Selamat malam, jomm menikmati mi kuah udang pulak..huhu bosan lah, jadi mulalah aku buat keje gilerr. Ni masak senang sangat, main cempak2 jee bak kata orang Muo. Tadi dah makan ubat gatal, sebab dah termakan 5 ekor udang yea...hmmm, nyampah lah, bukan nak, tapi udang tu lambai2 jeee...tu lah kan dah termakan. Mi ni mat masak dalam satu genggam. Simple dan cepat, rasa2 nya 25 minit dah siap, tapi dengat syarat bahan dah ada lah...Eh pesal sejuk pulak malam ni....hmmm, eh ni malam Jumaat kan..waaaa, mat gebu sorang2 nih...errrrkk..hehe, takpe2, oh yea, kalau sudi sebelum tidur ni apa kata vote DTS di sini.... tak lupa sahabat mat kat sini....ekian terima kasih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam mi kuning
5 ekor udang saiz besar, dibersihkan
4 kelopak sawi bok choy
1 biji telur
1/2 keping tauhu, didadu
1/2 biji tomato, didadu
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 cawan air
1/2 camca besar tepung jagung + 2 camca besar air
1 camac besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1/2 kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun kuchai sebagai hiasan
Hirisan cili hijau, sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Mi kuning dicuci, celur dengan air panas sekejap dan toskan. Letak dalam bekas sesuai. Sementara itu , panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing,
- Tambah sos cili, sos tiram dan kacau rata. Masukkan udang, kiub ikan bilis. tomato dan air, kacau dan biar mendidih. Perlahan kan api, peahkan telur dan biar telur masak dalam kuah, guna api kecik.
- Masuk tauhu, sawi dan juga bancuhan tepung jagung tadi. Kacau perlahan dan biar mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Tuang atas mee tadi, tabur hirisan daun kuchai dan juga hirsan cili hijau...Sedap dimakan panas.
13 Comments
waahh..baru beli mee takdi. cantekk.. udang pulok takde, aiseh
ReplyDeletecik mat.........
ReplyDeletehari nie ayu lupa makan ..
nak singgah sana boleh??
ada lagi baki kan>>>
sedapnya...menyelerakan tul mee tu.:)
ReplyDeletesedapnya.... aduiii lapar pulak malam-malam gini...
ReplyDeletehihihi. kite pun kene makan ubat gatal malam ni. byk giler udang melambai dan terus loncat masuk dlm mulut kite harini. dahsyat udang tu.
ReplyDeletehuhuhuhu...lapooooo..
ReplyDeletecik mat..meh boikot konsert AF
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/boikot-je-la-konsert-final-af-tu.html
c.mat, bawang merah & bawang putih tak masuk dalam bahan-bahan, tapi kat cara membuat ada pulak.. takpe c.mat, mi kuah tu memang menyelerakan.. cayalah
ReplyDeleteBaru jumpa DTS, mmg best ni mee kuah febret akak..salam kenalan MAT.
ReplyDelete@ jemarioren - wahh sudah bagus, kalau ada daging atau ayam pun boleh tukar ganti.
ReplyDelete@ CR - waaa - ada2, sila ayu..
@ nieza - ehem ehem...hehe
@ roslaini - tu lakan, si mat tu suka goda2 eks..
@ alamanda - sama lah, siap makan dah takut insiden macam makan sotong tu hari gatal telinga semua.
@ qasehraihan - ala ala ala, lapo kee..huhu..
@ basid - waaaaaaa..ye ke, okok sat eks pi edit..
@ erra - waaa..terima kasih sudi singgah dan selamat datang yea..
nampak sedap la mee yang mat buat nie...memang handal la mat nie memasak...main campak2 pun nampak sedap juga...
ReplyDeleteteringin nak rasa mat gebu masak la... asyik dok tgk gmbr je.. kalo wat, mesti x sesedap tuan punye resepi... huhuhu
ReplyDeleteHmmm..nampak sedap mi che mat tu...meleleh air liur ni....
ReplyDeletesalam..kita nak jemput sesiapa sahaja yang berminat khususnya yang berada di Terengganu untuk menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef (pertandingan mencipta resepi kek dan biskut). Untuk makluman, cabaran bagi Zon 1 akan berlangsung di Giant Kuala Terengganu pada 18 Jun ini.Borang penyertaan boleh diperoleh dari akhbar Kosmo. Sekain Terima kasih.
ReplyDelete