Salam malam semua....buat apa tu..Hmm bosanlah, jadi tadi buat lah kerja giler yang tak berapa nak giler sangat. Plan nak buat semalam, tapi kaki sakit berdiri lelama, kang lanyak semacam, mau bentan pulak. Jadi petang tadi mat buat lah. Ini biasa2 saja. Sebab ada baki cornflake raya lepas punya yang mat simpan, peless okeh, lom xpired lagi, bulan 6 nanti baru KO. Jadi mat test buat ala2 kerepek ubi sambal. Sira2 biasa saja. Very simple ingredients cuma guna cili kisar, bawang putih, garam, gula, cuka makan, bijan dan cornflakes..tu saja. Nama Cornflake berlado tu pulak idea dari teman kolek PML, Enche Taj Firdaus. Bijan tu mat goreng tanpa minyak dulu atau pun disangrai hingga harum. Membuatnya memang cepat, cuma sebelum kita masukkan cornflakes tu, matikan api, masukkan cornflakes dan gaul rata2. Masa2 mula tu memang cornflake akan lembut sedikit, tapi bila sejuk, dia jadi rangup dan renyah. Kalau ada yang nak tambah ikan bilis ke, kacang ke, tu semua ikut suka memasing lah, takde hal punya..Ok, entri pilihan DTS kali ini ---> di sini.. Terima kasih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan cornflakes
2 camca besar bijan, goreng tanpa minyak hingga wangi dan sejukkan
4 camca besar penuh cili kisar (kalau nak lebihkan sikit pun boleh)
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 camca besar cuka makan (boleh ganti dengan 1 1/2 camca besar jus asam jawa)
Gula secukup rasa (dalam 2 - 3 camca besar)
Garam secukup rasa (jgn banyak2, cornflakes dah ada rasa masin2 sikit)
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil. Masukkan secubit garam, gula dan cuka makan, kacau hingga pekat. Matikan api. Kemudian masukkan cornflakes, gaul rata.
- Masukkan bijan dan gaul lagi. Alih cornflakes dalam bekas dan biarkan sejuk. Masa panas ia sedikit lembut dan bila sejuk akan menjadi rangup. Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.. ^__*
16 Comments
KH penah makan time ngaja kat swak dulu..=)
ReplyDelete@ KH - kalau letak ikan bilis goreng lagi sedap agaknya kan..
ReplyDeletekreatif dan inovatif sungguh!
ReplyDeleteJemput la baca entriku ini
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/10-kaedah-elak-ter-sambut-hari.html
sesuatu yang harus cuba buat kudapan depan tv ni...tq cm share resepi yang x terfikir langsung...sokmo buat cornflakes madu jerk...heehee...
ReplyDeletesesuatu yang bagus utk dicuba sebagai kudapan tgk tv...tak pernah terlintas nak buat. Selalu buat conrnflakes madu jerk...tu pun sebab nak Raya...heehee...
ReplyDeleteBtul tu pcm..letak ikan bilis goreng ngan kacang tanah!pergghh
ReplyDeleteSedapnya ^_^ Nampak pun senang je nak buat ehe. Btw, jom join contest yang bernilai lebih RM 100 ni :D http://nurul-hanis.blogspot.com/2012/02/small-contest-yang-bernilai-melebihi-rm.html
ReplyDeleteAs'salam Mat
ReplyDeletebawak2lah rehat Mat, kang makin melarat sakit tu nanti. Dalam tak sihat ni sempat ya buat cornflakes berlado..emmm sedapnya Mat buat kudap2 depan tv kan.
k.ct pun masih ada baki lagi cornflakes tu, mahu setengah balang juga Mat, janji belum monoposkan..hahaha
wah, biasa makan yang manis je, tak pernah terpikir nak sira dengan pedas.
ReplyDeleteSalam..saya pernah mkn juga..kawan beli sebalang. Sedap..ada ikan bilis goreng + kacang juga. Memang sedap. Tak sedar kalau mkn nih..org kata 'ralit'.
ReplyDeletescrumptious! urm, selalunya ibu buat kalau sira dgn madu sekalipun mudah lemau dan tk rangup. ap silapny ye?
ReplyDeletesaya pernah buat tapi cepat lemau..
ReplyDeleteBoleh tak saya tukar link dgn CMG
sekadar berkongsi pengalaman...
http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/
waduhhh kena try resepi ni.. selalunya saya kalau conflake ni asyik buat biskut conflake aje rupanya ada byk lagi resepi yg boleh dicuba kann hehe
ReplyDeleteperkh best2.... mkn kudap2 gini pedas2 manis gitu
ReplyDeleteassalamulaikum cik mat...wah mcm nak cuba buat plak tapi bahan x ada kena la cari dulu...;)
ReplyDeleteMinta laluan admin:
ReplyDeleteNikmati hot cornflakes/cornflake pedas homemade resipi ummi, lawati blog kami di www.resipiummi.blogspot.com. Terima kasih.