NOVEL SULUNG KARYA "MELUR JELITA"...HEBAT!

"Benda yang kita suka, kita sayang, sampai masa akan diambil kembali. Jadi, jangan meletakkan sayang itu melebihi sayang dan cintakan Allah. Barulah kita redha dan sabar atas kehilangannya "......Petikan salah satu perenggan dalam Novel ASST (Awak Suka Saya Tak?), karya novelis dan juga blogger Puan Melur Jelita, blog beliau di sini. Novel setebal 1056 mukasurat ini penuh dengan kesah cinta suci antara Puteri Intan Zulaikha dan Hilamn Yong, ( bukan islam keturunan) yang berlandaskan nilai2 murni seorang Islam. Ianya satu novel cinta yang santai, tidak berat dan ayat2 yang digunakan juga mudah difahami, membacanya pun tidak mendatangkan stress. Satu yang menarik, dalam kehangatan cinta mereka, Rasullullah sering menjadi contoh mulia, dan ini pada mat satu cara mendidik secara tak langsung.

Mat ambil masa 4 hari untuk membacanya, itu pun hanya sebelah malam selepas jam 11. Bila anda mula hendak membaca, harus tenangkan fikiran, releks, cari tempat membaca yang anda rasa selesa. Baca bismillah dan mulakan membaca...pasti anda akan rasa "sesuatu" dan ingin meneruskannya tanpa henti. Tuu diaa, sekali2 mat gebu bagi tips, ingat tips masak2 jee kee..hahaha. Novel ini memang hangat dipasaran, dan sudah 4 kali diulang cetak (sumber dari Melur Jelita)...tahniah dari DTS-MAT GEBU. Mat rasa ini satu penghormatan pada MJ, beliau akan muncul di TV9 pada 23 hb December ini, jam 8 pagi dalam rancangan Nasi Lemak Kopi "O", berbual-bicara pasal Novel ASST ini....tahniah sekali lagi, jadi anda jangan lepas kan peluang menyaksikan MJ berbicara tentang ASST nanti. Akhir kata renungkan lah kata2 dari novel ASST - " Berusaha mendapatkan sesuatu yang halal, menjadikannya halal yang lebih bermakna. Lebih bermaruah. Lebih bernilai".....Sekian dari Mat Gebu....Assalammualaikum....

Post a Comment

19 Comments

  1. shari bce

    mmg lnguh nk pgg bku


    tp xsie2 bce

    ReplyDelete
  2. teringin nak baca..nak kena beli ni... :)

    ReplyDelete
  3. rugi sape tak beli...
    bacalah! sampai ke noktah akhir sentiasa mendebarkan tp penuh kasih dan sayang :)

    ReplyDelete
  4. novel ni memang best sangat..
    pcm pun baca. wahhhhhh...

    heeee~

    ReplyDelete
  5. dah beli n dah baca dah pun...karya kak laili memang terbaik la

    ReplyDelete
  6. nnt ako nk try cari la novel ni.. thanks mat kasi info ;)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum DTS...mama rasa mmcm nak beli la...jom esok pi cari buku tu...:)

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Mat,
    alhamdulillah...terimakasih kerana sudi menulis mengenai ASST lagi.

    DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL

    ReplyDelete
  9. belum ada masa carik buku ni. byk di sebut2 teringin nak baca..

    ReplyDelete
  10. saya pun dah baca. memang best.... amik masa 3 hari nak abiskan. bila dah start susah betul nak berenti...

    ReplyDelete
  11. di sana sini orang bercakap tentang novel ni kan ;))

    ReplyDelete
  12. Salam CMG,

    Best betul review CMG, santai & rileks sekali. ;-)

    ReplyDelete
  13. Sy dah beli novel ni...
    Tp belum ada kesempatan nak baca...

    ReplyDelete
  14. dah ramai komen kata novel ni best..jadi nak pergi cari laa novel ni..terima kasih untuk info novel ni yer..;-)

    ReplyDelete
  15. yup,soooooooooo true,novel ni sgt best, sy dh ulang baca bayk2 kali tapi still rasa xpuas2 lagi nak baca, novel yang paling best yang penah saya baca, dan saya suka ayat2 kat dalam novel ni, sgt ilmiah=))

    keep it up kt melur yang jelita:-)

    ReplyDelete
  16. X sangka la cik mat ni romantik gak owgnya..kna cri gak novel ni.

    ReplyDelete
  17. X sangka la cik mat ni romantik gak owgnya..kna cri gak novel ni.

    ReplyDelete
  18. wah xsngka cik mat kt nie layan novel..hmm..cik mat nie romantik la gak kan..hehehe...

    ReplyDelete
  19. ha a la,,, tak sangka MG pun minat baca novel juga...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.