BEN ASHAARI

Friday, February 27, 2009

MARBLE VANILLA MUFFIN

Marble Vanilla Muffin

Rasa lama dah tak buat muffin, jadi petang ni saja2 menambahkan keje sikit, lagi pun budak2 ada kat rumah, senang lah sikit, tukang makan ada (kalau tak nak makan, aku paksaaa!!!!..ahaks!, kejam kann)....Resipi ni rasa dulu2 ada buat, tapi tak kesah lahh....Ok ini resipi dia, kot2 lah ada yang berkenan nak mencuba di waktu2 senggang nanti...

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 g mentega
140 g gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar (mat guna susu cair)
220 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  2. Cedok keluar 1/3 adunan dari no. 1 dan masukkan coklat emulco, kacau hingga rata dan sebati. Sudukan adunan tanpa warna dalam paper cup atau muffin cup, 1/2 bahagian, kemudian, sudukan sedikit adunan coklat. Gunakan lidi sate, buat beberapa pusingan untuk membentuk corak marble. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga hias dengan krim putar dan parutan coklat...

AWARD DARI VG AND MAMA SAL....

Terima kasih mat ucapkan pada "mama_sal", atas kesudiannya memberi mat award niee...Hmm tu mama_ sal ke yang tengah menyelamm......ishh tabikk lahh!!!


Dua lagi award tu pulak dari "VG" yang dok diam di Australia tuu..terima kasih tak terhingga mat ucap pada VG.....Strawberry tu cantik, macam bentuk "LOVE" kan....

Thursday, February 26, 2009

MURTABAK LAPIS

Murtabak Cracker

Dah lama juga ingin mencuba murtabak lapis ni, biskut dah 3 - 4 kali beli, tak buat2 juga dan biskut pun dah habis dimakan cicah air kopi. Kali ni beli biskut terus buat. Resipi mat dapat kat blog "Norzailina Nordin". Tapi kak lina buat nampak macam kejadiannya agak besar (resipi asal boleh lihat disini...). Mat buat separuh dari resipi dia dan gunakan tin (8 x 4 x 3) inci. Sedapp rasanya, lagi sedap kalau dimakan bersama bawang jeruk yang kaler merah2 tu (maaf tak sempat nak buat, aku sibukk!!!)...Jadi makan dengan sos saja....

BAHAN-BAHANNYA :-)
22 keping + 1/2 keping biskut cream cracker
200 g daging cincang
1 1/2 camca besar rempah kari daging
150 g bawang besar yang telah didadu
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*dikisar halus)
150 ml susu cair + 200 ml santan
1/2 cawan air
1 1/2 camca besar minyak masak
3 biji cili merah, dihiris (boleh kurangkan)
3 tangkai daun sup, dihiris
3 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar mentega
Garam, serbuk lada sulah dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTINYA :- Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus dan rempah hingga harum, masukkan daging, kacau rata dan tuang air, kacau rata. Bila kering, masukkan bawang besar, garam, lada sulah dan sedikit gula, kacau hingga bawang layu. Rasa dan jika ok matikan api dan alihkan dalam bekas lain. (Mat campur sekali cili hiris dan daun sup, kacau rata)..
  2. UNTUK MURTABAK CRACKER :- Alas dasar tin dengan aluminum foil, sapu dengan mentega, sapu juga bahagian tepi tin. Ambil 7 keping biskut dan kerat dua (biar sama besar) + dengan 1/2 keping = 15 bahagian. Rendam sekejap 3 keping biskut + 3 keping biskut yg 1/2 bahagian tadi dalam bancuhan susu + santan dan susun pada dasar tin. Masukkan 1/5 bahan no. 1, ratakan dan curah sedikit telur tadi (anggaran 1/5 juga). Buat kaedah yang sama untuk baki biskut dan bahan no.1 juga telur.
  3. Untuk lapisan terakhir, jika ada lebihan telur, bancuh dengan bahan susu + santan, kacau rata dan tuang atas biskut tadi hingga rata. Sudukan mentega atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga masak. Biarkan betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

Wednesday, February 25, 2009

TANDA INGATAN DARI SHAI

Terima kasih pada "shai" atas tanda ingatan tuan hamba pada patik....Terharu nihh!!!....Kejap ek, ceQ nak lap air mata sat...mana pulak pi tissue nihh..ishh kain langsir pun bolehh lahhh!!!....

Tuesday, February 24, 2009

LEMAK PEDAS SCALLOP

Lemak Pedas Scallop

Pernah makan scallop?....Masa pi beli barang basah kat pasar, terjumpa "scallop" segar yang dijual kat satu kedai jual makanan laut, tergoda sungguh tengok, sebab payah lah nak jumpa, jarang2 saja ada jual. Mat pun tanpa berlengah lagi, terus merembat scallop tu. Bila dah beli, masalah pulak, aku tak reti koo, nak bersihkan dia....Siap tanya "Jo" dengan "Fidah"...Bila dah tau bersihkan, lagi satu pulak, tatau nak masak apa dengan scallop tu...Last2 ikut lah kata Jo, kita masak Lemak Pedas @ Lemak Cili Padi....Ishh mmg sedap u, daging scallop tu manis, kenyal2 dan lembuttt.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g isi "scallop" yang telah dibersihkan
200 ml pati santan
500 ml santan cair
2 batang serai, dititik
7 biji belimbing buluh, dibelah 2 setiap biji
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
15 biji cili padi (boleh kurangkan)*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk halus dan serai hingga harum, masukkan santan cair dan biar mendidih.
  2. Masukkan scallop dan tuang pati santan. Bila mendidih, masukkan belimbing dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, masak dengan api perlahan untuk 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas..(Jangan masak scallop lama2, nanti ia jadi liat)...

Monday, February 23, 2009

CUCUR UDANG

Cucur Udang

Dah lama nak buat cucur udang, tapi malas jee memanjang, yelah kita kat Malaysia ni, kalau nak makan je, pi beli....daaah dapat!!!, tak susah kan...

Cucur Udang

Tapi ada masa macam teringin juga nak mencuba buat sendiri. Tu pasal petang tadi saja2 lah buat sikit, not bad laa, untuk yg pertama kali membuatnya (tapi dulu rasanya ada buat untuk pasembor kodiang tu), ish boleh ingat2 lupa pulak, kesian kan aku..ahaks, apa2 pun layannnn jee lahhh....

BAHAN UNTUK CUCUR :-)
250 g tepung gandum*
3/4 camca besar baking powder*
3/4 camca teh soda bikarbonate*(*gaul rata dan ayak)
300 ml air rebusan kepala+kulit udang
10 - 15 ekor udang
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit
30 g kuchai, dihiris
50 g taugeh, ramas sedikit

BAHAN SOS :-)
8 biji cili merah
2-3 ulas bawang putih
1 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan cuka makan
4 camca besar sos ikan
Sedikit kacang tumbuk (mat guna bijan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
  2. Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
  3. Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos...
  4. UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

MEE KARI

Mee Kari

Hari ni mood nak bercerita agak kurang, mulut rasa berat, nak senyum pun macam malas....Kenapa lah agaknya....Ok lah, kita makan mee kari dulu, hal2 lain, cerita kemudian...

BAHAN KUAH :-)

300 g daging @ 1/2 ekor ayam
10 - 15 ekor udang, dibersihkan
250 ml pati santan
1500 ml air
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 batang terung, didadu
1 biji tomato, dibelah 4
1-2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
5 biji buah keras*(*dikisar halus)
3 camca besar rempah kari daging

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
BAHAN MEE KARI :-)
1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan
Taugeh, dicelur sekejap
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
2 keping fish cake, goreng sekejap dan hiris
Bawang goreng
Hirisan cili hijau/cili merah
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Satukan rempah kari, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum, masukkan bahan2 rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan. Masukkan daging @ ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap. Tuang air dan biarkan mendidih, perlahankan api dan masak hingga daging/ayam lembut. Masukkan lobak. tomato dan udang. Biar mendidih.Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Tambah garam dan gula secukup rasa. Bila mendidih, masukkan terung. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. PENYEDIAAN MEE KARI :- Ambil mee secukupnya dan letak dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan letak bahan lain. Perah limau kasturi sebelum dimakan.....

BINGKA ROTI BERJAGUNG

Bingka Roti Berjagung
Selamat pagi untuk semua...Masa mat tulis resipi ni, dah jam 3.33 am, sepatutnya resipi ni dari petang semalam nak masukkan ke n3, tapi picnik.com tu ada masalah pulak, jadi dah pagi2 buta ni baru lah sempat masukkan n3 baru. Resipi "bingka roti" mat ambik dari FP, Rinnchan yang femes tu...sedap, tak manis, tapi lemak berkrim u!!!....Rasa mat resipi ni untuk keluarga yang besar, sebab kejadian nya agak besar juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g mentega, dicairkan
1/2 camca teh garam
300 g roti putih, didadu
200 g tepung gandum
1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....

Sunday, February 22, 2009

TANDA INGATAN DARI CIK MANGGIS DAN CIK MIN


Terima kasih mat ucapkan pada "Cik Manggis" atas tanda ingatan beliau....Cunnya kek tu, siap ada "lip lap lip lap" lagi...Kalau malam lagi cantik, tak gitu!!

Dan ni pulak tanda ingatan dari "Cik Min"....sejuk mana memandahng, nyaman je kan, mesti sejuk cuaca kat sini...

Thursday, February 19, 2009

MEE PANGSIT

Mee Pangsit

Salam semua....hari ni mat teringin nak mencuba satu resipi yang namanya.....begitu menyeramkan uu...Mee Pangsit..dah dekat2 bunyi "Pelesit" pun ada....Tapi yang pasti kalau makan lebih memang boleh "pancit"....Resipi dapat dari rumah "Sis Linn" yang duduk jauh nun di JB (jauh lahh, kalau ko jalan kaki dari Sedenak!!!), kata Linn, mee tu asal usul datang dari Indonesia.....asal2 nama mee ayam, tapi tah macam mana boleh jadi mee pangsit...mushkil pakcik mendengarnya, kalau dari segi lahiriah mee pangsit ni sebijikk mee sup....apa2 pun layannnnn!!!!

BAHAN KUAH :-)
400 g ayam, potong kecil
8 - 10 biji bebola ikan (mat guna bebola ayam "Ayamas")
3 - 4 batang crab stick (resipi asal tak letak)
1 batang saleri, dihiris kasar (resipi asal tak letak)
1 kiub ayam "Maggi" (resipi asal tak letak)
6 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
6 biji buah keras*
1 camca besar lada sulah biji*
2 inci halia*(*dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
Mee kuning secukupnya (tak de stok mee kuning, mat guna mee hoon)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Cili jeruk
Tauhu, digoreng dan hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukk ayam dan gaul rata. Tuang air (anggaran 1500 ml), kiub ayam dan juga saleri, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, biar mendidih perlahan. Tambah bebola ikan/ayam dan crab stick, masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK MEE PANGSIT :- Masukkan mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu hiris dan hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Makan selagi hangat!!

Wednesday, February 18, 2009

TAUHU POK BERINTI

Tauhu Pok Berinti

Jemput makan semuaa, sedap ni buat minum petang, boleh dihidangkan bersama cili sos, sambal kicap atau sos thousand island, ikut selera masing2...Membuatnya tak de lah payah mana cuma penyediaan tu aje nampak leceh sikit.....

Tauhu Pok Berinti

Ok, jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya...Eh! Lupa nak kata, inti tu kalau lah ada lebih, usah bimbang, gusar atau sampai mati akal, simpan elok2 dalam peti sejuk, boleh digunakan untuk buat pie, tak pun buat inti pastry puff....

BAHAN UTAMA :-)
12 biji tauhu pok (saiz seperti dalam gambar)
1 biji telur saiz A*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan kacau dengan garfu)
Inti secukupnya (resipi dibawah)

BAHAN INTI :-)
1/2 cawan isi ayam yang telah didadu kecil
1/2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar capsicum merah yg didadu kecil
1 camca besar capsicum hijau yg didadu kecil
1 camca besar cpsicum kuning yg telah didadu kecil
1 camca besar sengkuang cina yg didadu kecilk
2 biji cendawan butang, didadu kecil
1/2 batang saleri, didadu kecil
1/2 batang lobak merah, didadu kecil
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Secubit kicap cair



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang hiris dan bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan cebdawa, kacau rata dan tanbah sedikit air. Masukkan sos tiram, kicap cair dan biar mendidih perlahan. Masukkan semua sayur lain dan kacau rata dan masak hingga sayur masak tapi masih segar. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  2. Ambil sebiji tau pok. Potong pangkah pada satu bahagian tauhu pok, perlahan2 keluarkan isi tauhu pok dan isikan dengan bahan2 no. 1 sehingga penuh, berhati2 jangan sampai tauhu pecah. Buat hinggah siap.
  3. Celup tauhu pok tadi dalam bancuhan telur dan goreng dalam minyak sederhana panas hingga tauhu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Letak atas paper towel dan biar lebihan minyak terserap.
  4. Hidangkan segera bersama sos kegemaran...Selamat mencuba untuk semua!!!!

Monday, February 16, 2009

LAKSA LEMAK NYONYA

Laksa Lemak Nyonya

Hari ni teringin nak makan laksa lemak nyonya....Resipi asal mat dapat dari satu buku ni, dia pemilik restoran "Chili Padi" di Singapura...Laksa lemak dia ringkas dan sedappp!!!!!.....(tapi sekali2 makan boleh laaaa!!!).

Laksa Lemak Nyonya

Tapi yang utama, bahan2 mesti yang segar, santan pun mesti diperah dari kelapa segar (yang mana duduk luar negara tu, santan kotak pun ok!)..Tapi kan ada sedikit perbezaan teknik memasaknya...Lagi satu yang bagusnya, rempah laksa ni, boleh disiapkan awal, dan simpan. Bila nak guna cuma masukkan dalam santan (kalau yang berdiet, mat rasa guna susu rendah lemak pun boleh) tambah daun kesom dan bunga kantan dan renihkan. Tambah bahan2 perasa dan boleh dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamnyaa.....

BAHAN KUAH LAKSA :-)
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)

BAHAN LAKSA :-)
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
  3. UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera...

Sunday, February 15, 2009

PASEMBOR KODIANG

Pasembor Kokdiang

Jom makan pasembor kodiang, hasil ilham "Norzailina Nordin" dalam buku masakan "Variasi Masakan Utara".....Sedap dan membuatnya tak de lah susah mana, terima kasih yeaa Kak Lina...

Pasembor Kokdiang

Kodiang tu kan tempat asal kakak ipar ceQ tauuu, mak pada "Aisha" tu...Nak tanya dia nanti, kat Kodiang tu memang ada pasembor macam tu kaaa?....Eh lupa nak pelawa, jom lah makan, jangan segan2...Jemput semuaa!!!

BAHAN KUAH :-)
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah (mat guna gula melaka)
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)

BAHAN CUCUR UDANG :-)
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
  2. UNTUK CUCUR UDANG :- Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
  3. UNTUK PASEMBOR KODIANG :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera...Mat rasa kan, resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2 rojak..

Saturday, February 14, 2009

TAG DARI HAJJAH FIDAH AUSSIE!!!!

Oooo.....Saja2 lah tuu nak menambah ke"bz"an aku!!!, siap koo Hajjah!!, tapi tak pelah, orang tag kita tu tanda org ingat kat kita (agak2nyakan sapa lahh yang memulakan tebiat tag menge"tag" nikan?....), ada syarat2nya nak buat tag ni..antaranya seperti tertera di bawah (maaf, syarat2nya guna Bahasa Inggeris, sebab aku kopipes jee dari blog Hajjah Fidah).... :-)
  1. Go to your photos folder in your computer.
  2. Go to the 6th folder of photos.
  3. Go to the 6th picture in that folder.
  4. Put the picture on your blog and description of it.
  5. Invite six friends to join the challenge.
  6. Link them in your blog and let them know they have been challenged. - Nak kena tag org lain jugak kerr???? hmmmm jeng jeng jengg...
Ok..itu gambar yang terdapat dalam folder ke-6 dan gambar ke-6 dalam folder tu. Tak lain tak bukan anak2 buah tersayang..Dalam tu ada sorang je budak "jantan", kira anak buah terkecil yang wujud buat masa ni..Yang lain tu semua dah besar dan hampir besar. Yang baju pepel tu, Nurul Khaleeda Hamdan, 9 tahun. Yang sebelah dia tu anak sedara perempuan yang paling tua (baru 18 tahun yeaa!!), Aisha Nabila Hamzah, 18 tahun. Yang "jantan" tu, anak buah terkecil, Khairul Azri Hamdan, 6 tahun. Dan yang baju pink tu, adik pada yang baju pepel dan kakak pada budak jantan tu, Nur Alia Nadia Hamdan 8 tahun....Depa ni masing2 ada kerektor tersendiri, overall semua baik2 laa, dengar kata.....

Ok...lepas ni mat nak tujukan tag ni pada sapa pulak ek..hmm..sapa nak angkat tangan yeaa!!!...jadi kalau dah cukup yang angkat tangan, boleh lah buat...Tengah tunggu orang angkat tangan, jadi tak boleh nak fikir pada sapa aku nak TAG.....

Friday, February 13, 2009

KEK CHIFFON OREN

Kek Chiffon Oren

Jom buat kek chiffon oren...sedap, lembut dan gebu sungguh....Sesuai untuk tetamu dan majlis minum petang, kek chiffon ni pada mat buat tak de lah susah mana, yang penting putih telur mesti kita putar bersama gula halus dan cream of tartar sehingga kental (bila terbalikkan mangkuk adunan, putih telur tetap dok kat atas, tak jatuh berdebappp!!!....

Kek Chiffon Oren

Kali ni mat cuba resipi kek chiffin oren dari blog "Gert"...dia ni orang Malaysia tapi dok diam di Pennsylvania, USA...Rajin tau dia masak makanan2 Malaysia. Walaupun berbangsa cina, tapi semua masakan kita dia rajin masak...Terima kasih "Gert". Kek ni saiz dia agak besar....

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

Thursday, February 12, 2009

EPOK2 SAYUR & SOS KELEDEK

Epok2 Sayur & Sos Keledek @ Mat Gebu

Salam sejahtera untuk semua...Hahaha, nampak formal beno gayanyaaa, lemas teman..ahaks!!, hari ni malas u nak masak2, tapi sebab nampak "epok-epok sayur" yang dimakan bersama "sos keledek" kat blog "Diana" yang dok diam di Singapura tu, mat terus mcm teruja, meluap2 seyy!!

Epok2 Sayur & Sos Keledek @ Mat Gebu

Jadi petang tadi dengan rajinnya berserta tekat dan semangat yang membara, kita mengadun doh karipap, membuat isian, mengelim karipap, menggoreng dan membuat sos keledek yang begitu unik, mat buat 1/2 dari resipi asal (kat bawah ni resipi yang telah di"kecutkan" pada 1/2 bahagian)....Nak tau sedap ke tak..hmmm boleh baca komen Diana pasal epok2 ni di blog dia..Okey!!!!

BAHAN DOH :-)
500 g tepung gandum
2 camca besar margerine*
1 camca besar minyak sapi*
40 ml minyak masak*(*disatukan dan masak hingga semua cair dan bersatu)
200 ml air hangat
1/2 camca teh garam halus

BAHAN ISIAN :-)
300 g taugeh, dibersihkan
1 biji sengkuang kecik, kupas dan racik halus
1 batang lobak merah, kupas dan racik halus
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
Sedikit daun sup, dimayang
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 camca teh sos tiram
Garam dan sedikit gula

BAHAN SOS KELEDEK :-)
1 biji keledek kecik (kurang lebih 150 g)
3 - 4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/3 cawan sos tomato
Air masak secukupnya
Sedikit cuka
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Tuang tepung dalam bekas besar, masukkan garam dan kacau rata. Tuang minyak masak yang bercampur margerine dan minyak sapi tadi, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan, air tak habis tak pe...Tutup bekas dengan plastik cling dan rehatkan doh 30 minit.
  2. UNTUK ISIAN :- Tumbuk kasar udang kering tadi. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah sengkaung dan lobak merah, kacau rata. Tambah taugeh, perisakan dgn garam dan sedikit gula (jika perlu), kacau rata dan matikan api, masukkan hirisan daun sup dan gaul rata. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK EPOK2 SAYUR :- Ambil sedikit doh (anggaran 35 g), bulatkan dan canai nipis, isikan dengan isiannya cantumkan tepi2 doh dan kelim. Susun dalam dulang. Buat hingga habis. Goreng epok2 dalam minyak yang berkepanasan sederhana sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya. Alih ke atas paper towel, buat hingga siap. Hidangkan dengan sos keledek...
  4. UNTUK SOS KELEDEK :- Kupas keledek, cuci dan potong kecil, rebus hingga empuk. Kisar keledek, cili merah, sos tomato dan bawang putih bersama sedikit air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masak dengan api perlahan. Tambah gula dan garam secukup rasa diikuti cuka makan, imbangkan rasa masam, manis dan masin. Masak hingga sedikit pekat, matikan api dan boleh dihidangkan bersama epok2 tadi....

Wednesday, February 11, 2009

KUIH BAULU

Kuih Baulu

2 hari lepas jalan2 ke blog "Mama Lydia", nampak dia buat kuih baulu dan kebetulan mat baru sahaje cuci acuan baulu "antik" yang ada dalam simpanan. Jadi macam terseru pulak nak mencuba, bukan apa sebab utama nak tengok pattern yang akan dihasilkan oleh acuan2 lama tu....Resipi mat ambik je lah kat blog Lydia....Ok nie dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur saiz A
120 g gula pasir
150 g tepung gandum*
1/4 camca teh baking powder*(*gaul rata dan ayak)
1/2 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
Sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 220C, putar telur dan gula hingga betul2 kembang. Masukkan esen vanilla (atau esen rose), putar rata. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau rata.
  2. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak (mat guna daun pandan sebagai "berus"), letak acuan dalam oven untuk 30 saat. Kemudian isi dengan adunan 3/4 penuh. Bakar 6 - 7 minit hingga baulu kuning keemasan (ikut oven masing2).
  3. Keluarkan acuan dari oven dan gunakan lidi sate untuk mencungkil baulu keluar dari acuan, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  4. DALAM GAMBAR :- Contoh acuan lama yang mat gunakan, tapi sayang masa proses membakar, baulu melekat sedikit, lepas 2 x buat baru dia jadi ok..

IKAN BAKAR SOS BUDU

Ikan Bakar Sos Budu

Hmmm..sedap nihh!!!...sedappp!!!, ahaks..nampak sangat macam seminggu tak makan...Tapi ikan bakar makan dengan budu memang sedappp..tak boleh nak disangkal lagi. Budu tu mat dapat dari "Mama Zieza" semasa dia berkunjung ke rumah tempoh hari..Terima kasih mama!!!.

Ikan Bakar Soso Budu

Lagi satu yang buat sedap, ialah mat bakar guna api arang macam dalam gambar tu, yelah kang bila aku tak letak gambar dan kata bakar guna arang, ada pulak yang syak kita sesaja cakap, walhal bakar dalam oven atau atas dapur gas, gegatal kata bakar atas arang...Ok, sebagai bukti tu dia ceQ dah letak gambaQ ikan dok baring2 atas bara api yeaa....Jemput makan semuaa!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong segar yang bersaiz besar
3/4 serbuk kunyit
3/4 camca teh garam
1 camca besar minyak masak
1/2 camca teh lada hitam serbuk

BAHAN SOS BUDU :-)
Budu secukunya*
3 biji bawang merah, hiris*
4 - 5 biji cili padi, dipatah2*
1 camca teh gula*
Perahan jus limau nipis secukupnya*(*disatukan dan sesuaikan rasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibersihkan, cuci dan kelar2, perap dan serbuk kunyit, garam, minyak masak dan serbuk lada hitam selama 20 minit. Hidupkan api arang dan biar hingga menjadi bara. Bakar ikan tadi, lebih kurang 7 - 8 minit untuk setiap bahagian. Buat hingga siap.
  2. Hidangkan ikan bersama sos budu tadi, sertakan ulam2man seperti timun, tomato dan petai, jika suka.....

Tuesday, February 10, 2009

AWARD KEMBAR 4 DARI KAK UMMI KUANTAN...




Terima kasih pada "Kak Ummi Kuantan"....tengok tu award kembar 4...apa ingat kucing je ke boleh beranak banyak, award pun boleh u..ahaks. Mat nak bagi award kembar 4 ni pada penerima2 berikut :-)

Monday, February 9, 2009

AGAR - AGAR KARAMEL

Agar-Agar Karamel

Hmmm....tak tergoda ke tengok agar-agar karamel tuu?...Di sebabkan tergoda lah, mat buah petang tadi...Memang sedap dan tak rugi mencubanya, dah lah senang, cantik, seksi dan sedapp pulak tuuu!!!!

Agar-Agar Karamel

Resipi mat dapat dari blog "Shafidah_Shamen", atau lebih dikenali sebagai "Mak Hajjah"...ahaks, mudah2han masin mulut aku nihh....Lagi satu, acuan "chenta" yang mat gunakan tu datang jauh u, terbang dari Jepun, kemudian singgah di Singapura, lepas tu baru sampai ke Sedenak...Terima kasih yea "Kak Hani"....

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

KURMA DAGING KERISIK

Kurma Daging Kerisik

Macam mana kan asal-usul nama "kurma" nie?...Dulukan, mati2 mat ingat masakan dicampur buah kurma, tapi tak de pulak.....Sesapa kalau ada info tu, silalah kongsi yea...

BAHAN UTAMA :-)
800 g daging batang pinang, potong kiub
5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
1/4 cawan jus asam jawa
2 camca besar kerisik
1 1/2 camca besar gula melaka
4 camca besar rempah kurma
2 camca besar minyak sapi
500 ml pati santan
1000 ml santan cair
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 camca besar lada hitam biji
2 biji cili merah
2 biji tomato

BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging dan toskan. Bancuh bahan2 kisar dengan rempah kurma hingga rata. Panaskan minyak dalam periuk, tambah minyak sapi dan tumis bahan2 tumis hingga harum. Masukkan rempah+bahan kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak, gunakan api kecil.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Renih hingga daging lembut. Masukkan kerisik dan kentang. Kemudian tuang santan pekat.
  3. Masak hingga kentang lembut, tambah jus asam jawa, garam dan gula melaka. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan belahan cili merah dan hijau. Biar mendidih perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa dan tambah garam jika perlu. Matikan api dan boleh dihidangkan...

IKAN CHUAN

Ikan Chuan

Salah satu masakan "authentic" kaum nyonya peranakan....Rasa ala2 ikan sweet sour jee, cuma sos plum digunakan. Resipi asal guna ikan bawal, tapi yang ada dalam peti ais cuma ikan kembong...Rasanya kalau guna apa2 jenis ikan yang banyak isi pun ok....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kembong saiz besar, dibersihkan*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Secubit serbuk lada hitam*
Sedikit garam*(*dilumur pada ikan dan perap 20 minit)
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 inci halia muda, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris
1 biji tomato, didadu
3 camca besar sos plum
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 cawan air
Garam dan gula, jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan minyaknya dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan halia. Tambah sos tiram dan sos plum, tuang air dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan kicap cair dan masak hingga pekat, gunakan api kecil. Rasa dan jika perlu tambah garam dan gula. Tuang atas ikan tadi dan ratakan. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....

Sunday, February 8, 2009

KEK CHIFFON KEJU

Kek Chiffon Keju

As'laikum dan salam hujung minggu untuk semua.....Maaf sebab sedikit sibuk dalam beberapa hari ni...Mat pun baru nak pulih dari demam tapi kepala tu masih ada rasa "biol2" sikit laaa...tapi kita masih waras yeaa......

Kek Chiffon Keju

Hari ni cuba pulak buat "kek chiffon keju"...Lembut dan lemak dengan rasa keju dan bau yang harum. Sesuai untuk minum petang, budak2 mesti suka kek ni...Asal kejadiannya kek ni tak delah besar mana, dan kek sedikit mengecut selepas sejuk tapi masih lembut, gebu dan haluss...Kalau ada masa boleh lah mencuba, pasti tidak menghampakan..Resipi asal dari "Alex Goh"...

BAHAN-BAHANNYA :-)
60 ml susu cair
40 g cream cheese
25 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
65 g tepung gandum
4 kuning telur
4 putih telur
100 g gula halus
Secubit garam halus
1/4 camca teh cream of tartar



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan cream cheese, susu cair dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan menggunakan kaedah double-boiler (seperti dalam gambar) hingga semua sebati dan bersatu. Alihkan dan biar sejuk sedikit.
  2. Masukkan tepung, gaul rata. Tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis, tambah garam halus dan cream of tartar. Putar hingga kental.
  4. Gaul no.3 ke dalam no. 2 secara kaedah kaup balik hingga rata. Tuang dalam tin chiffon berukuran 23cm (tin tak payah sapu mentega).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan tin, biar dalam keadaan begini sehingga sejuk.
  6. Sisip tepi tin dan dasarnya untuk mengeluarkan kek chiffon, potong dan boleh dihidangkan. Kek akan sedikit mengecut bila masak...