KEK PANDAN MARMAR.....BLOGGER PERLU BANTUAN.

rsz_dsc_6880
Assalammualaikum, salam semua. Anda apa khabar?..Mat..hmm masih tak berapa ok lagi, kaki masih sakit walaupun dah kurang sakit, pergerakkan agak terbatas, berdiri tak boleh lama, mesti nak cari kerusi. Terima kasih pada teman2 FB yang sudi bertanya khabar dan memberi petua, tak sikit banyak sikap prihatin mereka membantu juga. Hari ni mat tak masak, makan lauk semalam yang masih berbaki. Tapi tadi mat mengalami stress melampau, tahap kebosanan yang sungguh ekstrem...huhu. Maka dengan berlahana2 mat pi dapur, dan keluarkan bahan2 untuk buat kek pandan marmar yang mat plan nak buat Jumaat lepas, tapi sebab dah tak sihat, kenalah tangguhkan. Kek ni mat nampak kat blog Kak Yatie tempoh hari di sini....

rsz_dsc_6863
Buatnya agak mudah dengan menggunakan kaedah one bowl method atau semua main lebur dalam mixing bowl. Kalau ikut resipi asal guna 8 biji telur, tapi mat guna 4 biji maksudnya buat 1/2 dari resipi asal. Kek ni lepas masak dia akan sedikit mengecut jadi tak usah gusar. Walaupun dalam gambar tu anda nampak macam padat, tapi kek dia lembut dan lembap. Sebab mat guna tin kek bulat bersaiz 8 inci, maka kek kelihatan sedikit rendah (walaupun masa bakar naik tinggi). Kalau ikut resipi asal, saiz tin kek yang disyorkan ialah 8 inci (samada bulat atau 4 persegi), dengan kadar adunan yang agak banyak, dua kali ganda. Mat tabur sedikit badam cincang atas dia, yang tu optional, kalau taknak pun takpa... ^__*

(Gambar ehsan Google)

Dalam kesempatan ini mat nak ajak lah pada mereka2 yang sudi membantu teman blogger kita ini...ha ah membantu macam kucing kat atas tu, comeyy jee kan. Blogger Faizal Fredley kalau boleh nak minta pembaca2 blog DTS ini menyokong beliau untuk memenangi Macbook. Itu pun kalau anda tak keberatan lah. Cara2nya anda boleh lihat di blog beliau di sini.... Terima kasih pada mereka yang sudi.. ^__^... Ok kita lihat resipi pulak...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
  4. Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.

Post a Comment

12 Comments

  1. sedapnyeee..
    insyaAllah akan bantu..=)

    ReplyDelete
  2. tengkiu pcm....nampak sedap jer kek pandan tu..ada jual kat kedai x

    ReplyDelete
  3. kek sodap..

    faizal fredley tak sodap=)

    ReplyDelete
  4. kalau anak buat saya si Amir tu br 2 1/2 thn, kalau nmpak kucing mesti ayat dia 'ala tomei tomei...ala katek..katek...Ya Allah ampun macam org tua daaa....geramnya kucing tu mcm nak kokel kepalanye...eeeee!!!

    ReplyDelete
  5. Nnt pcm cuba google pasal daun tu k..ada byk blog yg terangkan cara nk buat cemana..jelas sikit pcm nk faham..semoga berkesan..sama2 kita usaha..=)

    ReplyDelete
  6. kreatifnya corak kek tu.. kak liza suka makan yg baru keluar dari oven. insyaallah, ada rezeki utk faizal tu..aminnn.

    ReplyDelete
  7. Mat sakit kaki ke? akak pun, klau pagi terhencut2 tp nak juga masak2...bg la rehat bdn tu Mat.

    Rasa mcm nak cuba je kek ni, minggu dpn ada kwn nak dtg..

    ReplyDelete
  8. Salam CMG...sakit2 pun hasilnya tetap mengancam... semoga cik mat cepat sembuh dan aktif macam selalu.... sakit itu petandanya badan kita perlukan rehat :)

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap kek ni. Saya suka sangat ni. Mintak izin share kat blog saya ya.
    Terima kasih Che Mat.

    ReplyDelete
  10. Memang sedap..dah try buat sbb resepi yg simple dlm 1 jam dah bleh ngap...x smpai 10 min lesap seme...he he ...trima kasih byk2

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.