Salam pagi Isnin, sejuk kan pagi ni. Sekarang musim hujan, tapi kawasan kampung mat ada masa hujan, dan ada masa ok, boleh lah nak jemur baju kasi kering. Pagi ni nak share satu benda mudah dan cepat dibuat. Ini mat buat semalam, tapi tak dann lah nak letak kat blog. Jadi mat share hari ni. Kalau ikut kan tak payah resipi pun ok, cuma mat tulis resipi untuk inti epal tu. Selalunya epal hijau digunakan untuk membuat inti pie epal, kerana ianya ada rasa masam2 manis dan lebih keras, tak mudah lembik. Sedikit kulit kayu manis digunakan sebagai pemangkin rasa. Selalunya epal yang didadu digoreng dengan sedikit mentega dan gula perang digunakan. Mat campur sedikit kismis dalam dia. Satu lagi perihal puff pastry, kalau nak guna keluarkan dari freezer tapi jangan tunggu sampai lembik, nanti susah nak handle. Corak atas dia terpulang pada kreativit anda. Dalam gambar tu konon2 mat buat corak fern leaf, tapi bila dah bakar nampak macam terseksa pulak, macam mangsa kena kelar...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket puff pastry jenama "KAWAN"..saiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla *(*disatukan dan pukul sedikit)
2 biji epal hujau, kupas dan dadu kecil
2 camca besar kismis
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3 - 4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan.
- Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Letak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.
3 Comments
sedap~ :)
ReplyDeleteCMNE ERK NAK WAT X BAGI TERBUKA PUFF TU
ReplyDeletekbetulan baru bli pastry puff ni..insyaallah nk try.nmpk yummy la cik mat!
ReplyDelete