PAI EPAL DEDAUN RINDU....ENTRI TERAKHIR 2011

rsz_dsc_1890
Assalammualaikum, hari ni hari terakhir tahun 2011, dan mat petang tadi walaupun rasa agak tak berapa nak rajin memasak, telah membuat sesuatu sebagai tanda penutup untuk tahun 2011. Terfikir juga nak buat apa, dan memandangkan ada baki epal hijau dalam 3 biji, maka mat ambik keputusan buat pai epal dedaun rindu..wahh nama bukan main, macam ter jiwang gitu. Sebab doh untuk permukaan pai tu mat guna acuan dedaun, jadi sesuai lah kan guna nama tu. Dia ibarat kita meninggalkan segala kenangan manis pada tahun 2011 dan pasti akan merinduinya. Hmm pasti ada yang menggamit perasaan anda sepanjang tahun 2011, pada mat tahun 2011, amat2 bermakna terutama dari segi perhubungan sahabat antara blogger...Syukur alhamdulillah...

rsz_dsc_1990
Nampak rumit kan membuatnya, tapi takdelah susah sangat, perihal hiasan permukaan pai epal tu, boleh buat ikut kreativiti anda, nak buat silang2 macam tikar pun boleh, atai tutup sahaja denga sekeping doh dan buat corak atasnya. Selalunya untuk pai epal, kita akan gunakan epal hijau, sebab ianya keras dan ada rasa sedikit masam. Penggunaan serbuk kayu manis sebagai pemangkin rasa. Jangan risau, rasanya sedikit pun tidak merubah rasa epal, malah memberi satu rasa istimewa dan tidak terlalu keras. Mat letak juga kismis bagi mengimbang rasa masam epal tadi. Epal digoreng dengan mentega berkualiti tinggi bagi mendapat rasa yang lebih sedap dan harum. Ok kita semak resipi mudah ini..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau, kupas buang empulur, didadu sederhana
1/2 cawan kismis
3/4 camca teh serbuk kayu manis
4 camca besar gula perang @ soft brown sugar
1/4 camca teh garam
2 camca besar penuh mentega
1 1/2 camca besar teping jagung

BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
115 gram mentega sejuk, didadu kecil
60 gram lemak sayur @ shortening, didadu
1/2 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
3 - 4 camca besar air dari peti sejuk

BAHAN LAIN :-)
1 kuning telur*
1/4 camca teh esen vanilla*
1 camca besar susu segar*(*disatukan, kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega, goreng epal dan kismis hingga lembut. Tambah gula perang, serbuk kayu manis dan garam. Kacau rata dan masak hingga sebati dan pekat. Tambah tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat dan sedikit kering. Gunakan api kecil dan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok, boleh sejukkan.
  2. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega dan shortening, gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan air ais sedikit dahulu, gaul dan masuk sedikit lagi hingga bancuhan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan dan tak payah letak air lagi. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik bersih dan dinginkan 20 minit.
  3. UNTUK PAI EPAL DEDAUN RINDU :- Ambil 1/2 bahagian doh, canai antara 2 lapisan plastik sehingga mendapat saiz lebih besar dari acuan (seperti dalam gambar, mat guna acuan bersaiz 6 inci). Kemudian buka plastik dan terbalikkan doh tadi ke atas acuan, kemaskan. Cucuk2 permukaannya dengan garfu. Isi dengan inti, ratakan. Lebihan baki dicanai dan terap dengan acuan bentuk dedaun secukupnya. Susun atas inti pai epal tadi, mulakan susunan dari tengah dahulu kemudian baru dibahagian luar hingga menutupi inti pai. Kemaskan (yang ini boleh ikut kreativiti anda).
  4. Sapu dengan bancuhan kuning telur, berhati2 agar ia tidak meleleh dicelah acuan, ini akan menyukarkan ianya tanggal bila masak nanti, dan kemungkinan pastri akan pecah. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dipotong....Selamat mencuba dan Selamat Tahun Baru 2012...

Post a Comment

4 Comments

  1. selamat myambut tahun 2012 cik mat..

    ReplyDelete
  2. wow bro nampak sedap ngat ni, mesti lembut ni sbb nmpk basah, haha..

    SELAMAT TAHUN BARU BRO MAT

    ReplyDelete
  3. Salam Mat,

    Pai epal tu sedap sangat...
    tapi tak pandai nak buat pastrinya

    selamat tahun baru 2012...

    ReplyDelete
  4. Salam. Cikwan dah cuba..thanks. sedap sangat! =)


    http://dapurcikwan.blogspot.com/2012/05/apple-pie-pai-epal.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.