P1280876
Salam pagi Jumaat, huhu pagi ke hapa dah ni, dekat jam 12 pm sudah, hari ni kan mat bangun terlewat sikit, hampir2 jam 7 pagi...OMG!!!..pengsan...Jadi sarapan pun terus merangkap makan tengah hari. Tapi bonda akan balik ni hari, tengok dulu macam mana, kalau depa sampai awal, kenalah masak sikit kan. Ok pagi ni nak share sarapan simple, ingat tak semalam mat buat crepe? jadi ada berbaki dalam 4 keping macam tu, jadi pagi ni mat oter jadi kan savory crepe pulak, ala2 kueh gulung jee. Kak Ummi Kuantan tanya, tak keras ke mat crepe tu, hmm tak pulak, sebab mat bungkus dengan plastik cling sebelum simpan dalam peti sejuk. Bila kita keluarkan dan sejuknya hilang, ianya masih elok dan digulung pun tak pecah...nice okehh!.. Jomm semak resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan daging ayam, cincang kecil
1 camca teh rempah kari daging
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan nipis halia, cinang halus
1 biji cili merah, cincang halia
1 biji tomato kecik, buang biji dan dadu halus
3 pokok daun kuchai, kerat pendek2
1/2 camca besar sos cili
1/2 cawan air
Garam dan secubit gula
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
French Crepe secukupnya (resipi di sini...)
Beberapa helai daun kuchai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili, sos cili dan tomato, kacau rata dan tambah rempah jari, masak sekejap dan masukkan ayam, gaul rata dan tuang air.
  2. Bila pekat, masukkan serbuk lada hitam, perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering, akhir sekali masukkan hirisan daun kuchai, gaul rata dan matikan api. Sejukkan.
  3. UNTUK SAVORY FRENCH CREPE :- Ambik sekeping french crepe, letak 1 camca besar inti dan gulung, tapi jangan gulung seperti kueh ketayap, gulung seakan2 bentuk bantal. Kemudian ambik sehelai daun kuchai, ikat kemas. Buat hingga siap dan boleh hidangkan...