As'laikum dan salam hujung minggu untuk semua.....Maaf sebab sedikit sibuk dalam beberapa hari ni...Mat pun baru nak pulih dari demam tapi kepala tu masih ada rasa "biol2" sikit laaa...tapi kita masih waras yeaa......
Hari ni cuba pulak buat "kek chiffon keju"...Lembut dan lemak dengan rasa keju dan bau yang harum. Sesuai untuk minum petang, budak2 mesti suka kek ni...Asal kejadiannya kek ni tak delah besar mana, dan kek sedikit mengecut selepas sejuk tapi masih lembut, gebu dan haluss...Kalau ada masa boleh lah mencuba, pasti tidak menghampakan..Resipi asal dari "Alex Goh"...
BAHAN-BAHANNYA :-)
60 ml susu cair
40 g cream cheese
25 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
65 g tepung gandum
4 kuning telur
4 putih telur
100 g gula halus
Secubit garam halus
1/4 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan cream cheese, susu cair dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan menggunakan kaedah double-boiler (seperti dalam gambar) hingga semua sebati dan bersatu. Alihkan dan biar sejuk sedikit.
- Masukkan tepung, gaul rata. Tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
- Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis, tambah garam halus dan cream of tartar. Putar hingga kental.
- Gaul no.3 ke dalam no. 2 secara kaedah kaup balik hingga rata. Tuang dalam tin chiffon berukuran 23cm (tin tak payah sapu mentega).
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan tin, biar dalam keadaan begini sehingga sejuk.
- Sisip tepi tin dan dasarnya untuk mengeluarkan kek chiffon, potong dan boleh dihidangkan. Kek akan sedikit mengecut bila masak...
12 Comments
salam cikmat...
ReplyDeletehope dah sihat dah ya...
cantik n gebu kek tu...
siap ade step by step memudahkan kan org faham...tq...
Salam Mat,
ReplyDeleteSememangnya gebu kek ni cam tuan buat agaknya...hehehe
Mmg resipi alex goh ni tak mengecewakan.
Bukunya dah lama ada,cuma tak smpat lagi nak cuba chiffon cheese ni...tgk n3 en.mat ni trus bersmgt nak buat.
adik kenal gelas bohimia tu!!he3
ReplyDeletekek sedap!!
cheese2 ni memang aku suka....emmm...byk tul bunga umah ko ye mat!bunga tahi ayam ada tak?heh!heh!heh!
ReplyDeleteAishah...
ReplyDeleteAlhamdulillah dah ok dahhh....
Feeza..
Memang betul, resipi alex goh tu kebanyakkannya menjadi dan sedap..
Rozen...
Syyyy!! diam2 jgn cerita pak usu ada gelas "bohemia", aku segan...Tapi bekas kek tu yg kita beli kat JJ...cun jugak ek!
Ann...
Segala bunga ada koo. tu lom masuk bunga kantan, bunga cengkih dan bunga lawang..Setakat bunga taik ayam..bersepahh---> kat neseri bunga..ahaks!!
jahat la ko mat!! tak pasal2 aku nak pi beli cream cheese hari ni. Pakai sikit je pulakk tuu..abih yang lebih tuu nak buat apa??? aishhhh ade lagi projek cheesecake menyusul ni nantiii, sah buat aku jadi lagi gemuksssssss hehehehehhehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMat I nak cuba recipe ini!! Nak tanya,kenapa nak guna doubler boiler masak cream chesee,butter and susu?. Boleh just guna whisker to beat all 3 ingredients instead guna doubler boiler? nanti sudah buat I kasi link sini yeah!thanks!
ReplyDeletenak merajuk la Mat from coming here, i cant view your big pictures, yg kenit2 kat bawah tuh jer nampak...i tak suka masuk flickr...slow nak maut he he....
ReplyDeleteMat, xpa la kek tu kecut2 pun..mesti sedap giler! Hehe..kalu gebusss sangat kang..ala-ala tuannya la pulak..hahaa..
ReplyDeletemenarik...sy suke chiffon cake n cheese nak cube nie msuk dlm list
ReplyDeleteSemekom abg mat,nor dah cuba wat kek ni tadi,amek ko...gebuuuuu habesss....sedap giler.....mohon izin share link ye...
ReplyDelete