BEN ASHAARI

Wednesday, October 26, 2011

LAGI 10 TIPS DARI DAPUR BERSAMA MAT GEBU

Cakkk!!....salam semua, wahh dah pagi ke, awalnyaa mat bangun ni hari belum jam 4 pagi okeh. Bila mat tulis entri macam ni, nampak aku seakan2 ok jee, macam dah kembali gila2 macam tu, tapi serius mat masih rasa tak berapa bess...ntah lah kadang2 malas nak fikir benda2 macam ni, ada masa takde apa2 masalah, tapi bila masalah datang, lepas satu, satu..hmm, sabar yea mat gebu, insya Allah nanti semua akan ok.... Jom lah kita skodeng 10 tips lagi untuk kali ni, tapi tips biasa2 saja, blog mat kan cikai2 je, jadi kalau nak bagi tips macam mana nak jadi jutawan, atau nak jadi blogger femes, memang mat tak reti lah.....

1 - MACAM MANA NAK BUAT DENGAN AIR REBUSAN AYAM NI?
  • Kalau mat lah, selalunya mat masukkan air rebusan ayam tadi dalam plastik bersih dan bekukan dalam freezer, atau tuang dalam cetak ais kiub , bekukan. Bila nak guna just campak 4-5 ketul dalam kuah... ^__^
2 - BANYAKNYA DURIAN...APA NAK BUAT EKS?...
  • Ooooo durian banyak yea..tatau nak buat apa. Ok macam ni, kopek durian tadi, dan terus bungkus durian segar tadi dalam plastik bersih yang kering, atau isi dalam tupperware. Simpan dalam freezer..bila masa nak guna buat bubur kacang ke, boleh lah guna, insya Allah rasa tak berubah pun.
3 - MAKK..PEDIH LAH MATA...MALAS LAH KUPAS BAWANG!!....
  • Erkk...pedih yea mata, ok satu tips dari blogger "Ummi Nor" pada komen pada n3 lepas, beliau sarankan mengupas bawang tadi dibawah air mengalir. Ada satu lagi tips yang mat tau, anda hidup kan lilin masa mengupas bawang, gas yang terhasil akan terhapus bila terkena haba dari api tadi...
4 - WAHHH CEPATNYA DONAT DAH SIAP....
  • Ini cara mat gebu...selalunya kalau nak cepat kira no time punya donat, mat akan letak donat yang de terap tadi oven, letak suhu rendah saja dalam 50C, on kan dalam 15 - 20 minit atau hingga donat kelihatan mengembang. Boleh goreng seperti biasa.
5 - HALUSNYAA SAMBAL BELACAN....MAK MERTUA MESTI SAYANG NIHH...
  • Kalau nak cepat lumat menumbuk sambal, selalunya mat akan letak sedikit garam kasar, dalam 3-4 butir macam tu. Tumbuk seperti biasa dan pastikan satu tangan digunakan untuk menutup sebelah mulut lesung, ini mengelakkan lada tadi tepercik ke muka..
6 - MACAM MANA NAK REBUS TELUR 1/2 MASAK DAN MASAK KERAS....
  • Kalau anda ingin telur 1/2 masak, rebus dalam air mendidih selama 4 - 6 minit, dan jika hendak telur rebus keras, rebus dalam air mendidih selama 12 - 15 minit dengan api perlahan, tambah sedikit garam untuk memudahkan telur dikupas..
7 - MACAM MANA NAK BUAT BREAD CRUMB SENDIRI?..
  • Selalu yang mat tau lah, untuk membuat bread crumbs atau serbuk roti sendiri, kita perlukan roti yang telah dibiarkan selama 2-3 hari, bakar pada suhu rendah hingga roti kering tapi tidak hangus, kemudian boleh kisar halus. Simpan dalam bekas untuk kegunaan kemudian..
8 - SAYUR TAHAN LEBIH LAMA DALAM PETI SEJUK...
  • Ini mat dapat dari sorang blogger yang kami panggil Kak Mulan. Mat pernah nampak dia menyimpan sayur dalam bekas bungkusan pack MILO dan sebagainya yang mempunyai bahagian dalam yang berkilat dan sayur tahan lebih lama dan segar.
9 - NAMA LAIN BAGI LEMAK SAYUR APA EKS?...
  • Selain dengan panggilan lemak sayur, shortening, spry dan crisco juga adalah lemak sayur, biasanya diguna dalam biskut, roti dan pastry.
10 - KENAPA PERLU ASING SANTAN CAIR/SANTAN PEKAT JIKA MASAK LEMAK....
  • Sejak mat kenal dunia masak2 ni, mat perhatikan bonda dan mak2 sedar tua kami di Johor, kalau masak lemak samada sayur atau daging, ayam dan ikan, mereka akan asingkan santan cair dan pekat. Bila masakan hampir masak, baru mereka letakkan santan pekat, kacau perlahan dan didihkan dengan api kecil sekejap (dalam 1 - 2 minit)...Tujuannya biar masak lemak kita kelihatan pekat dan menarik...

12 comments:

Zulfikar Hazri said...

satu lagi, nak elak mata pedih kupas bawang. kunyah singgam masa siang bawang...

takde singgam... tutup mata ngan gogel swiming pool..


takde gogel... gi duk depan TV tengok astro vanaavil...

Nur-nba said...

Salam. Cik Mat, suka sangat tips2 yg Cik Mat beri. Bab tumbuk sambal bagi halus dan sayur bagi tahan lama tu sangat berguna.. Kalau ada masa Cik Mat berilah lagi tips pada kami ye.. Terima kasih banyak..

Semoga perkongsian ikhlas dalam blog DTS mendapat ganjaran dariNya.

Mat Gebu said...

@ zulfikar - hahah, ni kena dengan aku nihh..hahaha

@ nur-ba - setakat yang saya tau...insya allah siapa2 ada petua pun boleh share kat ruang komen, nanti saya masukkan dalam n3.

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...

menarik tertarik ko mmg da boom la tips2 mat ni ... i loikeee ~ ;)

Sis-Lin said...

aku klu bt telur separuh masak selalu FAIL...arghh mencikkkkkkkk

#nasib dh kawin..kekekekek

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Pagi Mat..

Saya kalau nk elak dr pedih kupas bwng pakai spek hitam .. biar la nk dikata gedixss janji mata tak pedih :D

Iffah Afeefah said...

Donut cm besssst

ibubahia said...

tips berguna..sukala baca blog ni..mcmw info pasal masakan ada..leh tambah ilmu masak memasak untuk pikat hati suami ni..follow terus blog ni..wikiki

http://rozacrafts.blogspot.com

Melati Qistyna's Mummy said...

tips yg kupas bwg tu mmg sy selalu amalkan, pasang lilin.... nakkunyah singgam, mmg xde je kat umah neh...hehehe

nice tips CM.... :)

norinaomar said...

bestlah tips ni CMG!
boleh dipraktikkan demi masa depan yang gemilang.

Gee Carmen said...

idea air rebusan ayam letak dalam kiub tu sangat menarik lah che mat!
thanx for the info.
love it!

Sunah Sakura said...

oooooooooooooooooooooo....tu la rahsia donat dia eks!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.