Blackpepper Mushroom Quiche
Assalammualaikuam semua, salam petang Jumaat yang mulia. Sekarang ni petang je langit dah mendung, masa mat update ni, cuaca gelap, dengan hujan serta angin..nasib baik tak de kilat. Hari ni perasaan dah ok sikit, kurang stress dan rasa lebih tenang, syukur alhamdulillah. Kes Saji hmm masih belum ok, selagi sticky mode berada diatas, maksud nya masih belum selesai. Kita tinggalkan dulu cerita tak bermoral tu, berbalik pada menu hari ni, mat dah plan nak buat 2 hari lepas tapi rasa tak mood sangat2, jadi tangguh sampai mood ok, baru buat. Pada pendapat mat lah, memasak ni pun perlu kesungguhan, kalau rasa macam tak berapa nak ok, baik kita jangan buat, takut kejadiannya kurang sempurna, masa tu lagi rasa menyampah.

Blackpepper Mushroom Quiche
Blackpepper mushroom quiche buat dia senang dan rasa dia sedap, tak muak dan rasa cendawan butang segar tu saling tak tumpah macam daging ayam, serius waa cakap nih. Kalau ada sesiapa ingin membuat dan bila ada lebihan pastry, jangan buang, bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk, nak lagi lama, bekukan. Bila2 masa lain boleh digunakan untuk resipi lain pula. Lagi satu kalau makan quiche macam ni, elok sangat2 lah diminum bersama teh o lemon panas, hmm memang ngam sungguh...ala2 cleansing lepas makan benda2 berat....ok resipi dibawah yea.

BAHAN-BAHAN PASTRY :-)
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu kecil
1 camca besar gula aising
Secubit garam
Satu biji telur, dipukul sedikit

BAHAN INTI CENDAWAN :-)
15 kuntum cendawan butang segar, hiris sederhana nipis
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, didadu
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu sejat "IDEAL"
1/2 camca teh lada hitam yang baru ditumbuk
1 camca besar mentega
1/4 camca teh gula
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
1 biji telur saiz "A"
1/4 cawan susu sejat "IDEAL"
1 pokok daun bawang, hiris halus
Secubit garam
Sedikit lagi lada hitam untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT PASTY :- Masukkan mentega sejuk dalam tepung gandum bersama gula aising dan secubit garam. Gaul ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan2 teksture serbuk roti. Tuang bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Jangan risau jika telur tida habis digunakan.
  2. UNTUK INTI CENDAWAN :- Panaskan mentega dalam kuali, gunakan api sederhana. Tumis bawang putih, bawang besar dan bay leaf hingga harum, masukkan cendawan, masak sekejap dan tuang susu cair. Tambah lada hitam, gula dan sedikit garam. Kecilkan api dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti tadi.
  3. UNTUK BLACKPEPPER MUSHROOM QUICHE :- Keluarkan doh dari peti sejuk, canai doh tadi antara 2 keping plastik sehingga mendapat saiz yang sesuai dengan bekas tat yang disedikan. Alihkan doh tadi secara berhati2 atas bekas, kemaskan dan tanggalkan plastik. potong lebihan pastry dan simpan untuk kegunaan kemudian. Cucuk2 permukaan pastry dengan garfu, tutup dengan aluminium foil dan letak kan benda berat atasnya (mat letak kacang soya). Blind-bake selama 2o minit pada suhu 180C. Kemudian keluakan dari oven, alih aluminum dan kekacang, sambung membakar lagi untul 10 minit lagi. Kemudian, isikan inti, tabur dengan hirisan daun bawang. Pukul telur + telur baki buat pastry tadi bersama susu dan secubit garam, kacau rata dan tuang dalam kulit quiche dan tabur lada hitam tadi. Sambung membakar untuk 20 minit lagi pada suhu 180C, atau kekuningan....Selamat mencuba!!