Siput sedut...anda pandai makan?...pandai memasaknya?...Pada mat memasak siput sedut mudah cuma proses dia agak cerewet, siput perlu dicuci bersih, kerat hujungnya, cuci lagi dan toskan. Sehari sebelum dimasak, siput tadi kita tabur hampas kelapa bagi siput tu melalui proses penyucian bahan dalaman dia. Siput perlu dikerat hujungnya, dan anggarannya pula ialah 3 ruas dari atas, kerat gunakan pliers atau ragum. Kebiasaan nya siput sedut dimasak lemak bersama batang keladi, tapi ada juga yang tumis pedas dan digoreng kering macam tu. Ini terpulang dengan citarasa masing2. Ok....semak resipi..jomm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
1 keping asam gelugor
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
3/4 kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
1 keping asam gelugor
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
3/4 kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
- Siput ditabur dengan hampas kelapa dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya, cuci bersih dan kerat hujung siput tadi, anggarannya 3 ruas dari bahagian atas. Cuci kembali dan tos, masukkan ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus dan serai titik. Didihkan sekejap.
- Sementara itu batang keladi dibuat kulit luarnya, kerat pada saiz sederhana, cuci dan celur dalam air mendidih bergaram yang diletak asam gelugor, sekejap. Angkat dan toskan.
- Tuang santan cair dalam periuk siput tadi, kacau rata dan didihkan. Masukkan asam gelugor dan juga batang keladi. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...
12 Comments
baru sebut semalam batang keladi sedap klu ada siput sedut... waaaaaaaaa
ReplyDeletehari isnin lepas baru makan mak mertua masak lemak mcm nilah.. siap ltk batang kadi...
ReplyDeletekalau saya, saya masak lemak cili api dgn keledek...bagi kuah tu pekat...yummiiiieee.....
ReplyDeleteSedap lauk ni...Mula-mula belajaq makan memang payah nak sedut.
ReplyDeleteAlaaa Mat, klu masak tu kena letak asam keping eh? huhuhu ptut le aku punya x seriuh ko punya..
ReplyDeletennti aku letak asam la plk...
mak aiii sedapnya... nak buat malas... ada sesiapa nk bg sikit tak... hehhe
ReplyDeleteSedapnya..dah lama tak pekena...
ReplyDeletelast monday baru buat..sy campur pisang 40 hari..hehe
ReplyDeletesedapnye kalau dpt makan sup di kala ujan kesejukan ....nyum nyuum
ReplyDeletexpenah try lagi siput sedut..nmpak cm sedap..huwaaa.
ReplyDeleteSalam che mat, anak murid nak tumpang tanya.. hampas kelapa tu utk apa ye? Mmg kena biarkan semalaman?
ReplyDeleteresepi sedap..sayang tak pandai sedut..heheh
ReplyDelete