BEN ASHAARI

Saturday, October 22, 2011

10 TIPS DI DAPUR DARI MAT GEBU..

Salam malam semua, hari ni mat cukup malasss...seriuss ni, mengaku, bukan main2 okeh..tahap malas dia sampai rasa macam nak abaikan blog 2-3-4-5-6-7-8-9-10 hari macam tu...tapi soalannya...mampu kah?...Baru 3-4 jam tak jengok, dah rasa macam nak sembelit. My blog is my life, my passion and my soul....serius nihh....Blog tanpa benda2 tu semua umpama tanah perkuburan...hmmm, hari ni masak betul2 sejenis saja, esok tengok lah aku masak berjenis2..goreng telur pun nanti mat letak kat DTS...muntah darah sudah pastinyaaa...yang mengata pun tak yah cakap lahh..berdoyon2!!!. Lantak lahh..tak kesah pun..luu kutuk guaa, pahala guaa dapat, sapa yang rugi?...Ok malam ni sebelum tidur nak share beberapa tips di dapur...yang dah tau sila duduk diam2...okehh...

1- NAK CEPAT LEMBUT KAN MENTEGA MACAM MANA?...
  • Ok ni cara mat gebu... Keluarkan mentega dari peti sejuk, masukkan dalam plastik bersih dan PASTI kan plastik tu tak bocor. Kemudian rendam plastik berisi mentega tadi dalam mangkuk berisi air, kasi tenggelam dan bahagian atas plasti letak tepi mangkuk, ini mengelakkan air masuk. Nanti mentega cepat lembut, boleh guna untuk buat kek...
2 - TEPUNG BERLAPOK, GULA BERSEMUT, YEAST ROSAK...ADA TIPS?...
  • Cara mat gebu lagi, simpan benda tu dalam peti sejuk...nak tahan lama lagi simpan dalam freezer, terutama yeast. Bila anda ada projek nak buat kek, roti atau sebagainya, keluarkan bahan2 tadi sejam awal. Insya Allah semuanya masih ok...sama juga dengan yeast, masih sihat walafiat (resipi aku yg menjadi tembam2 tu, tepung dia, yeast dia, semua tersimpan dalam freezer okeh!!)..
3 - OVALLATE TU APA, TUJUAN DIA APA...
  • Ovallate ialah sejenis penstabil kek. Meluas digunakan dalam pembikinan kek, terutama kek span. Penstabil ini berasid dan ia menaikkan adunan telur yang dipukul dengan lebih cepat serta menstabilkan adunan telur supaya tidak kehilangan udara. Ini amat penting untuk proses pembikinan kek span.
4 - TIN KEK HITAM DAN TIN KEK ALUMINIUM, KENAPA PERLU SUHU BERBEZA?..
  • Ok secara amnya, warna hitam kadar penyerapan haba lebih tinggi berbanding warna lain. Sama juga dengan tin kek warna hitam, suhunya memang kita kena turun kan sekurang2nya 15C dari suhu yang disyorkan dalam resipi atau ikut kebiasaan oven anda, contohnya, kalau suhu 180C, suhu yang disyorkan, jika anda guna tin hitam, jadikan 165C...
5 - PISANG APA PALING SESUAI UNTUK BUAT KEK...
  • Pada mat, pisang paling sesuai untuk buat kek, sudah pasti lah pisang rastali, selain harum, produk kek kita kelihatan bintik2 hitam yang selalu ada pada kek pisang (tapikan mat guna pisang embun pun ok juga...pisang montel pun ok..).
6 - RESIPI TULIS - "MASUK TELUR SATU PERSATU"..JARAK MASA DIA BERAPA?...
  • Apa yang mat baca dan praktikkan, jika resipi kek tulis "masukkan telur satu persatu", jarak waktu antara satu biji telur sebelum masuk sebiji lagi ialah 1 minit..... ^___^
7 - KAN DAH TUMPAH AIR...APA NI ANAK DARA BUAT KEJE TAK SENONOH!!!...
  • Kann dahh kena marah dengan mak...Ni pakcik mat nak tegur, kalau buat air panas, samada air teh ke, kopi ke, tuang 1/2 dulu air hangat dalam teko, kacau hingga gula hancur, baru tuang baki air hingga kuantiti yang anda perlukan. Kalau isi penuh2, nanti kacau, mesti tumpah2 kan...sila angguk kalau setuju.....pandaiinyaaa!!!..
8 - DOUBLE ACTING BAKING POWDER TU APA?...
  • DABC atau serbuk penaik dwi tindakan merupaka campuran serbuk penaik. Ia bertindak dalam dua keadaan, pertama bila terkena cecair dan kedua bila terkena haba, digunakan dalam pembikinan kek, scone, roti segera dan biskut.
9 - MACAM MANA NAK BUAT BAWANG GORENG YANG RANGUP DAN SEDAP..
  • Ok, ini cara mat lah yea. Gunakan bawang merah kecil, kupas, cuci dan tosk kering. Kemudian hiris halus, guna pisau tajam. Gaul bawang tadi dengan sedikit garam halus dan gula halus hingga rata. Panaskan minyak (gunakan minyak baru) dan goreng hingga kuning keemasan, matikan api, angkat, toskan dan ratakan atas beberapa lapisan paper kitchen towel. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara...
10 - YIS BASAH NAK GUNA BANYAK MANA? YIS KERING NAK GUNA BANYAK MANA?..
  • Dulu mat pernah guna. Dari apa yang mat baca, selalunya yis basah ni perlu guna 2 kali ganda dari yis kering. Kalau 30 gram yis basah, guna 15 gram yis kering (atau instant yeast), ratio dia 2:1 dan yis basah memang kita kena aktifkan dulu, bagi dia berbuih2. Instant yeast tak perlu, boleh terus masuk dalam bancuhan tepung. Apa2 pun ia bergantung pada resipi yang diberi....
Ok itu sahaja tips yang termampu mat fikir buat masa ni, harap membantu tak sikit banyak...jika anda ada tip berguna boleh tinggalkan diruang komen (kalau ada blog letak sekali link blog anda), mat akan buat satu entri nanti dan letak tip2 anda berserta backlink blog anda juga.....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU....

31 comments:

JIJI YU said...

herkkk..napa cam tak tau apebenda ni..bese main taram je..

Sunah Sakura said...

wahhhhhhhhhhhh banyak ni benda baru..thanks pcm!!!

Muna said...

Top tips, cikMat!!! Many thanks!!

Iffah Afeefah said...

Terbaik pcm

bnyk sy tatau ni

ummi nor said...

Salam Mat dan rakan2 semua,saya nak kongsi tip supaya tak menangis semasa mengupas bawang-boleh kopek di bawah air mengalir@rendam bawang dalam air sambil mengopeknya, satu lagi tip jangan bernafas melalui hidung, bernafas melalui mulut agar bau bawang itu tidak bertindak balas dengan saraf2 di dalam hidung kita yg mencetuskan rasa pedih di mata.

Ada beberapa lagi tips dapur yg mungkin ramai dah tahu dan mungkin juga ramai yg tak tahu, boleh lihat di blog saya.

putERi-kAtEk said...

suka yang no 7 tu....bahek pCM

Kak Sam said...

Thank you cikgu mat. Tip yang amat berguna bagi orang2 yang sedang belajar memasak spt saya.

Cik Puan Nurul said...

huhu byk tips berguna dan ade yg mmg sy praktikkan mcm simpan gula mmg dlm peti sejukla letaknya maklumlah umh berkongsi dengan semut sekalikan hahahah
tips ade yg sy tulis dlm blog tp sekadar nak bitau jugala,
nk bg tahan lama taugeh xcepat lembik simpan dlm bekas buh air dan perahkan limau nipis n simpan dlm peti sejuk.hari2 kena tukar airlah bg mengekalkan kesegarannya.
lg satu kalau nak hilangkan bau bawang yg terlekat pd pisau ke atau tgn ke cuba sentuhkan pisau atau tgn kita tu pd brg2 stainless steel mcm sinki ke apa kan insyaallah memang hilanglah baunya..ade byk lg petua tp tak terdaya nk menaipnya hihi..

kzai said...

mat,sangat bagus tip yg diberi pd yg kurang arif dan pd anak2 muda yg baru berjinak2 kedapur

maszull said...

assalamualaikum mat...nice info..:)

Zulfikar Hazri said...

tenkiu tuk tips bawang goreng... patut la aku buat selalu bawang jadi lembik.... taperwer punya pasala lah ni

bee shaz wals said...

bestlah blog ini penuh dengan info..lepas ni nak belajar memasak lah pula..

azizah@cutemamadelicacies said...

Assalam CMG, slmt pagi.. Kzah peminat setia blog che Mat. Kzah nk mintak izin link ke blog kzah. Thanks for ur info..sngt2 berguna.

Ms Ef Abas said...

trimas for the informative and cute tips. ni baru lepas buat brownies (resepi drpd Gary Mehican, Masterchef Australia S2) with cheese cream on top utk bawak ke asrama anak.

CMG, hope you could read this: http://kisah-dan-kasih.blogspot.com/2011/10/segmen-serius-blog-ini-menarik.html, my personal recognition to your tiffinbiru blog.

have a nice sunday :)

Yat Maria said...

Cik Mat

tip #1 tu very useful la...thanks for sharing :)

Citarasa Rinduan said...

terharunya dengan entry nie.. thanks cik mat...

lagilah no 9 tu banyak membantu...
i love uuuu... hhehehhe

love DTS ..

Mamamya said...

terima kasih cik mat...btk tips yg membantu...suka tips no.2 n 2...selalu sya simpan kat dalam kabinet dapur je segalan tepung n yis bagai...lps ni kene masuk esbok lah...

CT Delima said...

As'salam Mat

Terima kasih Mat atas petua yang sangat2 berguna ni. Harus disimpan memang bagus untuk rujukkan dikemudian hari.

Tapi kan... nak gelak juga baca TIP NO 7 tu..hahaha. Itulah yang selalu k.ct buat setiap hari..cayalahhhh. Tahniah DTS!

aima said...

oo...pisang rastali....nak kena google mcm mn rupanya pisang rastali dan montel klu xde kat pakcik google, beli pisang kena bgtau kak makcik jual tu, sy nak pisang rastali n montel je, ,,,,

Azwani said...

CMG..semlam saya buat pizz. Saya ada beli parutan cheese yang bertulis "pizza topping" tapi bila bakar, dia tak mencair macm cheese biasa. Ke kena beli parutan "mozarella cheese" utk pizza?

Nur-nba said...

Bestnya ada entri ni.. Terima kasih banyak Cik Mat.. sangat berguna tips ni kami.

Apple Pearl said...

wah..sini cerita pasal makanan je..best nie..hehe..boleh ambl tips dari sni..apple dah done follow kat sni..if sudi,datanglah ke blog sya..

http://applepearlhaira.blogspot.com/2011/10/pengajaran-buat-kita-semua.html

Cik Kamoo said...

TERIMA KASIH CMG...tips yang sangat membantu. Boleh print simpan untuk semakan dari masa ke semasa

sue bee said...

info yang sangat berguna untuk dijadikan panduan..tq so much..

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

ye ! berguna ! dpat buat tolong mak mase cuti sem ni.... bantu2 mak msk2... hikhik ....

iebu oket said...

tq sudi kongsi tips yg sngt2 brguna

aNc said...

Assalamualaikum mat...nak kongsi sikit..bawang goreng tu kan... kalau nak lg sedap gaulkan dengan tepung ubi sikit... lagi rangup n tahan lama..

Mama Mirza said...

Mekasih kongsi.. ada yang tak tau nih.. dah jadi tau.. tq..

ummi nor said...

kepada sapa2 yg ada masalah lipas di dapur...ambil beberapa helai daun pandan, simpulkan dan letaklah di dalam kabinet anda.inshaallah lipas akan lari ditambah pula kabinet akan berbau harum pandan.

untuk masalah cicak pula, letakkan kulit telur di tempat2 yg ada lipas tu.kulit telur tak perlu dicuci dulu...

junmn said...

Thanks Cik Mat.. I like .... byk membantu dlm urusan masak-memasak

estee_8980 said...

tips berguna ni...kita share kt blog...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.