rsz_dsc_6453
Waaaa, harum nya bau cupcake bluberi segar...erkk cupcake dengan muffin tak sama ke eks?.. Muskhil gak ni. Mat pun dulu2 agak keliru juga perbezaan antara muffin dan cupcake. Adunan kek bila kita bakar dalam muffin cup, terus bagi nama muffin. Apa yang mat faham mengenai muffin, ianya agak ringkas dan teksture muffin sedikit berongga dan kasar dari cupcake. Selalunya kaedah muffin ialah dengan mencampurkan bahan basah ke dalam bahan kering dan dikacau pantas. Kalau cupcake sama seperti kek biasa, method dia ada tu perlu krimkan mentega dan sebagainya. Apa2 sekali pun, muffin atau cupcake, jika anda buat perlulah menepati citarasa selera anda dan keluarga (atau kastemer anda). Segah mana pun satu2 resipi tu, walaupun resipi dari chef terhebat dunia, jika tidak menepati selera keluarga, ia tak bermakna, bukan nak mengecilkan2 mereka tapi kita buat untuk di makan, apa guna bermodalkan bahan2 mahal, tapi hasilnya tidak memuaskan...

rsz_dsc_6425
Kalau anda perhatikan nanti, resipi cupcake ini agak menarik, ianya adunan asas dan anda boleh pelbagaikannya, nak tambah apa2 perisa, atau cuma beri perisa vanilla sahaja pun sudah memadai. Resipi asal dari geng masak2 Yani yang mat kenal sejak bergiat aktif dalam MyResipi 5 tahun lepas, masa tu belum ada blog lagi. Dan asalnya ialah strawberry muffin, di sini, tapi mat oter jadi resipi yang ni, alah bukan oter apa pun, cuma omit strawberry emulco dan ganti dengan bluberry segar. Bercakap pasal blueberri segar ni, mat guna dalam 100 gram, anda boleh beli dipasaraya2 besar, Tesco ada juga tapi kadang2, kalau di Jaya Jusco, insya Allah selalu ada, harga mungkin agak mahal sedikit, sekitar RM 12 - RM 14 untuk 1 paket seberat 125 gram (kurag lebih), tapi ini bergantung pada negara pengeluar. Ok kita semak resipi mudah dan sedap ni....
BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega
140 gram gula halus
2 biji telur grad A
100 ml susu segar
220 gram tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
100 gram buah blueberi segar
1 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Buah blueberri dicuci dan toskan. Lap dengan papertowel hingga kering. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung serselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup tadi, bakar 25 minit atau hingga masak, hingga permukaan cupcake keperangan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.. Selamat mencuba!!..