tujuan asal nak mengetah dah jadi "cerita kedai kopi" pulak, biasalah isu2 panas, kalau orang2 sekarang gossip di FB, di Twitter...tapi yang dedulu tuu lah kat kedai kopi, semua isu keluar, sampai isu luar negara pun terlibat sama, takpe maklumat free. Selain tu ngumpat pun ada juga, yang mana tak tau jadi tau dan yang mana kurang jelas, bertambah jelas..hmmm. Ngeteh kat rumah jelah selamat, hari ni kita makan keladi rebus sudah lah, cicah kelapa parut dan gula melaka (thanks my dear MamaFami untuk gula Melaka itu). Keladi dalam gambar tu punya lah empuk, gebu dan lemak. Tak gatal pun, sedapnya makan dengan kelapa + gula melaka. Mat ada juga buat sambal tumis ikan bilis, pun boleh kalau nak makan dengan keladi rebus, tak jadi hal punya..ikut selera masing2. Ini kalau ikut kan tak payah tulis resipi sebab senang, cuma rebus keladi sampai empuk, toskan dan panaskan kembali dalam periuk sekejap bagi kering air dan boleh hidang.... Takpe lah mat tulis serba ringkas yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 - 2 ketul isi keladi, ikut saiz, kupas, potong besar2, cuci dan toskan
Parutan kelapa putih + secubit garam = gaul rata
Gula melaka, diracik halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus ubi keladi tadi bersama sedikit garam hingga empuk dan berkanji. Toskan, masukkan kembali dalam periuk dan letak atas api kecil, keringkan keladi rebus tadi.
  2. Boleh hidangkan bersama kelapa parut bergaram dan gula melaka. Kalau nak cicah dengan sambal tumis pun boleh, takde masalah...Jemput makan semuaaa..

KARI IKAN PARI....I LIKE!!

rsz_dsc_1752
Salam, lewat masukkan entri, pagi tadi sibuk2 masak dan tak dann nak on9 sangat. Hari ni mat masak kari ikan pari. Tatau kenapa, nak sangat makan kari ikan pari, ikan lain macam tak berapa nak ngam pulak. Kenapa yea mat suka kari ikan pari?..Hmmm, entah lah, sebenarnya kari antara hidangan kegemaran, sebab ianya agak sebaguna, kuah boleh di buat pencicah roti canai, lempeng atau roti perancis. Satu lagi, kari ni, kalau kita simpan semalaman, rasa dia lagi mengacam. Anda boleh letak sayur ikut pilihan samada terung, bendi atau tomato. Tapi kalau kari ikan kita tak letak kentang, yang tu kalau kari ayam atau daging baru lah sesuai. Maaf lah yea jika mat macam sibuk cerita pasal kari, mat tau anda diluar sana lagi pakar, tapi apa nak buat dah ini blog DTS milik sementara Mat Gebu (yelah sementara hidup), jadi mat boleh tulis apa saja yang mat suka, selagi tak mengkritik hebat hasil orang lain....hmmm..

BAHAN-BAHANYA :-)
800 gram kepingan ikan pari, cuci bersih dan toskan
12 batang bendi kontot, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap sekuntum
1 biji tomato, belah 6
3 camca besar rempah kari ikan (jenama Baba's)
2 camca besar cili kisar
Air secukupnya
3/4 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang merah, hiris*
1 camca teh halba campur*
2 tangkai daun kari, dilurutkan*(*bahan tumis)

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
12 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, asam gelugor dan bunga kantan. Biar hingga ikan masak, tambah bendi dan masak sekejap. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  3. Kacau dan biar mendidih perlahan dengan api sederhana, kacau selalu. Akhir sekali masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau biarkan 1-2 jam untuk medapar rasa yang kebih mantap.

Thursday, December 29, 2011

BUBUR PULUT HITAM DENGAN LONGAN..

rsz_dsc_1546
Mengantuk sekarang ni, ingat lepas tulis entri ni mat nak tidur lah.. Hari ni Khamis bonda dan abang long berpuasa, jadi masak lewat sikit. Samping tu mat buat juga bubur pulut hitam campur dengan buah longan. Pulut hitam kebiasaannya jika kita nak buat bubur, kena rendam semalaman, ini lebih memudahkan ia kembang masa proses merebus. Dan selalunya pulut direbus hingga "pecah perut" <-- istilah orang Johor) atau kembang. Baru diletak gula secukup rasa dan santan cair. Satu lagi wajib ada pati santan yang dicampur dengan sedikit garam, kemudiannya disudukan atas bubur pulut hitam tadi sebelum dimakan. Mat rasalah kan, bubur pulut hitam yang ada campur longan ni, lebih pada pengaruh orang peranakan baba nyonya. Sebab mereka kan suka buat pembaharuan sesuatu masakan sehingga ia menjadi identiti mereka pulak. Jom lihat resipi pulak..Entri pilhan DTS kali ini ---> di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam semalaman
1 tin longan
1 helai daun pandan
Air secukupnya
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan air*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Gula secukup rasa
700 ml santan cair
300 ml pati santan*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus beras pulut hitam hingga pecah perut (kembang). Masukkan daun pandan, air gula melaka, tuang longan bersama airnya sekali dan juga santan cair. Kacau rata dan biar mendidih, guna api sederhana.
  2. Rasa dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Bubur akan pekat bila sejuk dan boleh tambah sedikit air jika perlu.
  3. Ceduk bubur tadi dalam mangkuk sesuai, sudukan pati santan tadi atasnya dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Boleh dihidangkan sejuk atau suam..

ENTRI TERLEPAS PANDANG.....HMMM.

rsz_dsc_1133
Macam mana boleh tercicir satu entri nih, hmmm...Yelah walaupun resipi2 biasa, jenis cincai, tapi ia tetap masakan yang harus mat letak dalam blog. Blog kita bukan saja untuk berkongsi dengan orang ramai, tapi berfungsi juga sebagai perpustakaan mat gebu sendiri dalam menyimpan koleksi2 yang dia pernah cuma dulu, tak kesah lah ulang tayang ke atau yang baru. Ini antara hidangan ringkas yang mat sajikan masa tetamu datang tempoh hari selain asam pedas ayam dan udang bersos plum. Yang atas tu kacang panjang mat goreng dengan kupang. Sekali imbas dah macam sambal goreng pun ada juga.

rsz_1dsc_1149
Yang ni pulak daging halia, biasa dah mat masak. Satu mat suka daging halia ni, selain mudah dan cepat, ianya ada unsur2 kesihatan, halia dan bawang putih kan elok untuk membuang angin dalam badan, jadi lepas makan ni, ada kemungkinan bom akan meletup. Mat masak dalam 500 gram daging, kalau dapat guna daging batang pinang dan hiris nipis2. Mat letak juga leek, sebagai pemanis selain ia juga memberi aroma harum dalam masakan berdaging, faham2 sajalah ada kala daging ni ada bau ke daging an tersendiri, tu pasal halia dan bawang putih kena kasi lebih sikit.. Resipi mudah ini seperti dibawah....

KACANG PANJANG RAMPAI BERKUPANG...

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 tangkai kacang panjang, cuci dan toskan, hiris serong
1 cawan isi kupang, gaul dengan sedikit kunyit dan garam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dibelah 2 dan diketuk
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah hiris
1 kiub ikan bilis
1 camca besar sos tiram
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kupang tadi sekejap, tolak ketepi kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau, tumis hingga layu. Gaul bersama2 kupang tadi. Tambah sos tiram can juga stok ikan bilis, kacau rata dan masukkan sedikit air.
  2. Tambah kacang panjang, kacau dan biar kacang lembut tapi masih rangup. Tambah garam secukup rasa, gaul dan masukkan soo hoon, kacau dan masak sekejap hingga sayur sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


DAGING HALIA....

BAHAN-BAHANNYA:-)
700 gram daging batang pinang, hiris nipis
2 1/2 inci halia muda, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, hiris
2 batang leek, kerat dan rendam
1 camca besar sos tiram
Sedikit kicap cair
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit air jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kicap cair, kacau dan tambah daging bersama leek, gaul rata dan masak hingga daging lembut.
  2. Masukkan serbuk lada hitam, bawang besar hiris dan sedikit air jika suka berkuah. Perlahankan api dan masak hingga daging betul2 empuk. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.

GULAI SIPUT SEDAP.....RIUH SEKAMPUNG!!

rsz_dsc_1267
Siput sedut...anda pandai makan?...pandai memasaknya?...Pada mat memasak siput sedut mudah cuma proses dia agak cerewet, siput perlu dicuci bersih, kerat hujungnya, cuci lagi dan toskan. Sehari sebelum dimasak, siput tadi kita tabur hampas kelapa bagi siput tu melalui proses penyucian bahan dalaman dia. Siput perlu dikerat hujungnya, dan anggarannya pula ialah 3 ruas dari atas, kerat gunakan pliers atau ragum. Kebiasaan nya siput sedut dimasak lemak bersama batang keladi, tapi ada juga yang tumis pedas dan digoreng kering macam tu. Ini terpulang dengan citarasa masing2. Ok....semak resipi..jomm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
1 keping asam gelugor
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
3/4 kunyit hidup
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput ditabur dengan hampas kelapa dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya, cuci bersih dan kerat hujung siput tadi, anggarannya 3 ruas dari bahagian atas. Cuci kembali dan tos, masukkan ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus dan serai titik. Didihkan sekejap.
  2. Sementara itu batang keladi dibuat kulit luarnya, kerat pada saiz sederhana, cuci dan celur dalam air mendidih bergaram yang diletak asam gelugor, sekejap. Angkat dan toskan.
  3. Tuang santan cair dalam periuk siput tadi, kacau rata dan didihkan. Masukkan asam gelugor dan juga batang keladi. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...

ASIAN STYLE SPAGHETTI OLIO.

rsz_dsc_1385
Salam pagi Khamis semua, dah sarapan?. Mat hari ni sarapan lewat sikit, sebab bonda berpuasa, jadi masak petang. Untuk yang tak berpuasa, makan je lauk yang ada, kasi habis. Pagi ni kita makan spaghetti olio, tapi kali ni sudah derhaka sikit, kasi asian twist dalam dia. Bila dah sebut asian tu rasa dia pun ada lah lain sikit, tapi masih asli. Masih guna minyak zaitun. Mat guna dalam 200 gram spaghetti angel hair yang belum direbus. Kalau anda nak guna spaghetti biasa pun boleh. Mat letak juga traffic light capsicum dan udang sebagai rencah dan ada hirisan bunga kantan juga dalam dia..kata asian kan, jadi tak salahlah. Tapi mat pasti, bila mat buat satu resipi macam ni, mesti ada orang2 yang pakar, teruatama chef2 bertauliah jika mereka singgah, akan befikir a bit blurr dan tah hapa2 si mat nih, eh ini bukan perasan atau saja nak cerita, mat pernah dah kena tegur dulu, tapi kita ambiklah the positive side, cuma mat nak tegas kan di sini, mat gebu bukan tukang masak profesional dan bertauliah, dan bila satu2 resipi itu berada dibawah label "FUSION", you as a well educated chef should know...rite..jadi fikir lah sendiri..tu saja..Kita semak resipi pulak...untuk yang berminat SAHAJA!...

Fillet Anchovies dalam botol yang mat guna untuk resipi ni, guna 1 - 2 ekor sudah memadai, ianya masin dan berendam dalam minyak zaitun. Selain dalam botol, ia juga terjual dalam tin kecil, boleh didapati di Mydin, Jaya Jusco dan Cold Storage..tempat2 tu saja yang mat tau ada jual, mungkin di KL ada merata tempat anda boleh cari...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus dalam air bergaram hingga lembut, toskan
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1 kuntum bunga kantan, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
2 keping fillet anchivies dalam botol, potong kecil
7 ekor udang saiz besar, buang kulit, cuci dan toskan
1 biji tomato, cincang halus
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos cili thai
Sedikit sos ikan
Hirisan cili padi untuk hiasan
Hirisan daun kucai untuk hiasan
Serbuk lada hitam jika suka
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih, hirisan bunga kantan dan tomato hingga layu. Masukkan sos cili thai, trafficlight capsicum dan anchovies tadi. Kacau rata dan tambah udang. Masak hingga capsicum lembut dan udang berubah warna.
  2. Masukkan spaghetti dan gaul rata2 hingga semua sekata. Rasa sedikit dan jika kurang masin, renjiskan sedikit sos ikan. Masak sekejap dan jika ok, boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai, cili padi dan baki bunga kantan tadi. Hidangkan.

Wednesday, December 28, 2011

BILA KAK INA KL DAN MAT GEBU BERTEMU....

Assalammualaikum, selamat malam, entri sebelum masuk tidur, mat nak letak satu entri selingan. Beberapa hari sebelum tu Kak Ina ada inbox mat di FB, perihal dia nak turun ke JB dan sambil tu nak singgah ke Sedenak. Buat pengetahuan anda semua, mat kenal Kak Ina ni lama juga walaupun tak rapat, sejak di era MyResipi lagi. Kemudian kami sama2 kolek PML (Pinggan Mangkuk Lama). Jadi walaupun tak pernah jumpa, sekurang2nya kami punya minat yang sama sebelum kenal dunia blogger personal. Kak Ina sampai kurang lebih jam 2 + petang 27 hb tu hari. Memandangkan waktu dah agak terlewat waktu santap, maka sejurus Kak Ina sampai, mat ajak dia makan dulu, kemudian baru sesi borak bermula...

Kak Ina datang 5 beranak terdiri dari anak bujang dia Firdaus (manager merangkap Body Guard Kak Ina, jgn memain okeh), lepas tu dua anak dara dia, Yana dan Ira, serta Imran model blog Kak Ina KL - "Tertunai Hasrat Di Hati" di sini. Lepas tu bermulalah sesi berborak, bercerita pasal dunia blog dan cerita masak2..tak lupa cerita teko dan pinggan2 lama, sambil makan2, minum2, gelak2 sopan santun segala. Cukup masa Kak Ina pun minta diri, kebetulan masa tu bonda semua ke Johor Baharu, tapi sempat lah juga mereka bertemu sebentar. Pada Kak Ina KL, terima kasih atas masa akak singgah ke Sedenak dan juga buah tangan tu yea. Harap ada usia kita bertemu lagi....

MANIS SUNGGUH AIR TEBU,
BILA DIMINUM HILANG DAHAGA
TERIMA KASIH DARI MAT GEBU,
UNTUK KAK INA KL SEKELUARGA...

PANTAS BERKUDA ANAK BENDAHARA,
TAPI SAYANG ORANGNYA PELUPA,
AMPON MAAF TERKASAR BICARA,
DIPANJANGKAN USIA KITA BERJUMPA...

UDANG BERSOS PLUM..

rsz_dsc_1096
Udang sudah mari, siap2 ubat gatal dulu yea. Hari ni semua masakan semalam punya, mat sibuk semalam, tak dann nak up entri macam selalu. Ok kali ni share masakan udang pulak, masakan ala2 sweet sour ni mudah disediakan dan cepat. Udang tu terpulang nak guna saiz sederhana, besar atau terbesar. Kalau nak cuba ganti dengan ketam pun rasanya tak dosa. Mat letak traffic light capsicum tapi kalau tak suka boleh abaikan yea. Boleh ganti dengan benda lain, macam kacang sweet pea, tak pun tak payah letak apa2 pun ok. Selain penggunaan plum sos, mat letak juga sos cili thai dan sos tiram, saja bagi enhance rasa kemanisan itu..wahh sepiking lagi, tapi satu perkataan je bahasa henggeris nya...Tulis resipi pulak, penat bebel, tapi mat gebu dia jenis bebel kat blog, dan kat luar blog pun dia bebel..kalau jiran dia, bebel dalam blog, kat luar tak...main angguk2 jee..erkk..

BAHAN-BAHANNYA :-)
20-25 ekor udang bersai besar (sebaya ibu jari)
1/3 traffic light capsicum (merah, hijau. kuning), didadu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
1 pokok daun ketumbar, hiris kasar
2 camca besar sos plum
2 camca besar sos cili thai
1/2 camca besar sos tiram
3 ulas bawang putih, cincang halus
2-3 camca besar air
Hirisan daun kuchai untuk hiasan
Daun salad untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang digunting muncung dan kaki. Cuci bersih dan toskan. Lap dengan paper towel, kemudian gaul dengan secubit garam dan 1/2 camca teh serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Tambah sos plum, sos cili thai dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan bawang besar dan capsicum tadi, gaul rata. Masukkan udang dan kacau. Kecilkan api dan masak hingga pekat.
  3. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Letak udang tadi dalam bekas sesuai yang dialas daun salad. Kemudian tabur hirisan daun kuchai. Hidangkan..

TRIFLE ISTIMEWA MAT GEBU LAGI.....EHEM EHEM..

rsz_dsc_1175
Salam semua, dah minum petang?...Mendung dan sekejap2 hujan kat sini. Dingin dan berangin sahaja. Entri kali ni mat letak pulak pencuci mulut. Buat semalam untuk tetamu. Kalau lihat ia biasa2 saja, kang ada pulak yang ngata, si mat tu perasan lahh kononn tu trifle istimewa lah sangat...haha, takpe lah. Aku buat jadi suka hati lah nak letak nama apa pun, esok korang buat letak lah jenama lain pulak, nak letak nama trifle timah meletop ke, semua boleh korang nya pasal situ, aku tak kesah. Trifle ni sedap dimakan sejuk dan nak lagi sedap, buat malam, esok baru makan, serius, tak caya, try buat sendiri. Rasa mat resipi ini boleh makan 10 orang, tu pun sampai licin lah..kalau jenis nak sopan2, dalam 8 orang boleh lahh. Buat dia senang, apa yang utama kena organize baru ada aturan dia dan tak mudah lupa. Ok semak resipi pulak, sama macam resipi terdahulu..Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini...Terima kasih..

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk lihat gambar langkah demi langkah anda boleh ke sini...terima kasih.

ASAM PEDAS AYAM......

rsz_dsc_1131
Salam semua, selamat tengah hari, dah makan?..Dah siap masak?. Hari ni mat masak.....erkk, nanti bagi tau lah segan. Kali ni nak share salah satu masakan yang mat hidang pada tetamu semalam. Memang lah biasa saja kan, alah asam pedas ayam semua orang boleh buat. Betul, tapi jarang juga orang di negeri lain masak asam pedas ayam. Kalau kami di Johor, biasa dah masak macam ni, siap letak nenas lagi. Satu mat suka asam pedas ayam, kuah dia tu boleh kita guna untuk cicah lempeng atau roti canai, atau nak makan dengan roti pun sesuai. Daun kesom antara bahan penting. Mat letak nenas sebagai pemangkin rasa. Kalau nak ganti bendi pun boleh, ikut suka masing2. Ok kita semak resipi...tak kesah lah ulang tayang ke hapa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
1 biji nenas madu saiz sederhana, kupas dan hiris sederhana tebal
1 genggam daun kesom
2 batang serai, dititik
2 cawan jus asam jawa
3 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3/4 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata, biar hingga ayam kecut sedikit. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan daun kesom. Bila ayam 1/2 empuk, tambah nenas dan masukkan jus asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika suka boleh tambah kiub ayam. Masak hingga ayam empuk dan nenas sedikit lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..

SELAMAT PAGI...JOM SARAPAN...

rsz_dsc_1210
Selamat pagi Rabu semua, hari ni 28 hb dah bersamaan 2 Safar 1433 Hijrah. Tiga hari saja lagi nak menjengah ke tahun baru, dan tak sampai 2 minggu lagi umur si mat gebu akan ditopup lagi..hmm maka bertambahlah usia. Bulan Januari akan memberi banyak makna pada mereka2 yang mat kenal, usia mereka turut akan bertambah termasuk abang mat yang no 2, Puan Azila, Encik Zali (suami Ayu Citarasa Rinduan), ady budika, Yatt (geng PML), anak buah mat, bonda dan mereka2 yang menyambutnya. Ok kita tinggal kan cerita tu. Pagi ni nak ajak sarapan tuna roll..wahh, bila pulak meroti?. Mat buat semalam, masa Kak Ina KL singgah kerumah, yang tu nanti mat cerita. Jadi ada baki tu boleh lah buat sarapan. Resipi macam biasa mat selalu buat dan roti ni lembut. Kalau anda nak buat cinnamon roll pun boleh guna resipi ni, cuma guna gula perang + serbuk kayu manis dan tabur kismis, sebelum tu sapu mentega cair rata2 pada permukaan doh sebelum ditabur bahan lain. Ok mat kopipes resipi dari entri terdahulu, sebab sama saja kaedahnya... :-)

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Tuesday, December 27, 2011

ASAM TUMIS BATANG KELADI DAUN SELASIH

rsz_dsc_1069
Salam semua, hari dah Selasa tak berapa hari sangat dah tahun 2011 akan ditinggalkan. Mesti banyak kenangan suka duka..hmm, tahun 2012 ni kita tatau lah kan apa yang akan berlaku, moga semuanya selamat dan dilindungi Allah swt. Entri kali ni mat nak share satu masakan orang2 kampung. Sebenarnya mat masak semalam. Batang keladi saru sayur yang sering orang melayu kita guna dalam masakan, ada tu dimasak bersama siput sedut, dimasak gulai dan masak asam macam mat buat tu. Kali ni mat letak daun selasih, selalunya guna daun kunyit, tapi tu lah pokok kunyit kat rumah ni semua tidur, tak ank keluarkan daun. Kalau anda ada daun kunyit boleh letak dan daun selasih tu tak payah lah letak. Mat guna tulang ikan kurau masin yang masih berdaging sebagai rencah dia. Ini terpulang, nak guna ikan bilis pun boleh juga. Ok, resipi mudah ini seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi sayur, buang kulit, kerat pendek dan celur sekejap bersama 1 keping asam gelugor, toskan
6 ketul tulang ikan kurau masin bedaging, rendam
1 genggam daun selasih
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
1/2 camca teh serbuk kunyit

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
7 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
Sedikit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan masak sekejap lagi. Tuang air secukupnya, masukkan tulan ikan masin kurau (toskan) dan rebus sekejap.
  2. Masukkan asam gelugor dan batang keladi tadi. Masukkan daun selasih dan sedikit gula. Rasa dulu jika perlu, baru masukkan garam, jika letak awal dikhuatiri masakan akan masin kerana tulang ikan kurau itu sendiri mengandungi garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Monday, December 26, 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE.....

rsz_dsc_0957
Petang semua....wahhh kek cekelet lahh, jahanam diet semua. Ni pun semalamnya..hari ni?...haha tengok lah kalau ada..ada lah, kalau tak de takdelah yea. Inikek coklat yang biasa mat buat. Resipi kek ni asal dari mana pun tak pasti, tapi seingat mat lah dapat dari dapur Datin Jun, lama dulu. Kek ni lembap dan rasa mat kalau nak dikukus pun boleh, cuma kena guna api sederhana, kalau api kuat kang takut jadi gunung berapi. Anda boleh tuang ganache atasnya bagi nampak lebih mengancam. Mat hias tepi dia dengan croquant, dulu mat tatau apa croquant tu, lepas tu terbaca kat satu majalah ni dia tulis, croquant bertih jagung yang dikisar..hmm, kalau majalah tu tipu, maknanya mat pun tipu lah kan. Tapi benda2 macam ni sebenarnya penyelamat selain mencantik kan penampilan kek kita. Kenapa mat kata penyelamat?..Kerana kalau kek kita masa belum hias nampak agak kurang sempurna, dan lepas hias ia akan nampak lebih berketrampilan dan menarik... Ok jomm lihat resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.

RENDANG DAGING KORBAN...

rsz_dsc_0980
Salam semua, dah makan?... kali ni nak share resipi rendang daging yang mudah. Mat sebenarnya tatau nak letak nama apa, memandangkan daging tu simpanan dari raya haji lepas, letak lah rendang daging korban. Mat buat dalam 1 kg, dan ini antara menu untuk jamu tetamu semalam. Mat masak dalam periuk tekanan, lepas tu keringkan dalam kuali. Tak ambik masa banyak sangat. Periuk tekanan ini memudahkan kerja dan jimat gas juga. Cuma apa yang penting anda kena baca arahan dia betul2 sebelum guna. Pesan bonda kalau nak buat rendang, daging potong kiub, tapi itu kalau daging pejal, yang ini daging biasa, jadi mat hiris nipis dan kata bonda lagi hirisan nipis tu sesuai untuk masak kicap. Rendang ni mat guna santan pekat dalam 1 cawan saja. Ok semak resipi....habis dah idea..kering, tatau nak merepek apa lagi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging, potong kiub (tapi mat hiris lebar2)
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 camca besar kerisik
Garam secukup rasa
2 cawan santan pekat
1 cawan pati santan
2 helai daun kunyit, hiris halus
4 helai daun limau purut
3 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari dan cili kisar, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masuk bahan kisar + rempah + cili kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair sehingga daging tenggelam. Kacau dan masukkan sedikit garam. Tutup periuk tekanan dan pasangkan pemberatnya. Bila bunyi berdesir, kecilkan api dan masak semalam 15 minit. Kemudian alih periuk ke dalam sinki dan lalukan air atas penutupnya hingga wap habis.
  3. Buka periuk dan alih kan rendang ke dalam kuali. Tambah santan pekat, kerisik, gula melaka, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau dan masak hingga kering, tambah garam secukup rasa dan hirisan daun kunyit. Gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

PIE EPAL PUFF...SESUAI SEMUA ACARA.

rsz_dsc_1026
Salam pagi Isnin, sejuk kan pagi ni. Sekarang musim hujan, tapi kawasan kampung mat ada masa hujan, dan ada masa ok, boleh lah nak jemur baju kasi kering. Pagi ni nak share satu benda mudah dan cepat dibuat. Ini mat buat semalam, tapi tak dann lah nak letak kat blog. Jadi mat share hari ni. Kalau ikut kan tak payah resipi pun ok, cuma mat tulis resipi untuk inti epal tu. Selalunya epal hijau digunakan untuk membuat inti pie epal, kerana ianya ada rasa masam2 manis dan lebih keras, tak mudah lembik. Sedikit kulit kayu manis digunakan sebagai pemangkin rasa. Selalunya epal yang didadu digoreng dengan sedikit mentega dan gula perang digunakan. Mat campur sedikit kismis dalam dia. Satu lagi perihal puff pastry, kalau nak guna keluarkan dari freezer tapi jangan tunggu sampai lembik, nanti susah nak handle. Corak atas dia terpulang pada kreativit anda. Dalam gambar tu konon2 mat buat corak fern leaf, tapi bila dah bakar nampak macam terseksa pulak, macam mangsa kena kelar...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket puff pastry jenama "KAWAN"..saiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla *(*disatukan dan pukul sedikit)
2 biji epal hujau, kupas dan dadu kecil
2 camca besar kismis
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3 - 4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Letak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Sunday, December 25, 2011

TERIMA KASIH ....ITU YANG BOLEH KU UCAPKAN.

Malam semua, assalammualaikum. Hari ni 25 hb December 2011 Masehi, bersamaan 29 Muharram 1433 Hijrah. Sekali lagi mat menerima kehadiran Blogger Ady Budika, Zamir Zanon, Sunah Mohammad, Khairul Azri (Sargen Kiroro, yang berbaju merah) dan juga Azila (teman sunah). Sebenarnya mat dah tau awal pasal kehadiran mereka, sebab ady ada jemputan majlis perkahwinan di Johor Baharu, dan terlanjur tu dia datang lah menziarah mat gebu..huhu terima kasih atas ingatan anda. Pstt Zamir Zanon tu amacam?..hansem kan, apa lagi makcik2 kantin, ada kaa anak2 dara, ehh itu budak bakal "D**** okehh (malas lah nak sebut, kang ada yang berebut2 pulak nak jadi kan si ZZ tu menantu..hahahaha), muda lagi tapi nampak matang, elok budi bahasa, sopan kan main...perghh...pakkal anak dara aku dah nak kena rembat..kalau tak boleh gak..lalalala.

Lepas kehadiran Ady dan ZZ, tak lama lepas tu Sunah, Azila dan Kiroro pun sampai. Mat siap2 kan meja makan dan majlis santapan pun bermula..perghh konon2 lah santapan, pada hal lebih pada makan dengan berborak sakan tak hengat. Masakan mudah2 saja, ada lemak cili padi ayam, udang nestum, bendi goreng ikan bilis, rendang daging.. Konon2 lepas tu petang sikit nak hi-tea, tapi tak leh sebab ady nak balik cepat. Jadi, kasi sekali jalan terus. Mat ada buat kek coklat, fresh fruit tart dan apple puff...Hmm tu saja lah yang termampu. Moga mereka semua gembira bila menjejakkan kaki ke pondok mat gebu ini.. Jika ada terkasar bahasa, terlebih gurau senda, mat minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. Ok tu saja entri terakhir malam ini, selamat malam dan salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

LEMAK CILI PADI AYAM UNTUK ADY BUDIKA...

rsz_dsc_1004
Salam semua, selamat bertemu kembali. Baru nak update blog. Hari ni mat menerima tetamu dari kalangan blogger. Yang tu nanti kita cerita. Untuk entri kali ni mat letak masak lemak cili padi ayam, sebab ada nama Ady Budika, kerana ini feberet dia....wahhh..baiknya mat gebu...cepat lah puji...haha, takde maknanya. Pada mat, masak lemak cili padi semua orang boleh buat, walaupun guna resipi sama, tapi mesti ada beza rasa. Ini kerana "air tangan" masing2..bukan air peluh yeaa...penggsannn!!. Selain masak yang ni ada lah mat buat yang lain, tapi ada tu yang dah biasa masuk ke DTS, jadi mat tak up kan sebagai entri. Masak lemak cili padi yang ni bagi yang suka pedas, anda boleh topup lagi cili padi dia, kasi berasap. Untuk mendapat rasa yang sedap, cili padi perlu yang segar, santan pun kena yang segar dan serai mesti lebih sedikit. Rasa masam pun harus "terasa" tapi bukan lah terlampau masam. Jom semak resipi....tak kesah lah dah banyak kali pun...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
6 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
3 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai titik. Masak hingga ayam kecut sedikit. Tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih. Masukkan kentang, masak hingga kentang 3/4 empuk.
  2. Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan hingga kentang empuk. Kacau selalu. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan 2-3 jam untuk mendapat rasa yang lebih sedap..

Saturday, December 24, 2011

TUMIS PEDAS TAUCO TERUNG DAN KACANG..

rsz_dsc_0831
Assalammualaikum, salam Sabtu...maaf sebab baru dapat update entri baru. Mat sibuk sikit hari ni. Insya Allah esok mat akan menerima tetamu..nak tau sapa, kita tunggu esok yea. Anda dah makan?. Apa menu ni hari?. Mat pun masak yang biasa2 saya. Tapi ada antara yang biasa tu macam kurang biasa sikit. Macam entri yang ini. Sebenarnya ini goreng tauco, tapi mat letak kacang panjang. Terung dan kacang panjang mat goreng sikit dengan minyak zaitun sampai 1/2 lembut. Lepas tu toskan dan susun dalam pinggan sesuai...hmm pinggan mat guna tu pemberian Ady Budika....walaupun ia putih, tapi mat suka guna, nampak "sesuatu". Berbalik pada resipi hari ni, kalau anda nak celur terung dan kacang tu pun ok, tapi sebab minyak zaitun ni baik untuk kesihatan, tiada salahnya guna. Kalau nak goreng dalam minyak masak biasa pun boleh. Satu lagi, resipi ni mat tabur ikan bilis yang digoreng garing sebelum kita hidangkan. Hujan2 ni makan ini lauk dengan nasi panas pun sudah cukup....sambal belacan kasi tambah, kalau nak lagi pedas..ok resipi pulak..jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung bulat saiz sederhana
6 tangkai kacang panjang
1 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
Sedikit sos ikan
1/4 camca teh gula
2 camca besar ikan bilis kecil, digoreng garing
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
6 biji cili padi
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulit, belah kepada 8 bahagian, rendam dalam air garam. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, cuci dan toskan. Panaskan 5 - 6 camca besar minyak zaitun dalam frying pan, toskan terung tadi dan lap dengan paper towel. Kemudian goreng dalam minyak zaitun hingga terung layu dan lembut. Angkat, tos dan susun dalam pinggan. Begitu juga dengan kacang panjang, goreng sekejap, toskan dan susun atas terung tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (kalau ada baki minyak zaitun, tuang sekali dalam kuali). Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho, hirisan bawang besar dan sos tiram, tumis hingga garing. Guna api kecil. Masukkan gula dan sedikit sos ikan, masak hingga terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang no 2 tadi atas teruang dan kacang. Ratakan, tabur ikan bilis goreng. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap dimakan selagi hangat, sambal belacan juga boleh dimakan bersama sebagai bahan sampingan

Friday, December 23, 2011

OMBAK RINDU - VERSI GIDONG.......



Selamat malam dan ni pertama kali sejak berblog, mat letak "lagu" dari YouTube...bukan apa, pada pendengaran mat, nyanyian Gidong ini lebih sedap, lebih menghayati dan lebih "terasa".. Ok tu saja, Assalammualaikum dan selamat beradu semua..salam sayang dari DTS-MAT GEBU...

HABIS DAH IDEA MAT GEBU....HMMMM...

rsz_dsc_0760
Hujan..sekejap berhenti, sekejap turun. Cuaca pun agak dingin, kalau berpeluh pun peluh dingin, macam nampak hantu gitu. Hari ni agak ketat, bagi tadi On9 skejepa, lepas tu tak de dah..masa penuh dengan benda2 lain nak buat. Blog pun terabai sehari ni..hmm, ntah kenapa tawar hati saja sejak2 ni. Lagi pun idea mat macam dah merudum, rasa macam perlu fikir benda lain. Lagi pun masak yang biasa2 saja. Bukan ada buat kek atau sebagainya. Siang tadi mat ada buat sambal tumis ikan bilis, rasa lama tak makan sambal tumis ikan bilis. Bila ada tu, mula lah teringin nak makan lempeng kelapa. Wahhh, ngada2nya tekak si mat gebu tu. Bercerita pasal lempeng kelapa, ianya kalau nak sedap, guna kelapa muda yang orang guna buat inti. Kalau kelapa yang tua tu tak berapa nak ok, rasa berhampas. Satu lagi parutan dia biar putih, jangan ada hitam2, nanti hasil tak berapa nak molek.

rsz_1dsc_0766
Seperti biasa, mat buat guna non-stick pan saiz 4 inci, suka lah comey2. Dapat dalam 5 keping, kalau anda buat nipis sikit, dapat 6. Mat campur double acting baking powder atau dalam bahasa melayu serbuk penaik dwi-tindakan. Tapi kalau takde guna baking powder biasa pun ok. Buatnya amat mudah. Satu lagi mat tuang sedikit minyak zaitun dalam 1/2 camca teh. Rata dan panaskan. Lepas tu boleh lah melempeng...ok tu je kot sesi merepek mat gebu ini malam...Kita semak resipi mudah ni pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan kelapa parut putih, guna kelapa yang berkulit basah
1 cawan tepung gandum
3/4 camca teh double acting baking powder (atau baking powder biasa)
1 cawan air
Garam secukup rasa
Sos atau sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali garam dan sos atau sambal tumis, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, anggaran 1/4 camca teh). Kacau hingga sebati. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci (atau ikut apa saiz yang anda ada). Tuang sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa). Lenser kan, bila panas, sendukkan adunan ke dalamnya, sederhanakan api, tutup permukaan pan tadi, bila permukaan lempeng nampak pucat, terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan pada kedua-dua bahagian. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan bersama sos kegemaran anda atau sambal tumis untuk minum sarapan atau minum petang...

Thursday, December 22, 2011

AKU MENGIDAM FRESH FRUIT TART....

rsz_dsc_0695
Malam semua, esok dah Jumaat, cepat betul kan. Ehhh ni mat nak bagi tau, esok Jumaat jangan lupa menonton TV9, jam 8 pagi, dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, kerana Novelis dan blogger Melur Jelita akan ditemuramah mengenai novel tulisan beliau yang tengah hangat di pasaran Malaysia dan menjadi buah mulut ramai peminat2 novel cinta. Serius, mat pun suka novel tu. Jadi yang mana ada kesempatan jangan lepaskan peluang yea.. Bukan nak sibuk, tapi bagi moral support pada teman2 kita...dan secara tak langsung MJ menaikkan taraf blogger yang mana dulu orang seperti kita ada yang dipandang rendah dah dianggap berblog ni membazir, buang masa dan macam2 lagi...jangan lupa OK!!. Bebalik pada entri malam ni, mat makan fresh fruit tart okehh, biasalah mat gebu ada kala dia kan "sesuatu". Kalau nak, tu jam dia buat, kalau tak nak, barang sampai nak expired pun dia tak buat2 lagi. Jadi anda jangan ikut perangai dia yang tak elok tu yea. Ok jomm kita semak resipi simple nih...

BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu, dicairkan (cooking chocolate also can lah!)
Piping jelly
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
  3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.

MI GORENG "DOBO-DOBO"....PENING EKS?

rsz_dsc_0577
Salam senja, pada yang berpuasa, selamat berbuka puasa yea, pada yang menonton drama DHIA, selamat menonton juga. Malam ni nak share resipi sarapan pagi tadi...erkk, huhu baru sempat nak letak. Pagi tadi mat goreng mi "dobo-dobo"...wahh ada yang pening pala eks, apa kejadah si mat tu mi "dobo-dobo"...hahaha, jangan tatau aku ni pala otak dah kering idea, jadi sambil goreng gasak mikir apa benda lah nak letak nama bagi nampak pelik, sebab mi goreng gaya ringkas dan kata orang goreng bodoh2 je. Terus terfikir kita kasi terbalikkan jadi "dobo2". Alah jangan marah, releks, gurau2 jee....Ok lah kita semak resipi, tapi insya Allah kalau makan anda masih ok dan tak dobo2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
2 gengga, taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
2 keping tauhu keras, dadu, goreng sekejap dan toskan
1 keping fish cake, hiris
1 kiub ikan bilis, hancurkan (optional)
1/3 cawan isi kerang (atau ikut suka nak banyak mana)
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
Sos ikan secukup rasa
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah/hijau, untuk hiasan
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masuk cili kisar dan sos tiram, kacau dan tumis hingga cili garing. Tambah fishcake dan kerang, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur dan biar hingga sedikit mengeras, kacau hancur.
  2. Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Gaul dan masukkan tauhu, kiub ikan bilis (jika guna) dan mi tadi, sederhanakan api dan gaul rata. Rasa sedikit, jika perlu tambah sos ikan secukup rasa dan jika suka mi basah, tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul rata. Matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan hijau sebelum dihidangkan. Boleh dimakan bersama hirisan timun dan cili hijau jeruk serta sos kegemaran anda..

LEMAK CILI PADI IKAN TAPAH & REBUNG JERUK

rsz_dsc_0639
Salam petang semua, hmm ada tetamu jadi nak on9 pun rasa tak bess pulak kan, ni curi2 update blog. Hari ni cuaca mendung, lepas tu agak dingin sikit. Bonda dan abang long berpuasa hari ni, mat gebu puasa juga, malam kang...hah keji kan. Jadi tadi atas permintaan dan cadangan, maka kata putus telah dibuat, dan masak lemak cili padi ikan tapah dengan rebung jeruk sebagai menu berbuka petang nanti..perghh panjang gilerrr nama masakan. Makan ruang betullah nama panjang2 nihh. Ikan Tapah ni pemberian Mak Jah, geng kolek PML dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim..haha panjang lagiii. Ikan ni pun bukan sini mari punya, tapi anak Mak Jah memancing nun di Sarawak Bumi Kenyalang...waaa..terus terbatuk2 Sunah Mohammad Kek Lapis..haha terpanjang sudah. Ok lah asyik merepek je baik tulis resipi yang 45 juta kali ulang tayang ni, tapi kan sapa kesah, ini blog guaa..betul tak?...Dahh..jomm layan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tapah, saiz sederhana
3 cawan rebung jeruk
5 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
6 biji limau kasturi, perah jusnya
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung
3/4 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tapah disiang, cuci dan perap dengan jus limau kasturi dan garam semalam 10 minit, cuci kembali, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama rebung jeruk, serai titik dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak sekejap atas api hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana hingga ikan masak. Tuang pati santan, tuang jus limau kasturi dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api kecil, dan kacau sekali kala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar 1 - 2 jam untuk mendapar rasa yang lebih mesra. Hidangkan..

Wednesday, December 21, 2011

NOVEL SULUNG KARYA "MELUR JELITA"...HEBAT!

"Benda yang kita suka, kita sayang, sampai masa akan diambil kembali. Jadi, jangan meletakkan sayang itu melebihi sayang dan cintakan Allah. Barulah kita redha dan sabar atas kehilangannya "......Petikan salah satu perenggan dalam Novel ASST (Awak Suka Saya Tak?), karya novelis dan juga blogger Puan Melur Jelita, blog beliau di sini. Novel setebal 1056 mukasurat ini penuh dengan kesah cinta suci antara Puteri Intan Zulaikha dan Hilamn Yong, ( bukan islam keturunan) yang berlandaskan nilai2 murni seorang Islam. Ianya satu novel cinta yang santai, tidak berat dan ayat2 yang digunakan juga mudah difahami, membacanya pun tidak mendatangkan stress. Satu yang menarik, dalam kehangatan cinta mereka, Rasullullah sering menjadi contoh mulia, dan ini pada mat satu cara mendidik secara tak langsung.

Mat ambil masa 4 hari untuk membacanya, itu pun hanya sebelah malam selepas jam 11. Bila anda mula hendak membaca, harus tenangkan fikiran, releks, cari tempat membaca yang anda rasa selesa. Baca bismillah dan mulakan membaca...pasti anda akan rasa "sesuatu" dan ingin meneruskannya tanpa henti. Tuu diaa, sekali2 mat gebu bagi tips, ingat tips masak2 jee kee..hahaha. Novel ini memang hangat dipasaran, dan sudah 4 kali diulang cetak (sumber dari Melur Jelita)...tahniah dari DTS-MAT GEBU. Mat rasa ini satu penghormatan pada MJ, beliau akan muncul di TV9 pada 23 hb December ini, jam 8 pagi dalam rancangan Nasi Lemak Kopi "O", berbual-bicara pasal Novel ASST ini....tahniah sekali lagi, jadi anda jangan lepas kan peluang menyaksikan MJ berbicara tentang ASST nanti. Akhir kata renungkan lah kata2 dari novel ASST - " Berusaha mendapatkan sesuatu yang halal, menjadikannya halal yang lebih bermakna. Lebih bermaruah. Lebih bernilai".....Sekian dari Mat Gebu....Assalammualaikum....

TATAU NAK KATA APA DAH...LAYANN JELAH.

rsz_dsc_0499
Assalammualaikum, salam petang semua. Dah makan?..Mat makan lewat tadi. Hari ni cuaca agak elok, jadi kasi settle semua baju2 yang dah basi, cuci balik dan jemur, alhamdulillah kering dengan elok. Pagi tadi mat masak awal, jam 8.30 pagi dah mula menguis2 apa yang patut. Yang lain pi pasar membeli bahan2 mentah, yang ni ikut suka mereka, bila hangkut balik dan mat masak saja lah, terpulang ikut apa menu yang mereka nak. Tadi ada soalan dari sorang teman FB mat, Puan Mustika, dia tanya, mat ni ada buka perniagaan makanan ke?. Jawapan nya tidak dan mat cuma kata me Chef At Home, tu saja...jadi anda pun sedia maklumlah kan. Hari ni masak paling ringkas ada asam pedas ikan Jahan, Kangkung Belacan Berkupang dan Bendi Goreng Kering dan Kerang rebus, erk yang tu tak de gambar pulak..Mat kan rasa nak share pun segan dah sebab dah selalu sangat..hmm takpel lah tulis juga, terima kasih pada yang sudi singgah dan baca...Kita lihat resipi satu persatu yea..Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini... Terima kasih..

~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

rsz_dsc_0486
Ok yang pertama mat masak asam pedas ikan jahan, atau nama biasa ikan duri, dianya akan berubah nama mengikut saiz ikan, masa kecil panggil ikan duri, saiz sederhana panggil ikan mayong dan jika besar jadi nama ikan jahan. Kalau negeri lain mungkin nama dia lain. Ikan ni masak kari pun sedap, kalau belah2 Johor ni masak asam pedas daun kesom paling digemari. Apa2 pun ikut selera masing2. Yang nak makan pun kita..betul tak. Ok resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 kepingang isi ikan jahan putih (ikan duri bersaiz besar)
1 biji nenas madu saiz sederhana, kupas dan hiris
1 cekak daun kesom
1 1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh serbuk kuyit
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan jahan dipotong dua jika besar, perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk kunyit dan cili kisar, terus memasak hingga terbit minyak, guna api kecil dan dikacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan nenas, jus asam jawa, lada hitam dan daun kesom. Tambah ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar masakan 2 - 3 jam untuk mendapat rasa yang lebih mesra.

~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

rsz_dsc_0475
Lepas tu satu lagi masakan ringkas, yang ni big boss guaa suruh wooo, kangkung belacan lagi, demand suruh letak kerang, tapi last2 kerang kensel, mat letak kupang, well, biasalah kaki melawan. Kangkung ni mat tak galakkan pada mereka2 yang ada sakit sendi, sebab ia kan sejuk. Tapi aku ni cakap je, bila nampak dah siap masak, hmm mana boleh tahan nak menerai gak kan. Ini masakan mudah, campak2 saja dahh siap, kena hidangkan panas untuk mendapat rasa yang lebih optima...perghh ayat, kan main, tu baru kangkung goreng belacan, belum benda lain lagi. Resipi seperti dibawah. Anak2 dara bole terai nanti yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak kangkung, asingkan daun dan batang, siang berasingan, cuci dan toskan
3/4 cawan isi kupang
1/2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah sos tiram dan kupang, masak sekejap. Masukkan air, kacau dan bila mendidih, masukkan batang kangkung, masak hingga 1/2 masak.
  2. Tambah daun kangkung, gaul pantas. Tambah garam secukup rasa. Kacau lagi dan bila kangkung lembut, matikan api. Rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

rsz_dsc_0470
Terakhir sekali mat share satu lagi yang mudah. Ini mat punya, tergoda nak buat sebab nampak teman blogger masak2 buat masakan ni di blog beliau di sini..terima kasih LG. Paling senang dan bendi tu cuci dulu, tos kering dan baru hiris serong pada ketebalan sederhana. Ikan bilis antara bahan penting, kalau guna udang kering, rasa dia tak sheedapp lahh. Ikan bilis digoreng garing bersama hirisan bawang, cili merah dan hijau, serta sos ikan dan kicap manis...hmm makan hangat2..aduh mak, boleh penggsannn gitu. Kita semak resipi pulak.

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 tangkai kacang bendi, cuci, toskan dan hiris serong.
1 genggam ikan bilis cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar kicap manis
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing, tolak ke tepi kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga harum. Masukkan kicap manis dan sos ikan secukup rasa. Kacau rata.
  2. Masukkan bendi hiris, kacau dan goreng hingga sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.....
~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

Tuesday, December 20, 2011

NASI GORENG KAMPUNG DI MALAM HARI..

rsz_dsc_0425
Selamat malam...Wahh memalam nasi goreng kampung...takk hengatt..adeh macam mana lah tak gebu. Opsss...ok, nak berterus terang ni, sebenarnya kan..kan..ini mat masak pagi tadi, saja lah ter gatal memasak, sebab nasi sejuk ada sikit dalam 3 cawan, jadi buat mat buat lah. Sebenarnya mat sayang kalau nasi tu nanti rosak. Nasi goreng kampung ni, mat campur dengan ikan masin tenggiri dan sedikit belacan serta cili padi kampung dalam 15 biji macam tu, tapi serius, tak pedas menyenggau pun. Eh, terus blurr, tatau apa nak tulis, apa kena lah si mat gebu tu..hmmm serius nih....Oh yea bagi yang nak melanjutkan pelajaran ke IPT cer klik sini . Sebelum mat tulis resipi kita lihat entri pilihan DTS malam ni---> di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi sejuk, dikareh (dileraikan)
1 camca besar isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
5 tangkai kacang panjang, hiris kecil
1 biji bawang besar, hiris
2 biji telur, dipukul sedikit
Sos ikan secukupnya
1 genggam ikan bilis, digoreng garing dan toskan
Hirisan daun kucai untuk hiasan


BAHAN TUMBUK HALUS :-)
15 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan masin dan tolak ketepi kuali. Masukkan bahan tumbuk halus dan tumis hingga harum, masukkan bawang besar dan masak hingga layu, gaul rata bersama ikan masin tadi.
  2. Masukkan kacang panjang dan masak sekejap. Tolak ketepu kuali dan masukkan telur, biar telur mengeras dan kacau rata. Masukkan nasi dan gaul hingga semua mesra. Masak sekejap. Tambah sedikit sos ikan jika kurang masin.
  3. Masak sekejap dan akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, gaul rata. boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun kuchai dan juga cili padi sebelum dihidangkan..