LEMAK CILI PADI AYAM UNTUK ADY BUDIKA...

rsz_dsc_1004
Salam semua, selamat bertemu kembali. Baru nak update blog. Hari ni mat menerima tetamu dari kalangan blogger. Yang tu nanti kita cerita. Untuk entri kali ni mat letak masak lemak cili padi ayam, sebab ada nama Ady Budika, kerana ini feberet dia....wahhh..baiknya mat gebu...cepat lah puji...haha, takde maknanya. Pada mat, masak lemak cili padi semua orang boleh buat, walaupun guna resipi sama, tapi mesti ada beza rasa. Ini kerana "air tangan" masing2..bukan air peluh yeaa...penggsannn!!. Selain masak yang ni ada lah mat buat yang lain, tapi ada tu yang dah biasa masuk ke DTS, jadi mat tak up kan sebagai entri. Masak lemak cili padi yang ni bagi yang suka pedas, anda boleh topup lagi cili padi dia, kasi berasap. Untuk mendapat rasa yang sedap, cili padi perlu yang segar, santan pun kena yang segar dan serai mesti lebih sedikit. Rasa masam pun harus "terasa" tapi bukan lah terlampau masam. Jom semak resipi....tak kesah lah dah banyak kali pun...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
6 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
3 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan serai titik. Masak hingga ayam kecut sedikit. Tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih. Masukkan kentang, masak hingga kentang 3/4 empuk.
  2. Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan hingga kentang empuk. Kacau selalu. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan 2-3 jam untuk mendapat rasa yang lebih sedap..

Post a Comment

5 Comments

  1. errrrrrrrrrrrrr... terharunya siap ada nama aku T.T ingatkan ko nak letak masak lemak sili padi si ruam..errr

    ReplyDelete
  2. @ ady budika - caitt..apa ruam pulak..dah ok leerr..

    ReplyDelete
  3. Hahaha...tp aku suke mangkuk tu la..ada gambo ayam jantan!...

    Ayam jantan Ady Budika masak lemak cili api..hahahaaaaa

    ReplyDelete
  4. Lauk feberet jugak nih. Tengah dok skodeng2 resipi pcm. :P

    Selamat berpuasa pcm. :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.