BEN ASHAARI

Sunday, April 13, 2008

STRAWBERRY MUFFIN

Step By Step 1222

Yang ni cuma mat ubah suai resipi "pandan muffin" oleh Yani.....Mula2 nampak Kak Jun buat, pastu nak jugak try...Lupa nak khabar, muffin ni mat buat dah 3 - 4 hari lepas tapi kan terlupa nak masukkan dalam blog....

Bahan-Bahannya :-)
180 g mentega
140 g gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 g tepung gandum)
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

4 comments:

Dianne said...

nyamannn

yasmin said...

cantik nye gambar ni Mat, pakai kamera apa? Mesti lense mahal ni.

Mat Gebu said...

Dayang...
Memang nyaman...tapi nyaman lagi kek lapis dayang tuuu...hehehe

Yasmin...
Mat guna digicam "Lumix" from Panasonic je, lepas tu kan, edit kat www.picnik.com yasmin leh cuba edit gambar kat situ...

Zy.H said...

Mohon share resepinya abg Mat.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.