KREP PERANCIS @ FRANÇAIS CREPE

P1280856
Salam semua, petang ni mat nak share satu resipi mudah sangat, comey pulak tu dan sedap. Kita try buat French Crepe @ Krep Perancis. Krep ni kurang lebih macam lempeng yang nipis, kalau lempeng tembam kita panggil pancake. Ianya berasal dari negara Peranchis. Ianya boleh dimakan sebagai manisan atau savory. Jika anda nak makan sebagai manisan, boleh makan dengan whipping cream, atau yogurt dan buah2an segar seperti dalam gambar, atau nak rasa savory, boleh makan dengan tuna dan sebagainya. Krep selalunya nipis dan ada juga yang melapisnya dengan jem secara berlapis2 sehingga mendapat bentuk seakan2 kek. Apa2 pun terpulang pada anda bagaimana cara dan gaya yang anda suka....Ok kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam
Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar
Peach dalam tin secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis. Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba..

Post a Comment

17 Comments

  1. adoiiii tensionnn nak pengsannn...sungguh tak tahan nafsu makan...sedap nak meroyan nampak itu krep...

    ReplyDelete
  2. cmg, saya jeles lar tengok cmg snap gambo.

    ReplyDelete
  3. astaghfirullah,,,,tergoda jiwa raga

    ReplyDelete
  4. tengah makan..tp ngn sambal hehe savory style

    ReplyDelete
  5. Bonjour monsieur,
    Comment allez-vous
    Yummy crêpes

    au revoir

    ReplyDelete
  6. salam cik mat, sebut pasal crepe berlapis2 tu, teringat crepe cake di Nadeje, Melaka. pernah makan sekali dulu....ya Allah sedapnyaaaaa tak terkata ko!
    sesenang cik mat share la resepi crepe cake tu ye. tQ (^_^)

    ReplyDelete
  7. igtkan che mat jual kain crepe td..hehehe

    ReplyDelete
  8. igtkan che mat jual kain crepe td..hehehe

    ReplyDelete
  9. che mat gebu, wat lah pajeri nenas , or klo sye pngil paceri nenas..

    sedap..
    krep uh cam lempng.pangcakes manis sgt..tak gti mkn..muntah..

    lempeng dgn smbal ikan bilis menjdi plihan hati

    ReplyDelete
  10. Maaaaaaaaaaaaaattt..nampak sangat menyelerakan crepes ko ni laaa...alaaaa, kalau ko layangkan ke sini boleh sampai x esok? hehhehe... Ko wat apa sorang2 tu...eee...momoooksss...hehehhee

    ReplyDelete
  11. merveilleux!!

    sedapnyaaa...mana dpt idea niiii

    ReplyDelete
  12. ok terus lapar nk mkn malam kt dapur lps tgk gmbr ni. hehe

    ReplyDelete
  13. cik mat, kalo kat paris, depa pakat sapu nutella n letak pisang kat atas, sedap tuuuuu

    ReplyDelete
  14. salam cik mat, saya dah buat crepe nih, tapi saya ada ubah suai sikit, hihi:)terima kasih yerk...

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.