BLACKPEPPER MUSHROOM QUICHE

Blackpepper Mushroom Quiche
Assalammualaikuam semua, salam petang Jumaat yang mulia. Sekarang ni petang je langit dah mendung, masa mat update ni, cuaca gelap, dengan hujan serta angin..nasib baik tak de kilat. Hari ni perasaan dah ok sikit, kurang stress dan rasa lebih tenang, syukur alhamdulillah. Kes Saji hmm masih belum ok, selagi sticky mode berada diatas, maksud nya masih belum selesai. Kita tinggalkan dulu cerita tak bermoral tu, berbalik pada menu hari ni, mat dah plan nak buat 2 hari lepas tapi rasa tak mood sangat2, jadi tangguh sampai mood ok, baru buat. Pada pendapat mat lah, memasak ni pun perlu kesungguhan, kalau rasa macam tak berapa nak ok, baik kita jangan buat, takut kejadiannya kurang sempurna, masa tu lagi rasa menyampah.

Blackpepper Mushroom Quiche
Blackpepper mushroom quiche buat dia senang dan rasa dia sedap, tak muak dan rasa cendawan butang segar tu saling tak tumpah macam daging ayam, serius waa cakap nih. Kalau ada sesiapa ingin membuat dan bila ada lebihan pastry, jangan buang, bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk, nak lagi lama, bekukan. Bila2 masa lain boleh digunakan untuk resipi lain pula. Lagi satu kalau makan quiche macam ni, elok sangat2 lah diminum bersama teh o lemon panas, hmm memang ngam sungguh...ala2 cleansing lepas makan benda2 berat....ok resipi dibawah yea.

BAHAN-BAHAN PASTRY :-)
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu kecil
1 camca besar gula aising
Secubit garam
Satu biji telur, dipukul sedikit

BAHAN INTI CENDAWAN :-)
15 kuntum cendawan butang segar, hiris sederhana nipis
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, didadu
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu sejat "IDEAL"
1/2 camca teh lada hitam yang baru ditumbuk
1 camca besar mentega
1/4 camca teh gula
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
1 biji telur saiz "A"
1/4 cawan susu sejat "IDEAL"
1 pokok daun bawang, hiris halus
Secubit garam
Sedikit lagi lada hitam untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT PASTY :- Masukkan mentega sejuk dalam tepung gandum bersama gula aising dan secubit garam. Gaul ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan2 teksture serbuk roti. Tuang bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Jangan risau jika telur tida habis digunakan.
  2. UNTUK INTI CENDAWAN :- Panaskan mentega dalam kuali, gunakan api sederhana. Tumis bawang putih, bawang besar dan bay leaf hingga harum, masukkan cendawan, masak sekejap dan tuang susu cair. Tambah lada hitam, gula dan sedikit garam. Kecilkan api dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti tadi.
  3. UNTUK BLACKPEPPER MUSHROOM QUICHE :- Keluarkan doh dari peti sejuk, canai doh tadi antara 2 keping plastik sehingga mendapat saiz yang sesuai dengan bekas tat yang disedikan. Alihkan doh tadi secara berhati2 atas bekas, kemaskan dan tanggalkan plastik. potong lebihan pastry dan simpan untuk kegunaan kemudian. Cucuk2 permukaan pastry dengan garfu, tutup dengan aluminium foil dan letak kan benda berat atasnya (mat letak kacang soya). Blind-bake selama 2o minit pada suhu 180C. Kemudian keluakan dari oven, alih aluminum dan kekacang, sambung membakar lagi untul 10 minit lagi. Kemudian, isikan inti, tabur dengan hirisan daun bawang. Pukul telur + telur baki buat pastry tadi bersama susu dan secubit garam, kacau rata dan tuang dalam kulit quiche dan tabur lada hitam tadi. Sambung membakar untuk 20 minit lagi pada suhu 180C, atau kekuningan....Selamat mencuba!!

Post a Comment

24 Comments

  1. abg mat yg kat ats tu buh sos mustard ke ape..nyum2 mcm ala 2 kuah steak je..tapi xreti la nk wat kulit pastri tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya, terasa lapar lah tengok quiche ni

    ReplyDelete
  3. salam mat,
    nampak macam sedap.. tapi x pernah akan.. maca tak boleh masuk jer dengan pastri... macamana rasanya.. ada macam karipap atau lebih lazat?

    ReplyDelete
  4. salam qaseh...
    yang tu sos thousand island je, mustard dah habis stok..hehe..

    salam mamasyaza...
    Bila2 ada masa boleh lah menerai yeaa..

    salam cikgu isza...
    Hmm sedap cikgu, kulit dia tu ala2 kulit kuih tat cuma tak delah serapuh tu. Saya minum dengan hot lemon tea sebagai mengimbangkan rasa lemak quiche...

    ReplyDelete
  5. salam CMG..

    sedappppnye... nak wat gak ar...
    terliur dah ni makanan ni.. sbb nampak cendawan tu...

    maakkkk... laparrrr arr.. :D

    ReplyDelete
  6. salam cik mat.. wahhh sedap ni.. my fave..

    ReplyDelete
  7. salam jass...
    Buat jgn tak buat...nanti bagi feedback yea..

    salam kak fitty...
    Panjang umur akak, masa saya tgh siap2 kan prop tadi, masa susun set twin roses, terus ingat twin roses kak fitty nya feberet...

    ReplyDelete
  8. Slm Mat...kite follow blog mat ye...sedappnyer nmpk,tergoda tgk!!..aha..ha

    ReplyDelete
  9. Cik Mat ni mcm dpt baca fikiran saya je...dr pg td saya berangan nk cari resepi pastry ni sbb nk buat ...thanks ya Cik Mat...sedap betul kelihatannya.

    ReplyDelete
  10. Salam Jumaat Cik Mat..adui sdapnya!memang akan ku cuba buat makanan istimewa ni..hehehehe.syoknya Ciik Mat dah cool...yess!!

    ReplyDelete
  11. This looks so inspiring, good to know you are back to your cheerful self :) insyallah will try this soon . Thank you so much for sharing

    ReplyDelete
  12. memang lazat la resepi ni.. tgk gmba je da tahu..presentation mat memang hebat! nyam..nyam.. makan petang2 quiche ni memang menyelerakan..

    ReplyDelete
  13. oh ye ke Cik Mat.. patutlah saya terpanggil nak gi melawat rumah Cik Mat ni.. hehehehe.. quiche ni fave saya.. kalau letak cheese dgn spinach or asparagus pun sodap buat minum ptg or supper.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. Salam Che Mat,
    Uwaa arini makan mcm omputih ya....nak sepotong...boleh cuba ni...ada mushroom tu yg sodap...

    ReplyDelete
  15. adoiiiii lapoo lapooo... sepotong mat! air lemon tea skali yer!

    ReplyDelete
  16. salam cik mat,

    sedapnye nampak...terliur tengok, ++saya memang peminat cendawan..hihi..perut terus terasa lapar..

    ReplyDelete
  17. aduh mat!!! mcm dh penuh air liur dlm mulut akak ni bila tengok quiche awak!! akak mmg suka cendawan butang pulak tu!

    ReplyDelete
  18. Salaams Cik Mat,sedapnya Quiche tu. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  19. Salam Cik Mat,
    sodap nyer blackpaper mushroom quiche tu..kalo dekat mesti dah bawak pingan kosong mintak satu.. huhuhhu... sesalu gak follow blok cik mat nie sebab hari-hari nampak cik mat kat blog kak Min salam2benua.. hihihi.. thankz for sharing...tumpang tgk jadi la kan.. nak masak takut experiment gagal pulak.. huhuhu.. lagi pon tak ader oven semua.. maklumlah student kang guna oven kat lab lagi la payoh.. sebab oven tu bukan untuk masak punya.

    ReplyDelete
  20. salam ida...
    Terima kasih sudi singgah dan follow blog saya...hmm masakan biasa2 saja..

    salam miss mirror...
    Ye kee...elok lah tu, nanti boleh mencuba yeaa...harap2 ok lah dgn resipi pastry yg ni..

    salam siti indrawati...
    Hahaha, saya ok je, cuma ada kala tu nyampah gailaa..

    salam redha...
    Terima kasih sudi singgah, ok kalau dah mencuba nanti bagi feedback yea..

    salam aibaks...
    Erkk, jgn puji lebey2...segan..hehe, alah biasa2 jee tak de mana yg istimewa sangat pasal pic tu..tapi saya suka..

    salam kak fitty...
    Yeaa memang betul kak, saya pernah buat dulu2 (masa belum ada blog) quiche yg letak asparagus..memang sedap..kagum dgn koleksi twin roses kak fitty tu...gojes sangat2.

    salam kak yatie...
    Hehehe, akak kat sana lgi senang kot nak dpt fres mushroom, kalau guna cendawan pun sedap agaknya kan.

    salam hana...
    Hahaha, weyy aku tgk balik pic ni kan jadi lapo leer..malas lah macam ni..koo buat lepas tu bagi aku..amacam.

    salam alias..,
    Yeaa betul kena pulak dengan teh lemon panas..hmm sedappp..

    salam yusparisa...
    Ada juga yg tak suka cendawan kan, tapi kalau yg fresh ni rasa dia macam daging ayam...

    salam ain...
    Kak, kita sama lah, saya kalau pi tesco ke jj ke mmg tak miss fresh button mushroom..geram kan dgn kemontokkannya..

    salam jamelah...
    Terima kasih puan sudi singgah..hmm saya nak kata sedap pun segan, tapi kan mmg sedap..hehe.

    salam taufik...
    Terima kasih sudi singgah, tau tak blog salam 2 benua tu, tempat yang amat seronok bagi saya, suka baca tulisan LG tu, kalau tak singgah sehari dok ingat2..biasa lah i dgn dia kan sama keturunan..."JAWA" gitu..hehe

    ReplyDelete
  21. Salam mat. izinkan saya mencuba resipi cik mat ye. semoga Allah membalas segala usaha dan kebaikan cik mat untuk berkongsi resipi.

    ReplyDelete
  22. Salam Che Mat, akak suka follow blog Cik Mat. Resipi2 Cik Mat semuanya nampak sedap dan kreatif. Ada yg dah d cuba, memang sedap. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi ,budi baik Che Mat hanya Allah s.w.t. yg dpt membalasnya.

    ReplyDelete
  23. Salam Che Mat, akak suka follow blog Cik Mat. Resipi2 Cik Mat semuanya nampak sedap dan kreatif. Ada yg dah d cuba, memang sedap. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi ,budi baik Che Mat hanya Allah s.w.t. yg dpt membalasnya.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Che Mat...mintak halal ye segala resepi Che Mat. Semua yg saya cuba, Alhamdulillah menjadi dan paling penting sedap. Moga ilmu yg Che Mat kongsi jadi bekalan di akhirat InsyaAllah ��

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.