BUN KOSONG & KARI IKAN.

Bun Kosong & Kari Ikan
Salam Sabtu semua, selamat malam..apa khabar.. Hari ni lewat sikit masukkan N3, bukan apa, selain ada hal2 yang perlu dibereskan, mat juga menerima kunjungan tetamu petang tadi, sedara terdekat sebelah abah. Adat kita orang2 melayu, tetamu harus dimuliakan. Lepas mereka beredar mat pun mulakan lah projek membuat bun kosong. Ini atas permintaan abah mat. Bun kosong memang kegemaran beliau, sedap dimakan bersama kuah kari, sambal tumis, jem atau gula "durian". Kalau kuah durian yang untuk serawa tu pun sedap dimakan dengan roti kosong. Nyamanann kann!!

Bun Kosong & Kari Ikan
Pagi tadi mat masak kari ringkas ikan tenggiri, ada lah dalam 5 keping saiz sederhana. Jadi berbaki lah dalam3 keping macam tu, alah kepingan kecik jee, tu yang mat letak sebagai pencicah roti. Kali ni mat rasa tak payah kot letak resipi, sebab ini semua resipi ulang tayang yang pernah mat buat dulu, tapi memang betul2 yeaa mat masak, bukan CURI dari mana2, lepas tu oter sikit, kata aku yang buat....ala2 "MAJALAH SAJI" tuuu.... Kalau kita buat apa2 sekali pun selain ikhlas, jujur juga amat penting..Minta2 cepat lah isu ni selesai, mat sendiri macam nak muntah asyik call ke meja editor SAJI ...erkkk i don likeeee!!!.... Oklahh, mat letak lah juga resipi bun sebagai rujukan..

BAHAN-BAHAN DOH :-)
200 g tepung roti
100 g tepung gandum
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra)

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap. Tambah 2 camca besar air dari 50 ml "xtra" tadi jika menggunakan Bread Maker.
  2. UNTUK BUN KOSONG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan dok kepada 10 bahagian sama besar, rehatkan 5 minit. Ambil satu bahagian doh dan bulat2kan, susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Susun jauh2 sikit, untuk ruang bun mengembang. Buat hingga siap. Biar naik selama 45 minit. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama20 - 25 minit atas kuning keemasan. Keluarkan bun dan jika suka boleh sapu sedikit mentaga semasa bun panas. Sejukkan atas jaringan. Boleh dihidangkan bersama kari ikan...Untuk resipi kari ikan, boleh rujuk di sini...

Post a Comment

5 Comments

  1. slm mat...kite pun suka mkn roti cara gini..cicah kuah kari mmg marvelous gitu..aha ha..

    ReplyDelete
  2. salam cik mat.. Penuh kenangan sungguh roti mcm gini, plus pingan nyer sekali.. kalo dok umah mesti dapat makan nyer.. lawa koleksi pingan cik mat.. mana boleh carik satu?.. dulo2 mase budak2 pernah pecahkan pingan mcm gini.. kalo dapat ganti baik pingan ibuku itu mesti dia hepi.. hihihi

    ReplyDelete
  3. salam en.mat..pertama kali akak kemari..selalu baca n3 lain..tengok resepi..mesti kata..ambil dari rumah en.mat gebu..katanya..alhamdulillah..akak dah ketemu rumahnya..dan izinkan..untuk mencuba resepi2 disini..bila ada yang akak minat ye...

    ReplyDelete
  4. rotiiiiii...buatt sendiri mesti...best kannn....nak cuba ...tapii tgh tunggu En.Mood..barang dah dibelii niee...

    ReplyDelete
  5. salam ida...
    Ini kita dah habis idea sangat lahh, tapi bess juga, kena pulak hari hujan.

    salam taufik...
    Pinggan macam ni masih ada jual, cuma kita kena perhatikan kualiti dia, sebab ada tu buatan baru, kalau yg lama halus buatannya..

    salam kak erna..
    Terima kasih sudi singgah, harap ada yang menepati selera kak erna sekeluarga yeaa..

    salam ct...
    Ooo bila tu nak mula projek meroti..sekali buat dan kalau menjadi..hmm gian koo nak meroti..serius nihh..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.