Kek Chiffon Keju

As'laikum dan salam hujung minggu untuk semua.....Maaf sebab sedikit sibuk dalam beberapa hari ni...Mat pun baru nak pulih dari demam tapi kepala tu masih ada rasa "biol2" sikit laaa...tapi kita masih waras yeaa......

Kek Chiffon Keju

Hari ni cuba pulak buat "kek chiffon keju"...Lembut dan lemak dengan rasa keju dan bau yang harum. Sesuai untuk minum petang, budak2 mesti suka kek ni...Asal kejadiannya kek ni tak delah besar mana, dan kek sedikit mengecut selepas sejuk tapi masih lembut, gebu dan haluss...Kalau ada masa boleh lah mencuba, pasti tidak menghampakan..Resipi asal dari "Alex Goh"...

BAHAN-BAHANNYA :-)
60 ml susu cair
40 g cream cheese
25 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
65 g tepung gandum
4 kuning telur
4 putih telur
100 g gula halus
Secubit garam halus
1/4 camca teh cream of tartar



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan cream cheese, susu cair dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan menggunakan kaedah double-boiler (seperti dalam gambar) hingga semua sebati dan bersatu. Alihkan dan biar sejuk sedikit.
  2. Masukkan tepung, gaul rata. Tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis, tambah garam halus dan cream of tartar. Putar hingga kental.
  4. Gaul no.3 ke dalam no. 2 secara kaedah kaup balik hingga rata. Tuang dalam tin chiffon berukuran 23cm (tin tak payah sapu mentega).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan tin, biar dalam keadaan begini sehingga sejuk.
  6. Sisip tepi tin dan dasarnya untuk mengeluarkan kek chiffon, potong dan boleh dihidangkan. Kek akan sedikit mengecut bila masak...