
1- Macamana nak kasi kuning telur duduk tengah2 telur bila direbus?...hmmm..
- Kata Chef Norzalina Nordin, jika anda hendak mendapat telur rebus yang kuningnya berada ditengah2. Telur harus disimpan dalam keadaan baring dan semasa merebus, kena selalu balik2kannya. Insya Allah kuning telur akan berada di tengah2.
2- Ya Allah! Punyalah tumpul gunting, tali rafia pun tak putus, nak je aku pijak2kan!!..
- Errkk, jangann pijak, bahayaa..mengikut petua Kak Jee. Kalau gunting tumpul, anda cari daun tebu atau daun lalang, kemudian kerat2 daun tadi sehingga gunting anda menjadi tajam kembali.
3- Cendawan segar selalunya boleh simpan berapa lama?
- Hmmm, selalunya yang mat perhatikan, cendawan segar boleh disimpan 3 - 4 hari, tapi dengan syarat bungkus dalam surat khabar. Kalau bungkus dengan plastik, ia akan berkuap dan berlendir. Bergantung pada jenis cendawan juga yea.
4- Kalau tadi cendawan, kalau tauhu pulak macam mana?.
- Kalau tauhu pulak, yang utama masa anda beli, sila ciom dulu yea, kalau bau masam, elakkan membeli. Dan kalau beli tauhu yang fresh anda boleh simpan dalam peti sejuk dengan merendam dalam air bergaram dan boleh bertahan 3 - 4 hari dengan syarat airnya ditukar setiap hari, atau anda boleh rebus tauhu tadi dalam air bergaram. Seelok2nya gunakan secepat mungkin..
5- Banyaknya daging segar....kalau simpan lama ok ke?.. Masih rasa segar ke?
- Yang ni mesti anda semua tau kan. Kalau daging segar, contoh macam daging korban, kalau nak simpan elakkan terkena "air", bungkus dalam plastik bersih dan bekukan terus dalam freezer.
6- Ikan kembong ni tak habis2, nak buat apa lah agaknya kan...hmm, ada idea?..
- Erkk..apa kata siang, cuci bersih, toskan hingga kering dan lumur dengan garam (biar lebih sedikit dan kalau dapat garam kasar), lepas tu masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, biar lah 5-6 hari. Dan akhirnya jadi lah ikan masin jeruk, nak makan cuci sikit dan goreng...Awas yang ada darah tinggi dan tekanan darah tak stabil..Dangeress ok..
7- Apa nak buat dengan cili padi yang banyak ni?..
- Kalau mat kan, cili padi tu cuci dan toskan. Lepas tu jemur sampai kering atau anda simpan dalam peti sejuk sampai kering. Kemudian sangai dalam kuali atau goreng tanpa minyak sehingga harum. Sejukkan dan kisar, kalau kisar kasar seakan2 chili flakes atau kisar halus jadilah cili serbuk. Ni kira berapi punya..jaga2 ok.
8- Banyak juga kan biji lada kering nih..buang jelah bukan boleh makan punn...
- Dari buang, apa kata anda cempak kan kat tanah atau pasu, sapa tau nanti tumbuh dan membesar menjadi pokok cili yang memberi manfaat pada kita, alah bukan apa, saja suka2, Apa kata cuba lepas nih ^__*
9- Tu hari ada orang tanya mat, CM, macammana u bentukkan lobak merah tu bentuk bunga?.
- Senang jee, sebenarnya mat guna penerap biskut untuk membentuknya. Tapi kalau dapat guna yang jenis penerap stainless steel dan sedikit tinggi, ada jual dikedai2 baking. Anda potong lobak dan terap untuk mendapat bentuk2 pilihan. Baki2 dia selalu mat simpan dan kisar untuk jadikan carrot susu.
10-Masa tengah putar mentega dengan telur, tiba2 bancuhan jadi bergentel2, tak berkrim, nak buat macam mana?
- Yang ni bagi mereka2 yang kerap baking, mesti tau macam mana nak buat. Apa yang selalu mat buat dan mengikut mereka2 yang pakar, kita masukkan sedikit tepung anggaran 1/2 camca besar ke dalam bancuhan tadi, gunakan tepung dalam resipi. Bukan guna tepung lain...
Sekian dulu, tips untuk kali ini, harap dapatlah membantu tak sikit banyak. Mat tak pasti lah bila boleh masukkan entri masak2. Buat masa sekarang ni mat memang tak boleh sangat nak ganas2 dan brutal..kena sopan jee...huhu, stresss wooo..takpe sabar, ujian kan...Terima kasih semua dan dalam sayang dari DTS-MAT GEBU..
18 Comments
hehehe....berguna..thanks yee....
ReplyDeletetipsss yg sangat berguna;))
ReplyDeletecik mat..
ReplyDeletenk tips pndai masak tapi malas nk bljr masak..
bole ke..?
=P
tima kasih..sangattt berguna cik mat..
ReplyDelete& semoga cepat sihat..insyaallah
Ooowhhh nak tajamkan pisau/gunting, asah dgn daun lalang yea...masalahnya, rumah aaaiiii xda daun lalang la Mat, daun pandan ada la sepasu, daun kari pun renek jer, daun pegaga byk gak menjalar, daun kunyit nmpak tumbuh 5 helai lebar2 jgk...tp rokok daun xda, daun terup pun xda....ekekkeke
ReplyDeleteDan lagi 1 Mat, atok cina aku kata *ko musti tau punya*..
ReplyDeleteUdang segar: kalau nk udang tu nampak segar, waktu beli terus masuk dlm tupperware dan masukkan air penuh paras udang, pastu simpan didalam peti beku..bila nak masak, udang tu musti segar seperti bru beli... :)
*ko punya tips kt atas tu semua sangat berguna utk aku :)
thanks mat gebu..tips yang sangat2 berguna..
ReplyDeletenak jemput kawan2 kat sini,singgah dan follow blog saya..=)
http://acaiberryputrajaya.blogspot.com/
tq semua..=)
cik mat..nak tanya..nak buat ayam barbewue tapi xnk bakar2 guna arang tu..nak guna ketuhar je..so, bahan2 msh sama kan?suhu dan api dia pulak cmne yer??
ReplyDeleteayam tu elok potong ke or buat style panggang?
huhu..sori byk tanya..
Thanks... cukup berguna ni....
ReplyDeletewah,tips macam ni boleh kasi kita jimat.lebih2 lagi zmaan sekarang ni barang dapur naik harga
ReplyDeletethaaaannkkk you mat.. byk yg tak tau sebelum ni..
ReplyDeletethanks mat gebu. baru aku tau :)
ReplyDeletecikmat, yg nombor 7 tu, betoi ka bila goreng cili tu akan bau harum, bkn ke hachum2x je nnti?
ReplyDeleteyg no: 6 tu, org ganu panggei ikan garamang, ikan diletak garam la maknenye...pastu buat masak lemak, perghhh....
perkongsian yg trbaik!
oooo...guna penerap biskut raya rupanya....
ReplyDeletetengkiu cik mat!!!
tips yang sangat berguna...tq cm share...yang cili padi jemur pastu blender kering tu saya mmg selalu buat...kalau nak masak lemak...kdg² gune tu jer...
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhh
ReplyDeletemuahh2x buat CMG
sayanglah.. thanks semua tips amat berguna...
yang ke 2dan ke 8 lagilah terbaik....
thanks CMG
good job!
ReplyDelete:P
salam..kalo sy buat daging masak hitam bnyk n simpan dlm peti ais..brpa lame dia boleh tahan dan ape petua nak kasi than lame sbb sy stdnt so bz nk masak sllu..
ReplyDelete